Ayam

Resepi Ayam Penyet 2

Resepi ke 2 ni akak ambil dari Majalah Saji bulan April…ikutkan resepi tak yah buat sup…tapi mana boleh..kat rumah akak ni kalau tak ada masakan berkuah..kang ada yag tercekik lah pulak..terutama si imran.

Lumuran ayam goreng akak ambil dari Ijan yang duk jauh di rantau.  Nampak cam banyak  dan leceh nak buatkan..taklah..senang ajer nak membuatnya..

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam sederhana besar
  •  (potong 4)
  • 600ml air
  • 2 helai daun  salam
  • Minyak
  • 1 kiub ayam
Bahan rebusan
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu kecil ketumbar
  • 3 cm halia
  • 3cm lengkuas
  • 1 1/2 kecil garam
Cara menyediakan Sup
1.  Bahan rebusan di tumbuk lumat dan lumurkan pada ayam.
Masukkan ayam ke dalam periuk.
2.  Masukkan sekali daun salam dan tuangkan air.  Renehkan sehingga ayam empuk.
3.  Apabila ayam  empuk, angkat dan toskan ayam.
Untuk menyediakan ayam goreng(dak Ijan punya resepi)
Toskan ayam.(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng. 

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.) 
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

  Bahan sambal
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili merah keiting
  • 1/2 biji tomato
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula kabung
  • 5 tangkai cili padi
  • 1 bji limau-ambil jus-seeloknya limau purut
  • 1 sudu besar belacan
Cara menyediakan sambal
 1.  Panaskan sedikit minyak, goreng cili, bawang dan tomato.
2.  Setelah semuanya hampir garing, masukkan belacan,  Toskan semua bahaan gorengan dan tumbuk lumat bersama gula dan garam.
3.  Akhir sekali perahkan jus limau purut/kasturi/nipis
akak guna alat ni..lupa pulak nama dia..kalau malas guna ajer blender kering
tengahari cuma ada tempe dengan ayam..
Untuk Nasi
  • 1 labu bawang besar-hiris halus
  • 2 biji bawang putih-hiris
  • 3 cawan beras basmati-rendam 30 minit dan toskan
  • 41/2 cawan air rebusan ayam
  • 1 batang kayu manis*
  • 2 cengkih*
  • 2 pelaga*
  • 2 bunga lawang*
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit butter/minyak/marjerin
Cara menyediakannya
1.  Panaskan minyak.  Tumis rempah tumis (*) dan masukkan bawang besar dan bawang putih.
2.  Masukkan daun pandan dan beras.  
3.  Masukkan ke dalam periuk letrik bersama air rebusan ayam dan masaklah seperti biasa.
Untuk Sup
  1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
Untuk Tempe dan Tauhu Goreng. 
  • 2 keping tahu – potong dadu
  • 1 paket tempe – potong nipis
  • Sedikit tepung beras.
  • Minyak masak untuk menggoreng.

Cara-cara

  1. Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
  2. Goreng hingga garing.
 malam baru lengkap sebab suruh anak beli..tapi tempe tak dah habislah pulak.

Cara hidangan-

Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi.
Advertisements
A Nuffnang/contest/duit/event/movie/best

Alhamdulliah menang lagi Project Alpha

Advertorials

Advertorial Name Blog Date Cashout Date Amount
Project Alpha S2 Instant Cash – Week 4 Tertunailah Hasrat Di Hati 31 Mar 2010 02 Apr 2010 20.00
Project Alpha S2 Instant Cash – Week 3 Tertunailah Hasrat Di Hati 24 Mar 2010 26 Mar 2010 20.00
Project Alpha S2 Instant Cash – Week 1 Tertunailah Hasrat Di Hati 10 Mar 2010 12 Mar 2010 20.00
Alhamdulliah dapat lagi RM20.00…nak tahu kenapa minggu ke 2 tak dapat duit tu..
..sebab akak tak letak logo facebook kat sidebar blog akak…memanglah kesilapan tak di sengajakan…apa nak buat tak ada rezeki.

