cara buat kek lapis, kek lapis, kek lapis cadbury, kek lapis sedap, resepi kek lapis cadbury

Resepi Kek Lapis Cadbury


Akak ambil resepi kek lapis cadbury ni dari blog rozzan.  Seorang lagi chef lelaki tapi dari Singapura.
Buat hari minggu lepas sebab Ira nak bawak balik ke asrama.
Bahan-Bahan 
500 gm mentega
10 biji telur
150 gm gula
100 gm tepung biskut marie
1 peket santan serbuk (50 gm)
100 gm susu manis
180 gm tepung gandum-akak guna tepung hongkong
coklat cadbury secukupnya -dalam 2 paket

Cara: 
1) Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2) Masukkan telur satu persatu hingga habis.
3) Masukkan tepung biskut marie, tepung gandum, santan dan susu. Gaul rata.

bahagikan kepada 2 bahagian. 1 akak masukkan koko  anggaran 1 sudu besar.
4) Bakar lapisan pertama plain  hingga masak.
5) Ratakan adunan untuk lapisan kedua dan susun coklat cadbury.
6) Bakar hingga masak. Ulang hingga habis.

Gunakan Loyang 9”x9” (saya gunakan 8″x8″)

Catitan Saya:
1)Gunakan api grill sahaja dgn suhu kira-kira 200 darjah Celsius.
2) Masa membakar kira-kira 1 jam 20 minit.

ayam penyet sedap dan lazat, biskut enak, kek lapis, kek lapis sedap, kek lapis/ brownies/cheesecakes, resepi kek lapis, resepi kek lapis blueberry

Resepi Kek Lapis Blueberry (Kek Lapis Blueberry Horlo???)

sikit ajer akak tinggalkan rumah..nanti boleh buat lagi

Kelakar memang kelakar bila di kenangkan balik pengalaman buat kek lapis blueberry ni. Akak buat sebab nak bagi Yana bawak balik ke sana sebab masa dia balik ke sini, akak tak sempat nak buat kek lapis sebab buzzzz dengan macam-macam hal.


Bershoppinglah..buat kukis sebab ada juga yang nak menempah kukis..mengemas rumah dan macam-macamlah alasan remeh temeh. Masa raya pulak ashik beraya ke rumah saudara mara sebab suami akak bercuti minggu lepas jadi kami ashik gi beraya ajer..kan best dapat berkesempatan gi satu keluarga..

Akak mula mengadun kek ni dari pukul 9.00 pagi sebab gi ke pasar dulu…oleh sebab akak guna mixer kecik akak kenalah ulang 3 kali sebab takut mixer meletup sebab nak pukul adunan kek lapis ni kenalah betul gebu campuran butter dan gula.

Sambil tu buat rendang ayam minang (nanti akak show aaa) dan mula melapis..aduhai masa cepat sangat berlalu..nasib baiklah habis melapis pukul 11.00..

Punyalah kalut nak menyejukkan kek lapis ni..sebab kalau potong masa panas..nanti jadi buruk rupernya..kena sejukkan pakai kipas letak atas bag besar Yana. Sebab pukul 11.45 dah nak gerak ke LCCT.

Potong separuh untuk Yana dan suku untuk Ira..sejukkan dalam kereta..sampai kat LCCT baru sejuk betul dan akak wrapping kat situ jugak..

Lagi satu hal…sebab ingatkan horlick tu cukup..akak tak beli..bila check baru akak tau suami dah guna horlick dalam bungkusan kecik buat air. Bila di timbang tak cukuplah pulak.

Terpaksa fikir nak tambah apa…akhirnya akak guna milo 3 in 1 perasa original 2 paket. Ha kau..jadilah hitam sikit lapisan plain. anak-anak pun gelarkan Kek Lapis Blueberry Horlo (horlick & milo).

Nasib baiklah anak-anak kata sedap walaupun akak derhaka kat resepi asal.


