pemenang saguhati contest akak/my contest/my sponsor

Jeng..Jeng..Jeng..

Terharunya rasa  di hati akak kerana sehingga tarikh tamat hari Jumaat lepas,  seramai 55 orang sudi join contest akak.

Memang payah hendak memilih gambar pemenang sehingga para juri mengambil masa yang agak lama untuk memilih pemenang.

Hari ini akak umumkan dulu 
Pemenang tempat ke 10 – 17
 a)  RM10 cash/top up untuk 8 orang pemenang sagu hati (RM10.00 x  8 pemenang)
1. http://www.matjoe.com
2.  http://mummy-ila.blogspot.com
3.  http://mimpisibunga.blogspot.com 
4.  http://cikmin.com
5.  http://ezadlieza.blogspot.com
6.  http://ceritakosong.blogspot.com/
7.  http://azueriena.blogspot.com
8.  http://teratakputeriqareshah.blogspot.com/

Sila hantar no hp ke email akak roslana_06@yahoo.com.my.
 Kalau nak bank in duit pun boleh. Bagitaulah yer.
Sila beritahu samada anda mengguna maxis, celcom ataupun digi.

Advertisements
Keputusan Penuh Anugerah Pemenang Festival Filem Malaysia Ke 23 · Lagenda Budak setan · magica filem terbaik FFM23 · Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke 23

Keputusan Penuh Anugerah Pemenang Festival Filem Malaysia Ke 23

 

Tiga beradik dari kiri Edry, Norman dan Yusry yang memenangi kategori Filem Terbaik menerusi filem Magika pada Festival Filem Malaysia Ke-23 di Shah Alam, malam tadi.


1. Anugerah Poster Terbaik – Filem Belukar

2. Anugerah Kostum/Busana Terbaik – Hasnan Yaakub dari Filem Magika – KRU Studios

3. Anugerah Lagu Tema Asal Terbaik – Edry Abdul Halim – Filem Magika

4. Anugerah Penataan Bunyi Terbaik – Brian Ng dari V3 Samseng Jalanan

5. Anugerah Penataan Seni Terbaik – Anuar Paharudin & Johan Lucas dari Filem Magika

6. Anugerah Pelakon Harapan Lelaki – Shashi Taran dari Filem Estet

7. Anugerah Pelakon Harapan Wanita – Daphne Iking dari Filem Belukar

8. Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Fimie Don dari Filem Magika

9. Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Yana Shamsudin dari filem Adnan Sempit

10. Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam dari filem Evolusi KL Drift 2

11. Anugerah Pengarah Harapan – Edry Abdul Halim dari Filem Magika

12. Anugerah Filem Komedi Terbaik – My Spy Dari Kru Studios


Senarai anugerah utama yang diumumkan di Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-23

Anugerah Khas Juri FFM23

1. Filem Cinta Ais Kacang – Asia Tropical Film
 2. Filem Woohoo – Astro Shaw 
3. Filem Estet – Naga VSX 
4. Filem Muallaf – NZX Film
Anugerah Lakon Layar Terbaik
Jumaatun Azmi – Filem Haq
Anugerah Cerita Asal Terbaik
Ahadiat Akashah – Lagenda Budak Setan
Anugerah Sinematografi Terbaik
Raja Mukhriz – Filem Niyang Rapik
Anugerah Penyunting Terbaik
Hisyam Jupri & Syamsul Yusof dari Evolusi KL Drift 2
Anugerah Skor Muzikal Asal Terbaik 
Edry Abdul Halim – Magika
Anugerah Filem Animasi Terbaik 
Buas
Anugerah Dokumentari Terbaik :
Suatu Ketika Laskar Senoi – Astro Entertaiment
Anugerah Filem Pendek Terbaik
Project

Anugerah Pelakon Veteren Lelaki FFM23
Seniman Tamam Idris

Filem Boxoffice FFM23 
Filem Adnan Sempit

Anugerah Pelakon Veteren Wanita FMM23 
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad

Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir FFM23 
Johari Ibrahim

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik 
Bront Palarae – Filem Belukar
Anugerah Pelakon Wanita Terbaik 
Lisa Surihani – Lagenda Budak Setan
Anugerah Pengarah Filem Terbaik 
Shamsul Yusof dari Scop Productions membawa pulang sebuah trofi & hadiah RM20,000.00
Anugerah Filem Terbaik FFM23 
Filem Magika membawa pulang sebuah trofi & RM50,000.00

Kredit Utusan Malaysidan Budiey.com

p/s Rugi betullah tak tenguk filem Magika ni.. nanti beli ajerlah cd dia.  Memang baguslah Magika menang sebab bukan senang nak menghasilkan cerita  animasi ala-ala Alice In Wonderland

Uncategorized

‘World’s Coolest Intern‘

 Sape nak jadi menjadi World’s Coolest Intern dengan Standard Chartered Bank!

