daging

Bila tekak nak makan macam-macam

Tanya yana nak makan apa….al maklumlah lebih kurang se bulan lagi dia nak pergi ke india …dia kata nak makan kerabu daging. Hari minggu akak gilah ke pasar greenwood beli daging lembut/steak. Suruh dia hidupkan api dengan gunakan tempurung/arang…bab ni dia dah terror..akak tak masuk campur.

Bila dah hidupkan arang/tempurung ni rugi pulak kalau tak salai ikan sembilang..buatlah sekali.

Tapi tak masak dulu…wrapping dalam cling plastik dan pastu masukkan kat dalam peti ais..si russhdi suruh masak lemak ikan sembilang…..isshhhh tak muak-muak..cadang nak masak hari rabu..pasal dia nak balik ke bangi lepas maghrib.

Tercapailah hajat di hati yana nak makan kerabu daging ni…akak yang panggil….sebenarnya resepi ni panggil daging grill pedas. kali ni akak masukkan tomato.

Masak pulak daging salai masak lemak dengan jantung pisang. Yang ni akak yang nak makan..sebab puasa…jadi tekak ni nak makan macam-macam..

Oleh sebab masak macam ni selalu akak dah bagi resepi…akak tepek gambar ajelah ye..

Masa goreng ni nak dekat maghrib….barulah best makan panas-panas…

Pastu blend buah tembikai…….alhamdulliah dapat jugak habiskan puasa hari…hari masak cara kampung..tapi aduhai….bertambah akak makan..

Advertisements

tag

Award dan tag dari yanmie (dah lama peram..nasib baik tak berkulat)

Award di beri oleh yanmie..tapi dah terperam lama dah…sorrylah yanmie..

Peraturan nak jawab tag ni ialah:

1. Copy badge “2009 Cute’s 3logger Award” untuk diletakkan di blog anda.

Dah tempek kt atas tu

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda..

Nak link tak pandai tapi tag ni di beri oleh yanmie dihttp://www.coklatstrawberry9.com/

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

1. Dulu malas masak waktu kerja..penat kot…skrg ni sukalah pulak..

2. Kalau tak memblog dan tak buka internet boleh menggong tau..

3. Dulu suka kumpul barang tembaga…skrg ni pulak suka kumpul pinggan lama.

4. Suka jejalan…tak kisahlah ke mana..janji keluar dari rumah…bosanlah dah duduk rumah ni..ada orang nak offer kerja tak?

5. Paling tak suka nak menggosok baju…ada sape nak kerja gosok baju kat rumah akak..bukan free tapi di bayar.

6. Suka mencuba resepi baru…dulu ashik resepi yang sama..skrg ni kat blog member cyber byk resepi yang sedap-sedap.

7. Suka jumpa member-member sekepala..seronok…

8. Tak suka makan pedas skrg ni-sebab perut dah tua..nanti ashik masuk ke tandas aje.

9. Suka tenguk cerita dari korea..tak suka tgk cerita hindi–lama sesangat.

10. Kalau malas..satu kerja pun tak nak buat termasuklah memasak..

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog.

Boleh di katakan member-member cyber ramai dah dapat award ni..jadi sape yang belum dapat silalah ambil dan buat ye..

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan:
“anda telah di tag – sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda”

Ambil jangan tak ambil…akak dah penat cari nak bagi award ni.tapi semua dah dapat…

cerita akak

Oh Kereta Lamaku…Akhirnya Dilerai Oleh Sindiket Pencuri Kereta

Kami pakai kereta ni lamalah jugak..pastu kami cadang nak jual….saje-saje ambik gambar masa tu..

Bergambar kenangan sebelum kereta nak di jual…Mula-mula nak jual sendiri…tapi lecehlah..pastu suami suruh kedai usedcar tolong jualkan…lama juga ambil masa nak jual kereta ni…al maklumlah zaman ekonomi meleset ni.

