Isu Hangat Hari Ini (Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz)

 ambil dari google
Isu hangat kan hari..

BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei malam tadi mengumumkan baginda menceraikan isteri kedua baginda, Azrinaz Mazhar Hakim selepas lima tahun berkahwin dengan bekas wartawan TV3 itu. 

Sultan Hassanal Bolkiah, 63, mengahwini Azrinaz pada 2005 dan mempunyai dua anak, seorang lelaki dan seorang perempuan.

Dalam pengumuman khas yang dibuat di seluruh Brunei jam 8 malam itu dan disiarkan Radio Televisyen Brunei dibacakan Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Alauddin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Abu Bakar antara lain menyebut:

“Atas sebab tertentu (yang tidak dinyatakan), berlandaskan hukum syarak berhubung perkahwinan, pada petang Rabu (16 Jun 2010) baginda Sultan Brunei menceraikan isteri baginda, Azrinaz Mazhar Hakim dengan talak satu.”

Azrinaz, 30, melahirkan anak lelaki mereka kira-kira setahun selepas berkahwin manakala anak kedua, seorang perempuan pada 2008.

Menurut agensi berita AP, Istana Brunei turut menarik balik semua gelaran Dirajanya.
Bagaimanapun tiada butiran lanjut diberikan.

Azrinaz dan Sultan Brunei diijabkabulkan pada 2005 di sebuah istana kerabat diraja Brunei di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, dalam satu majlis tertutup dan hanya dihadiri keluarga, sanak saudara dan sahabat terdekat kedua-dua pihak.

Azrinaz atau lebih mesra dipanggil sebagai Naz adalah lulusan Diploma Penyiaran dan bertugas di stesen TV3 sejak 1999 sebelum meletakkan jawatannya sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran pada Mei 2005 atas alasan ‘untuk menjalankan perniagaan sendiri.’

Sumber: Berita Harian Online

Yan ni pulak  ambil dari blog http://cikmin.com.  Terima kasih sayang.

PETALING JAYA: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.

Pengumuman khas mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB) di Brunei malam ini.
Pengiran Alaudin turut mengumumkan kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta.
Pengumuman khas itu boleh diikuti di http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/?c=newsDetail&news_id=10094.

 Sultan Brunei menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005 pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun.Hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel pada 1 Jun 2006 dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pada 28 Januari 2008.SUMBER
terima kasih google..

Kita mungkin tak tahu cerita di sebalik perceraian  ini.  Jangan orang Malaysia dan orang Brunei bergaduh udahlah. Dah tak ada jodoh.  Terima ajer Qada dan Qadar darinya.

25 thoughts on “Isu Hangat Hari Ini (Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz)

  1. sayangnya…perkahwinan berakhir begitu sahaja. Kasihan pd anak-anak…namun qada dan qadar ketentuan dariNYA…redha aje la.

  2. syian tapi apo nak buat…dah takdirnye jodoh sampai kat situ je…dan seharusnya azrinaz dah bersedia.maklum berkahwin dgn org2 vvip camni…kemungkinan2 camni pasti ade…ps:pic azrinaz ngan anak2 tu,pipi kanan dia lebam erk???ke sy yg tersilap pandang neh…?atau kesilapan gambar tu?

  3. salam kak ina,kesian bila baca brita azrinaz ni. bg saya, mgkin isu jarak umur jauh sgt. Tetapi mslh sebenar kita tak tau. cuma… tak patutlah, dah berumur ceraikan isteri. sultan patut jadi tauladan rakyat… tak penah dgar cite buruk pasal azrinaz.

