Resepi Kek Lapis Cadbury


Akak ambil resepi kek lapis cadbury ni dari blog rozzan.  Seorang lagi chef lelaki tapi dari Singapura.
Buat hari minggu lepas sebab Ira nak bawak balik ke asrama.
Bahan-Bahan 
500 gm mentega
10 biji telur
150 gm gula
100 gm tepung biskut marie
1 peket santan serbuk (50 gm)
100 gm susu manis
180 gm tepung gandum-akak guna tepung hongkong
coklat cadbury secukupnya -dalam 2 paket

Cara: 
1) Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2) Masukkan telur satu persatu hingga habis.
3) Masukkan tepung biskut marie, tepung gandum, santan dan susu. Gaul rata.

bahagikan kepada 2 bahagian. 1 akak masukkan koko  anggaran 1 sudu besar.
4) Bakar lapisan pertama plain  hingga masak.
5) Ratakan adunan untuk lapisan kedua dan susun coklat cadbury.
6) Bakar hingga masak. Ulang hingga habis.

Gunakan Loyang 9”x9” (saya gunakan 8″x8″)

Catitan Saya:
1)Gunakan api grill sahaja dgn suhu kira-kira 200 darjah Celsius.
2) Masa membakar kira-kira 1 jam 20 minit.

9 thoughts on “Resepi Kek Lapis Cadbury

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s