Resepi Nasi Ayam /Ayam Penyet

Kalau nak diikutkan kalau gi makan ayam penyet kat kedai wong solo ker..memang tak ada sup dan nasi. Mereka hidangkan nasi biasa ajer.


Tapi kat umah akak ni kan..kalau tak ada kuah..lauk kering ajer..hb kata sakit tekak tak dak kuah. Jadi kenalah buat sup sikit.


Dulu dah pernah buat dah ayam penyet ni..tapi sambal akak ikut resepi lain..kali ni akak buat sambal ayam penyet ikut resepi Puan Asmalaili.

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam sederhana besar (potong 12)
  • 1 liter air
  • 2 helai daun salam
Bahan rebusan
  • 4 ulas bawang putih-ketuk sedikit
  • 1/2 sudu kecil ketumbar
  • 3 cm halia-hiris leper
  • 3cm lengkuas-hiris leper
  • 1 1/2 kecil garam-ikut kemasinan sendiri yer
  • 1 kiub ayam
Cara menyediakan Sup
1. Bahan rebusan di tumbuk lumat dan lumurkan pada ayam.
Masukkan ayam ke dalam periuk.
2. Masukkan sekali daun salam dan tuangkan air. Renehkan sehingga ayam empuk.
3. Apabila ayam empuk, angkat dan toskan ayam.
Toskan ayam.(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasi.
Untuk menyediakan ayam goreng(dak Ijan punya resepi)
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
Cara-cara
  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best. (akak perap 5 jam ajer)
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu)
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Nasi
  • 1 labu bawang besar-hiris halus
  • 2 biji bawang putih-hiris
  • 3 cawan beras basmati-rendam 30 minit dan toskan
  • 4 1/2 cawan air rebusan ayam
  • 1 batang kayu manis*
  • 2 cengkih*
  • 2 pelaga*
  • 2 bunga lawang*
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit butter/minyak/marjerin
Cara menyediakannya
1. Panaskan minyak/marjerin. Tumis rempah tumis (*) dan masukkan bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan daun pandan dan beras. Goreng beras sekejap.
3. Masukkan ke dalam periuk letrik bersama air rebusan ayam dan masaklah seperti biasa.

Untuk Sup

  1. Tumis rempah 4 sekawan(1 bunga lawang, buah pelaga, 2 bunga cengkih dan 1 kulit kayu manis). Masukkan air rebusan ayam dan bubuh sup punjut.
  2. Biarkan merenih sebentar dan masukkan sedikit lada sulah.
  3. Masukkan garam secukup rasa
  4. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan. (kalau rajin buatlah bawang goreng yer)
    Untuk Tempe dan Tauhu Goreng.
    • 2 keping tahu – potong2
    • 2 bungkus tempe-hiris tipis
    • Sedikit tepung beras.
    • Minyak masak untuk menggoreng.
    Cara-cara
    1. Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
    2. Goreng hingga garing.
    Untuk Sambal (akak buah 1/2 dari resepi)
    • Sedikit minyak masak
    • 20 batang cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
    • 10 biji cili padi
    • 10 biji bawang kecil/merah, hiris
    • 3 biji bawang putih, hiris
    • 5 biji tomato, potong 4
    • 5 cm belacan
    • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
    • 3 sudu gula merah/secukup rasa
    • akak letak air limau nipis sikit dan garam
    Cara-cara
    1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
    2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
    3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
    4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
    5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.(Akak guna food processor ajer)
    6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
    7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
    8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.
    9. * Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
    Cara hidangan-
    Sebelum di hidang, ketuk ayam dengan chopper 2 kali (tu sebab panggil ayam penyet…kena penyet sebelum di makan..kalau idak taklah di panggil ayam penyet kan..)

    Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi. (akak letak timun ajer)

    nak tenguk gambar gi ke sini

    http://www.kakinakl.com/2009/05/ayam-penyetnasi-ayam-penyet-palembang.html

    Ribut Melanda di Tanjung Malim

    Lepas ribut di Jasin yang mengorbankan 2 nyawa,,terjadi di Kuantan..tiada yang terkorban…cuma atap rumah banyak yang rosak.

