Nasi

Nasi Bukhari Dayangjack

Akak buat nasi bukhari ni hari ahad lepas..baru nak letak N3 hari ni…tak pernah lagi seumur hidup buat sendiri nasi ni..akak ambil resepi dari rumah Dayangjack…akak beli ajer rempah bukhari kat giant..tak rajin nak buat sendiri…jomlah jenguk resepinya.


Bahan-bahan : utk 4 orang makan

  • 2 1/2  pot kecil beras Basmathi (direndam 3-4 jam dan ditoskan)akak rendam 1/2 jam ajer..nak cepat masak..
  • 3 pot air
  • 150 ml susu cair
  • 2 sudu makan serbuk kari daging
  • 1 sudu makan rempah Bukhari Faiza
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 1 cm halia (dihiris)
  • sedikit daun ketumbar / daun pudina (dihiris)
  • 2 sudu makan puri tomato
  • sedikit badam (ditumbuk)
  • sedikit gajus (ditumbuk)
  • 2 sudu besar minyak sapi (ghee)
  • bawang goreng
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • garam secukupnya

Cara-cara :

  • Rempah dan serbuk kari disatukan serta dibancuh dgn sedikit air. Kacau rata-rata dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang  dan halia hingga terbit bau.
  • Masukkan pes rempah tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  • Masukkan puri tomato dan kacau lagi.
  • Masukkan badam/gajus tumbuk, air dan susu cair. Kacau perlahan2.
  • Kemudian masukkan beras, garam dan daun pandan. Tanak seperti biasa.
  • Setelah hampir kering, taburkan bawang goreng dan hirisan daun ketumbar/daun pudina.
  • Biarkan seketika hingga nasi masak sempurna.
  • Akak taburkan juga gajus goreng buat hiasan. Dan akak gaulkan dengan chopstick.
***boleh juga guna rice cooker.
***gajus dan badam ditumbuk utk menyedapkan lagi rasa pd nasi Bukhari.
Mee goreng buat sarapan pagi..
Advertisements
Saje-saje nak cerita

N3 Terima Kasih dan Ranking di Alexa

Hari N3 pasal terima kasih yer…

Akak ucapkan ribuan terima kasih buat mereka-mereka ni..sebab rasa akak member yang akak jumpa kat Astro Byondlah yang paling best …yang lain bukan tak best..tapi geng yang ni memang suker mengusik antara satu sama lain…
 ni bukan aweks dia yer.tapi isteri tercinta..

Terharu sebab dia panggil akak sifu dia..akak dengan bean dulu cuma hai..hai..balas komen kat shoutbox/comment..skrg ni suker pulak usik mengusik…nak tau baca dalam N3 ni yer.

 
Daydeck…pertama kali pun hai..hai kat shoutbox…
pastu bagi akak decoder astro sebab decoder akak tak berapa elok..pastu jumpa kat event nuffang, bagi tiket ke istana budaya..akak memang tak pernah masuk kat situ…tau..first time masuk ke situ dengan Yana…
last sekali jumpa kat  gi Astro fest..Dia ni sebaya dengan anak akak…..daydeck86

Dahlia kata akaklah bukak mata dia nak join Nuffang..sebab selama ni dia tak tahu dengan berblog boleh dapat duit sikit…bacalah kat N3 yang ni..gambar tak daklah pulak..terima kasih  dahlia

 Terharu sebab dia nilah member cyber yang kedua selepas wanmus… menerjah blog akak..memang dia ni selalu menerjah orang fofolur seperti adik nara dan red mummy..

Tak sangka pulak akak terpilih…dia baru ajer berblog tak sampai pun setahun tapi dah menang macam-macam..dah memang rezeki dia..pandai mereka cerita kelakar..kalau baca boleh tergelak besar…kalau tak percaya gilah ke 



Alexa traffic rank for tertunailahhasratdihati.blogspot.com:
Traffic Rank Change
Yesterday
7 day
1 month 739,569 -900,520 Change in Traffic Rank over the trailing 1m period
3 month 1,130,341 -276,946 Change in Traffic Rank over the trailing 3m period

Bila Cik Min bagi tau pasal akak folular di Jepun dalam alexia ni…. tapi kat Malaysia tak ada pun ranking…akak terkejut berukkk..kenapa pulak boleh fofolur kat sana tapi tak fofolur kat sini….
Lepas tu akak pun check kat sini…memang betul tak  masuk pun blog akak  ada ranking pun…..tapi bila buka  pagi tadi dah ada dah list…ooooo terkejut akak…wah dah ada dah…pastu ada pulak peningkatanlah pulak..
.syukur alhamdulliah..

