Kari Ketam

Assalammualaikum semua
Semalam memang mood merudum ..tak mood nak update blog..dapat pula sms ada rakan blogger telah meninggalkan dunia yang  fana ini.  Teman blogger yang selalu akak jumpa di event Nuffnang ..DD yang peramah dan kelakar. Banyak kenangan bersama arwah yang indah untuk di kenang.

Al fatihah buat arwah..semuga rohnya di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

Firdaus tak suka ketam..susah nak makan..tapi anak lain ok pulak..5 – 1 tentulah Firdaus yang kalah kan.  Selain dari masak sup akak suka gak masak kari ataupun masak lemak cili padi.

Pastu goreng sayur dan ikan sepat masin..memang makan tak pandang kiri dan kananlah jawabnya.  Kuah lebihan tu leh di cicah dengan lempeng kelapa ataupun cekodok.

Bahan-bahan


  • 4 ekor ketam-dibersihkan dan di potong 2
  • 8 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang besar
  • 400ml santan pekat
  • 700ml santan cair-kalau nak banyak tambahlah lagi
  • 6 sudu makan kari ketam/udang
  • 1/2 sudu kecil jus pekat asam jawa adabi
  • garam, dan minyak secukupnya

Bahan tumis

  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 labu bawang besar di hiris
  • 2 biji bawang merah di hiris
  • 1 biji bawang putih di hiris

Cara-cara

1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan bawang merah.
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris bersama daun kari. Kacau sebati.
3. Masukkan serbuk kari ikan dan sedikit air…kacau selalu dan kecilkan api.
4. Biarkan pes masak dalam anggaran 5-10 minit. Masukkan garam.
5. Setelah pes naik minyak baru masukkan santan cair.
6. Apabila mendidih, masukkan pula santan pekat dan ketam.
7. Tunggu sehingga mendidih dan sentiasa kacau takut nanti pecah minyak.
8. Bila mendidih selama 10-15 minit , perasakan garam dan rasa dulu barulah di masukkan asam jawa dan terus padamkan api.

Mencari Madu Di Cameron Highland

Assalammualaikum 

Wah merudum trafik bulan Disember ni..semua sibuk bercuti dan sibuk gi kenduri kawin di sana sini.  Tapi tak apalah kan..janji ada gak yang sudi berkunjung ke blog akak dan baca N3.

Dek sebab suami dan anak-anak suka sangat makan madu di Pasar Malam Brinchang
suami akak nak cari madu untuk dibawa pulang sebab semua orang tau madu kan banyak khasiatnya.

Mula-mula kami ke Ee Feng Gu Honey Bee Farm di  Brinchang.

Kat sini senang parking tapi tak larat nak turun kat bawah.  Anak-anak akak ajer yang turun.

 Tapi mereka cuma turun separuh jalan…alasannya takut 
kena sengat dek lebah..sabar ajerlah

Kat sini ada gak di jual buah-buahan dan sayuran..harga akak tak taulah sebab akak tenguk dari atas sajer.  Tapi sayangnya sarang lebah dan madu yang di cari tak ada stok…kami cuma beli Crystalized Honey sajer.

Ee Feng Gu Honey Bee Farm  terletak di  75, Batu 43, Green Cow, 39100 Kea Farm, Brinchang, Cameron Highlands.

Pastu kami ke Tringkap Bee Farm pula

 Kat sini ada pameran tentang lebah
sarang lebah
lebah liar
lebah kelulut yang di katakan baik untuk pesakit kencing manis
 dan darah tinggi

Akhirnya kami jumpa gak madu dengan sarang lebah yang tutup biru tu..beza tau rasa madu dalam sarang dan madu yang kami beli mula-mula tu…harga pun jauh sangat bezanya.  Suami kata tak perlah sebab nak bagi Imran minum madu nak hilangkan batuk. Tertunai gak hasrat dihati nak cari madu yang ada sarang.

Terletak di Lot F121
Jalan Besar Tringkap
39010 Cameron Highland
Tel: 054961048

Resepi Udang Sos Lada Hitam

Assalammualaikum
Dah petang baru leh update blog..dalam minggu ni ashik gi sekolah anak ajer..al maklumlah minggu depan sekolah dah nak buka.  

Semalam masa akak buat N3 pasal Top 10 Link Referrer Denaihati.com ada pulak mak/pak anon yang komen yang menyakitkan hati akak..menusuk hati sampai akak padam komen tu.  Ada hamba allah  tu pertikaikan hasil yang akak dapat tu halal ataupun haram di sebabkan akak pernah pos pasal Astro.  

