Jumpa Geng Myresepi-Sekitar Majlis Open House Cum House Warming Puan Zaiton

alhamdulliah dimurahkan rezeki akak …contest yang akak anjurkan mendapat ramai sponsor aka penaja…sampai tak tau nak agihkan macam mana.


luper nak bagitau..kalau ada lagi penaja baru sila edit balik syarat no 5..tu yang sentiasa akan berubah dari masa ke semasa jika ada lagi yang nak bagi …harap maklum


Sape yang sudi silalah join..rugi sape yang tak join.  Tapi tak per minggu ni ada open house kan..sape yang tak dak gambar tu gilah ajer kat umah sape yang buat open house dan minta kebenaran ambil gambar orang tengah makan..


Ada berani ker buat camtu…….

Tak habis lagi kisah open house minggu lepas ni..

Dalam hujan lebat akak keluar juga dari rumah Yanmie disebabkan nak pegi  ke rumah ke 3 hari sabtu lepas.  Walaupun banyak yang di pot pet pot pet dengan Yan..tapi masa tidak mengizinkan.


bila sampai  kat rumah Puan Zaiton.(gambar dari blog beliau).wah ada kambing pangganglah..
tentulah akak makan ni dulu dan di sulami dengan kuehtiaw goreng yang sedap giler

Antara menu yg dihidangkan ialah :
1. nasi goreng cina
2. lemang dan rendang daging
3. soto ayam dgn nasi impit/mihun
4. kuey teow goreng panas2
5. BBQ ayam/sausage/kambing
6. kambing golek panggang
7. ABC
8. Fruitlet dan tapai
9. air oren dan teh tarik

 Imran makan air  batu campur sampai 2 kali
 ada sosej dan ayam bakar aka bbq
Ada juga  kek coklat, kek marble dan cookies yang di buat sendiri oleh Puan Zaiton tapi tak sempat nak merasa sebab perut dah kekenyangan.
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.
 Suami yang baik hati membiarkan isteri pot pet pot pet…
 member myresepi yang selalu di ingati..ambil dari blog Puan Zaiton

lepas dari rumah Puan Zaiton ni ada lagi satu open house member blogger tapi tak sempatlah nak pergia..

maafkan akak yer Rozali..akak dahlah tersangkut kat jalan bandar klang tu … pastu kena merempit balik dari shah alam  ke rumah sebab suami akak nak buka puasa..dia pun tak join akak pergi open house ni..

Suka pot pet dan jalan-jalan tapi rumahtangga dan suami mesti di utamakan juga kan….setuju  tak isteri-isteri sekelian?

Sinopsis Drama Chinta Slot Akasia TV3

Teraju utama drama Chinta TV3 yang juga menggalas watak Chinta adalah Fasha Sandha, manakala pelakon lain yang turut membintangi drama bersiri 28 episod itu 

 termasuk Azhar Sulaiman, Ezany Nizariff, Ady Putra, Natasha Hudson, Zain Saidin, Fadzilah Mansor dan Zarynn Min. Nampaknya watak Fasha Sandha cukup mencabar sepanjang kariernya sebagai pelakon.  
Sinopsis Chinta TV3

 Drama Chinta TV3 mengisahkan perjalanan perit seorang gadis baik dengan imej bertudung di sebuah kampung.

 
Namun hidupnya mula dikaburi seribu satu dugaan yang datang menghimpit apabila abang kandungnya Kamal (lakonan Azhar Sulaiman) sanggup menjualnya kepada Pak Haji disebabkan telah berjanji. 
Bukan itu saja, sahabat karibnya, Mustika (lakonan Zarynn Min) pula menikam dirinya di sebalik kelembutan sebagai teman hanya kerana cemburu akan sayang seorang jejaka, Fakri (lakonan Ezany Nizariff) yang mencintai Chinta.
Abang Chinta telah menyuruh Mustika meletakkan ubat tidur dalam minuman air limau dan Chinta telah di tipu oleh abangnya dengan mengatakan ayah dia sakit dan terus membawa Chinta yang telah tidak sedarkan diri ke motel lalu di rogol oleh Pak Haji (boss abang Chinta) .