apa-apa pun tq nuffnang
cerita yana/india

Namaste North of India

Tertarik pulak akak nak tunjuk gambar kat North India dari album  facebook senior Yana.. Imanul Hassan…nak pergi entah bila….layan ajerlah yer..
 salah satu masjid di india
gateway of india
di depan taj mahal palace (a.k.a. taj hotel). yg kena bom gak. owh n sini la adam duduk pastu kena bom pastu nur aminah igt suaminya dah meninggal. (nur kasih)
victoria terminus, antara salah satu tempat kene bom.
dalam tu kubur haji ali. yang tak bestnye adalah orang2 yang datang bertujuan utk menyembah kubur. lagipun takde musolla utk solat di ‘masjid’ ini.
Sikandra, Agra. this is the akbar’s tomb, the 2nd emperor of the mughal empire. semua kubur2 pemerintah mughal besar2 belaka. taj mahal plg besar.
 rumah shah rukh khan di mumbai
tut tut di delhi
naik  beca nak masuk jamaa masjid.
 lotus temple
red ford waktu malam

waktu siang

 bazaar di dalam The Red Fort
sunset di shimla
 kelakarlah nama kedai ni
dan yang ini
agaknya kat sini artis bollywood golek-golek ..guling-guling atas salji
 
merasa jugak dia orang main salji di North of India
Lain-lain masakan

Tauhu Poket

Dah lama rasanya tak buat tauhu poket…teringin nak makan…kali ni akak makan guna lebihan sos cili berkacang lebihan dari sos cucur udang..resepi ni ada di my resepi dan sumbangan  che’iza..…terima kasih yer
Bahan-Bahan
  • 5 keping tauhu
  • 50gm isi udang di cincang halus
  • 1/2 biji bawang besar di cincang halus
  • 1 inci lobak merah di racik halus
  • 2 sudu besar telur (1/2 biji telur)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil pati ikan bilis (yang sedap maggi punya)
  • sedikit garam
  • 1/2 sudu kecil lada hitam (ni akak tambah sendiri)
  • 1 sudu makan daun sup dan daun bawang (pun tambah sendiri)
  • 1/2 sudu teh lada sulah (tambah jugak)
Cara-cara
1.  Tauhu di potong dua..akak potong bentuk tiga segi…
2.  Korek isi tauhu macam nak buat tauhu sumbat..jangan di buang isinya..
3.  Hancurkan lebihan tauhu ni dan campur bersama semua bahan lain diatas.
4.  Masukkan campuran tadi ke dalam tauhu.
5.  Setelah itu bolehlah di goreng…sedap di makan panas-panas.. 
6.  Hidangkan dengan sos cili…
A Nuffnang/contest/duit/event/movie/best

Love You Nuffnang

Dear Nuffnanger,

You’re cordially invited to the Project Alpha Season 2 Bloggers’
Launch happening on;

Date : 7 April 2010
Time : 7.30pm
Venue : Cathay Cineplex, e@Curve, Mutiara Damansara

TWO (2) invites have been reserved under your name
and email address.Kindly confirm your attendance to
the Bloggers’ Launch by sending a
confirmation email to projectalpha@nuffnang.com
before 12pm, 2 April 2010 (Friday).
Failure to confirm your attendance will result in your invites
being revoked and passed to other bloggers.

A ticket collection counter will be setup
by 7.30pm at the lobby of the cinema.
Kindly collect the invites by 8.30pm
as latecomers will not be entertained.

We look forward to receiving your confirmation email.

Cheers,
Blogger Relations Department
Nuffnang Sdn Bhd
Chewah…berbunga-bunga hati dapat pergi ke sini minggu depan..
walaupun terlambat hantar N3..alhamdullliah terpilihlah pulak.

Nanti di sana kalauada sape-sape yang kenal akak…
kita bertegur sapa yer…jangan segan jangan malu…
dan janganlah pulak kata muka akak garanglah…
tak nak senyumlah…cam gto kata akakdulu….
lagi pun kalau senyum/tersengih 24 jam ..nanti orang 

panggil minah  perasanlah pulak akak ni….