Standard Chartered Bank  sedang mencari ‘Worlds Coolest Intern’ untuk bergabung dengan pasukan Breeze mobile banking di Standard Chartered Bank, Singapura.

Sila baca fakta dulu:

  • A 6-months internship programme with total remuneration of SGD30,000
  • Perks includes training on social media and online engagement from partners GOODSTUPH, Edelman, Qais Consulting, JamiQ, Google, Nuffnang and Visible Banking
  • To help amplify your application reach SCB and Google supporting first 100 applicants with SGD100 with Google Adwords credit, for more details click here
  • You can be one of the 20 lucky World’s Coolest Intern contestants to join Nuffnang’s blog grooming techniques workshop in 2011
  • You don’t need to be in Singapore to apply, for more details click here
  • Closing date: 15 October 2010 31 October 2010
  • Internship start date: On a mutually agreed date between the winner and Standard Chartered BankJump to how to submit, click here

Selamat mencuba!!!

 Bacalah  penjelasannya (klik kat SINI)

 If you’re feeling deflated because you’re not in Singapore and you’re not a student required to undergo an internship programme, fear not! Standard Chartered accepts applicants from all over the world, and it doesn’t matter if you’re 19, 29 or 39 – all you need is passion, a thirst for learning, and really fast thumbs to keep up with all the Tweeting and Facebooking.

Come to think of it, the description we just wrote sounds exactly like how we’d describe Nuffnangers – a lively, passionate bunch always ready to learn. We think a Nuffnanger would be a PERFECT fit for the position so yes, we’re challenging all of you to vie for the position of World’s Coolest Intern! Who’s up for the challenge?! *trumpets blare*

It would be totally awesome if all 10 finalists were Nuffnangers, but because there’s only one spot though, we wanna show you how supportive we are and reward you even if you don’t make the cut. 😀 Here’s what you need to do.

Akak rasa akak tak layak.
 Jadi jangan tuggu lagi yer.  Sape yang rasa layak cepat-cepatlah   Memohon  yer.

Calun Anugerah Skrin TV3 2010-Cerekarama Taubat Nasuha · gambar Fauzi Nawawi · gambar sheila rusly · jinggo production

Calun Anugerah Skrin TV3 2010-Cerekarama Taubat Nasuha

Baru habis melayan cerekarama Tv3 Taubat Nasuha untuk calun Anugerah Skrin TV3.  Kan akak dah kata kalaulah arahan dari Jinggo suami Shiela Rusly tu yang cerita tu memang best punya. Nak dekat habis cerita ini , air mata akak mengalir tanpa dapat di tahan lagi.
Macamanalah akak boleh tak tenguk cerekarama yang best ni.  Taubat Nasuha telah ditayangkan sempena Aidil Adha tahun lepas.Mungkin masa ni akak balik kampung kot.  Leka borak dengan ipar duai  dan masak memasak.
Bermula dengan kisah Mizi yang memohon taubat di sebabkan kesilapan beliau dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah dan suami yang baik.
Masa dalam cerekarama yang lalu, Sheila berlakon terjerit-jerit dan  bila akak baca komen dalam harian metro, wartawan tu   tak bersetuju sebab lakunan Sheila  yang di katakan terlalu over.

Dalam cerita ni, Sheila menjadi seorang isteri yang lemah lembut dan suka melayan kerenah anak-anak.  Paling akak suka bila dia rajin melayan makan minum suami dan anak-anak.

