Bergedel Ikan Dan Udang Bersama Hashbrown Simplot

 
Resepi ni resepi ke 4 yang Dato’ Chef Wan yang juga di gelar  “Food Ambassador of Malaysia” berkongsi resepi dengan kami.  Agak jarang rakyat Malaysia memakan bergedil ikan bukan, cuma yang biasa kita makan ialah bergedil kentang, bergedil ayam ataupun daging.
Muka ceria geng blogger yang hadir Jard, Ayu dan Ezna , Suzie pun ada sebab terhibur dan tak kering gusi mendengar celoteh Dato’ Chef Wan
 
Tapi Dato’ Chef yang pandai mengubahsuai resepi masakan Malaysia dengan menambah Hashbrown Simplot yang telah di goreng kedalam masakan kali ini.  Memang terasa kelainannya bila kami semua mencubanya.  Nanti akak nak buat gak aaa.
Bahan-bahannya (10-15 orang)
  • 1 paket Hasbrown Simplot (digoreng bersama minyak panas sampai kuning emas)
  • 300gm isi ikan tenggiri, di kukus dan di ramas halus
  • 300gm isi udang basah-dicincang halus
  • 1 biji bawang besar-dihiris bulat dan digoreng sampai kuning.
  • 2 biji cili hijau-hiris
  • 1 genggam besar daun ketumbar- di cincang halus
  • 4 tangkai daun bawang-dihiris
  • 1 camca  teh serbuk lada putih
  • 1/2 camca teh serbuk buah pala
  • 2 camaca teh serbuk kari ikan
  • 2 camca teh serbuk cili
  • 2 biji kuning telur-di pukul
  • Perahan 1/2 biji limau nipis
  • Minyak zaitun untuk menggoreng
  • Garam secukup rasa
 nak cepat habiskan menggentel Dato’ Chef Wan minta tolong 2 orang peserta

Cara Membuatnya

1.  Campur Hashbrown Simplot yang di goreng tadi bersama semua bahan di dalam mangkuk dan gaul sebati.
 
2.   Bentukkan menjadi bergedel dan goreng dengan minyak zaitun pada kedua-dua belah sehinggga kuning emas.
enak di makan panas-panas . Aiseyman ada orang lain lah pulak..
sabar ajerlah si Hidayat  ni

Percutian Ke Genting Highland

 Genting Highland terletak di negeri Pahang Malaysia
 Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting (2000m di atas paras laut 3°24′6.51″U, 101°46′2.62″T) ialah puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia dan merupakan tempat peranginan yang terkenal di Malaysia
 Merentasi sempadan negeri Pahang and Selangor, perjalanan ke Genting Highlands mengambil masa kira-kira sejam dengan kereta dari Kuala Lumpur ataupun melalui kereta kabel bergerak yang terpantas di dunia.
Kota Keriangan yang terletak di puncak Genting Highlands yang sejuk dan berangin ini menawarkan keriangan dan keseronokan tanpa henti.
Terdapat 2 taman tema di sediakan iaitu taman tema outdoor dan taman tema indoor.  Terdapat juga  kompleks membeli-belah First World Plaza menyediakan pelbagai jenis permainan serta enam kawasan bertema yang berasaskan ibukota dan tempat terkenal di seluruh dunia – Perancis (Champs Elysees), England (London), Itali (Venice), Amerika (Times Square dan Universal Walk), Switzerland (Banjaran Swiss) dan Malaysia (Genting Walk). 
Di sini juga terdapat hotel  yang dimiliki anak syarikat Genting termasuk Genting hotel, Highland hotel, Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awana Genting dan First World Hotel. First World Hotel mempunyai sejumlah 6118 bilik, menjadikannya hotel terbesar di dunia pada masa kini, mengatasi MGM Grand Las Vegas Hotel bekas pemegang gelaran hotel terbesar di dunia dengan 6118 bilik.