Tertunailahhasratdihati.blogspot.com’s Worldwide Traffic Rank

Country
Rank
55,184







Aduhai seronoknya bila  masuk  jugak dalam ranking di Jepun…apa agaknya yang di cari oleh orang Jepun ek..
Dan akhir sekali terima kasih pembaca yang sudi baca N3 terima kasih akak ni..
Terima kasih sekali lagi.
Kek

Salam Maulidur Rasul dan Baulu Lapis


Sebelum tu nak ucap Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1430H buat semua..

Assalammualaikum semua..malas betul nak bangun pagilah…sebab hujan dah turun…pastu cuti..tapi bila fikirkan ada perut yang nak di isi dan nak menunaikan tanggungjawab sebagai hambanya…bangunlah jugak..

Memang dah lama nak buat kek gulung …gulung ni…tapi oven besar dah jahanam…nak beli baru kena kumpul pelan-pelan..jadi beli ajerlah oven kecik dulu…tu pun dah banyak berjasa tau…jangan jadikan peralatan sebagai alasan..
Ambil resepi dari rumah Ah Mat Gebu...tapi resepi asal dari Ayin Yin …resepi asal namanya  Baulu Gulung...oleh sebab akak lapiskan ..jadilah Baulu Lapis.…buat pun sebab teringin sangat tekak ni nak makan baulu…oleh sebab tak leh gulung sebab tebal…(loyang kecik) terpaksalah di lapiskan ajer..tu pun dah puas hati bila anak-anak kata sedap…tertunailahhasratdihati akak…
 BAHAN-BAHANNYA 🙂
  • 5 biji telur gred A
  • 100 g gula pasir
  • 100 g mentega, cair dan sejukkan
  • 1/4 camca teh vanilin@1/2 camca teh esen vanilla
  • 75 g tepung gandum*
  • 25 g tepung jagung*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan diayak)
  • Jem kegemaran secukupnya (akak guna ajer jem strawberry yang tak habis-habis..campur dengan air panas sedikit tau)
CARA MEMBUATNYA 🙂
  1. Lenser tin 12 inci x 12 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak. Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Putar telur, gula dan serbuk vanilin hingga kembang dan pekat, gunakan kelajuan tinggi. Pada kelajuaan perlahan, masukkan tepung yang telah diayak tadi. Putar rata.
  3. Tuang mentega cair dan gaul hingga sebati. Tuang dalam tin dan bakar 25 – 30 minit atau hingga kuning keemasan.
  4. Biarkan sejuk sebentar dan terbalikkan di atas sehelai kertas minyak. Sapu jem kegemaran dan gulung kemas. Potong sebelum dihidangkan. (akak potong 2..pastu bubuh jem dan ratakan..tangkup dan potong kecik-kecik)
 ehmmm…sodap…
banyak kali dah buat sotong paprik 
 musim panas ni minum air longan pun sodap..akak gunakan gula tebu dan air pandan..cairkan dengan sedikit air…pastu tapis dan masak lagi dengan longan dalam tin..sekejap ajer tau..pastu sejukkan kejap barulah di bancuh dengan air sejuk dan letak air batu..
    luahan hati

    I follow you..you follow me back

     Akhir-akhir kat shoutbox…ada pembaca yang suker tulis

    1 follow you..you follow me back

    Aduhai akak bukan tak nak follow…akak akan follow bila blog tu menarik hati akak..tanpa paksaan tau..
    Saper yang tak suker follower ramai…akak pun suker…
    Kalau follower ramai maknanya peminat kita ramai dan kita boleh berbangga bukan…. sebab follower kita beratus-ratus..orang tenguk mesti kata…
    wah mesti best blog ni..

    Dan itu  bermakna mereka memang suker baca N3 kat blog kita.
    Bagi yang suker memasak tentu nak follow sebab nak cuber resepi yang ada kat blog tu.  

    Dan ada juga yang suker baca kisah merapu akak….kisah anak-anak akak….akak ucapkan ribuan terima kasih  kalau camtu..
    Biarlah kita follow blog orang dengan rela hati dan tanpa di paksa.  Bukan akak  nak sombong tapi akak tak suker di paksa..bila akak suker akak akan follow yer..