Mizi (Fauzi Nawawi) ayah yang mempunyai kisah silam selalu di pukul oleh ayah beliau sehingga menjadi ingauan sehingga beliau dewasa.  Sampaikan sehingga beliau telah berkawin pun beliau masih lagi bermimpi tentang hal beliau yang  selalu di rotan dan didera setiap masa oleh bapa beliau.
Cara didikan dari arwah ayah beliau yang merupakan seorang tentera telah membuatkan Mizi juga  terikut-ikut gaya ayah beliau  dalam cara menegur dan mendidik anak-anaknya dengan cara bengis dan garang.


 Aimin, Aiman dan Amirul terlalu takut dengan sikap panas baran Mizi kerana setiap kali berjumpa dengan ayah beliau , Mizi akan  merasa geram di sebabkan kelakuan anak-anak yang di katakan terlampau nakal dan tidak mendengar kata.  Tak boleh  anak-anak bergurau senda dan bising sikit, mulalah beliau akan menengking anak beliau.

Laila sudah puas mengingatkan dan menasihatkan suaminya, namun tidak diendahkan oleh Syamizi, malah ada kalanya Laila turut menjadi sasaran baran Syamizi. Bagi anak-anak pula setiap kali kemunculan ayahnya di rumah membuatkan mereka sedikit gementar, namun ia tidak menghalang mereka bergurau senda dan bermain bersama.

Di pejabat beliau telah di goda oleh boss beliau Maria yang telah mengambil kesempatan di atas sikap Mizi yang di katakan stress bila duduk di rumah.  Mizi telah tergoda sehingga selalu ajer keluar malam untuk enjoy dengan Maria dan salah seorang staff lelaki.
 Nasib baiklah Laila (Sheila) mempunyai sikap kasih sayang kepada anak beliau dan pandai memujuk panas baran Mizi.  Kesian tenguk bila anak-anak melakukan kesalahan sahaja beliau akan menarik telinga  dan mulut mula mengeluarkan bahasa yang tidak sesuai di dengari oleh kanak-kanak.  Mizi selalu menyebut perkataan..Ishhh ashik menyusahkan ajer.
Apabila telah tergoda dek Maria beliau mula memarahi isteri beliau dengan kata-kata yang boleh menguris perasaan lebih lagi Laila masa Laila mengandungkan anak ke 4.  Mulalah Laila mengeluarkan airmata dan merasa kecil hati di atas kelakuan Mizi yang mula lupa diri.
Akhirnya beliau betul-betul kehilangan insan-insan yang menyusahkan hidup beliau setelah Laila dan anak-anak telah di tikam oleh perompak yang merempuh masuk ke dalam pagar rumah dan terus mengheret semua mangsa ke dalam rumah.  Perompak telah membunuh isteri dan anak-anak beliau tanpa belas kasihan.
Apabila pulang dari berpoya-poya bersama-sama Mira dan J, beliau merasa terkejut bila melihat insan yang menyusahkan beliau telah pergi buat selamanya.  Akhirnya Mizi insaf dan  bertaubat dengan taubat nasuha walaupun insan-insan tersebut  tidak akan kembali lagi.

Kita akan menghargainya setelah kita kehilangannya.
Pelakon: Sheila Rusly, Fauzi Nawawi, Dato’ Jalaluddin Hassan, Sheila Mambo, Naim Daniel, Haikal Raihan, Aliff Ikqmal

Kita tenguklah nanti yer samadaa cerita ni boleh menang ataupun idak…banyak lagi drama lain yang akan bertanding nanti.  Tenguk ajer  pukul 9.00 malam di TV3  setiap Ahad dari pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam mulai dari 24 Oktober sehingga 19 Disember nanti yer.

p/s kalau cekikrama  (anak-anak akak yang kata ni )setiap Sabtu di tayangan dalam pukul 9.00 malam ni tentu best kan..taklah kena tidur siang semata-mata nak layan Cekikrama ni.