Abang Chinta telah mengambil gambar kejadian rogol tersebut dan telah mengugut boss dia supaya memberi wang kepada beliau demi membolehkan beliau berkawin dengan Mustika.

 Sayangnya jejaka yang mencintai Chinta sanggup merogol Chinta  (setelah melihat gambar Chinta di rogol oleh Pak Haji) semasa ibubapa Chinta menghantar rombongan peminangan ke rumah Mustika.  Dalam perjalanan baru ibu Chinta teringat yang cincin pertunangan tertinggal di rumah dan rombongan berpatah balik dan bila sampai di rumah mereka terperanjat  bila terlihat kelibat Fakri yang berpakaian tidak kemas.

Meskipun tidak sesekali ingkar akan tanggungjawab kepada agama dan dirinya, Chinta terus dilanda dugaan yang datang bukan sekali, sebaliknya bertimpa-timpa hingga menyebabkan dirinya lemas dalam suratan yang tertulis buatnya.
Chinta mula mempersoalkan nasibnya dan merasakan Tuhan tidak adil padanya. Justeru, Chinta tekad dan bangkit menentang takdirnya hingga mengambil keputusan meninggalkan kampung halamannya untuk berhijrah ke bandar raya bagi mengecapi satu impian di luar imaginasinya.
Chinta pergi meninggalkan zaman silam yang membunuh jiwanya di kampung. Dia tidak percaya dengan lelaki dan istilah cinta lagi. Fakri ditinggalkan tanpa amaran.
Hidup barunya di KL menemukan Chinta dengan Mayang (lakonan Natasha Hudson). Diarinya mula berubah dan Chinta berdiri sebagai peragawati jelita, seksi dan menarik hingga menyebabkan banyak pihak datang mendekatinya. Kecantikan dan personalitinya yang penuh dengan dendam itu bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa di kalangan wanita lain.
Di sebalik kerjayanya, Chinta menyimpan rahsia yang sebenarnya dia pelacur kelas atasan. Namun Chinta kekal dengan misinya bagi melangsaikan rasa dendam di hati yang kian menebal.
Akhirnya, hidup bertopengkan kepura-puraan itu membuka pintu hati Chinta dengan nilai sayang sejati dengan pengawal peribadi kepada seorang Tan Sri yang membelanya, Amar (lakonan Ady Putra).
Drama Chinta telah mula  di tayangkan bermula pada 27hb, September 2010 dalam  slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang selama sejam. 
 Buat peminat Fasha Sandha, bolehlah korang layan Drama Chinta TV3. Seperti kata Fasha Sandha, “Chinta adalah hadiah buat peminat setia saya untuk melihat transformasi Fasha Sandha secara maksimum“.

p/s..sebenarnya tak minat dengan fs ni disebabkan isu terhangat beliau tu..tapi oleh sebab best cerita tu akak pun layan jugaklah…

mungkin jejai pulak yang terasa di awang-awangan bila ternampak muka fs ni, betul tak  jejai.
 

Resepi Kek Lapis Cadbury


Akak ambil resepi kek lapis cadbury ni dari blog rozzan.  Seorang lagi chef lelaki tapi dari Singapura.
Buat hari minggu lepas sebab Ira nak bawak balik ke asrama.
Bahan-Bahan 
500 gm mentega
10 biji telur
150 gm gula
100 gm tepung biskut marie
1 peket santan serbuk (50 gm)
100 gm susu manis
180 gm tepung gandum-akak guna tepung hongkong
coklat cadbury secukupnya -dalam 2 paket

Cara: 
1) Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2) Masukkan telur satu persatu hingga habis.
3) Masukkan tepung biskut marie, tepung gandum, santan dan susu. Gaul rata.

bahagikan kepada 2 bahagian. 1 akak masukkan koko  anggaran 1 sudu besar.
4) Bakar lapisan pertama plain  hingga masak.
5) Ratakan adunan untuk lapisan kedua dan susun coklat cadbury.
6) Bakar hingga masak. Ulang hingga habis.