Salah satu tarikan utama di Genting Highlands ialah cuacanya yang sejuk dan nyaman dan ianya sesuai untuk hasil tanaman.
Selain itu di sini ada juga ladang sayur-sayuran yang 
menawarkan sayur-sayuran yang segar
Di Genting Strawberry Leisure Farms menawarkan sayur-sayuran yang segar seperti salad yang di tanam secara hidroponik.
 
Sayuran yang di tanam secara ini tidak menggunakan tanah..geram tenguk sayur yang segar bugar ini.
 
Selain dari itu di sini juga terdapat ladang strawberi
 
 Jika anda ingin memetik sendiri buah strawberi yang segar sedikit bayaran akan di kenakan.
Akak tak melepaskan peluang membeli 
buah-buahan  dan gula-gula strawberi.
Tak lupa juga membeli sayur-sayuran

PENGANGKUTAN (Jalan Darat)
Anda boleh sampai di Genting Highlands di dalam masa lebih-kurang 45 minit sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur menerusi Lebuhraya Karak.



Jalan Darat (Bas atau Teksi)
Perkhidmatan teksi ke Genting Highlands boleh didapati di Stesen Bas Puduraya di Kuala Lumpur. Perkhidmatan bas ekspres terus Kuala Lumpur-Genting boleh didapati di Stesen KL Sentral, Stesen Bas Ekspress Jalan Duta, Puduraya dan Stesen LRT Gombak.


Jika inginkan info tentang tempat menarik di Malaysia boleh ke laman web http://www.tourism.gov.my/

Mereka Perlukan Bantuan

Assalammualaikum dan selamat pagi di hari Jumaat yang mulia.  Bantulah mereka sebab mereka perlukan bantuan dari anda.

PERLUKAN PERHATIAN SEGERA :
Rumah perlindungan Al Nasuha kini didiami oleh lebih 80 penghuni terdiri dari kanak-kanak dan wanita. Bayangkan 2 unit rumah teres 2 tingkat didiami seramai tersebut. Kami perlukan tempat yang lebih selesa dan luas. Hubungi 017-9354323 (UMI)  jika anda ingin memberi cadangan atau sumbangan kearah memberikan tempat tinggal yang lebih selesa kepada penghuni Rumah Perlindungan Al Nasuha
KAMI SANGAT MEMERLUKAN BANTUAN & SUMBANGAN ANDA
Rumah Perlindungan Al Nasuha memberi perlindungan kepada anak-anak yatim, miskin dan terbiar. Kami juga menjaga ibu-ibu tunggal dan gadis-gadis terlanjur. Ditubuhkan atas dasar dan kewajipan bagi mengambil tanggungjawab diatas golongan yang berkenaan. Kami tiada sebarang penaja dan tidak mempunyai penyumbang dana yang tetap.

Oleh yang demikian kami sangat memerlukan simpati, sokongan dan sumbangan dari anda semua. Sila terus hubungi kami untuk sebarang program, jemputan atau sumbangan.

RUMAH PERLINDUNGAN AL NASUHA
No. 5, Jalan GP 3/3 , Taman Gombak Permai,
68100, Pinggiran Batu Caves, Selangor,
Telefon : 017-9354323 (UMI)

Nombor Akaun MAYBANK atas nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK ANAK YATIM AL NASUHA 564829000530

Selain dari wang tunai kami secara tetap sentiasa memerlukan barang-barang keperluan seperti beras, minyak masak, bahan-bahan perencah makanan, sabun basuh, sabun mandi, shampoo , pampers , kertas tisu dan lain-lain keperluan asas.
Bantulah kami , kunjungi lah kami. Hubungi kami di 017-9354323 . Kami sentiasa menanti anda
FACEBOOK http://www.facebook.com/bantukami

Kami sangat berbesar hati menerima sumbangan, sokongan dan simpati dari anda sekelian. Kami sangat berterima kasih dan berharap agar khidmat bakti ini mendapat keberkatan Allah SWT.