http://www.youtube.com/v/qTkRM_Wkfu4?fs=1&hl=en_GB
suka bila kanak-kanak dalam cerita ini berzikir..Hasbi Rabbi

cara buat sizzling yee mee · resepi sizzling yee mee · sizzling mee sedap/lazat

Resepi Sizzling Yee Mee

Resepi ulangan dah pernah dah tepek kat blog.  Tak perlah.  Sajer ajer nak tunjuk.  Dah banyak kali buat.  Selalu Ira punya permintaan.  Kalau ada hot plate lagi best. 
Resepi asal dari Lily Myresepi.
Bahan-bahan ( 2-3 org makan )
2-3 sanggul(gulung) yee mee
5 ulas bawang putih-dihiris nipis
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)-rendam dengan air panas pastu hiris
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
3 biji cili kering- potong serong-kalau nak pedas tambahlah lagi
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 inci  halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
akak tambah- kobis dan lobak merah-potong kecil

garam- secukup rasa
beberapa titik minyak bijan

1 sudu besar tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis
 Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan cendawan serta sayur-sayuran yang lain,tunggu hingga 2-3 minit.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jangan banyak-banyak…
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas-panas
Astro Ria Mari Menari · Awal Ashaari dan Lisa Surihani · mari menari astro ria · peserta mari menari astro ria · rudita dan

Oh Rudita Sejak Masuk Mari Menari (Astro Ria) Dah Berubah Yer

 kredit murai.com

Sape tenguk mari menari di Astro Ria.  Akak tak tenguk minggu lepas.  Tak perasan pun. Sedikit info tentang Rancangan Mari Menari ni.

Pengacara rancangan Mari Menari ni ialah Awal Ashaari dan Lisa Surihani .Mari Menari turut dimeriahkan dengan kemunculan barisan penasihat dan juri rancangan tersebut.
Mereka terdiri daripada pelakon Zulhuzaimy Marzuki, Ferhad, Lisdawati, Erra Fazira, Joseph Gonzales yang akan mengkritik persembahan para peserta Mari Menari kelak.
Sebanyak 12 pasangan yang akan bersaing dalam Mari Menari musim pertama ini terdiri daripada pasangan Ariz, Dita, Fahmi, Masri, Razif, Rosdi, Shai, Yat, Zarin, Zul, Jaya dan Nita.
Sementara itu, 12 jurureka tari iaitu Anuar, A’ala, Belalang, Dayana, Papa J, Khairul, Wei Jun, Simon, Bayu, Acid, Ray dan Syed pula dijemput melatih 12 pasangan peserta terbabit.
Pengenalan rancangan itu akan disiarkan mulai 16 dan 17 Oktober ini pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104). Maklumat lanjut layari http://www.astro.com.my/marimenari
 kredit murai.com

Malam persembahan pula akan disiarkan secara langsung dalam Mari Menari bermula 23 Oktober ini jam 9.00 malam dan kemuncaknya ialah Penentuan Mari Menari yang disiarkan setiap Ahad jam 9.00 malam iaitu hari di mana keputusan penyingkiran diketahui secara langsung.

Persembahan setiap pasangan akan diadili dengan sistem pemarkahan 50% juri dan 50% undian penonton. 
Pada setiap minggu, juri-juri yang terdiri dari barisan selebriti iaitu Erra Fazira, Zulhuzaimy, Lisdawati dan Ferhad berserta dengan seorang juri profesional iaitu Joseph Gonzalez akan memberikan markah persembahan berdasarkan mutu dan teknikaliti persembahan. 
Manakala, kuasa penonton adalah melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Pasangan yang mendapat undian terendah pada setiap minggu akan tersingkir.
Pasangan juara Mari Menari juga akan memenangi sebuah kondominium The Haven di Ipoh bernilai RM358, 000.
Semalam bila tertenguk kat Astro Ria, akak perasan salah seorang peserta ni yang bernama Rudita pernah terpilih masuk dalam episod Tangkap Muat yang  mana pengacara dia ialah Sarimah.
Akak ada tenguk rancangan tu minggu lepas rasanya.   Rancangan ni tahun lepas punya.  Biasalah Astro nikan  suka ulang rancangan lama. Akak cuba cari gambar  Rudita yang dalam segmen tu yang masih bertudung. Tapi tak jumpalah pulak.
 kredit sensasi selebriti...suami Ita yang tersengih menunggu isteri pulang dari di makeover

Husband Ita yang hantar e mail ke Astro suruh make over isteri dia.  Katanya isteri dia tu jarang make up dan jarang berpakaian cantik.    Sabar ajerlah..bagi duit tak cukup nak suruh isteri pakai cantik)

Ita kerjanya menjahit baju dan duk kat umah ajer.  Pastu dia ni kememeh (kuat menangis).  Sampai perundingcara 2 orang  (Perunding masa tu ialah  Zulfazli dan  Rizalman Ibrahim) tu ashik kutuk dia jer.   Mulut 2 orang ni memang terkenal laser ahik mengata peserta camtu camni. 
Ita memang baik orangnya, bila anak-anak suruh dia beli baju mahal dia tak mau.  Dia lebih pentingkan anak-anak dan rumahtangga.  Masa mereka sampai kat rumah Ita dia terkejut beruk.  Pastu menangis sebab terharu di pilih untuk di make over.

