Nasi ayam

Oleh kerana kamera dah ada balik…barulah dapat masukkan gambar masakan…yelah…anak dara pakai nak ambil gambar…kalau tak bagi…nanti dia kata akak kedekut pulak….nasi ayam ni masak minggu lepas….

Bahan-bahan untuk sup

1. 1 ekor ayam di belah 4
2. 1 sudu makan ketumbar*
3. 1 sudu makan jintan manis*
4. 7 biji bawang kecil*
5. 5 biji bawang putih*
6. 1 1/2 inci halia*
7. 1 kiub ayam maggi(optional)
8. Air ikut keperluan
9. 1 batang akar daun sup
10. daun sup dan daun bawang
11.bawang goreng
12. garam secukup rasa

Untuk Tumisan

1. 1 labu bawang besar )
2. 2 biji bawang merah ) semua di hiris halus
3. 1 biji bawang putih )
4. 1 batang kayu manis
5. 2 biji buah pelaga
6. 2 biji bunga cengkih
7. 2 bunga lawang
8. 1 bungkus sup punjut (akak guna mak siti)
9. marjerin/minyak/mentega secukupnya
10.sehelai daun pandan

Cara-cara

1. Basuh ayam sebersihnya.
2. Kisar bahan bertanda *.
3. Tumis bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bawang yang telah di hiris. Masukkan daun pandan.
4. Setelah berbau wangi masukkan pula bahan kisar.
5. Masukkan pula ayam yang telah di bersihkan.
6. Setelah ayam kecut..masukkan pula air.
7. Masukkan stok maggi, garam dan akar daun sup.
8. Biarkan mendidih dan padam api.
9. Toskan ayam.

Bahan untuk nasi

1. Beras ikut keperluan
2. Air rebusan ayam
3. 1 kiub ayam maggi(optional)
4. marjerin/minyak/mentega
5. garam
6. 1 labu bawang besar)
7. 1 biji bawang putih )di hiris halus
8. 3 biji bawang kecil )
9. 1 inci halia )
Cara-cara

1. Basuh beras dan toskan.
2. Tumis bawang yang telah dihiris dengan margerin. Ada orang guna lemak ataupun kulit ayam untuk jadikan minyak…akak kdg-kdg buat jugak…
3. Masukkan beras dan air rebusan ayam tadi. Masak macam nasi biasa tapi lebihkan sikit air..masukkan juga sedikit garam dan kiub ayam maggi dan kacau selalu.
4. Bila nasi dah masak..masukkan 1 sudu makan margerin. Kacau.

Bahan untuk perap ayam

Perapkan ayam dengan sos tiram, kicap dan sedikit garam..kadang-kadang akak bubuh sikit madu…kadang-kadang pulak bubuh sikit sos cili…biarkan dalam 1/2 – 1 jam. Bakar atau pun goreng. Kalau goreng jangan lama sangat….agak-agak garing angkat…

Untuk Sos

1. 5 biji cili merah (buang biji)*
2. 4 biji bawang putih*
3. sos cili
4. gula
5. cuka/jus limau
Cara

1. Kisar cili merah dan bawang putih.
2. Masak di atas api kecil….masukkan sos cili dan gula.
3. Pandai-pandai adjust rasa dia…..kadang-kadang akak masak pakai agak-agak jadi payah sikit nak tulis berapa banyak.

Kuah kicap

1. Sos tiram
2. Kicap manis (akak guna cap kicap udang)
3. Air rebusan ayam (sup)

Cara-cara

Campurkan semua. Tenguk kepada kepekatan yang di kehendaki.

Bahan Sampingan

1. Tomato
2. Daun Salad
3. Timun

Sup ni akak tambah tomato, lobak merah dan meat ball yang lebih buat spageti hari tu..rumah akak jarang ada timun masa makan nasi ayam…tak laku…

Majlis Kawin Lagi

Tadi gi majlis kawin kat setapak indah…..pengantin perempuan adalah anak perempuan tunggal dalam keluarga ni..jadi majlis ni dibuat secara besar-besaranlah jugak….Siap ada ghazal lagi..best pulak tu layan ghazal ni…tentu besar budget ayah dia…almaklumlah ayah dia taukeh stesyen minyak petronas di gombak setia……

Nilah first time akak tenguk pelamin cara baru ni….mungkin orang lain dah pernah tenguk…layan ajelah ye….