    Jalan kat blog Bro framestone terjadi lagi ribut di Tanjung Malim.  Nasib baik tak seteruk di Jasin. 

    Video ni di ambil dari http://zulseffort.com/video-ribut-di-bazar-ramadhan-tg-malim/


    Setiap kejadian ada rahsianya.  Fikirkanlah.

    " Are You Moist Enough? "

     Kulit anda merasa kering?  Inginkan kulit lembab seperti kulit bayi.  Jawapan kepada masalah ini ada jawapannya.  Losyen Vaseline adalah penyelesaiannya.


    Vaseline telah melancarkan empat losyen yang baru iaitu total moisture, intensive rescue, aloe cool and fresh dan healthy white untuk keperluan kulit yang berbeza.  


    Setiap orang mempunyai masalah kulit yang berbeza, jadi Vaseline telah mencipta losyen yang berbeza dan di rumus khas untuk melindungi kulit kita supaya lembab selalu.

    • Losen lembap Total Moisture dilengkapkan dengan vitamin E, kacang soya dan oat yang melembap setiap lapisan kulit dan menjadikan kulit halus, lembut dan sihat.


    Bagi Intensive Rescue pula mengandungi glycerin yang serta-merta memberikan kelembapan pada sepanjang hari. Formula ini membantu memulihkan kulit kering.

    Aloe Cool and Fresh diperkaya dengan daun lidah buaya dan timun yang menjadikan kulit lembut dan bersinar sambil melembap.

    Healthy White mengandungi serum yogurt dan vitamin B3 dengan perlindungan cahaya matahari yang mengembalikan kecantikan kulit.


    Kenapa perlu  ada  Vaseline di setiap rumah?
    Kerana Vaseline boleh melindungi kulit selama 24 jam supaya  keseluruhan kulit yang kering akan menjadi lembab dan sehat.
    Bila sudah berusia barulah akak terasa  rugi kerana tidak menghargai kulit akak sebab akak mengabaikan penjagaan kulit cuma pentingkan kecantikkan muka sahaja.
    ABOUT VASELINE
    Pertama sekali dihasilkan pada 1870, Vaseline adalah salah satu produk Unilever yang paling terulung dan kini terus menjadi jenama yang sinonim dengan penjagaan dan pelembapan. 

    Hari ini, Vaseline merupakan barangan penjagaan kulit yang dipercayai dan terulung, menjadikannya salah satu produk pasraan global yang terunggul. Vaseline boleh didapati di lebih 90 negara seluruh dunia dan merupakan produk Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, jenama bagi kebanyakan barang-barang rumah di Malaysia.

    Kenapa  Vaseline jadi pilihan ?

    Pertama kali di hasilkan pada tahun 1870, Vaseline merupakan salah satu produk Unilever yang paling terulung dan kini terus menjadi jenama yang sinonim dengan penjagaan dan pelembapan.  

    Wah lama kan Vaseline bertahan di pasaran selama 130 tahun dan ini telah terbuktiVaseline merupakan jenama yang bermutu dan boleh di percayai dan telah di gunakan seluruh dunia sejak dari dahulu lagi.

    Sebab itu wanita wajib menggunakannya agar kulit kita merasa lembab sentiasa kerana masa muda tidak akan berulang kembali. 

    Janganlah di abaikan keperluan kulit kita. Hargailah kulit kita dan pastikan kulit kita sentiasa lembab dengan Vaseline.

    Bukan ajer akak  gunakan Vaseline tau.. suami dan anak-anak  pun menggunakannya terutama bila cuaca panas sebelum keluar dari rumah.
    Sebab cuaca kering memang boleh mengeringkan kulit dan setelah di sapu vaseline kulit tetap lembab.


    Kami bukan sahaja menggunakan vaseline di tangan dan kaki tetapi menyapunya ke seluruh anggota badan.

    Di rumah juga kita patut menggunakan vaseline kerana kulit orang dewasa  dan tidak terlambat untuk menggunakannya secara harian untuk memaksimumkan kulit anda sebelum ia menjadi kering sebelum tiba masanya.
    Bila di pejabat memang patut menggunakan Vaseline kerana hawa dari pendingin udara memang boleh mengeringkan kulit dan bila menggunakan Vaseline kulit menjadi lembab dan ianya boleh melindungi kulit sepanjang hari.
     Jadi hargailah kulit anda sebelum kulit anda mengalami proses penuaan yang biasanya bermula di leher dan di tangan.  