Bila dah di make over  suami dan anak-anak terkedu melihat perubahan Ita ni.  

Bila Rudita tanya suami dia dengan linangan air mata..abang…..abang sayang tak dengan Ita...si suami mengangguk.
OOOO isteri cantik baru sayang ek..sabar ajerlah.  Akak bukan apa melalutlah pulak..ni nak cerita pasal sekarang ni Rudita dah masuk pulak dalam Rancangan Mari Menari.


kalau nak full story  masa segmen Rudita dalam Tangkap Muat bolehlah baca kat blog MAMASYAZA 
 
Bila tenguk malam semalam muka salah satu pasangan ni macam rupa dia, bila check memang confirm yang peserta ni Rudita dan suami. Amboi dah lawalah Ita sekarang ni.
 Walaupun Rudita dah tak bertudung tapi akak macam cam dia dalam Segmen Langkah Mari Menari.  Sebab baca nama husband dia Faidzal.

Paling akak geram tau bila tenguk dia kena marah dengan suami dia.  Masa tu mereka tunjukkan tarian yang di persembahkan untuk malam ni.

Bila Ita salah step masa menari, suami dia marah kaw.kaw…punya sampai si Ita ni menangis.  Kalau akak kan tentu akak pun melalak dan terasa kecil hati bila di marahi di depan berjuta penonton Astro.  Terasa rendahnya harga diri bila di tengking sang suami.  Geram betullah.
 
Rudita ni yang pernah muncul dalam Macam-Macam Aznil dalam episod raya dan beliau menang lemang.  Masa ni beliau masih lagi bertudung.  Dah lama gamaknya video ni sebab arwah Din Beramboi masih ada.  Kalau nak tenguk gi  video ni gi ke  SINI

Sebab nak masuk rancangan Mari Menari , Rudita sanggup ek buang tudung.  Kalau pakai tudung kan bagus. Sabar ajerlah.  Semuga suami beliau akan terus menyayangi  beliau  bila rancangan Mari Menari berakhir nanti.
Akak tak kuasa nak sms peserta favourite dalam rancangan ni sebab mahal sungguhlah. 0.50 sen setiap sms.  Tak payahlah kan.   Membazir ajer..lagipun akak tak minat sangat pun nak tenguk.
Ayam · ayam goreng best · ayam goreng sedap · ayam goreng tandoori · resepi ayam goreng tandoori · resepi ayam goreng tandoori maggi · video aizat dan raihan tv 9

Tongkeng Ayam/Ayam Goreng Tandori

 Nak tau tak seumur hidup tak pernah nak makan b…t.t..ayam aka tongkeng ayam ni.  Entah macamana akak boleh  belilah pulak kat Pasar Pagi Greenwood minggu lepas.  Sebenarnya suami akak  memang suka makan tongkeng ayam, tapi akak selalu buang sebab geli.

Bila akak perap ayam dan tongkeng  bersama rempah ayam tandoori maggi dan bila dah siap di goreng, wangi pulak baunya.  Akak memberanikan diri makan , mak datuk sedap kauuuuu..

Firdaus pun makan banyak sebab dia tak tahu yang tu tongkeng ayam, bila akak bagitau  dia kata. 
 ala mak ingatkan ayam mak potong kecik-kecik.
Nasib baik dia tak muntahkan balik.  Bila akak suruh Imran cuba dia boleh kata,
Tak naklah, geli, ayam berak tak cebuk.
Cisss, sabar ajerlah.
Sekarang ni susah betul nak jumpa tandoori maggi ni.  Kalau jumpa akak selalu angkut 5 paket, senang bila nak guna dah ada stok kat umah.