Gunakan Loyang 9”x9” (saya gunakan 8″x8″)

Catitan Saya:
1)Gunakan api grill sahaja dgn suhu kira-kira 200 darjah Celsius.
2) Masa membakar kira-kira 1 jam 20 minit.

Demi Masa Depan…Pergilah Anakku

gelagat 3 orang Muhammad..tinggal 2 orang ajer dah kat umah 
Malam tadi pergi ke KLIA..jangka berlepas pukul 3.15 pagi..
tapi delay sehingga pukul 4.15 pagi…sabar ajerlah
hantar russhdi nak sambung belajar..
ishhh miss my 2 anak dara akak
tengah dengar taklimat..takut tersesat kang..tak sampai
 kat tempat belajar kang..pasal transit kat Dacca..
gelagat anak buntut aka anak kecik..dia kebosanan
 tak ada kawan nak main……dan baby tua yang sengal
seeee..akak tak nangis kan…
sempat senyum macam kerang busuk lagi
ingat russhdi..jaga diri, jangan tinggal solat dan 
jangan membazir pound tau..tentu dah tau kat mana dia pergi kan
oh sapekah si dia ni???
bersalaman dengan member kolej

Semuga Russhdi berjaya menghabiskan pengajiannya di sana nanti.   Dan semuga beliau selamat  sentiasa  semasa di sana.  Mak dan ayah mendoakan agar kamu dapat membawa pulang apa yang diidamkan.  Jangan berpoya-poya..kat sana banyak godaan.  


Tak taulah emak dan ayah dapat gi sana ker idak?  

Say NO to click Fraud-Nuffnang Bagi Amaran

 Amaran dari Nuffnang

Kami telah memperhatikan bahawa kumpulan tertentu telah terlibat penipuan klik, yang ditakrifkan sebagai mengklik iklan BPK sengaja hanya untuk menghasilkan pendapatan bagi pemilik blog. Kami memahami bahawa sebahagian daripada anda mungkin hanya cemas tentang pendapatan beberapa pendapatan sampingan dari memaparkan iklan banner, namun tidak diketahui bahawa ini sebenarnya melanggar Terma & Syarat dalam Seksyen 6.
 

Diantara beberapa tindakan yang merupakan penipuan klik adalah;
– Mengklik iklan blogger lain dan meninggalkan komen di belakang meminta / mengisyaratkan kepada pemilik untuk mengklik iklan mereka kembali
– Meminta bantuan pengunjung blog ‘untuk mengklik iklan
– Mendaftarkan sejumlah besar blog dan klik iklan di masing-masing
– Berulang kali beralih ke IP yang berbeza untuk mengklik iklan sendiri

Iklan Banner ruangan yang dibeli oleh pemasang iklan untuk mempromosikan kempen iklan mereka. Iklan hanya seharusnya diklik jika penonton tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen iklan, bukan untuk maksud mendapatkan wang tambahan. Hanya klik iklan banner untuk tujuan mendapatkan wang tambahan akan membahayakan keberkesanan kempen. 

 Ini mungkin kelihatan tidak berbahaya, tetapi manfaat penipuan klik tidak ada dalam jangka panjang kerana perlu situasi ini memburuk, frekuensi kempen iklan mungkin dikurangkan secara signifikan sebagai pemasang iklan akan selektif untuk hanya beriklan di blog tanpa nota penipuan klik, mengurangkan jumlah ruangan iklan yang tersedia untuk pengiklan.