    Jangan kecil hati bila baca N3 akak kali ni yer..Maafkan akak
    dari permulaan blog hingga ke penghujungnya yer..
    p/s akak nak ucapkan tahniah kepada  
    kenapa ek…silalah gi ke blog dia..dia menang hadiah lumayan…memang patut beliau menang sebab suker bagi link kat blog dia…tahniah sekali yer..
    Nasi

    Nasi Ayam (Ayam Bakar)

    1 ekor ayam akak perapkan dengan Master Food selama 2 jam…baru bakar dengan suhu 220-230 C dalam masa 45-1 jam bergantung kepada besar/kecil ayam tu..

     Akak nak minta maaf sebab terpadam komen-komen di N3 blog bukan goblok tu…tersilaplah masa edit..bila check balik dah hilang semua komen..ada 12-15 (tak ingat) komen rasanya…bak kata amir raja lawak…i’ am sorry…akak hargai semua komen yang telah di berikan.

    Akak suker jugak buat nasi ayam stail Mat Gebu….sebab simple dan senang ajer nak membuatnya..tapi ayam akak perap dengan Master Food dan bakar..sajer ajer nak tukar selera..terima kasih buat Chef Ah Mat Gebu..akak c & p dari blog beliau ajer..gambar kurang menarik sebab ambil dengan kamera handphone..kamera buat hal lah pulak.

     gambar kurang menarik sebab guna kamera hp
    BAHAN NASI AYAM 🙂
    • 500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
    • 1 liter sup ayam (resipi sup dibawah)
    • 2 helai daun pandan, disimpul
    • 1 inci halia, dititik
    • 1 batang kayu manis
    • 1 kuntum bunga lawang
    • 3 ulas bawang putih, diketuk
    • 1 camca besar minyak masak
    • 2 camca besar margerine
    • Garam secukup rasa
    BAHAN SUP AYAM 🙂
    • 500 g ayam, dipotong kecil-akak ambil bahagian tulang dan isi sikit buat sup..
    • 1 kiub pati ayam “Maggi”
    • 2 sup bunjut Adabi
    • 1 pokok daun sup, potong kasar
    • 1 1/2 inci halia, dititik
    • 4 ulas bawang putih, diketuk
    • 2 batang serai, dititik
    • 1 kayu manis*
    • 1 kuntum bunga lawang*
    • 3 biji buah pelaga*
    • 5 kuntum bunga cengkih*(*rempah tumis)
    • 1/2 batang lobak merah, dipotong berbaji-tak letak
    • 1 biji kentang besar, didadu besar-tak letak
    • 2 cawan bunga kobis yang dipotong sekuntum2-tak letak
    • 1 camca teh lada serbuk lada hitam
    • Air secukupnnya (anggaran 3.5 liter)
    • Garam secukup rasa
    BAHAN SOS CILI HALIA 🙂
    • 4 biji cili merah
    • 3 biji cili padi
    • 1 biji tomato
    • 1 cawan air
    • 2 keping hirisan nipis halia
    • 4 camca besar cuka makan
    • 3 camca besar gula perang (gula pasir pun boleh)
    • Garam secukup rasa
    BAHAN LAIN 🙂
    • Hirisan daun sup/daun bawang
    • Bawang goreng
    • Hirisan timun
    • Hirisan tomato
    • Daun salad (tak letak, sebab tak de)
    Untuk kuah kicap pulak..akak cuma campurkan dengan kuah sup, sedikit sos tiram dan sedikit kicap pekat.
    Akak bubuh ubi kentang yang di goreng sekejap pastu letak kat ayam bakar.
    CARA MEMBUATNYA 🙂
    1. UNTUK SUP AYAM :- Dalam periuk, masukkan ayam, air dan bahan2 lain, kecuali sayur-sayuran dan serbuk lada hitam. Masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecilkan api, renih 25 – 30 minit. Asingkan 1 liter sup ayam (untuk masak nasi). Kemudian, masukkan sayur2ran dan serbuk lada hitam. Biar hingga sayur masak dan tambah air jika perlu. Sesuaikan rasa dan matikan api.
    2. UNTUK NASI AYAM :- Panaskan minyak dan margerine dalam kuali hingga cair. Masukkan halia, bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan daun pandan tadi, tumis hingga harum, masukkan beras dan goreng sekejap. Gunakan api sederhana. Alih kan bahan2 tadi ke dalam rice cooker. Tuang sup ayam tadi (elok, ditapis sebelum menuang ke dalam beras). Masak seperti memasak nasi biasa. Bila nasi masak, gemburkan.
    3. UNTUK SOS CILI HALIA :- Kisar cili merah, cili padi, tomato dengan 1 cawan air hingga halus. Tuang ke dalam periuk, masukkan cuka, gula, garam dan halia. Kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga sos pekat sedikit, rasa dan tambah apa yang perlu. Hidangkan bersama nasi ayam dan bahan lain…..Selamat mencuba!!!!
     untuk makan malam..bakar lagi..tak cukuplah..
      Saje-saje nak cerita

      Berblog bukan goblok tau!!!!!

