sotong

Sambal sotong kering dan cara mengguna ubat sotong


Masak nasi lemak kukus lagi…buat masa anak-anak semua ada di rumah masa cuti hari pekerja yang lalu..akak ambil resepi kat majalah saji. Untuk nasi lemak kukus boleh rujuk atas label nasi..

Bahan-bahan

  • 2 ekor sotong kembang
  • 1 cawan kacang tanah
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3 sudu besar gula merah
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 cawan air
  • garam secukupnya
  • 2 sudu besar kerisik-akak tak letak
  • 2 batang serai-akak tak letak

Bahan kisar

  • 10 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar

Cara menyediakannya

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan cili kisar dan kacau rata dan masak hingga cili naik minyak.
3, Masukkan kacang tanah, gula, garam dan air asam jawa. Kacau rata.
4. Masukkan sotong, kerisik dan air. Kacau rata dan masak sehingga pekat dan sotong telah lembut.
5. Hidangkan bersama nasi lemak, nasi putih ataupun lontong.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Kat bawah ni akak tunjukkan cara nak rendam sotong dengan ubat…ada member cyber yang suruh show..

Mula-mula masukkan sotong kering ke dalam besin. Akak rendam 5 keping sotong kering.

Masukkan pula ubat dia..kalau nak masak pagi esok cukup gunakan satu aje..tapi akak rendam pagi … petang nak masak…kena gunakan 2 biji ubat sotong.

Lepas tu bubuh air dan ubat sotong akan cair dengan sendiri dan biarkan air menutupi sotong tadi. Bila waktu petang boleh di bersihkan dan di potong-potong kecil-kecil.

Harap member yang nak tenguk cara rendam sotong ni faham ye

Advertisements

1 thought on “Sambal sotong kering dan cara mengguna ubat sotong”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s