Fadilat Bersedekah

1. Dengan bersedekah akan menghilangkan rasa kurang senang golongan yang miskin terhadap golongan yang  berharta dan kaya.
2. Bersedekah akan menimbulkan rasa kasih sayang sesama masyarakat Islam baik yang kaya mahupun yang miskin. Sifat dengki akan hilang.
3.  Bersedekah akan mendatangkan keberkatan. Apabila datang keberkatan dan hilanglah kecelakaan.
4. Bersedekah dapat menghilangkan kesusahan yang dialami oleh orang-orang yang kesempitan.    Ini ,menggambarkan wujudnya sifat saling membantu antara satu sama lain dalam masyarakat.

Tangan Di Atas Lebih Baik Daripada Tangan Di Bawah
Hadith :
Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:
”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (al-Bukhari)
 
Sumber

Tekak Teringin Nak Rasa Kenny’s Roast Lamb

Di Malaysia terdapat banyak tempat makan yang menawarkan berbagai citarasa dan rupa tak kiralah makanan tempatan ataupun makanan international.  Kalau tekak terasa hendak makan masakan stail western terdapat banyak restoran yang menawarkan stail makanan cara omputih.  Salah satunya ialah restoran Kenny Rogers Roasters yang mempunyai banyak cawangan di Malaysia.
Hb akak yang belanja kali ni.  Akak tak larat nak bayar sebab tak bekerja. Kali ni akak nak merasa Kenny’s Roast Lamb sos black pepper.  Lamb yang dihidangkan memang lembut dan sosnya memang sedap
Imran dan suami pun pilih menu yang sama tapi sos yang berlainan, menu sampingan pun berlainan. Sajer kami pilih yang tak sama sebab boleh cilok sini sikit..sana sikit. Yang tak puas hati sebab ada kentang yang empuk dan ada yang tidak.
 Muffin pisang dan vanilla yang memang sedap
 Fridaus yang tak jemu-jemu dengan Kenny Quarter Meal iaitu Roasted ¼ chicken sos bbq.. akak suka macaroni cheese tu
 strawberry dream yogurt ice blend ni akak punya..sedapppp.  Akak kata dengan anak-anak..
nanti kalau mak dah tua dan banyak duit mak nak makan stail camni hari-hari.  Hb kata pula..
mana boleh..orang keturunan Jawa tak ada nasi tak boleh tau.. 
hermmmmm sabar ajerlah
Ingat N3 pasal pocket potato ni dulu…kalau nak tau boleh ke SINI.  Masa hb order akak dah bising kata kang jadi macam kes yang dulu.  Tapi hb akak tak peduli, dia nak gak.  Bila sampai akak yang rasa dulu.  Wah…apa pasal sedap dan empuk ubi kentang dia..fuhh memang puas hati sebab rasanya kali ni sedap sungguh.  Hairan gak kenapa dulu rasanya tak sama. 

Beruntungkan tinggal di negara Malaysia yang tercinta, semua makanan yang kita nak makan ada di sini dan semestinya ianya halal.

Rendang Ayam Dan Nasi Serai

Rendang adalah salah satu makanan kegemaran orang Malaysia disebabkan rasanya yang enak dan terkenal sehingga di katakan menjadi antara 50 masakan yang paling enak di dunia.  Tak kiralah rendang ayam, daging dan itik memang sentiasa menjadi hidangan wajib di hari raya.  

Dulu waktu akak kecil, nak  menyediakan rendang mengambil masa yang lama hendak membuatnya.  Kena kopek kelapa, parut dan perah untuk mendapatkan santan.  Rempah ratus pula harus di giling menggunakan penggiling, yang paling tak tahan bila part nak giling cili kering..fuhhhh pijar tangan di buatnya.

Dulu kami masak menggunakan kayu api, dah tentulah pedih hingga keluar air mata disebabkan oleh asap yang keluar .  Bila masak pula mengambil masa yang agak lama, kena tunggu sampai rendang kering, bila nak kering kenalah di kacau-kacau sentiasa takut hangus.  

Sekarang ni mudah hendak memasaknya, dah ada santan yang siap di perah di kedai, dah ada pengisar untuk mengisar cili kering dan rempah ratus yang lain pastu cara memasak guna ajer dapur gas.  

