cara buat kari ketam · kari ketam · resepi kari ketam · resepi kari ketam mudah

Kari Ketam

Assalammualaikum semua
Semalam memang mood merudum ..tak mood nak update blog..dapat pula sms ada rakan blogger telah meninggalkan dunia yang  fana ini.  Teman blogger yang selalu akak jumpa di event Nuffnang ..DD yang peramah dan kelakar. Banyak kenangan bersama arwah yang indah untuk di kenang.

Al fatihah buat arwah..semuga rohnya di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

Firdaus tak suka ketam..susah nak makan..tapi anak lain ok pulak..5 – 1 tentulah Firdaus yang kalah kan.  Selain dari masak sup akak suka gak masak kari ataupun masak lemak cili padi.

Pastu goreng sayur dan ikan sepat masin..memang makan tak pandang kiri dan kananlah jawabnya.  Kuah lebihan tu leh di cicah dengan lempeng kelapa ataupun cekodok.

Bahan-bahan


  • 4 ekor ketam-dibersihkan dan di potong 2
  • 8 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang besar
  • 400ml santan pekat
  • 700ml santan cair-kalau nak banyak tambahlah lagi
  • 6 sudu makan kari ketam/udang
  • 1/2 sudu kecil jus pekat asam jawa adabi
  • garam, dan minyak secukupnya

Bahan tumis

  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 labu bawang besar di hiris
  • 2 biji bawang merah di hiris
  • 1 biji bawang putih di hiris

Cara-cara

1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan bawang merah.
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris bersama daun kari. Kacau sebati.
3. Masukkan serbuk kari ikan dan sedikit air…kacau selalu dan kecilkan api.
4. Biarkan pes masak dalam anggaran 5-10 minit. Masukkan garam.
5. Setelah pes naik minyak baru masukkan santan cair.
6. Apabila mendidih, masukkan pula santan pekat dan ketam.
7. Tunggu sehingga mendidih dan sentiasa kacau takut nanti pecah minyak.
8. Bila mendidih selama 10-15 minit , perasakan garam dan rasa dulu barulah di masukkan asam jawa dan terus padamkan api.

Advertisements

7 thoughts on “Kari Ketam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s