Buat ..Mr Bean kita jumpa di sana yer…tapi kalau 
Mr Bean tak nak tegur akak …apa nak buat…
dia kan dah fofolur sekarang ni…tak layak nak berkawan
dengan akak dah…

Pakar pantun, pakar pelaburan, budak bujang
dan Mak Dara (sebab belum ada anak)

matjoe, eyriqazz,   Lilyputih dan aus ,mamat kaki jalan
daydeck kau orang dapat tak?

A Nuffnang/contest/duit/event/movie/best

Yesszaaaa Buffered Earnings Bertambah lagi

 Alhamdulliah ….akak  tak pernah lagi dapat buffered banyak cam ni..selalu dia bagi 2-3 ajer..semuga rezeki tahun ni lebihlah dari tahun lepas…tapi sekarang ni rasanya baru bulan April akak dapat nak dekat sama macam akak dapat tahun lepas…

Terima kasih buat semua pengunjung blog akak dan tq nuffnang…

Hairanlah…kenapalah pengiklan minat sesangat dengan blog khazanah barang lama ?  Peliklah…nampaknya kenalah akak cari lagi barang lama ni..ada saper nak jual tak??? Jual murah dahlah…sekarang ni nak beli kat on9 mahal sesangat…..tak apalah..janji pengiklan tau akan kewujudan blog akak ni..

Tapi tak leh show berapa ek? Kang ada yang minta belanja…

 

Buffered Earnings

Campaign Name Blog CTR
Bonus
Current Earning CTR
CIMB Prime Plan American Idol (Targeted) – LR Tertunailah Hasrat Di Hati
7 Eleven Slurpee Video Contest SS Khazanah Warisan Orang Lama
Era.FM LR Tertunailah Hasrat Di Hati +RM 0.39
Gatsby Deodorant Street Fair SS Khazanah Warisan Orang Lama
Mickey Mouse Club House SS Khazanah Warisan Orang Lama
HP PSG Online MegaSale SS Khazanah Warisan Orang Lama
kuih

Cucur Udang aka Kueh Udang

Bangun pepagi ke Pasir Gudang
Hati di hati nak jumpa Puan Azita
bila nak di goreng cucur udang
cari senduk dia tak jumpalah pula
Tulah pasal..ingat senduk tu ada dalam simpanan..tak cari dulu..terus akak bancuh adunan ikut resepi Chef Ah Mat Gebu…dahlah lama tak membuatnya.  Selalu akak buat stail biasa ajer..taklah masukkan air rebusan kulit udang..tenguk resepi dia ni ada campuran camtu…sajer  ajar nak tukar selera.
Oleh sebab cari senduk besi tak jumpa..terpaksalah buat  cekodok aka jemput-jemput udang ajer..entah kemanalah senduk tu pergi…kat umah ni pakai senduk plastik ajer..mana boleh guna senduk plastik..kang cairlah pulak.   Nanti kena beli baru sebab kalau nak buat cucur udang kena pakai senduk yang tu jugak..tak leh campur-campur..kalau idak dia melekat.
BAHAN UNTUK CUCUR 🙂
  • 250 g tepung gandum*
  • 3/4 camca besar baking powder*
  • 3/4 camca teh soda bikarbonate*(*gaul rata dan ayak)
  • 300 ml air rebusan kepala+kulit udang
  • 10 – 15 ekor udang
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • 30 g kuchai, dihiris
  • 50 g taugeh, ramas sedikit

BAHAN SOS 🙂

  • 8 biji cili merah
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 1 cawan gula
  • 1/4 cawan air
  • 1/4 cawan cuka makan
  • 4 camca besar sos ikan
  • Sedikit kacang tumbuk 


CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. Satukan semua bahan2 cucur kecuali udang, kacau sebati dan rehatkan 5 minit. Panaskan minyak, rendam sudip leper dalam minyak panas sekejap (dalam 1 minit), keluarkan sudip dan sudukan bancuhan tadi 1 1/2 camca besar dan baringkan sekor udang atasnya, tekan sedikit.
  2. Masukkan dalam minyak panas tadi, gunakan api sederhana. Bila cucur kelihatan kembang dan tembam, perlahan2 tanggalkan dari sudip, goreng hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian cucur. Angkat dan toskan.
  3. Letak atas beberapa helai paper towel, buat hingga siap. Hidangkan bersama sos…
 UNTUK SOS (RESIPI ASAL DARI “CHEF WAN”) :- Kisar cili dan bawang putih hingga hancur, masukkan bahan2 lain kecuali bijan. Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga sos memekat. Matikan api dan taburkan bijan sebelum dihidangkan bersama cucur udang tadi…

Sape tak buat sos ni rugi tau…rugi tak dapat makan…sedap lah.