       Saper yang tak tahu goblok tu…silalah refer kepada orang Jawa ek…kalau tak ada member Jawa..akak bagitaulah maksud dia…BODOHHHHHHH…pasal akak pernah dengar orang kata camtu..

      Sakit tak hati kamu bila orang kata camtu…..lagi satu mereka kata …ala buang masa ajer…

      Mereka tak tahu ker? 
      Sebenarnya berblogging ni bukanlah membuang masa..tapi memanafaatkan masa…macam akak ni…tak kanlah nak duduk depan tv ajer..baik akak bukak pc dan berblogging…
      Kalau keluar kang..lagi banyak pakai duit…nak bayar duit minyak, duit parking dan duit makan  minum.
      Kalau berblogging ni tak yah keluar duit satu sen pun…kecuali bayar streamix ajer…rugi rasanya akak kalau akak tak guna…sebab suami akak bayar beratus sebulan tau…
      Bila akak cerita..akak boleh dapat income (tentulah dari NUFFNANG) walaupun seciput pun mereka tak percaya jugak…termasuklah adik beradik akak dan adik beradik suami akak…..

      lepas akak bila  tunjuk cek barulah mereka bukak mata ..walaupun income yang akak dapat baru-baru ni akak kumpul nak dekat setahun…dapat jugak beratus…saper nak kasi kita duit walaupun RM1.00….


       Bila akak bagitau dengan berblog akak menang  dapat Blackberry Curve (yang dah berhijrah ke India) dan tunjukkan bukti barulah mereka nak percaya cakap akak..
      Yang best kan…anak buah dan ipar akak pun ada yang baca blog akak..member-member Yana kat India pun bukak jugak blog ni…
      • Wah mak ngah (belah akak)..Mak Uda (belah suami)…terrorlah…
      • ha…kamu ingat mak ngah/mak uda ni buta it ek.. (dulu memanglah tak reti..anak ajar..pastu rajin gi blog orang lain)
      Member-member Yana kat India pun bukak jugak blog ni..tapi .tak yahlah mereka klik iklan …. sebab tak kan di kira punyer…dapat naikkan visitors/hits dah cukup bagus…


       Dulu kan yang rajin datang kat blog akak cuma orang Malaysia ajer..(mcm hana, dak ika, lg…ni memang member myresepi yang duk kat oversea..memang selalu jenguk blog akak)sekarang ada jugak yang datang dari jejauh..terima kasihlah yer..

      Yang tak best…tak leh mengumpat saudara maralah…kena tulis yang elok-elok…takut nanti jadi cerita pulak di belakang hari…mengumpat berdosa kan…


      Walaupun akak berblog …alhamdulliah suami akak tak complain…sebab semua kerja umah siap…kain baju dia akak gosok..akak masak…kemas umah…
      Dulu-dulu pun suami akak macam tak bagi jugak akak gi event Nuffnang ker.
       tenguk wayang memalam…dia siap kata:
      Wah…Ina sekarang ni dah pandai bersosial....
      Ala bang …Ina bukan buat yang tak senonoh…kalau pergi pun dengan anak..(selalunya Firdaus)

      Alhamdulliah sekarang ni suami akak tak bising lagi..kalau ada events  (walaupun tempat tu tak sesuai) 

      ataupun nak jumpa member blog..dia dah tak bising dah..sayang abang…muahhhhhh

      A Nuffnang/contest/duit/event/movie/best

      why 1 want to own a BlackBerry® Storm™ 9520 and why Celcom would be the best Storm-tastic place to get a BlackBerry® Storm™ 9520!