    Gunakan setiap kali , setiap hari dan setiap masa.  Jangan menyesal yer bila kulit tidak di rawat dengan sempurna ia akan menjadikan kulit kita menjadi kering seperti daun yang gugur kekeringan.  Untuk mengelakkannya  gunakan  Vaseline sekerap yang mungkin.

    Vaseline…dulu…kini dan selamanya. Memang sesuai untuk di sapu ke seluruh anggota badan setiap hari.

    Dapatkan Vaseline hari ini juga.

    Kedai Nasi Lomak Power di R & R Nilai Plus Highway

    Kalau balik dari kampung hb ..selalu singgah makan kat sini. Kadang-kadang sakit hati makan kat R & R kat Plus Highway. Kalau nak makan kami selalu singgah kat tempat makan kat jalan persekutuan. Sebab seriklah bila bayar dah mahal..pastu tak sedap.

    Kat sini memang sedap nasi lemak dia. Kat R&R Nilai arah nak ke Kuala Lumpur. Walaupun harga dia mahal sikit tapi berbaloi.

    suami akak memang suka ambil lauk puyuh goreng …memang kena dengan selera kami semua.

    Akak suka pulak lauk sambal kerang. Kalau bertolak pagi dari kampung..sampai sini dah tengahari..jadi tak yah masak. Makan kat sini ajer. Lagipun mana nak larat masak..sebab sampai umah badan dah penat.
    macam-macam lauk ada

    Tapi sayang sungguhlah sebab tak lama lagi R&R akan di naik taraf dan kedai ni pun akan bercuti sehingga pengubahsuaian siap Tak silap akhir tahun ni kot. Tentu rindu nak makan nasi lemak ni.


    Minta-mintalah bila balik dari rumah fil lepas raya bukalah kedai ni..masa balik hari tu sebelum puasa tutuplah pulak kedai ni. Nak lepas gian.

    Puff Pastry Inti Kentang

    Oleh kerana tertenguk  kat umah  Mat Gebu   Blueberry Criss Cross Puff 
    langsung teringat kan puff pastry yang berbulan dalam peti sejuk.  Kat umah ada jugak stok bluberry ni..tapi dalam kepala  dah ada projek lain.
    Selongkar punya selongkar terjumpa pulak inti kentang yang tak habis.  Apa lagi…projek pun bermula.  Bukan susah pun tak sampai 15 minit dah settle..  Oleh itu silalah simpan puff pastry di rumah yer..
    Malas nak taip akak c & p dari rumah Mat Gebu .  Terima kasih yer Mat.
    BAHAN-BAHANNYA 🙂
    • 10 keping puff pastry jenama “Kawan” saiz 4 x 4 inci
    • Inti karipap
    • 1 kuning telur + 1 camca teh susu cair = kacau rata
    CARA MEMBUATNYA 🙂
    1. Ambik 1 keping puff pastry, kerat 4 bahagian. Ambil 1 bahagian, buat potongan pangkah. Bahagian satu lagi, diletak 3/4 camca teh inti karipap , tutup dengan bahagian yang dipotong dan tekan tepi2nya dengan garfu. Alih dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap. (yang besar tu tak yah potong..terus lipat dan tekan tepi-tepinya dengan garpu.barulah di potong atas puff tu dengan gunting)
    2. Sapu kuning telur dan bakar pada suhu 190C selama 25 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
    Bila sahur kalau lauk dah habis…buat ni pun sonang..takkan  tahu buat kot..

    Resepi Buah Melaka aka Onde-Onde aka Kueh Kelepung

    Kalau kat melaka ada yang panggil kueh kelepung.  Anak-anak panggil buah melaka..ada juga yang panggil onde-onde.
    Buat buah melaka ni masa Yana masih ada lagi…suruh dia jer gi rebus dan golekkan kat kelapa…akak cuma duduk dan gentel.  Geli hati pun ada masa nak buat buah melaka ni.  Akak rasa akak kata campurkan tepung pulut dengan sedikit garam tapi dia letak gula lah pulak.  
    Bila akak tanya ..dah letak garam ker belum?
    Garam?  Kan mak kata suruh letak gula?
    Biar betul..mak suruh letak garam!
    Tak..mak kata suruh letak gula…Yana ingat ni resepi baru mak…
    Iyerlah kot…tersilap cakap kot…puasa kan..