Lawalah pelamin dia orang ni…..lain sikit decoration dia…

Ada pulak ghazal buat persembahan…

Macam biasa…makan beradap….

Layanlah lagu selamat pengantin baru dari kumpulan ghazal….

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SITI AMELIA BINTI AHMED TAUZAN DAN PASANGAN MUHAMMAD FARIDZ
SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE ANAK CUCU………

Brownie Keju

Baca dalam kosmo semalam Puan Norzailina Nordin ada bagi resepi brownie keju…tenguk dalam gambar macam sedap aje……pastu cara buat pun macam senang aje. Kebetulan baru beli bahan-bahan untuk buat kek……..

Teringatlah pulak.. ..masa beli bahan tu kat bake with yen di jalan raja taib …si imran dan ira ikut….pasal kami dari perpustakaan negara pinjam buku..jadi sekali jalan ajelah ke sana….

Kat jalan haji taib tu kan banyak mak nyah/pondan……kebetulan pulak mereka tengah bersidai tunggu pelanggan…..pakai pulak sexy……tak pakai bra pun ada…jadi nampaklah bulan mengambang….ada besar dan ada yang kecil…..yang si imran ni sambil mengomel tangan dia tunjuk kat pondan tu…….…abang dia marah…takutlah nanti diaorang datang ramai-ramai…serang kami…jadi satu cerita pulak…dia orangkan garang….almaklumlah lelaki jadi perempuan….

Mak…kenapa perempuan duduk ramai-ramai kat tepi tangga…pakai seksi pulak tu…tenguk dia punya t….t….k….besar macam belon…….kenapa dia orang tak malau pakai macam tu…

Akak nak gelak pun ada…nak marah pun ada…..terpaksalah terangkan sape mereka..tapi tak ceritakan apa pekerjaan mereka….anak teruna dan si ira tersenyum-senyum….iyelah…merekakan dan besar ..jadi tahulah tentang perkara ni…..sampai anak teruna cakap……

Amboi free show…puas tenguk….akak marah
mana boleh tenguk..haram…habis dah depan mata..takkan nak tutup mata aje masa mak masuk ke dalam kedai…..akak tergelak…hai…apalah nak jadi dengan mereka ni……..

Melalut pulak…..tenguklah resepi tu di bawah ni…….

Bahan-bahan untuk lapisan coklat

1. 110gm coklat masakan di potong kecil
2. 90gm mentega
3. 2 biji telur
4. 100gm gula castor
5. 60gm tepung naik sendiri
6. 1 camca teh vanilla
7. 40 gm gajus cincang dan di panggang (akak guna badam cincang aje)

Cara-cara

1 . Alas dasar tin 18x18cm dengan kertas kalis minyak. Lengserkan dengan marjerin.
2. Cairkan coklat masakan dengan mentega secara double-boil. Ketepikan. Biarkan sejuk.
3. Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula dan pukul sebati.
4. Campurkan tepung berserbuk penaik.
5. Masukkan coklat, vanilla dan badam cincang/gajus dan gaul lagi. Ketepikan sebanyak 2 camca besar.

Bahan-bahan untuk lapisan biasa

1. 30gm mentega
2. 80gm krim keju
3. 30gm gula castor
4. 1 biji telur
5. 40gm tepung gandum
6. 2 camca besar susu segar(akak guna susu cair)
7. 1 camca teh esen vanila

Cara-cara

1. Pukul mentega dan krim keju
2. Bila sebati, masukkan gula dan pukul lagi.
3. Campurkan telur, tepung, susu segar/susu cair dan vanila lalu kacau sebati.
4. Tuangkan lapisan coklat dan ratakan kedalam tin. Tuang pula lapisan biasa/keju.
5. Sudukan baki adunan 2 camca makan tadi dan lorekkan menjadi marmar.
6. Bakar pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak (bergantung kepada oven masing-masing.

Akak tak perasan pulak terlebih masa..hanguslah sikit kat atas dia… kan bagus ada loyang bercutter tu…barulah potongan dia sama……nanti kena beli jugak…

Ke Zoo Negara

Rasanya ramai yang dah ke zoo negara kan….akak ni pulak..dah naik bosan gi zoo ni..tapi anak nak gi jugak..terpaksalah jugak gi…pergi ni pada cuti sekolah pertengahan tahun dulu..yelah budak-budak ni bosan nak duduk rumah aje…nak bagi ramai…… ajak kakak dan mak…..kakak pun bawak 2 hero dia yang kecik…anak akak dan anak kakak akak yang besar-besar semua tak nak ikut…malu agaknya nak gi sini…lagi pun apa yang ada di situ kecuali binatang…….