      Kenapa akak nak BlackBerry® Storm™ 9520 ni…sebab ianya

      • Panjang dan lebarnya cuma 112.5 x 62.2.  Senang nak bawak ke mana-mana.
      • Berat  pulak cuma 160g. Bolehlah masukkan dalam poket baju ker…poket seluar ker…tak yah sibuk-sibuk nak masukkan dalam handbag.
      • Tak payah lagi penatkan jari nak tekan keypad..sebab  BlackBerry® Storm™ 9520 ni  guna  full touch screen dengan 65k colors displays..Display menu akan berpusing ikut handphone ni.
      • Kalau pusing kiri nantikan… menu dia akan ke kiri..boleh tukar-tukar..bestkan..
      • Memory phone dalam 2gb jer ….tapi boleh letak sampai 16gb.
      •   BlackBerry® Storm™ 9520 ada wifi, bluetooth dan 3g..dapatlah kita melayari laman web dan hiburan seperti Windows IM, Yahoo IM, Facebook dan Flickr
      • jika kita gi jejalan jejauh ataupun tengah lepak dengan member-member…maknanya walau di mana kita berada kita masih  lagi boleh berhubung dengan member-member kita.  Memang akak suker sebab akak kan banyak  rakan cyber dan  akak suker berblogging.
      • Kamera dia ada 3.2mp, autofokus dan flash..kat kamera pun  ada image stabilization.. jadi bila tangkap gambar taklah goyang-goyang…
      BlackBerry® Storm™ 9520 pun ada A-GPS…
      maknanya kita boleh tenguk peta (map) bila kita tak tahu jalan..taklah sesat  barat dan  membazir minyak …kan harga minyak dah mahal ..ini di panggil Blackberry Maps.

       Untuk yang  bekerja  atau berbisnes pulak…
      •  Bolehlah  edit jika ada perkataan ataupun kertas kerja yang telah dibuat perlukan pindaan sebab kat BlackBerry® Storm™ 9520 ada   Dokumen Editor untuk kita edit kerja-kerja kita walaupun tengah makan minum  kat  kedai mamak/restoren/kedai kopi  mahal.
      • Kat BlackBerry® Storm™ 9520 ada  juga mp3 player untuk sesiapa yang suka dengar lagu dan juga ada mp4 player untuk sesiapa  yang suka tenguk cerita ataupun video.
      •  Bateri pulak boleh  tahan sampai 305 jam untuk 2g dan 280 jam utk 3g kalau kamu biarkan standby ajer…kalau bergayut pulak bolehlah  tahan  sampai 5 jam utk 2g dan 6 jam untuk 3g. 
       
      Untuk  menikmati BlackBerry® Storm™ 9520 semudah A BC……
       

      • cuma bayar dari serendah RM216 sebulan 
      • ketika anda mendaftar dengan Celcom Exec 50 atau pasca bayar Celcom Exec 250  RM148.00 sahaja.
      • Ataupun RM1,388 tunai dengan Celcom Exec 250 + Blackberry Advance dengan bayaran bulanan percuma sebanyak RM250.00
      Senangkan sebab ada 2 pilihan..jadi pilihan terletak di tangan anda…nak pilih yang mana satu.Ikut kata hati yer.
       
       
      sila gi ke 
      tenguk pula pelan yang ni  pulak… berrrrr…baloi baloi..
      Jangan luper hantar sms  kalau nak bukak facebook yer..
      tenguklah punyer ramai orang berebut-rebut nak ambil tawaran hebat ni dulu..

       Anda  biler lagi???cepat-cepatlah  beli sebelum terlambat.

      kenangan lalu

      Allahyarham Sudirman Dalam Kenangan

       Saper yang tak kenal allahyarham Sudirman???
      Mungkin generasi baru kurang mengenali beliau…
      Tapi sesiapa yang sebaya dengan akak mungkin meminati beliau. Akak salah seorang peminat beliau.
      Beliau seorang penyanyi, peguam, pelakon. penulis dan businessman..bukan koman-koman punyer penyanyi…akak memang salute dengan beliau ni… 
      Lagu  fofolur yang akak suker…”Merisik Khabar”, “Milik Siapakah Gadis Ini” dan “Salam Terakhir
      kenangan suami akak bersama beliau…tahun 80..an..kecik molek  orangnya, peramah sungguh..muker Russhdi ada iras-iras suami akak….betul tak???
      masa tu suami akak kerja di Jay Bee…..Sudirman menyanyi sempena majlis makan malam anjuran company hb akak…penari 2 orang  (memang seksi dan seksa tgk kan)ni sekarang ni kat mana agaknya??
       
      Lirik lagu ni..memang boleh menginsafkan kita….bila dengar lagu ni…selalu air mata akak mengalir tanpa disedari…tersentuh dan sebak rasa di hati…
      Membuatkan kita teringat dengan ibubapa kita sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
      Semalam 22hb. Febuari 2010 genaplah 18 tahun beliau telah meninggalkan kita….banyak juga yang menangisi pemergian beliau…
      Macam tak percaya bila mendengar berita beliau telah pergi ….setelah menanggung derita selama 7 bulan ….