Bersabarlah hati bila dapat komen yang menghiris hati dari manusia yang enggan memperkenalkan diri.  Akak bukan tak boleh terima komen tapi biarlah sebagai seorang yang pandai dalam halal haram ..dah tentulah hamba allah tu kuat agama kan..cuba tegur dengan menggunakan bahasa yang baik barulah orang tak terasa.  

Kalau nak berdakwah ataupun menegur biarlah perkenalkan diri barulah diri di hormati. Bila dah berblog ni barulah kita dapat tau ramai yang tak suka dengan blog kita.  Tak apalah..janji akak happy dahlah dan akak tau apa yang akak buat.
 

Udang masak apa sajer sedap kan…resepi mudah dan ringkas nak menyediakannya.

Bahan:
500 g udang sederhana besar
3 biji  bawang putih-tumbuk
1 sudu teh  garam
1 sudu makan jus limau nipis
minyak masak

Sos Lada Hitam:
1 sudu makan minyak jagung/sayur
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang bombay,hiris halus
1/2 biji bawang benggala merah-potong
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan kicap manis
 Sedikit air tepung jagung
2 sudu teh  lada hitam, tumbuk agak kasar
200 ml air
sedikit brokoli – potong kecil


Cara membuat:

  • Bersihkan udang, cuci bersih dan toskan.
  • Lumuri dengan bawang putih, garam dan air limau nipis. Diamkan selama 30 menit.
  • Goreng dalam minyak panas dan banyak hingga agak kering. Toskan.

Sos Lada Hitam

  • Tumis bawang putih dan bawang bombay hingga layu.
  • Tambahkan bahan lainnya dan air. Didihkan.
  • Tuangi larutan tepung jagung, kacau sehingga sebati.
  • Masukkan udang goreng dan brokoli,  didihkan sebentar. Angkat.
  • Sajikan panas-panas.

“My Happy Moments”


Sempena contest dari Eyriqazz.com
Sajer nak join memeriahkan suasana
Gembira hati ashiklah tersenyum
Semuga majlis mendapat menantu tiba tepat masanya


 Contest Penutup dari Eyriqazz untuk tahun 2012. Syarat-syaratnya :

1. Buat Satu entri yang bertajuk “My Happy Moments” . Di entri itu, sharekan 1 gambar terbaik anda yang menepati tema ini (hanya satu gambar sahaja milik sendiri yang dibenarkan).

2. Di akhir entri, copy ayat ini ” Contest My Happy Moments dianjurkan Eyriqazz.com bagi menyahut Cabaran iPhone 5 Gadget Impian

3. Tagkan 3 rakan blogger anda (tidak wajib). Sharing Happiness menyeronokkan, kan?

4. Tinggalkan permalink entri di komen entri ini beserta No. G+ anda .

Tarikh tutup, 31 December 2012.

Syarat tambahan :

1. Klik G+ entri iPhone 5 Gadget Impian (angka akan bertambah, currently 225).

2. Undi blog Eyriqazz.com :

– Klik register, dan registerkan details anda

– Kembali ke link –>https://denaihati.com/undi-blog-pilihan-anda dan Log in

– Vote Eyriqazz.com dan 2 blog lain terpulang kepada anda. (boleh undi hari-hari jika rajin).

Semua dah buat..cuma tak tag ajer..jangan marahhh aaa gto..nanti kena jual

” Contest My Happy Moments dianjurkan Eyriqazz.com bagi menyahut Cabaran iPhone 5 Gadget Impian

Top 10 Link Referrer Denaihati.com Bulan September, Oktober, November 2012

Assalammualaikum semua

Akak ni kalau ada sms jarang nak tenguk terutama waktu malam.  Pagi tadi terperanjat bila tenguk sms  Eyriqazz.com

Tahniah, rezeki 4 angka dari denaihati. top referral tu..  

Blurr gak..lepas baru teringat nak buka blog http://denaihati.combila tenguk N3 Top 10 Link Referrer dan Rakan Paling Mesra Julai, Ogos, September, Oktober, November 2012..barulah akak faham apakah maksudnya.

Syukur alhamdulliah bila blog akak Top 10 Link Referrer untuk 

bulan September

 
bulan  Oktober 
 dan November..

3 bulan berturut-turut di tempat pertama.  Oh tak sangka sungguhlah.  Terima kasih akak ucapkan buat semua pengunjung blog akak.  Tanpa anda sapelah akak kan. Terima kasih kepada blog Denaihati.com 

yang sentiasa berbahagi-bahagi rezeki dengan pembaca setia blog beliau.  Semuga sentiasa di limpahkan rezeki untuk tahun 2013 nanti. 


Makan Makan Di Hotel Heritage Cameron Highland

Assalammualaikum semua.