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam [potong kecil dan bersihkan]
  • 1 paket rempah tandoori MAGGI
  • 3 sudu besar cili mesin
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 5 s/b tepung goreng ayam (akak guna tepung kentucky yang pedas punya)
  • 3 ulas bawang merah ]
  • 2 ulas bawang putih ] mesin halus
  • 2 inci halia ]
  • garam 
  • akak tambah..3 tangkai daun kari 
  • 2 sudu makan tepung beras
Cara
1.  Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1/2 jam.(Lagi lama lagi sedap)

2.  Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing dan masukkan setangkai daun kari setiap kali goreng.

Memang suka lagu ni..
http://www.youtube.com/v/PGvaXuLltwQ?fs=1&hl=en_GB

Nyanyian Aizat   dan Raihan for GENG AIZAT TV Show for TV9.

Akasia Chinta TV3 · Cerita Chi · Drama Chinta TV3 · Episod 16 drama chinta akasia tv3 · gambar fahsa sandha pakai baju kawin · gambar fasha sandha kawin · Pelakon Drama Chinta TV3 · Sinopsis Chinta TV3

Episod 16 Cerita Chinta | Drama Akasia TV3

Memang bestkan tenguk Chinta lakunan fs ni..akak snap masa hari Rabu lepas..ingatkan nak  habis  minggu ni rupernya  panjangnya lagi..

Lawa sungguh fs pakai baju pengantin ni.  Agaknya kalau kawin dengan Jejai tu..lagi lawa kot.
Kononnya  Chinta nak kawin dengan sugar daddy dia Osman Kabila, tapi nasib baik pakcik osman tu tau rahsia hati di antara Chinta dan Amar.   Langsung beliau membatalkan upacara pernikahan beliau dan memberi kebenaran kepada Chinta agar berjumpa dengan Amar di hospital.
Bestnya gi jumpa kekasih hati di hospital pakai baju pengantin.

 Memang sengal mak dan bapa saudara Chinta ni…nak ambil kesempatan..nak minta banglolah, kereta alphard kononnya untuk kegunaan mak Chinta.  Nasib baik Osman  (sugar daddy Chinta )tu tak layan .  Bila Chinta tak jadi kawin dengan Osman, mereka pulak yang marah.

Kecian dengan mak Chinta kan…hati ibu sape tak sakit bila orang lain kutuk anak sendiri.

Chinta dan Amar ingin membina hidup baru.  Amar ingin kembali ke kampung setelah berkawin dengan Chinta. Masa ni Amar di tembak  dek Fikri masa Fikri dan geng menculik Chinta.

Tapi sayangnya di hari pernikahan mereka berdua Amar telah di tembak sekali lagi oleh Fikri dan Fikri mati di tembak dek bodyguard Osman Kabila.  Chinta jatuh pengsan bila mendapat tau Amar telah di tembak.

Musnah segala impian Chinta bila mengetahui Amar telah meninggalkan beliau buat selama-lamanya.

Beliau menyalahkan Osman Kabila  di atas kematian Amar.
Ibu Chinta telah memaafkan kesalahan anak beliau.  Tibalah masanya Chinta melahirkan anak Fikri. Chewah macam real ajer ek..
Kesian dengan baby ni..ibunya tidak mahu membelanya di sebabkan sakit hati terhadap Fikri.  Agaknya camtu kot orang yang buang anak..terlampau sakit hati sampai anak di buang merata-rata.  Mungkin juga di sebabkan rasa malu.
 Osman Kabila telah membela anak perempuan Chinta sehinggalah ia berumur 4 tahun. (kalau tak silap)

Chinta masih lagi melakukan kerja sebagai pelacur kelas tinggi.   Tenguk jangan tak tenguk yer..akak memang tengukkk

p/s sape perasan ni episod berapa ek?
A Nuffnang/contest/duit/event/movie/best · darkbatman blog · darkbatman.com · my contest · tali barut

Darkbatman bukan Superman Bukan Spiderman

 Mula-mula sapa menyapa di blog saja.  Entah kenapa dia gelarkan diri dia Darkbatman pun akak tak tahu.  Kalau di translate jadi Lelaki Kelawar Hitam..ooo tu sebab dia suka pakai baju hitam.