    Nasib baiklah tak manis tepung tu..kang jadi resepi kueh barulah pulak.

     Bahan-bahan
    • 250gm tepung pulut
    • Sedikit jus daun pandan(3 helai campur air 1/2 cwan kisar..pastu tapis)-kalau malas beli ajer pes pandan chap koepe ..kalau dah guna pes tu tak yah guna lagi pewarna hijau.
    • Sedikit pewarna hijau
    • Kelapa parut yang putih di gaul dengan garam
    • Air secukupnya
    • Gula melaka di potong kecil-kecil

    Cara-cara

    1. Gaul tepung dengan air pandan (air pes pandan)  yang telah di tambah garam sedikit.
    2. Jangan lembik sangat yer cukup sampai boleh di bulat-bulatkan.  Kalau tiada air daun pandan boleh gunakan pewarna hijau yang di campur dengan air.
    3. Bentukkan bulat lebih kurang boleh muat masuk dalam mulut.  Masukkan gula melaka yang telah dipotong kecil di tengahnya dan bulatkan balik. 
    4. Panaskan air  sehingga mendidih. Selepas mendidih masukkan buah melaka dan biarkan sehingga timbul.
    5.  Angkat dan terus di gaulkan dalam kepala parut yang telah di gaul dengan sedikit garam.  Biarkan sejuk baru boleh di makan.

      Ke Plaza Low Yatt (Pusat Komputer di Kuala Lumpur)

      Semalam separuh hari di habiskan mencari dan membeli barangan computer. Terkejut jugak bila hb ajak akak gi ke Plaza Low Yatt. Kalau orang yang tau pasal computer tentu mereka akan mencari barang di situ..member akak yang duk jauh pun dan dia berniaga barangan komputer  pun beli kat Low Yatt ni.

       gambar dari google

      Nasib baiklah jalan tak sesak ..agaknya semua ashik serbu ke jalan tar kot.  Sampai kat situ ramai penjual terutama salesman  budak-budak muda akan menyapa kita..jangan terpedaya. Kita kena jejalan dulu sambil lihat harga barangan yang di tawarkan.

      Akak bernasib baik  sebab salah seorang anak akak pandai tentang hal ni semua…dia tau anggaran harga dan jenis barang tersebut. Sebab dia lebih suka beli barang tu secara loose dan pastu pasang..murah dari harga kalau beli fully package.  Kena hati-hati ..sebab ada orang kata kat Low Yatt ni kalau tak tau harga memang kena sembelih.

      Oleh sebab kebanyakan kedai di sana adalah kedai cina (tst ajerlah)..kita tak tak tahu samada mereka menipu ataupun tidak..kadang-kadang mereka pekenakan orang tak reti nak beli barang. Jangan terpengaruh dengan harga barangan yang di tawarkan.

      Kita kenalah rajin  survey  ke 3-5 kedai dan minta dulu  senarai barangan dan harganya sekali.  Kemudian bandingkan dan berbincang dulu tentang harga dan kualiti …oh yer jangan luper..budget…

      Dulu senang sebab anak akak ada kenal member sekolah dia yang bekerja kat situ..jadi dia taklah kelentung kami..masa tu beli laptop untuk Yana. Alhamduliah setakat ni tak pernah rosak lagi.  Cpu yang rosak ni pun kami dah pakai masuk 6 tahun baru rosak teruk.  Nak repair rasa macam tak berbaloi ajerlah.

      Kami jarang beli barang di tempat yang sama semuanya di kedai yang berlainan.  Selalunya kami akan survey dulu..minta senarai harga barang yang hendak di beli .  Bila dah dah senarai harga bincang pula hal budget..pastu baru pergi balik ke kedai yang menawarkan harga dan barang yang menarik.