Rendang sedap di makan bersama ketupat, ketupat palas, nasi impit dan juga lemang.  Sekarang ni senang nak makan rendang sebab ada di jual di restoran, gerai dan cafe yang bertaburan di Malaysia.

Oleh sebab akak ada keturunan orang N9 mak kadang-kadang masak gak rendang yang di panggil rendang cili api, tapi tak tahanlah perut nak memakannya sebab pedas tak menahan sehingga keluar air mata bila jamah rendang camtu.
Kali ni akak masak rendang ayam pencen.  Kalau guna ayam pencen kenalah masak sampai lembut. (akak rebus dulu guna pressure cooker) Cara nak memasak rendang sama cuma tukar nak guna daging ataupun ayam.
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam-potong 12-16
  • 20 batang cili kering – ikut kepedasan masing-masing*
  • 2 sudu besar jintan manis*
  • 2 sudu besar biji ketumbar*
  • 1/2 sudu besar jintan putih*
  • 1 sudu besar lada hitam*
  • 15 biji bawang merah#
  • 8 biji bawang putih#+
  • 1 inci lengkuas#
  • 2 inci kunyit hidup#
  • 6 batang serai#
  • 3 batang serai-tumbuk hujung
  • 3 helai daun kunyit-siat dan simpul
  • 1kg santan kelapa
  • 2 cawan air
  • 4 sudu makan kerisik
  • sedikit minyak
  • garam dan sedikit air asam jawa
  • nota..kalau guna ayam bandar masukkan ayam selepas masukkan santan..takut ayam hancurlah pulak..potong 12 yer
Cara menyediakannya
1. Sangai bahan-bahan bertanda * dan sejukkan sebelum di kisar hingga halus. Ketepikan.
2. Kisar pula bahan bertanda #. Ketepikan
3. Bersihkan ayam dan toskan.
4. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan bila minyak panas, tumis bahan-bahan bertanda #.
5. Setelah naik bau baru masukkan pula bahan-bahan bertanda # yang telah di kisar.
6. Bila dah naik bau, masukkan ayam , gaul rata dan biarkan kecut sekejap.
7. Masukkan pula santan pekat dan 2 cawan air. Biarkan santan merenih dan masukkan serai yang telah ditumbuk hujung dan daun kunyit.
8. Bila sudah agak pekat masukkan kerisik, garam dan sedikit air asam jawa. Rasa dan kacau sebati sehingga kering sedikit.
9. Bolehlah di hidangkan bersama nasi impit, lemang ataupun ketupat.
Kalau masak rendang kenalah rajin masak nasi sedap kan.  Akak lawankan dengan nasi serai.

Nasi Serai
Resepi diambil dari  Dari Buku Chef Hanieliza (terbaru) – 50 Hidangan Penambat Selera

Bahan A:-

  • 4 cawan beras basmathi
  • 4 cawan air
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 helai daun pandan – disimpul
  • 4 batang serai – diketuk
  • 3 sudu makan minyak sapi-akak guna minyak jagung campur mentega
  • 1 pokok daun sup – dihiris
  • 50 gm bawang goreng
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Dihiris):-
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
Cara Memasak:-
  1. Basuh beras dan rendamkan selama 1 jam. Toskan
  2. Panaskan minyak sapi dalam kuali  dan tumiskan bahan B bersama serai dan daun pandan dan tumis sehingga wangi. 
  3. Masukkan beras dan kacau sebenar dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik.
  4. Masukkan air, kiub pati ayam dan garam dan masaklah nasi seperti biasa.
  5. Bila nasi kering dan suis periuk nasi naik ke atas, kareh nasi gunakan chopstick dan biarkan nasi masak.  
  6. Tabur dengan daun bawang dan bawang goreng sebelum atau selepas di hidang. 
Kalau korang rasa blog akak layak untuk 4 kategori ni…anda bolehlah vote melalui fb anda  
Terima kasih kepada yang sudi mengundi blog akak.