Resepi asal ialah Resepi Kek Lapis Ice Cream Soda..tapi MAT GEBU
dah olahkan jadi Kek Lapis Blueberry dan akak dah olah pulak jadi Kek Lapis Blueberry Horlo..
BAHAN-BAHANNYA 🙂
300 g mentega berkualit tinggi (akak guna brand Anchor)
120 g gula halus (ikut cik mat ajer)
1/2 camca teh ovallate
6 biji telur gred A
220 g susu pekat manis
100 g horlicks (akak letak 60gm horlick dan 40gm milo ori 2 in 1)
1 1/2 camca teh bluberry paste
1 camca teh pewarna unggu violet (akak guna pewarna unggu ajer)
160 g tepung Hong Kong
Secukupnya blueberry filiing

CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. Lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan mentega. Alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Panaskan oven pada suhu 190C, api atas dan bawah.
  2. Putar mentega bersama gula halus selama 7 – 8 minit pada kelajuan tinggi. Masukkan telur satu persatu, jarak waktu 1 minit untuk setiap biji telur. Putar hingga betul2 kembang dan pekat.
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan susu pekat manis dan horlicks, putar 2 – 3 minit hingga rata dan sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung Hong Kong sedikit demi sedikit hingga habis, putar hingga rata, jangan lama sangat.
  4. Bahagi kan adunan kepada 2 bahagian, satu biar pada keadaan asal dan satu lagi letak blueberry paste dan warna ungu-violet, kacau rata2.
  5. Masukkan tin dalam oven selama 2 minit, keluarkan dan sudukan 3 1/2 camca besar adunan plain, ratakan dan bakar hingga masak. Lapis kan adunan plain sekali lagi dan sudukan beberapa bahagian dengan blueberry filling pada adunan kek tadi, bakar hingga masak, kali ni guna fungsi api “grill”.
  6. Akak buat macam ni pulak..akak lapiskan 4 sudu besar adunan plain..lepas dah masak akak sapukan blueberry tu guna berus plastik atas dia dan lapiskan pulak adunan blueberry dan di ulangi sampailah habis..sorry cik mat..akak derhaka sikit.
  7. Bila masak, lapiskan dengan adunan blueberry pulak sebanyak 2 lapisan. Tekan sedikit perahan lapisan kek yang telah masak. Jika ada gelumbong udara, cucuk dengan lidi sate.
    Ulangai dengan lapisan plain sebanyak 2 lapisan dan juga diletak sedikit bluberry filling. Buat hingga siap. Sejukkan sekejap dan keluarkan dari tin, biar sejuk atas jaringan…
Letak dalam pinggan kat dalam kereta bersama wrapping plastik…ishhh teruk tul bila di fikirkan semula..cam kelakar ajer kisah buat kek lapis kali ni.
kek lapis, kek lapis/ brownies/cheesecakes

Kek Lapis Dwi Berry

Amboi..amboi..amboiiii…tali barut akak sajer ajer nak menjelouskan akak ek…mentang-mentanglah akak tak pergi ke LG Cookies Monster Party yer…ala akak malas nak join kali ni sebab kami ada hal keluarga..tu sebab akak tak pergi pun.  Bukan merajuk tau..dah tua-tua merajuk..buruk lah..
Dan yang paling best 3 member yang akak kenal menang cabutan bertuah Lilyputih dan  Eriqazz (ashik onglah dia ni )lagi seorang tu akak tak sure (betul ker dia) yang menang aka talibarut akak…..tu sebab akak tak pergi sebab akak nak bagi ong akak kat diaoranglah…ahaks..
Kelakar sungguhlah…berkobar-kobar nak buat kek lapis dwi berry ni.sebab nak bagi Yana makan puas-puas kek lapis kat umah dan sepatutnya design kek ni macam kat bawah ni.
 ambil gambar dari blog mawarmerah
 oleh sebab botol plastik tak ada…(memang kalau gi giant nak beli..ashik terluper ajer).akak lapislah macam biasa..resepi asal dari Bro Rozzan tapi akak ambil dari rumah Ima.  Apa-apa pun kek lapis memang sodap.
 Lapisan pun senget benget…Tak kisahlah kan…ikut ajerlah kata hati..janji tertunailah hasrat dihati Yana udahlah kan.
Bahan-Bahan
  • 450 gm mentega
  • 160 gm gula
  • ½ sudu besar ovellette
  • 10 biji telur (saiz besar)
  • 200 gm (½ tin) susu pekat manis
  • 300 gm tepong Hong Kong
  • 100 gm horlicks
  • 80 gm jem strawberry + pewarna merah
  • 80 gm jem blueberry + pewarna biru
  • 50 gm keju parut