Sistem kami mampu menjejaki tindakan yang disebutkan di atas, yang didokumentasikan dan jika perlu, akan digunakan sebagai bukti untuk tujuan undang-undang. Di masa lalu, Nuffnang telah diskors dan melarang pelbagai individu dan kumpulan untuk terlibat dengan kesalahan ini.  

Namun, kerana jumlah blogger yang terlibat dalam penipuan klik telah berkembang dalam tahap yang membimbangkan dalam komuniti kami, kami terpaksa harus lebih waspada untuk membawa ini berakhir. Kami akan mengambil tindakan yang diperlukan untuk menjaga high blog dan ruangan iklan yang tersedia untuk pengiklan sehingga anggota masyarakat yang lain tidak terpengaruh oleh mereka yang terlibat dalam penipuan klik.


Kami menyedari bahawa banyak Nuffnangers mungkin tidak menyedari bahawa mereka tidak sengaja mungkin terlibat dengan penipuan klik, oleh kerana itu kami meminta anda membantu kami menyebarkan berita. Jika anda mengetahui adanya teman-teman anda atau Nuffnangers lain yang telah terlibat dalam tindakan semacam itu, kami sangat menghargai jika anda baik boleh mendidik mereka di bahaya terlibat dalam aktiviti penipuan klik.

Untuk tau lebih lanjut sila ke nuffnang

p/s akak translate kat google ajer..nak tenguk dalam bahasa inggeris gi ajer ke situ.

Ingatlah pesanan dari nuffnang ni.  Tiada jalan pintas nak senang.  Tu sebab ada blogger yang dah dapat email dari nuffang.

Beraya ke rumah Yanmie

Lepas pergi ke rumah Beautifulnara, akak pergi ke satu jemputan..rumah Yanmie..hujan lebat di sepanjang perjalanan nak ke rumah beliau.  Akak tersilap jalan..masuk ikut Bandar Klang..masak kau..nak dekat 1 1/2 jam membazir masa sebab jalan sesak.
Nak masuk ke rumah Yanmie, hujan turun  selebat-lebatnya.  Dari perut kenyang terus jadi lapar.  Yanmie  hidangkan nasi kuning, ayam masak merah (betul tak yan..kalau salah tolong bagitau) daging kicap dan acar.  Ada juga agar-agar.  Kalau nak tenguk gambar ke sini
antara yang hadir pada masa tersebut..cilok dari blog Yanmie

 dari kiri Sue, Anarm.Net, Sukasup dan dari kanan CikNurull dan Azizan4444
ada yang hadir tu pasangan ?????akak doakan semuga mereka ke jinjang pelamin ..cuba teka sape ek? (habislah akak kena bambu)

anak sulung Yanmie yang peramah..tiba-tiba dia duduk atas pangkuan akak bila nak bergambar..ibarat kata Yanmie.aiman tak kisah…rasa cam cuculah pulak
nasib baiklah ada driver..kalau idak memang akak tak larat nak memandu jauh-jauh ni.
jejaka-jejaka pemalu..bila tegur di twitter peramahlah pulak mereka ni
masa ni memang hujan lebat..Yan tak bagi balik..ishhhh mana boleh..akak ada 2 lagi jemputan open house..berlari ke kereta dalam hujan..nak buat camner..tak per Yanmie..nanti akak datang bawa toto dan bantal …kita pot pet semalaman…

Terima kasih Yanmie kerana sudi menjemput dan menerima kedatangan akak.
Maaf jika ada yang terkasar bahasa sebab kami berdua ajer yang pot pet..pot pet..sebab ni kali ke 2 akak datang ke rumah dia.
 
Yanmie ni salah seorang penaja contest akak.  Terima kasih sekali yer Yanmie kerana sudi menjadi sponsor

Resepi Asam Pedas Tetel

Bila dah jemu makan bersantan raya-raya ni..teringinlah pulak nak makan lauk macam ni…tetel tu akak dah rebus dah..tapi ashik keluar masuk balik dalam peti sejuk sebab suami akak puasa jadi tak leh masak pedas-pedas.