      Pastu bila dah beli  kena  pastikan pula  barangan  tersebut  ada kad jaminan hendaklah di pastikan di chop sebelum meninggalkan kedai tersebtu dan pastikan juga setiap alatan mempunyai warranty dan mempunyai sticker.

      Di kedai yang kami beli cpu pun ada jual juga laptop,..dia tawarkan juga harga yang menarik  dan minta deposit.  Nasib baik kita tak jadi letak deposit sebab semasa jejalan kat kedai pemain badminton Lee Chong Wei…kami dapat harga lagi bagus dari kedai tersebut dan jenama laptop yang lagi best dari kedai tersebut.

      Bila  kami bagitau yang harga kami dapat di kedai pertama lagi murah dari kedai pemain badminton ni..dia siap ajak anak akak  gi balik ke kedai tersebut.  Terpaksalah anak akak berlakon cam kawan-kawan dengan salesman tu…tak lama mereka balik dan dia bagitau perkara sebenar.. Tenguk tu..orang yang hal computer pun dia boleh nak tipu.  Akhirnya tertunailah hasrat di hati nak  beli laptop kat sini.

      Sekarang ni ingatlah yer…sebelum pergi kena buat survey dulu dan biar kita tahu  anggaran harga barangan, supaya tiada yang boleh mengambil kesempatan. Pastikan setiap barang mempunyai pelekat jaminan (warranty).

      Mana-mana kad yang perlu dicop oleh pekedai sebagai bukti pada kad jaminan, hendaklah dicopkan. Paling baik komputer yang dibeli hendaklah dicuba dahulu barangannya. Seperti pembekal kuasa (power supply) contohnya dan jika boleh suruh mereka pasang dan biar dicuba satu komputer sekali gus untuk puas hati.

      Ada yang betul dan ada yang tak betul di Low Yatt ni..kenalah berhati-hati.  Jika terkena memang menyesal.

      Oklah demam akak pun dah 50% baik dah ni…tinggal lagi 50% lagi ni.  Syukur sebab hb belikan ..tu maknanya dia merestui akak berblogging…sebab dia dah tenguk hasilnya.  Lagi bersemangatlah akak dibuatnya.  Terima kasih suamiku.

      Resepi Coconut Shakes

       Dulu pernah minum coconut shake kat Kelebang, Melaka.  Teringin nak buat.  Kebetulan masa balik kampung suami akak ada ambil se tandan kelapa muda pandan.  Apa lagi..akak teruja nak buat. Mungkin rasa tak sama kot..tapi bolehlah untuk lepas gian.

      Bahan-bahan
      • 1 cawan air kelapa pandan (biasa pun boleh) bersama isinya
      • 2 cawan ais krim vanilla-akak guna jenama wall’s
      • 1/2 cawan ais
      • secubit garam
      Cara-caranya
        Masukkan semuanya ke dalam blender. Blender semuanya dan boleh di minum.

      Resepi Ayam Goreng Berempah (Versi Lain)

      Apasallah internet ni ashik buat pasal ajer bulan puasa ni…ashik meragam ajer..sabar ajerlah kan..

      Dah lama dah tak buat ayam goreng berempah. Imran sibuk nak ayam goreng. Ayam goreng tandori baru buat rasanya. Jadi tukar seleralah pulak.

      Kali ni akak buat cara lain sikit. Akak tambah tepung kentucky dan bubuh serbuk cili/cili kisar. sajer ajer nak rasa kelainannya. Alhamdulliah sedap.

      Bahan-bahan

      • 1 ekor ayam potong 16
      • 3 batang serai*
      • 4 biji bawang putih*
      • 4 bawang merah*
      • 1 sudu serbuk kunyit*
      • 1 inci halia*
      • 1 sudu makan ketumbar*
      • 1 sudu makan jintan manis*
      • 1/2 sudu makan jintan putih*
      • 2 sudu makan rempah kari babas
      • 1 sudu makan serbuk cili (cili kisar pun boleh)
      • 2 sudu makan tepung kentucy
      • sedikit garam
      • 4-6 tangkai daun kari
      Cara-caranya
      1. Basuh ayam dan toskan.
      2. Kisar bahan-bahan bertanda * dengan sedikit air.
      3. Masukkan ke dalam bekas berisi ayam dan gaul rata semua bahan kisar.
      4. Masukkan serbuk rempah kari, serbuk cili (cili kisar) dan tepung kentucky (tak kisahlah brand apa).
      5. Garam letak sedikit ajer sebab tepung kentucy dah masin dan peraplah selama mana yang boleh tapi sekurang-kurangnya 1 jam.