  4. ada sebab tertentu yg mereka becerai, korang tak tau punya, tapi di brunei ampir sume org tau knp..kalau dibagitau, korg tak mungkin pecaye punye…dari pandangan korg memang azrinaz baik, tp di sini, kami byk org2 dalaman tertentu, yg merasakan, meliat, dan ada juga yg dimarahi oleh azrinaz sendiri, dan ahli keluarga nya, saya sebagai contoh,auntie saye sendiri merasakan, ada kes2 dalaman terbongkar sampai keluar, even salah sebuah jabatan kerajaan pun kena siasat, didpti jumlah duit yang bnyk di simpan dlm kotak bungkusan kotak maggie yang banyak, di hantar ke malaysia, tertera ada alamat, hasil dari siasatan, phm2 je…ahli keluarganye…tu lah, ada baik dan ada buruknya…hal ni, org2 brunei saja yg tahu, ceta sebenar, korg takkan tau, sebab takde yg kasitau, dan ade g hal lain lah bab mencuri, tu saye tak berani bagitau, sebab tu hal istana, bab saye tau, kwn saye pun turut di soal siasat dalam istana, katanye ada satu barang yang paling berharga bagi Diraja, hilang.tapi aku tak suka dengar, ahli keluarga azrinaz, sombong semacam..berlagak plak tu..adake patut diorang cakap "Korang tak tau ke kami sape? kami ipar sultan tau??!" dengan nada lantang dan megah! sebab kita org tau dia org azrinaz, kebetulan tak lama tu azrinaz ada dtg same mereke..kalau tak caye, korg pergi ke hotel terkemuka di brunei, korg tanye lah pekerja2 sane..lagi arif dan padat crite mengenai keluarga azrinaz tu..auntie saye sendiri pun pernah kana marah..bukan nak mengata bukan nak memburuk azrinaz..tp ini la kenyataan..buat apa buat crite yg bukan..buat dose je..memang dah tesebar luas sebelum brita perceraian tu sebelum korg tau juga..kami tak brani besuara, lepas cerai baru lah kami besuara..daripada korg tak tau crite, baik korg tau kan, nanti ada org yg ckp yg bukan2 lagi dose

  5. tuk Fiza Nordin, tak de yg lebam, byk2 pic die keluar dlm surat kabar, sume same je…atau mungkin gmbr die tu kot ada slh adjust atau apake…pipi azrinaz memang mcmtu..puas dah kitaorg tengok die sama je… satu g brita hangat yg berlaku di brunei..azrinaz pernah membawa masuk salah satu saluran TV, dan pernah tersiar di salah satu saluran Astro, tak semestinye astro punye la, maksud aku tu, geopraphic, history channel, mcm tu lah..dia org yg pertama membocorkan salah satu bilik penting yg tidak pernah dimasuki oleh sapa2 termasuk isteri baginda sultan yg terdahulu kecuali baginda sultan sendiri…kalau ko pernah meliat siaran tu..kami sendiri pnh menyaksikan siaran tu dengan mata kepala sendiri…tak lama lepas tu, siaran mengenai bilik tu, di tukar dengan yg rancangan lain…ape dia spy ke? nak bocor2 ni..kalau korg tanya, knp tak halang wartawan tv tu..ni jwpan nya..tak sapa yg berani melarang sebab di waktu isteri baginda sultan…tak sapa yg berani melawan, korg liat betapa hormat nya kami pada sesiapa yg berhubung rapat dengan baginda sultan termasuk azrinaz sendiri…skrg ni bak kata pepatah tau buat, tau tanggung.. ni tanggung la die sendiri, keputusan pun adalah hasil siasatan dlman, bukan sesuka hati, adat istiadat memang kuat di dlm istana, memang secara terperinci

  6. SABAR – SABAR..KITA ORANG-ORANG MELAYU NI DAH MEMANG TIPIKAL CEPAT DENGAR KHABAR ANGIN..BOLEH BACA..PERCAYA JANGAN..SEBAB KENYATAANNYA KITGA TAK TAU..TENGOK KAK INA KITA NI..BARU BACA DUA ULASAN DAH PERCAYA CITER DALAM ISTANA TU..ISHHH…BAHAYAA KAK INA…SIAPA DIA YANG TULIS ULASAN TU?? KITA PUN TAK TAU KAN..MACAM YANG SAYA KATA TADI..BACA BOLEH..PERCAYA JANGAANNNN…

  7. aku tak tahu cerita pasai penceraian az dgn SB. hanya membaca dari forum dan disini..anyway hanya yg berhak lebih mengetahui kerana baik atau buruk adalah isu perkahwinan mereka. tak payah lah bergaduh semata-mata nak menegakkan benang yg tersedia basah.

  8. Panjang lebor citer orang tanpa nama ni..tu la dh macam nak percaya gak..hehe.. apa2 pun fitnah itu lebih tajam dari mata pedang.. yang benar akan terlihat juga. so kalu tak mo tambah saham, baik diam2 saja…😛

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s