A Nuffnang/contest/duit/event/movie/best

I Wanna Be a Project Alpha TV Star!

 
 I Wanna Be a Project Alpha TV Star! Waduh..sape ek yang tak nak jadi Bintang TV di Project Alpha?

Sape yang tak tahu Project Alpha sila angkat tangan…aduhai..dah masuk musim ke 2 dah Project Alpha ni tau..rugi kalau tak tahu ek..
Tapi tak  apalah..akak terangkan  serba sikit yer…Project Alpha merupakan rancangan realiti online pertama siri TV yang memaparkan kehidupan bloggers terkenal dan melihat secara langsung apakah aktiviti seharian mereka.

Project Alpha juga memberikan pengiktirafan dan memberi pengaruh betapa pentingnya berblogging dalam kehidupan kita seharian..jika ingin mengetahui lebih lanjut silalah  

Bagaimana cara untuk menjadi se orang bintang di Project Alpha!
Bagaimana pula cara yang boleh anda di tampilkan sebagai seorang blogger di Project Alpha Session 3?   
 Mudah ajer!
Untuk mendapatkan  peluang keemasan ini , anda mestilah kena buat  audition dulu tau!

Senang ajer syaratnya..
Anda hendaklah menghantar video anda (dalam masa 60 saat ataupun kurang) secara kreatif mengikut cara anda sendiri dan sebutkan juga mengapa anda harus terpilih untuk berada di dalam golongan  bloggers yang telah terpilih di Project Alpha.

Selepas selesai… sila ikuti langkah seterusnya  untuk menghantar  penyertaan audition tu…

Langkah 1: Join ruumz atau Login masuk ke akaun anda.

Langkah 2:  Bergabung dengan kumpulan ruumz Alpha Projek! (Anda sedang melihat itu!)* Pilihan untuk bergabung adalah terletak di sisi kiri atas skrin anda.

Langkah 3Upload gambar video   di dalam album “Audition” di bawah ini.

Langkah 4:  Masukkan  juga tajuk  dan keterangan serba sedikit mengenai audition tersebut. s* Tips: anda juga boleh menandakan diri anda untuk video anda sehingga akan muncul pada halaman profil ruumz

Langkah 5:   
Untuk meningkatkan lagi penyertaan anda terpilih , suruh teman-teman dan keluarga untuk menyukai video anda.

Sila lihat T and C .

Tiga orang pemenang akan berpeluang tampil sebagai tetamu blogger di musim Project Alpha berikutnya dan akan memenangi hadiah  seperti berikut:-
 
Hadiah Pertama
– 3 hari 2 malam menginap di 360 Kuching Hotel, Kuching di Deluxe Room dengan sarapan pagi untuk 2 pax– Hamper hadiah  Adidas ACTION 3  bernilai RM100.00(termasuk South Africa 2010 mini ball)
P1 W1GGY Prepaid
bernilai RM199.00

Hadiah ke 2 dan ke 3
-Hamper hadiah  Adidas ACTION 3  bernilai RM100.00(termasuk South Africa 2010 mini ball)
P1 W1GGY Prepaid bernilai RM199.00

 Tak tahu macam mana nak buat?  Tenguklah contoh video 

di sini.

Jangan ragu-ragu lagi..Inilah peluang bagi anda untuk terpilih menjadi seorang blogger yang berjaya dan di kenali ramai..Submit audition  anda sekarang!

Ada lebih banyak hadiah yangboleh dimenangi! 