Imran dan sepupu dia kat akarium…ikan-ikan kat dalam tu memang besar-besar..kalau goreng pun sedap…

Imran takut dengan unta tu..terpaksalah akak tenangkan dia..pasal nak ambil gambar.

Kanak-kanak riang kat kandang rusa..

macam biasalah si ira ni..suka ambil gambar…

Tak berapa lawalah bulu burung merak ni…mungkin tak cukup zat kot…

Ni antara burung-burung yang menarik di zoo ni..

Masa tu pulak ada pertunjukkan binatang….ni singa laut……..

yang pulak burung kakak tua…

Ni mak, akak dan kakak akak………muka macam orang boring aje….

Imran bersama 2 sepupu dia…yang tembam tu duduk dengan mak sekarang….mak jaga dia…

Kenapa akak bosan gi sini? Dulu masa akak kerja jadi guru tabika..boleh dikatakan acara jalan-jalan ke zoo negara adalah acara wajib setiap tahun…jadi bila dah tiap-tiap tahun pergi..binatang kat zoo pun dah kenallah dengan akak kot….sampai akak dah hafal dah mana satu kandang monyet…harimau……dan sebagainya….kalau pergi sana….riuh rendah di buatnya…masa tu kelas kat tabika perpaduan ni ada 2 kelas aje..tapi kanak-kanak seramai 45 orang satu kelas…kalau dua kelas dah nak dekat 90 orang..belum termasuk guru dan ibubapa yang rajin nak ikut dan ahli jawatankuasa….kami mintak tolong mak-mak yang ikut…. tolong cikgu control anak-anak ni…..dan ayah-ayah tolong angkat barang……Sekarang ni cikgu-cikgu dah untung..dah di hadkan setiap kelas cuma ada 25 orang murid aje…jadi taklah ramai sangat..

kalau gi sini..memang penat …jalan punyalah jauh……..pastu kena jaga kanak-kanak ni..tahulah kanak-kanak ni..mana nak duduk diam….. takut kalau tidak hilang nanti….sape nak jawab….tapi dah tanggungjawabkan terpaksalah pikul………

Ni tahun pertama akak bekerja dan bawak kanak-kanak ke zoo ni..tak silap akak tahun 1994..masa ni akak kurus lagi..sebelah akak yang tocang 2 tu liyana..masa ni umur dia 5 tahun..akak memangkan sekolahkan dia dan firdaus kat sini aje..pasal yuran di murah sangat…dalam RM10.00 aje masa tu..

Ni tahun berapa pun dah tak ingat dah…………..

Pokok Bungalah Pulak

Dari muda hingga umur dah masuk 40..an tak pernah lagi akak tanam pokok bunga..masa tumungkin tak minat kot…kalau ada pun bunga tiruan….tu pun jarang beli….

Masa di jakarta lagi payah…duduk apartment…tingkat 17 pulak tu…pastu tempat pulak terhad. Kat sana pun belilah bunga orkid tiruan. Masa bulan puasa…..kawan suami yang sama main bowling ajak berbuka puasa kat rumah dia…Punyalah banyak pokok orkid sampai kat dalam rumah pun dia hias dengan pokok orkid tu. Akak tanya……..

Bu…maaf….ni yang tiruan atau yang benar…
Mana bisa yang tiruan..ini di ambil dari kebun sendiri..di luarkan banyak bunganya..
Ya….cantik bunga di dalam rumah ibu…
Kamu tahu ngak….kalau di dalam rumah itu bunga tiruan..maknanya dia seorang yang suka berpura-pura… (dalam hati berkata-kata….eh..betul ke akak ni macam yang dia cakap)