 Dan akhirnya bertemu muka di Gatsby.  Darkbatman ni seorang yang pemalu tapi handsome.  Oh dah calun ker belum?  Bolehlah jadi calun menantu akak..ki..ki..ki..
 Malu nak tanya  sebab apa  kena panggil batman..tenguklah kat baju tu……akak malu sebab dia ni handsome tau..segan nak pandang muka dia..takut.ehemmmmm

Badan dia  hulamak..macak malik noor masa mudalah…badan dia tegap sebab dia selalu gi gym..sape yang  nak ambil dia jadi jurulatih..boleh sajer.  Dulu dia suka pakai baju hitam sekarang ni tak  lagi..dia dah suka juga pakai baju warna putih.
 Baca camner nak fit macam dia..tapi bukan senang kan nak jadi fit macamni..
selak ajerlah kat  camner nak jadi fit
 Dia ada juga ajar camner nak buat torilla versi beliau.  Memang bagus ni..akak suka kalau orang lelaki jenguk ke dapur..senang bakal isteri nanti.  Kalau tau camner dia buat jenguk kat sini
Apasal pulak dia ada tanduk…bila masanya tanduk tu tumbuh..
Yang terbaru ni beliau dapat gi konsert  Paramore sebab dia orang kuat Nuffnang…tapi hairan apa pasal dia orang tak kasi akak ek..ingat akak ni tak layan ker konsert camni.. 
Cuba teka keta sape ni…memang kelakar betul bila darkbatman buat gaya macam ni. 
Dah pernah dah dapat advertorial dari Nuffnang..kalau nak tenguk aksi beliau lagi sila ke ..http://darkbatman.com/honda-racing-ultimate-challenge/
Terakhir sekali jumpa di  Taylor’s University minggu lepas.   Masih lagi pakai baju hitam.  Masak kat event Vaseline dia pakai kemeja putih.

Bila dah jumpa personally, beliau ni memang pemalu ..tak suka ho ha..ho haa..macam tali barut akakyang lain.  Penuh dengan sopan santun gitewwww…
Pernah beli kukis coklat chip akak sebanyak 200 keping.  Terima kasih daun keladi , kalau sudi belilah lagi yer.
Kenapa akak puji-puji  darkbatman ni yer..sebab dia sponsor RM kat akak.  Bertuahkan akak dapat merasa RM dari beliau.  Tapi akak tak ambil yer…akak salurkan kepada pemenang contest akak.

Jadi jomlah melawat lelaki kelawar hitam ni..

Buat anak dara…jangan terjatuh cinta udahlah…akak dah booked untuk anak dara akak tau.  Buat mak dara, jangan terjatuh cinta dengan dia…ingat suami kita juga yang handsome tu  tau. Ahaks
Jom join contest akak .hari ni hari penghabisan.
Kek · kek oren sedap · resepi kek sicilian orange cake · sicilian orange cake recipe

Sicilian Orange Cake Recipe

 Oleh sebab tak tahan tenguk kek ni kat blog cik manggis akak pun buatlah kek ini.  Bila baru habis bakar memang sedap  memakannya.  Resepi ni ada kat blog Rima dan Ellie.
Akak sajer ajer taburkan parutan cheddar cheese kat atas kek sebab lebihan masa buat bangkit cheese tempuh hari.  Membazir pulak kalau rosak nanti.  Dahlah bahan tu mahal.

Bahan-bahan
250 gm butter
250 gm tepung naik sendiri
4 biji telur saiz sederhana
1 1/2 tsp parutan kulit oren
85 ml jus oren
250 gm gula halus
akak tambah-parutan cheddar cheese (nak habiskan stok)
Icing:
125 gm gula ising
5 tsp jus oren.

Cara-caranya:
  • Panaskan oven 170 darjah celcius.
  • Sapukan butter pada 2 loyang bulat  berukuran 6cm x 14 cm.Alaskan dengan kertas minyak.
  • Pukul butter dan gula hingga kembang .Masukkan telur satu demi satu hingga habis.Pukul lagi,
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga sebati.Masukkan parutan kulit oren.
  • Last sekali tuangkan jus oren sedikit demi sedikit dan pukul hingga rata.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar hingga masak.
  • Bila kek telah masak sejukkan atas wire rack.

p/s akak tak buat  icing tu sebab dah cukup rasa manis dah kat kek tu.  Dah tua-tua ni tak beranilah nak makan manis..lagi pun hb dah ada penyakit kencing manis.