Pada  19 April 2010, sebuah pertandingan dengan hadiah  yang lebih menarik dari Adidas, P1 dan ruumz akan di adakan . Sila layari  http://projectalpha.ruumz.com
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions or 
/http://projectalphagroup.ruumz.com/Groups/
Jemputan kawin/ jalan-jalan/Makan-makan/Aktiviti Hujung Minggu

Oppp basah di Sunway Lagoon

Cuti sekolah  lalu…sibuk budak 2 orang ni nak gi mandi kat sunway lagoon…sebelum tu akak dah suruh mereka simpan duit sekolah masing-masing…walau pun tak sebanyak mana..jadilah..akak tampunglah serba sedikit.

Tau ajerlah nak masuk sini bukan murah….Ira dah kira orang dewasa cam akak…campur Imran dekat seratus lebih jugak…

Tu sebab akak ajak gi pepagi..biar puas mandi dan memain kat sana…balik pun masa dah nak tutup..sekarang ni memang ketat kawalan…check apa makanan dan minuman yang di bawak..habis di selongkar beg tangan sekali..

Makanan akak memang tak bawak..cuma bawa air mineral ajer..tu pun dia orang suruh minum sampai habis baru dia bagi masuk…sebab ada tempat nak isi air.
Berendamlah mereka puas-puas…biar sampai kecut semuanya…
sibuk sangat nak sewa pelampung…pakainya sekejap…geram betul..
mana boleh akak tak membasahkan diri…rugi tau..dah bayar mahal..lepas berendam rasa lapar..kenalah cari tempat makan..aduhai harga mahal giler…lelama makan burger ajer..nak naik benda tu akak takut..nanti turun masuk hospitallah pulak sebab sakit jantung…seriau tenguk orang lain naik…
bila penat akak lepak kat surau kejap….nasib baik bawak novel..taklah boring sangat..tenguk ajer aktiviti kat sini….kalau nak gi ke sini…memanglah kena melabur banyak..dah kata dengan anak akak…kumpul duit sekolah lagi kalau nak gi…
Ayam

Ayam Beriani

Resepi kali ni akak ambil dari rumah Zai…resepi asal dari  Mrsdayat@MyR…makan dengan nasi minyak boleh..nasi hujan panas pun boleh…akak tak letak aji no moto…

Bahan-bahan ( 4 org )

  • setengah kg daging lembu (potong kiub)-akak tukar guna ayam
  • 1  biji bawang besar (hiris)
  • (akak kisar 6  biji bawang kecil, 3 biji bawang putih dan 1 1/2 inci halia)
  • 1 biji tomato saiz besar (belah 4)
  • 3-4 biji cili hijau 
  • 2tbsp tomato puree
  • 1tbsp sos tomato
  • 1/4 cwn susu cair
  • sedikit ghee
  • sedikit rempah tumis-bunga lawang, cengkih, pelaga dan kayu manis
  • 3 tbsp rempah baryani
  • garam,gula,ajinomoto secukup rasa
  • sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina
  • 1 tbsp yogurt 
  • *akak tambah ubi kentang,  3 biji cili merah,badam goreng dan kacang gajus goreng

Cara-cara

  1. Gaul daging dgn yogurt.sementara tu….panaskan minyak sapi (anggaran rata bwh periuk)
  2. Tumiskan rempah tumis dan bawang yg dihiris….biar bwg agak garing sedikit
  3. Masukkan baki bawang diblend.kacau sampai naik bau.
  4. Masukkan ayam..gaulkan.
  5. Masukkan tomato, ubi kentang yang di belah 4 dan cili hijau/merah dan cili tu takyah hiris.masuk sebijik2..
  6. Masukkan pula daun-daun,garam,ajinomoto dan gula.kacaukan sebati
  7. Tutup periuk,biarkan lebih kurang 10-15minit supaya ayam masak. (pastikan kuah tu sama rata ngan daging.kalau tak rata…bule tambah air)
  8. ambil seketul daging,picitkan..utk tgk dah lembut atau belum.-guna ayam tak yahlah picit
  9. bila daging dah agak2 empuk,masukkan sos tomato,tomato puree dan susu cair. kecilkan api,kacaukan dan biar lagi atas dapur..
  10. last skali..masukkan rempah baryani dan kacaukan sebati..Taburkan bawang goreng dan kacang gajus.
  11. buleh la di hidang bersama nasi baryani…