      6. Goreng dalam minyak yang banyak secara deep fry dan masukkan bersama se tangkai daun kari. Sedap di makan panas-panas.

      Perlukah Kita Sweeping(Halau) Rakyat Indonesia di Malaysia

       kredit gambar ..google
      Geram betulkan tenguk dalam berita bila bendera  Malaysia di bakar.  Dahlah sebelum tu mereka lemparkan najis kat dalam Kedutaan Malaysia.  Penunjuk perasaan ni memang betul-betul kurang ajar..sakit hati tenguk mereka goncang dan panjat pagar.  Pastu mereka nak halau rakyat Malaysia keluar dari negara tersebut.
      Macamlah ramai sangat rakyat Malaysia yang bekerja kat situ..sebenarnya lagi ramai rakyat Indonesia di sini  yang mencari makan tak kiralah samada pendatang izin ataupun tanpa izin,yang kalau kita halau lagi merana kaum kerabat mereka kat sana yang bergantung dengan kiriman wang dari sini.Sebab ada kerabat mereka sinilah mereka boleh beli tanah dan buat rumah kat sana.
      Sebab kat sana bukan senang nak cari rezeki…kalau ada pun upah tak semahal kat sini.  Masa akak kat sana..gaji seorang buruh cuma RM7.00-RM9.00.  Kat sini mereka boleh dapat berkali-kali ganda.  Tu sebab mereka boleh hantar wang berjuta-juta rupiah kat sana.

      Tak sedar diri betullah mereka ni.  Bibik pulak cuma di bayar dalam RM50-RM100 ajer sebulan.  Bila datang sini nak mintak sampai RM800.00.  Kalah gaji kerani..padahal kalau majikan  gi kerja mereka boleh rehat tenguk sinetron.

      Tapi kan kat sana memang selalu ada demo…rasanya hari-hari ada demo….macam-macam demo yang mereka buat.  Kalau dah demo tu jalan jadi macet (jem).  Kebanyakkan dari pendemo (penunjuk perasaan) tu dapat upah dan dapat makan..tu sebab mereka sanggup jadi pendemo.  Kerja lain susah..kerja demo kan senang…cuma jerit, panjat pastu buat kacau…dapat makan dan duit.
      Kalau ada demo, akak memang tak berani nak keluar.  Bahaya…..sebab masa kes Pulau Ambalat ..mereka demo mati-matian kat depan situ….pastu mereka nak sweeping (menghalau) rakyat Malaysia yang bekerja ataupun ada kat situ…  Dahlah akak  masa tu tinggal berdekatan dengan Kedutaan Malaysia..boleh jalan kaki ajer.  
      Bila hebuh tentang hal tu..akak nak ke pasar pun akak takut. Memang takut betul sebab mereka ni kalau kata macam tu..mereka akan buat. Bila gi ke C4 , ke gym, ke kolam renang, sauna ataupun gi ke shopping complex… akak terpaksa mengaku dari Singapura sebab takut di apa-apakan.

      Apa nak buat ..terpaksa tipu sunat.   Yang tak best sebab Imran ni banyak mulut..bila orang tanya kat dia..dia bagi tau jugak dia orang Malaysia..iyerlah dia kecik lagi masatu…mana tau nak menipu.   Suami akak pun terpaksa  menipu camtu.

      Nasib baiklah kita ni bertamadun..tak terikut-ikut perangai mereka.  Kalaulah kita nak sweeping rakyat Indonesia memang boleh..tapi kitakan tak macam mereka.  Buat ni  semua tak  nak gunakan fikiran.

      Pastu media kat situ memang suka cari pasal dan suka pulak menaikkan darah rakyat Indonesia.  Sebab semangat patriotik orang sana memang kuat tau.

      Nak gi ke sana pun dah seram sejuk…takutlah.lagipun menteri dah bagi amaran jangan ke sana buat masa ni…..
      .