Akak main campak-campak ajer..tapi nak senangkan sape yang teringin nak masak akak catat ikut resepi chef ah mat gebu yer.
Bahan-bahan
  • 1 kg daging tetel (daging tetel = daging yang ada lemak2)-akak rebus kejap-akak campur daging sedikit
  • 1 genggam daun kesom (dengan batang2nya sekali), cuci bersih dan toskan
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 1 cawan jus asam jawa
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa (tak letak gula)
  • 8 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 camca besar lada hitam*
  • 1/2 inci lengkuas*(*dikisar halus)
  • Air secukupnya

akak tambah : halba campur (sebelum tumis bahan kisar..masukkan dulu halba ni dan daun limau purut) dan 2  batang serai di titik (tumbuk sedikit) di hujungnya
CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. Daging tetel, dipotong (jika ketulannya besar), cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis  halba campuran, serai, bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan daging tetel dan daun kesom tadi, gaul rata dan masak hingga daging tetel kecut. Tuang air secukupnya dan masak dengan api besar hingga mendidih. Kecilkan api dan terus merenih hingga tetel empuk.
  3. Masukkan jus asam jawa, bunga kantan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih 10 minit lagi dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. (masukkan daun limau purut yang telah di siat.) Hidangkan panas.

Adun Galas Meninggal Dunia

 

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Che Hashim Sulaiman, 46, yang dimasukkan ke Hospital Al-Islam sejak dua hari lalu akibat barah usus meninggal dunia petang ini.
Adun Semerak, Pasir Puteh, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4.30 petang tadi.

“Allahyarham dijangka akan dibawa pulang ke kediaman di Gua Musang (Kelantan) selepas Maghrib untuk dikebumikan di tanah perkuburan di sana.

“Sekiranya pengurusan jenazah di sini (Hospital Al-Islam) berjalan lancar
maka urusan menghantar jenazah untuk dikebumikan di sana (Gua Musang) dapat dipercepatkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Allahyarham meninggalkan dua isteri iaitu Che Busu Junuh dan Aida Zakaria serta 11 cahaya mata.

Gambar: Pulang ke kampung halaman. Jenazah Chek Hashim dibawa dengan ambulan ke Gua Musang untuk dikebumikan. Gambar dari blog ibnuhasyim.com

Wan Hassan yang menziarahi Allahyarham petang ini menyifatkan pemergiannya satu kehilangan besar sebagai seorang kenalan rapat sejak mengenalinya 20 tahun.  Selama saya kenal dia, dia seorang yang baik, mudah mesra dan suka tolong orang,” katanya.

Allahyarham disahkan menghidap penyakit itu sejak Mei tahun lalu selepas batuk mengeluarkan darah. Susulan daripada itu beliau menjalani pembedahan di The First People’s Hospital Fu San, Beijing selepas menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur selama tiga bulan.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim (PAS) berjaya merampas DUN Galas daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.
Galas adalah DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain
DUN Nenggiri dan Paloh.

p/s wah ada pilihanraya kecil lagi ni…tentu semua bertumpu kat sini apabila adanya pilihanraya.

Sekali-sekali layan politik tak per kan.. 

DiGi iPhone 4 Life

iPhone 4…

memang berbaloi-baloi kalau dapat menggunakannya sebab didalam iPhone 4  ni..terdapat banyak applikasi-aplikasi yang berguna seperti untuk perniagaan, hiburan ataupun  sesuai untuk seorang suri rumah macam akak ni.


Bagi akak iPhone 4 ini bukan hanya sekadar telefon bimbit sahaja tetapi dikategorikan sebagai tempat untuk menyimpan temu janji atau untuk menghilangkan kebosanan kerana terdapat juga iTunes untuk mendengar lagu-lagu.  