Cara-caranya

1) Pukul mentega, gula dan ovalette sehingga kembang.
2) Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul.
3) Perlahankan speed mixer, bubuh susu pekat manis dan terus pukul.
4) Seterusnya, kurangkan kelajuan mixer hingga ke paras paling perlahan (rendah) lalu masukkan tepung HK dan horlicks sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati dan rata.
5) Ambil 12 senduk adunan dan biarkan plain (utk 3 lapis bawah & 3 lapis atas; 1 lapis 2 senduk adunan). Lebihan adunan dibahagi dua. Satu warnakan biru dan yg satu lagi merah lalu masukkan ke dalam botol plastik.
6) Bakarlah 3 lapis plain. Taburkan sedikit keju parut pd setiap lapisan. Utk lapisan ke empat hingga 13, picitkanlah adunan merah/biru berselang seli, menyerong (diagonally). Setelah selesai, bakarlah 3 lagi lapisan plain.
Kek, kek lapis

Kek Lapis Alwani


Kek kukus ni akak buat petang sebelum nak pergi ke Project Alpha kat Damansara pada 7hb. lepas…kononnya nak jamu se orang member cyber yang nak tumpang naik kereta akak.  Bila dah siap masak akak bersiaplah .  Yang tak best ..last minute dia batalkan pulak janji kami.
Akak rasa akak dah sama bahagikan sukatan sebelum di letak pewarna..tapi bila kena kat lapisan biru…terkuranglah pulak ketebalan dia.  Tak apalah…sekali sekala mestilah melakukan kesilapan.
Maka rugilah dia sebab tak merasa kek akak ni..sape dia??? Biarlah rahsia.  Kek ni dah pernah buat dulu dah.  Akak ambil dari rumah Dayangjack.

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan horlicks (original)
  • 5 biji telur A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 200 gm marjerin
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan kismis hitam-tak bubuh pun anak-anak tak suka
  • 1 sdt esen vanilla
  • pewarna oren, hijau dan biru

Cara-cara

  1. Sediakan pengukus. Panaskan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Lengserkan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
  3. Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
  4. Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih.
  5. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
  6. Masukkan susu pekat dan putar lagi
  7. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
  8. Masukkan esen vanilla. Ratakan.
  9. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Warnakan biru, hijau dan oren.
  10. Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
  11. Ulangi langkah 10 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.
  12. Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak.

***kek ni saiz kecil, gandakan bahan2nya jika nak buat yang saiz besar.



Suka sangat anak-anak anak dengan dadih segera ni.  Senang ajer nak membuatnya.  Resepi ada kat belakang paket.  Memang tak rugi membuatnya.  
Nilah jenama yang akak suka  buat
arahan cara nak memasak ada kat sini.

p/s  N3 pasal Slurpee tu kan orang Nuffnang yang sibuk suruh buat..2 kali orang dia orang call..tulah hasil bila buat dengan tak sepenuh hati.
kek lapis

Kek Lapis Blueberry Pandan

Nak buat kek lapis ni memerlukan kesabaran tau..kadang-kadang tak sabar jugak akak di buatnya..kali ni buat tak berapa lawa..entahlah..ikut nasib ataupun ikut mood kot..akak sekarang ni buat masa nak masak tengahari..senang sikit..sambil masak sambil memasak..taklah buang masa.
Resepi akak ambil dari rumah Puan Ummi di Kuantan..akak c & p ajer..resepi asal kat blog Edazman  di Seremban. Terima kasih buat keduanya.
Bahan-Bahan:-
  • 250 gm butter (elok guna jenama Golden Churn)
  • 120 gm gula halus
  • 6 biji telor
  • 120 gm tepung Hong Kong
  • 1/2 sudu besar ovelette
  • 100 gm jem strawberry
  • 150 gm kaya
  • 1 paket serbuk santan
  • pewarna merah jambu, hijau dan kuning