Imran memang batuk dari rumah lagi…makan pun tak ada selera.  Kami bertolak dari rumah ke CH dalam pukul 9 lebih.  Sebelum singgah dulu pekena roti canai tapi imran makan sikit dan minum air milo saja.  Yana bagi minum ubat batuk sebelum memulakan perjalanan.  Bila dah pekena ubat batuk tentulah lalok kan.

Sepanjang perjalanan ke CH, Imran tidur..kalau jaga pun tanya..jauh lagi ker?
Masa naik ikut jalan cam ular di palu dari Tapah..air muka Imran dah lain macam..akak siapkan plastik dan minyak chap kapak.

Bila sampai di Ladang Tea Bharat Cameron Highland sempatlah Imran minum teh dan berposing bersama kakak dia di situ.  Tapi dalam perjalanan naik balik ke atas, dia terasa pening..tak larat nak jalan.  Terpaksalah berehat sebentar kat sini.

Kami cadang nak gi lunch kat Pekan Tanah Rata, tapi jalan jemlah pulak..Imran dah pucat..mungkin kelaparan sebab tak makan apa-apa ..lagipun dah dekat pukul 2.00 petang.

Nasib baiklah ternampak Hotel Heritage..tempat kami menginap di Cameron Highland..lega tak payah tempuh jalan yang sesak.  Nasib baik boleh check in..letak beg dan suami ajak gi makan kat sini ajer.  Tak berbaloi nak tempuh jalan sesak semata-mata nak makan kat Tanah Rata.

Nasib baiklah ada bubur nasi dalam menu..terus order untuk Imran..sedap pula bubur ayam ni..mangkuk pun besar.

Semua gelak bila akak order nasi goreng kampung..sekali tiba 
akak rasa happy sebab macam-macam ada

Ira order pizza..sedap gak pizza ni dan besar gak saiznya..tak habis makan kami selamba tapau

Puas hati fish and chip ni..ada 2 ketui..besar pulak tu…yang paling best sebab isi ikannya fresh..

Yana teringin nak makan steak..menu yang paling mahai …amboi sekali sekali Yana pau ayah dia.  Puas hati makan kat hotel ni..harga pun idaklah mahai sangat pun.   Insyallah jika ada rezeki dan umur leh makan kat sini lagi.

Ayam Panggang Lemon Rosemary/Lemon Rosemary Grilled Chicken

Assalammualaikum semua

Memang minggu ni minggu dugaan bagi kami sekeluarga tapi kami redha dengan ketentuan darinya.  Bersabar dengan apa yang terjadi dan alhamdulliah kami dapat menghadapinya dengan penuh rasa redha dan tawakal dengan qada dan qadar darinya.

Paling mudah nak buat dan nak makan ayam jika buat camni..cuma perap pastu bakar dalam oven.  Kalau virus M banyak akak buat dinner untuk family.  Goreng wedges, panaskan Campbell’s Soup  (mushroom) dan buat garlic bread (beli roti kat GIANT) akak suruh anak-anak buat.  Akak cuma buat salad ajer.

Bahan-bahannya
  • 1 ekor ayam sederhana-potong 12
  • 1 biji lemon-ambil jus sahaja
  • 3 sudu makan rosemary kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 3-4 sudu makan madu
  • 3 sudu makan minyak zaitun (olive oil)
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam

Bahan lain untuk di bakar

  • kentang, dipotong 6
  • tomato dipotong ikut suka
  • bawang, dipotong bulat

Bahan sampingan

  • Salad
  • garlic bread
  • kentang wedge
  • Campbell’s Soup  (mushroom)
 Cara-caranya


1. Bawang putih ditumbuk sehingga lumat. Kemudian masukkan rosemary bersama minyak zaitun, madu, garam, jus lemon dan serbuk lada hitam dan tumbuk-tumbuk sikit kasi sebati.
2. Lumurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk pada ayam dan biarkan selama 15 minit atau perap lebih lama pun bagus sebelum dibakar.(akak kelar-kelar kat bahagian isi..nak bagi serap segala rempah.

3.  Sebelum di bakar masukkan kentang, tomato dan bawang besar.
4. Bakar ayam dalam oven selama 1 jam pada suhu 200-220 C atau sehingga ayam masak.

Kemana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak Ke Nasi

Assalammualaikum semua

Semalam tak sempat nak update blog sebab gi melawat bapa mertua di Hospital Klang sebab tak boleh bangun pada pagi Jumaat lepas.  Bapa mertua gi jejalan umah kakak ipar…tapi di sebabkan hal tersebut terpaksa hantar ke hospital dengan ambulan.  Doakan agar beliau cepat sembuh.