Alhamdulliah akhirnya terjual jugak kereta ni..suami dah sain tukar nama di borang jpj dan dah dapat cek pada hari jumaat yang lepas …….tup…tup…malam tu ada panggilan dari balai polis kajang. Tanya kami ada tak kereta ni..suami kata dah jual…polis tu kata dia jumpa resit masa suami akak tukar tayar yang masih tersimpan dalam dashboard . Polis tu ingat kereta ni masih lagi kereta suami akak.

Bila suami bagi tau kereta ni dah di jual…..polis tak kata apa-apa lagi…pagi sabtu tu polis tu call lagi bagitau kereta tu dah ada kat balai polis kajang…dah terlerai…….baru sejam di curi dah dileraikan oleh sindiket ni…..mula-mula suami ingatkan pembeli kereta ni orang melayu…kesiannya dia baru beli …..dah kena curi….tak sempat bergaya dengan kereta baru.

Cerita ni keluar pulak dalam akhbar harian metro hari ni…rupanya yang beli tu ahli sindiket pencuri kereta. Yang beli ni ada kedai used car jugak dan berbangsa cina…..dia beli lepas tu dia buat report kat kereta dia kena curi pasal nak claim insuran ..pastu mereka leraikan dan jual komponen kereta tu kat kedai barang yang jual komponen terpakai.

Nilah serba sedikit petikan dalam paper hari ni….mereka tukar no chasis dan no enjin pulak tu..pandai sungguh mereka ni…sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak…

Nasib baik teringat nak ambil gambar dengan kereta ni…jadilah kenangan buat kami…takkan dapat tenguk lagi kereta ni di jalan raya….yang tinggal cuma komponen dia aje…
sedih pulak bila tau tamat dah riwayat kereta ni…

Ayam

Ayam Seribu Rasa

Mula-mula tenguk nama ayam ni..risau jugak takut pakai bahan yang bermacam-macam..rupernya senang aje nak masak ayam cam ni…resepi asal dari Myresepi tak akak c & p dari rumah Puan Ummi di Kuantan. Setelah di perap akak goreng separuh ayam ni…sedapppp

Bahan:-
  • 1 ekor ayam (sederhana besar, potong ikut suka)
  • 1 mangkuk kecil air
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar jus oren
  • 2 sudu kecil lada hitam – tumbuk
  • 1 sudu besar badam – tumbuk
  • 1 inci belacan
  • sedikit garam
  • serbuk perasa (*ummi letak gula sedikit)
Bahan-Bahan Kisar:-
  • 1 inci halia
  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering
Cara Memasak:-
Ayam dipotong dan dibersihkan. Perap ayam selama 2 jam dengan kicap, sos tiram, sos tomato, garam dan jus oren. Masukkan juga lada hitam dan buah badam yang telah ditumbuk tadi. (lagi lama perap lagi bagus). Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan bealcan dan sedikit garam lagi serta serbuk perasa. Masukkan air. Biarkan mendidih dan masukkan ayam yang telah diperap tadi. Gaul rata dan kacau seketika. Biarkan ayam masak dan kuah agak kering. Angkat.

Akak perap 1 1/2 ekor ayam…pasal semua ada kat rumah. Separuh masak macam resepi di atas dan separuh lagi akak goreng…tapi tak ada gambarlah pulak..anak dara bawak kamera gi ke kolej masa tu.

ketam/kerang/siput

Kerang Cili Sangai

Nak perhabiskan pes cili sangai…akak masaklah bersama kerang..senang aje masak macam ni..tak yah pakai cili sos pun.

Rendam kerang dulu bersama air garam….pastu tos dan rebus tanpa air…bila dah masak/terbukak masukkan pes cili sangai, sedikit garan dan gula. Gaul sebentar dan bolehlah di angkat..Dah tinggal sikit baru nak ambil gambar.

pes cili sangai yang tak habis-habis lagi..