  Cara Membuat:-

  1. Pukul butter dan gula hingga ringan. Masukkan telor satu persatu, pukul rata setiap kali telor dimasukkan.
  2. Masukkan ovelette dan pukul lagi. Masukkan tepung dan gaul rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan jem strawberrid an pewarna merah  kacau rata.
  4. Bahagian kedua dicampurkan dengan kaya dan pewarna orange, kacau rata.
  5. Bahagian ketiga dicampurkan dengan serbuk santan dan pewarna hijau. Kacau rata.
  6. Alas dasar loyang 7″x 7″ dengan kertas minyak yang disapu marjerin pada dasar loyang.
  7. Masukkan 3 sudu besar adunan merah jambu dan bakar selama 3 minit dengan api atas pada suhu 175 deg. celcius hingga permukaan berwarna coklat muda.
  8. Kemudian masukkan 3 sudu besar adunan kuning pula dan bakar lagi dengan api atas.
  9. Kemudian masukkan 3 sudu lapisan hijau pula dan bakar. Buatlah berselang seli hingga habis.
  10. Bagi lapisan terakhir bakar dengan menggunakan api atas dan bawah bersekali selama 5 – 6 minit.
kek lapis

Kek Lapis Cream Cheese (Nak Minta Tolong)

 Salam pagi semua…
 Sebelum tu..akak nak tanya???..
saper pandai masukkan nuffnang kat wordpress..boleh tolong ajarkan tak?
akak baru cadang nak bukak blog lagi satu tapi guna wordpress..
sebab kat blogspot dah tak leh upload gambar…akak kena upload gambar kat fb..tu yang leceh…tapi dari pagi cuber nak masukkan nuffnang tak pandai-pandai.al maklumlah akak ni bukannya pandai it sangat….saper boleh tolong??

Aduhai terharu sungguh kerana banyak jugak member cyber yang sudi mendoakan akak semuga cepat baik jari ni..tak sangka ramai pulak yang bagi komen.  Barulah terasa diri ni di hargai.  Tu yang best bila berblogging…walaupun ada member cyber yang tak kenal dan tak pernah bertentang mata..tapi masih sudi baca N3 akak..dan mengambil berat tentang diri ini.

Memang tak boleh keringlah luka ni..sebab anak-anak semua ada rumah…bila dah ada rumah ni..tak masak rasa tak best..kesiankan mereka..terutama si Athirah yang nak kena balik semula ke asrama hari Selasa..Akak minta tolonglah dengan Ira supaya basuh pinggan dan basuh segala benda yang nak di masak.  Sempat lagi akak buat kek lapis buat anak-anak.
Nama asal kek lapis ni Kek Lapis Water Melon Cheese..tetapi oleh kerana tak ada pulak warna yang diingini..akak cuma buat kek lapis biasa.  Resepi ni akak ambil dari Rumah Rozzan kat Singapore.dan beliau ambil resepi dari ..ienah18 (mesra.net) Rozzan adalah salah seorang chef lelaki yang rajin sungguh melapis kek..kreatif tau hasil kerja beliau..siap ambil tempahan lagi.  Akak suker buat kek lapis sebab garenti hilang dari pandangan selepas 2 hari.  Jomlah tenguk resepi yer..
 Bahan-bahannya:
  • 10 biji telur
  • 150gm gula halus-akak kurangkan 100gm ajer
  • 2 gelas tepung hong kong (kira-kira 180-200 gm)
  • 1 sudu ovallette
  • 100gm horlick
  • 450gm mentega-kali ni akak gunakan mentega SCS
  • 1 tin susu pekat manis
  • 250gm cream cheese
  • chocolate chips
  • pewarna merah dan ungu
  • 1 sudu besar jem strawberry-sajer ajer tambah
Cara: 
1) Telur, gula, tepung hong kong, horlick dan ovalette di pukul hingga kembang dan pekat
2) Mentega,susu dan cream cheese di pukul hingga putih. satukan kedua-dua adunan dan gaul hingga sebati.
3)Lenser tin berukuran 7 x 7 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi. Panaskan oven pada suhu 190C (api atas dan bawah). 
4. Bagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. 1 bahagian dicampur pewarna merah dan jem strawberry  dan  kacau rata.
5. 1 bahagian dengan pewarna ungu dan  kacau rata.
6. 1 bahagian pada warna asal (plain).
7.  Sudukan 5 sudu besar adunan plain, ratakan dan bakar hingga masak (6 – 7 minit).  
8.  Keluarkan dan tekan sedikit, kemudian ratakan adunan bewarna ungu pula, ratakan dan bakar, tapi kali ini, api ditukar pada api “grill” dan suhu pula 200C, bakar hingga masak (6-7 minit). 
8.  Buat kaedah sama untuk lapisan merah dan seterusnya hingga kek siap dan akhir sekali gunakan api atas dan bawah dan bakarlah selama 5-10 minit.  Biarkan sejuk dulu baru di potong.