Imran memang terkenal dengan sikap terlebih ramah tamah
Senang dapat kawan
mulut pun becok
suka bergambar
suka mencuba
wow nampak kurus kan..pandai tak akak posing

Inilah yang dikatakan sebagai “Kemana Tumpahnya Kuah Jika Tidak ke Nasi“. 
Maksudnya     : baik buruk ibu bapa sedikit sebanyak turun kepada anaknya

Siapa yang kenal akak mesti dah tau camner akak ni kannn

RESIPI SPAGHETI BEEF MUSHROOM CARBONARA

Assalammualaikum semua

Aduhai kena bermalam sehari di hospital sebab Imran patah pulak tangan di bahagian siku petang hari rabu lepas.  Kelam kabut akak dibuatnya bila dia balik dari taman permainan kata tangan kiri sakit selepas terhentak kat simen.  

Terus bawa ke hospital..bila x ray patah kat bahagian siku.  Kenalah di simen..bila dah di simen..masalah pulak bila rasa gatal tak boleh garu..tentu sape yang pernah di simen tau macam mana deritanya bila jadi camtu.  Akak pening bila dia bising kata gatalllll…tak tahannnnnnnn..sape boleh bagi petua ek.
 


Teringin pula nakbuat spagheti beef carbonara ni bila tenguk gambar dalam blog geng masak masak inahar.  Nasib baik semua ada kat rumah..vitamin R pun banyak..terus akak buat.

Bahan-bahan

  • 1/2 biji bawang besar-potong dadu
  • 2 biji bawang putih-cincang halus @ parut
  • 250ml susu segar (boleh juga guna cream utk lebih creamy)
  • 750ml air atau lebih.
  • 1/2 mangkuk daging cincang @ secukupnye-kita guna jenama ramly
  • 1-2 ketul kiub pati beef
  • 1 tin kecil cendawan butang – hiris nipis@cincang
  • 2 sudu besar butter
  • 1-2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk lada itam
  • 1 sudu teh daun parsley kering
  • sedikit oregano & 1-2 helai daun bay (guna yg kering jer)
  • garam sedikit
  • perisa
  • parmesan cheese atau sliced cheese-optional
  • pasta secukupnye

Cara-cara
Panaskan butter kemudian tumis bawang besar dan bawang putih bagi layu sikit kemudian taruh cendawan serta isi daging cincang. 

Tumis sekejap pastu masukkan tepung dan kacau cepat. 
Masukkan susu dan air serta kacau supaya tidak bergentel. 
Akhir sekali masukkan bahan2 lain .. kacau tanpa henti hingga cheese mencair dan sup menggelegak. siap dan boleh la dihidangkan bersama pasta,garlic bread atau lain-lain pilihan.

Rawang Burger Bakar Free Sempena Harijadi Akak

Assalammualaikum

Internet pulih petang hari jadi akak pada 12 Disember yang lepas.  Bila buka fb ramai teman-teman yang wish..terima kasih buat semua.

Ada kawan fb Asfieda bagi tau Rawang Burger Bakar  nak bagi dinner free sape yang lahir pada tarikh 12.12..masa akak baca status ni hujan lebat sungguh..

 
Terasa rugi lak tak pi sana..dahlah tak pernah rasa lagi BBR ni.  Akak pun pi gak terjah di RBB Wangsa Maju dalam pukul 10.00 malam..gerak dari rumah
 
Akak angkut 4 orang anak sebab hb masih 
di tempat kerja lagi…
 
Nasib baiklah orang tak ramai..jadi tak yah ambik no..sebelum tu akak tanya dulu betul ker apa yang RBB tulis kat FB dorang tu. Nasib baik betul..akak ada bawa gak duit lebih..takut kena bayar pulak nanti.  Oleh sebab hujan masih turun lagi kami tapau ajer bawa pulang.
 
Burger bakar yang di perbuat dari bahan-bahan yang segar dan terjamin mutunya.  Dibakar menggunakan arang dan bukannya bukan di goreng tau. 
 
Mempunyai aromanya yang tersendiri kerana di buat secara homemade dan bila di bakar burgernya dapat mengekalkan jus daging bertahan lama.

Ada macam-macam burger yang boleh di pilih ..chicken pop, hot chic, hot shot, valentine’s, burgembira

ombak rindu, double riang, klcc, madu tiga dan isabella.  Harganya boleh tenguk kat SINI
Seronok kan dapat buger free sempena hari jadi

Seronok gak dengan layanan dari mereka semua…muda-muda pandai habiskan masa cari duit..tak lepak buang masa.  Semuga bisnes Rawang Burger Bakar bertambah sukses dan berkembang. 

Alamat
Rawang Burger Bakar
Pusat Bandar Wangsa Maju Seksyen 5,
53300 Setapak, Kuala Lumpur