      Al fatihah buat  beliau dan semuga rohnya di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

      roti

      Roti John Keju

       

      Ambil resepi dari majalah Saji jugak…resepi ciptaan Chef Zaidah..akak tak buat pun sos…malas…guna cili sos ajer…

      Bahan-bahan
      • 250gm-daging cincang-akak pakai hotdog hiris tipis ajer
      • 125gm keju chedar parut
      • 3 biji roti Perancis kecil (akak pakai roti hotdog)
      • 7 biji telur
      • 2 biji bawang besar-potong dadu
      • 1/2 inci lada benggala hijau-potong dadu
      • 2 sudu besar sos tiram
      • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
      • marjerin/mentega/minyak masak secukupnya
      • garam secukup rasa.
      Bahan Sos
      • 15 tangkai cili kisar-dikisar
      • 5 sudu besar sos tomato
      • 3 sudu besar sos tiram
      • 1 sudu kecil tepung jagung
      • 1/2 cawan cuka
      • 5 cawan air
      • 1/4 cawan gula
      • garam secukup rasa
      Cara menyediakannya

      1.  Daging cincang di sangai dengan sos tiram serta lada hitam dan garam hingga kering.
      2.  Pukul telur dengan sedikit garam dan lada hitam.  Masukkan daging, lada benggala dan keju chedar.
      3.  Roti di belah dua.  Letakkan adunan telur di atas roti.  Tekapkan roti di atas kuali yang telah di panaskan dengan marjerin/mentega/minyak masak.
      4.  Setelah masak taburkan keju di atasnya dan hidangkan dengan sos.

      Sos

      1.  Satukan semua bahan dan masak hingga mendidih.  Ketepikan.

      Saje-saje nak cerita

      DIY (Do It Yourself)

      Sebelum ni rumah akak ni kosong…dah masuk tahun ke 5 dah tak orang yang nak duduk kat sini.  Lampu pun tak ada..macam rumah tinggal..macam store pun ada…letak barang-barang yang tak nak guna.. anak-anak pun tak nak duduk kat sini..
       Satu bilik ni akak simpan segala benda..
      tinggal 4 bilik untuk penyewa..cukuplah tu..yang nak sewa pun cuma 2 orang anak dara..klu org bujang mungkin akak tak nak sewakan…

       ..dari balkoni boleh nampak sekolah..tapi dalam pembinaan lagi

       Bila dah ada orang nak sewa barulah kami sibuk nak beli lampu …bila beli lampu tanya dengan penjual..
      Satu point ambil berapa?
      Satu point RM12-RM15 …
      Mahalnya…
      Standard price ma…
      Bila dah banyak mau dekat  beratus….tak aperlah…suami akak akak kata pulak
      Dari bagi orang lain baik upah anak sendiri…kan ina..

      Eh..eh..pandai anak kita nak pasang..

      Belum cuber belum tau..

      Bermulalah projek kami anak beranak..oleh sebab yang nak pasang lampu bukannya pro maka ambil masa berhari jugaklah nak pasang…

      nasib baiklah Russhdi tau serba sedikit…camner nak pasang lampu dan kipas
      sebelum tu suami akak ajar…nasib baiklah hb akak tau..kalau idak payah..
      Firdaus pulak tukar kunci…sebab dah banyak kunci pintu rosak dan pasang ensel..lepas tu cat..
      tugas akak, Ira dan Imran..mencuci segala-galanya..sampai jari akak terluka..
       Akhirnya barulah siap semuanya hari Sabtu lepas..barulah nampak cam umah..cukup bulan ni masuklah penyewa baru…kira ok kan hasil kerja anak-anak dan suami akak ni…lepas habis semua kerja mereka dapatlah upah termasuk akak, Athirah dan Imran…berbaloi..baloiii
      Ada ker yang nak upah anak akak????? 

      oh yer..saper yang  pernah atau sedang menyewa umah …akak nak minta tolong jawab…

      • ada tak salinan surat perjanjian sewa….akak nak tenguk
      • perlukah surat perjanjian tu…
      • surat untuk setahun ker ataupun 2 tahun sekali
      • perlu ker mati setem
      kalau perlu…akak tak tahu nak buat camner..boleh tak email kat akak roslana_06@yahoo.com.my.. asap yer…