 ada lebihan adunan sedikit..akak sajer ajer campurkan semua dan lorek ikut suker hati.
kek lapis

Kek Lapis Cream Cheese (Nak Minta Tolong)

 Sebelum tu..akak nak tanya???..saper pandai masukkan nuffnang kat wordpress..boleh tolong ajarkan tak?
akak baru cadang nak bukak blog lagi satu tapi guna wordpress..
sebab kat blogspot dah tak leh upload gambar…akak kena upload gambar kat fb..tu yang leceh…tapi dari pagi cuber nak masukkan nuffnang tak pandai-pandai.al maklumlah akak ni bukannya pandai it sangat….saper boleh tolong??

Aduhai terharu sungguh kerana banyak jugak member cyber yang sudi mendoakan akak semuga cepat baik jari ni..tak sangka ramai pulak yang bagi komen.  Barulah terasa diri ni di hargai.  Tu yang best bila berblogging…walaupun ada member cyber yang tak kenal dan tak pernah bertentang mata..tapi masih sudi baca N3 akak..dan mengambil berat tentang diri ini.

Memang tak boleh keringlah luka ni..sebab anak-anak semua ada rumah…bila dah ada rumah ni..tak masak rasa tak best..kesiankan mereka..terutama si Athirah yang nak kena balik semula ke asrama hari Selasa..Akak minta tolonglah dengan Ira supaya basuh pinggan dan basuh segala benda yang nak di masak.  Sempat lagi akak buat kek lapis buat anak-anak.
Nama asal kek lapis ni Kek Lapis Water Melon Cheese..tetapi oleh kerana tak ada pulak warna yang diingini..akak cuma buat kek lapis biasa.  Resepi ni akak ambil dari Rumah Rozzan kat Singapore.dan beliau ambil resepi dari ..ienah18 (mesra.net) Rozzan adalah salah seorang chef lelaki yang rajin sungguh melapis kek..kreatif tau hasil kerja beliau..siap ambil tempahan lagi.  Akak suker buat kek lapis sebab garenti hilang dari pandangan selepas 2 hari.  Jomlah tenguk resepi yer..
 Bahan-bahannya:
  • 10 biji telur
  • 150gm gula halus-akak kurangkan 100gm ajer
  • 2 gelas tepung hong kong (kira-kira 180-200 gm)
  • 1 sudu ovallette
  • 100gm horlick
  • 450gm mentega-kali ni akak gunakan mentega SCS
  • 1 tin susu pekat manis
  • 250gm cream cheese
  • chocolate chips
  • pewarna merah dan ungu
  • 1 sudu besar jem strawberry-sajer ajer tambah
Cara: 
1) Telur, gula, tepung hong kong, horlick dan ovalette di pukul hingga kembang dan pekat
2) Mentega,susu dan cream cheese di pukul hingga putih. satukan kedua-dua adunan dan gaul hingga sebati.
3)Lenser tin berukuran 7 x 7 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi. Panaskan oven pada suhu 190C (api atas dan bawah). 
4. Bagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. 1 bahagian dicampur pewarna merah dan jem strawberry  dan  kacau rata.
5. 1 bahagian dengan pewarna ungu dan  kacau rata.
6. 1 bahagian pada warna asal (plain).
7.  Sudukan 5 sudu besar adunan plain, ratakan dan bakar hingga masak (6 – 7 minit).  
8.  Keluarkan dan tekan sedikit, kemudian ratakan adunan bewarna ungu pula, ratakan dan bakar, tapi kali ini, api ditukar pada api “grill” dan suhu pula 200C, bakar hingga masak (6-7 minit). 
8.  Buat kaedah sama untuk lapisan merah dan seterusnya hingga kek siap dan akhir sekali gunakan api atas dan bawah dan bakarlah selama 5-10 minit.  Biarkan sejuk dulu baru di potong.