Kalau masak sambil dengar lagu mesti bestkan..

Ishh…kalau dapat la iPhone 4 nie memang takkan  bagi kat orang lain. Sebab bentuknya yang elegan dan cantik dan fungsi yang amat best sangat-sangat…


Harap la dapat..Kesian akak tengok manager akak merayu-rayu nak iPhone 4 ni..Berdoa ajerlah.

Open House Rumah Beautifulnara (BN-Bukan Barisan Nasional Yer)

Hari Sabtu akak dapat jemputan  3 open house..jadi taklah masak memasak..
dalam perjalanan ke rumah BN..adalah pulak monyet yang sedang mengerai makanan.
Rumah pertama yang kami terjah ialah rumah beautifulnara

Sapekah   beautifulnara ?  
Beliau ialah seorang blogger yang fofolur.  Mendapat hits yang tinggi.  Salah seorang yang mendapat pendapatan yang best dari Nuffnang.  Trafik beliau berkali-kali ganda dari akak.
Dan beliau salah seorang penaja bersama dalam contest yang akak anjurkan.  Terima kasih yer sudi jadi penaja.
Akak pergi bersama anak sulung dan anak bongsu.  Suami akak kebetulan tak dapat join sebab kerja banyak..kena gi office, my manager ada pulak open house..Ira banyak kerja sekolah..
Kebetulan masa akak sampai ramai pulak awek cun ..member adik beautifulnara..semuanya belajar di pusat pengajian tinggi..seronoklah Russhdi sebab di kelilingi dek perempuan jelita.
 mood Imran oklah pulak bila ajak bergambar dengan beautifulnara

First time akak jumpa beautifulnara..masa Ogawa di Pavilion. masa kat situ akak segan nak bergaul mesra dengan dia yang rancak berborak bersama Redmummy sebab mereka dah  jadi blogger fofolur dan akak baru ajer berjinak dalam dunia blog ini.
Walaupun fofolur beautifulnara, tidak sombong, senang berkawan dengan dia..low profile. Selepas tu kami kerap berjumpa di event Nuffnang dan mengambil gambar bersama.
Siap peluk lagi dengan ibu beautifulnara.
Ibu beliau juga seorang yang peramah dan telah di kurniakan 4 orang cucu.  
Alhamduliah anak-anak beliau berjaya dalam pelajaran dan 3 daripadanya berkesempatan melanjutkan pelajaran ke luar negar bermula dari kakak ke 2  beliau belajar di Jepun,  beautifulnara sendiri ke  Korea dan baru ajer adik lelaki beliau sambung belajar di Manchester  UK dalam bidang farmasi.  
Untuk cerita lanjut gi ke sini
Gambar sebelum balik bersama-sama kakak beautifulnara yang cun walaupun dah berkawin .
Ingat hati nak jadikan dia menantu tapi apakan daya, beliau telah bertunang.  Cun ooo tunang dia..Nak tenguk tak tunang dia..klik sini
Memang sedap masakan ibu dia…ada nasi dagang lauk ikan tongkol dan ayam..akak makan dulu yang ni..ada laksa dan mee/bihun soto.  Lepas tu makan nasi dagang akak makan pulak laksa.
masa tengah makan..nak ambil gambar..boleh terbalik pinggan akak…aiseyman..nasib baik yang tau cuma anak akak dan beautifulnara
Yang ambil gambar pakai baju kebaja hijau tu adik dia..masih kosong kot..bolehlah jadikan calun menantu untuk anak lelaki akak..  beautifulnara  camner ok tak  ……..

Terima kasih sekali lagi buat beautifulnara sekeluarga kerna sudi menjemput akak datang ke rumah beliau.  Nanti bila datang masa kenduri kawin taklah sesat…bolehlah akak jadi penunjuk arah kepada tali barut akak.

perhatian buat peserta contest akak..

sila update/edit balik kat N3 anda.  Ada penaja baru.