Nilah pokok orkid tiruan yang di belik kat jakarta tu…..ada satu lagi…warna pink…
Bila balik malaysia..akak dah malas nak kerja balik..umur dah masuk 40..an..ada ke company nak ambil akak kerja….tempat kerja lama..jabatan perpaduan negar….suruh isi borang..jadi guru tadika balik….aduh…fikirkan nak ajar balik kanak-kanak umur 5 dan 6 tahun dah malaslah…tak tahan nak tenguk kelakuan anak-anak sekarang…pastu kena gi kursus balik…ala..malaslah nak belajar …..kena ambil periksa pulak….tak boleh terima dah otak ni……pastu nak kena keluar pagi-pagi dan sebelum tu kena buat kerja rumah……walaupun separuh hari sahaja……suami pun kata..
ina dahlah tu…..kesian tenguk ina….dari muda lagi dah penat bekerja…..badan pun bukan bertambah muda..duduk rumah jaga imran dan ira ajelah…..insyallah abang boleh tanggung semuanya….

Dah suami tak bagi kerja..duduklah kat rumah..uruskan anak…..boring pulak rasanya..tulah baru terbukaklah hati akak nak tanam pokok bunga ni….akak pun mulalah membeli pokok bunga..mula-mula gila dengan pokok orkid….kalau gi kat pasar pagi di taman melawati…selalu beli sepasu seminggu…memanglah mula-mula beli tu dia berbunga …… lepas tu payahlah pulak nak berbunga lagi…rupanya nak tanam orkid ni kena banyak sabar. Ada seorang member yang duduk di terengganu bagi tau baja apa yang akak patut pakai….rupanya ada 2 jenis baja….1 untuk daun dan 1 lagi untuk bunga…adalah balik 2 pokok orkid berbunga balik..terima kasih kak cik ye di atas tunjuk ajar…masalah sekarang ni ada pulak daun orkid yang berwarna hitam..ada org kata mungkin ada kulat kat akar dia……ataupun semut buat sarang….akak pun belilah malation….(racun serangga tu…punyalah busuk bau dia)…..sekarang ni dah tak ada lagi semut buat sarang…patutlah kalau beli bunga orkid ni mahal……….payah nak jaga rupanya…..rugilah masa beli tak ambil gambar orkid yang sedang berbunga tu…

Nilah pokok orkid yang susah sangat nak berbunga….

Ni yang baru berbunga balik…..ada satu lagi baru bertunas..nanti kalau dah keluar nanti akak tunguk……..

Lepas tu…datang pulak minat beli pokok yang berdaun aje….ala-ala pokok dalam hutan…..
ni memang senang jaga…janji ada air dan bagi baja sekali sekala.

Ni pokok kertas dan pokok kaktus……..pokok ni senang betul membiak…

Dalam bulan puasa…..Masa gi lagi ke pasar tani..ada pulak orang jual pokok strawberi…masa tu memang banyak buah dan besar-besar pulak tu…..kira buah dia….lebih dari 10 biji….Kalau kat giant beli satu peket dan nak dekat RM10.00…fikir punya fikir belilah satu…..pasal harga sepasu cuma RM1.00. Sampai kat rumah…habis buah dia kena makan dek anak-anak. Mas tu tak terfikir pulak..cuaca di kl mana nak sama dengan cuaca di cameron highland. Penjual tu kata boleh berbuah tapi buah dia kecik…betullah memang buah dia cinonet aje…jadilah….asal berbuah………..dari satu pasu…..sekarang ni dah beranak pinak….dapat dalam 6 pasu sekarang ni…

Nilah buah strawberi yang 1 ada bunga dan 1 dah berbuah….

Alhamdulliah ada jugak buah dia…..yang cantik tu pasa buah dia warna merah tu….cuma pokok ni kena siram air selalu dan guna campuran tanah dan abuk kayu…

Lepas tu gilalah pulak bunga ros……….suami dah mula geleng kepala….tak apalah kan…dah minat akak…dia tak boleh cakap apa…nilah antara koleksi bunga ros yang ada….

Ni masa baru beli………

Ni kali ke 2 bunga ros berbunga kembali….

Sekarang ni bunga dia dah layu…tunggu bunga baru dia keluar…..

Ni baru beli minggu lepas

Tak tahulah nak panggil bunga apa…………

Ni di panggil bunga cina…entah betul…entah tidak………..

Pokok ni pun tak tahu nama dia………..

Ni pun tak tahu apa ke nama………..sape yang tahu bagitau sama akak ye…………orang yang bagi pokok ni kata nama dia money plant..bagus jugak tanam ni…banyaklah money kat rumah akak nanti…………..terima kasih ye ziehelmy………..