 ada lebihan adunan sedikit..akak sajer ajer campurkan semua dan lorek ikut suker hati.
kek lapis

Kek Lapis Oreo

 Buat lagi kek lapis sebelum gi cuti-cuti malaysia…..akak memang beli 3 bungkus biskut oreo nak buat kek lapis ni..tapi anak-anak ni terutama imran sibuk nak makan..dia makan 1/2 paket…lelama di  lapisan terakhir tak cukup pulak biskut..jadi kena letak jarang-jarang..resepi asal dari rumah rozzan tapi akak ambil dari rumah ah mat gebu.

BAHAN-BAHANNYA 🙂
  • 500 g mentega
  • 10 biji telur gred A
  • 150 g gula kastor
  • 100 g biskut marie, kisar halus
  • 50 g serbuk santan
  • 100 g susu pekat manis
  • 180 g tepung gandum
  • Biskut oreo secukupnya, dibuang cream 
CARA MEMBUATNYA 🙂
  1. Putar mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu.
  2. Pada speed sederhana, masukkan tepung gandum, biskut marie kisar, serbuk santan dan susu pekat manis. Kacau hingga sebati.
  3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian dan letak warna kegemaran (akak guna warna merah dan hijau). Letak 4 camca besar adunan hijau, bakar dengan api grill pada suhu 180C selama 5 kurang lebih minit. Bakar lagi satu lapisan warna merah  hingga masak.
  4. Selang seli kan dengan warna hijau. Lepas lapisan ke lima boleh disusun biskut oreo tadi. buat hingga siap..
 
Bawak kek lapis ni ke langkawi….respond dari orang saner…sedap…kembang hati akak…
kek lapis

Kek Lapis Ais Krim Soda (design kek lapis dwi berry)

Entah kenapa angin R dah datang sebab rajin sangat nak melapis sekarang ni….sebab anak-anak suker makan….akak seronok tenguk bila buat ajer anak-anak makan sampai licin….kali ni akak ulang balik buat kek lapis ni…dan akak gandakan 1/2 lagi adunan sebab nak dapatkan kek yang besar…akak dah cuba guna mentega jenama anchor tapi tak sesedap dan seharum golden churn…jomlah kita melapis lagi ek..kali ni akak campurkan pula cream cheese kat adunan plain dan akak warnakan pulak warna merah…untuk lapisan ke 3 akak ikut design kek lapis choc berry…sajer ajer nak buat camtu…suker pulak tenguk colour-colour camtu..
 BAHAN-BAHANNYA 🙂
  • 300 g mentega-akak guna golden churn
  • 120 g gula halus
  • 1/2 camca teh ovallate
  • 6 biji telur gred A
  • 220 g susu pekat manis
  • 100 g horlicks
  • 1 1/2 camca teh esen ais krim soda
  • 1 camca teh pewarna biru
  • 50 g jem raspberry (pilih yang tanpa gula, ada jual kat Tesco/Giant/C4)-akak belasah yang ada kat umah
  • 1 camca teh esen raspberry (akak  tak letak pun)
  • 1 camca teh pewarna merah jambu
  • 1 camca teh pewarna hijau muda/esen pandan (gunakan  ajer pewarna yang ada kat rumah)
  • 160 g tepung Hong Kong 
  • 50gm cream cheese (suhu bilik)-pukul sebentar sampai cream cheese lembut
CARA MEMBUATNYA 🙂
  1. Lenser tin berukuran 7 x 7 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi. Panaskan oven pada suhu 190C (api atas dan bawah).
  2. Putar gula, ovallate dan mentega dengan kelajuan tinggi selama 7 – 8 minit. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (jarak waktu untuk 1 biji telur = 1 minit).
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan susu pekat manis dan horlicks. Putar rata selama 2 – 3 minit. Tukar pada kejuan perlahan dan masukkan tepung dan gaul sebati selama 1 – 2 minit sahaja. Kalau nak gaul tepung menggunakan spatula pun boleh.
  4. Bagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. 1 bahagian dicampur dengan esen ais krim soda dan pewarna  hijau muda/esen pandan, kacau rata. 
  5. 1 bahagian dengan jem raspberry, esen raspberry (kalau guna) dan pewarna biru, kacau rata dan 1 bahagian lagi pada warna merah dan cream cheese.(warna merah dan warna hijau masukkan dalam aising beg)
  6. Sudukan  3 1/2  camca besar adunan warna biru(ada jem rasberry), ratakan dan bakar hingga masak (6 – 7 minit)..(bergantung kepada suhu oven masing-masing)
  7. Keluarkan dan tekan sedikit, kemudian ratakan adunan bewarna biru lagi (3 lapisan), ratakan dan bakar, tapi kali ini, api ditukar pada api “grill” dan suhu pula 200C, bakar hingga masak (6-7 minit)
  8. Utk lapisan ke 3 hingga ke 8, picitkanlah adunan hijau muda(esen soda)merah (yang ada cream cheese) berselang seli, menyerong (diagonally). Setelah itu bakar lagi warna biru 3 lapisan.
  9. Kemudian bakar guna api atas bawah  dan bakar sekejap dalam 5 minit.
  10. Bila sejuk bolehlah di potong..nak makan kek lapis ira kata kena potong nipis-nipis..barulah sedap…
 

kek lapis

Kek Lapis Pandan Choc Berry—hodohnya…

Bila tenguk kek lapis kat rumah  http://mawarmerah7.blogspot.com..akak tertarik nak cuba..ikut resepi  KEK LAPIS PANDAN CHOC-BERRY tapi akak gayakan macam Kek Lapis Dwi Berry...ha..kau…tak lawa….compang camping di buatnya…ala yang buat pun bukan pro..baru nak mencuba..kalau tak cuba tentu tahu ..macammana nak buat kan….tak kisahlah itu…..janji habis di makan dek anak-anak..resepi pun akak c & p dari dapur Ima di Jay Bee tapi resepi asal dari Rozzan  di Singapore….terima kasih yer..
Bahan-Bahan
  • 500 gm mentega
  • 150 gm gula
  • 1 sudu besar ovellette
  • 10 biji telur saiz besar
  • 1 tin susu pekat manis
  • 260 gm tepung Hong Kong
  • 100 gm horlicks
  • 2 sudu besar serbuk koko (dibancuh dgn 2-3 sudu besar air panas)
  • 1 sudu besar chocolate emulco
  • 1 sudu teh pewarna cokelat
  • 50 gm jem strawberry-guna jem rasberry (sebab tak ada stok kat umah jem strawberry)
  • 1 sudu teh pewarna merah-tukar ke warna biru
  • 50 gm sekaya
  • 1/2 sudu teh pes pandan
  • 1 sudu teh pewarna hijau
Cara:
1) Pukul mentega dgn gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.

2) Masukkan pula susu pekat manis lalu dipukul dgn speed perlahan.

3) Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dgn kelajuan yg rendah sehingga menjadi adunan yg licin dan sebati.

4) Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Satu bahagian dibiar plain, satu dibubuh koko, choc emulco ; pewarna cokelat, satu lagi dibubuh jem rasberry & pewarna biru dan yg akhir dibubuh sekaya &  pes pandan  & pewarna hijau.
 Warna biru dan warna hijau masukkan dalam beg aising…

5) Dengan menggunakan loyang 10″ x 7″ yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar dengan suhu 200-210F (bergantung kepada oven masing-masing)

6)Lapisan pertama -coklat..gunakan api atas bawah…
kedua -plain (api atas sahaja) ketiga coklat  dan  kemudian plain.dan bakarlah setiap lapisan lebih kurang 5-7 minit atau sehingga kek masak,

6.  Utk lapisan ke lima hingga sembilan, picitkanlah adunan hijau/biru berselang seli, menyerong (diagonally). Setelah itu .bakar lagi warna plain, coklat, plain dan akhir sekali coklat. 

8).  Setelah selesai lapisan atas…bakar sekejap menggunakan api atas dan bawah.  Pastu bolehlah dikeluarkan dan kena tunggu sejuk dulu baru di potong ek..
 Jangan gelak tau tenguk ke lapis akak ni….janji sedap kan..(saper lagi nak puji kalau bukan diri sendiri..betul tak??)