Tepung Untuk Menggoreng

Akak ambil resepi ni kat http://resipidiana.blogspot.com/. Lain kali tak payah beli tepung kat luar..buat sendiri lagi bagus…dah kawin dengan orang johor kalau makan pisang/keledek/keladi goreng mesti nak kena makan dengan sambal kicap…akak buat satu tupperware kecil…pastu simpan dalam peti ais…nak makan ambil aje..

Bahan-bahannya

  • 75 gram tepung naik sendiri
  • 60 gram tepung beras
  • 1 camca besar tepung jagung
  • sedikit serbuk kunyit/ pewarna kuning
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya (jika mahu)-tak letak
  • sedikit air kapur (anggaran 1 sudu kecil – jangan terlalu banyak nanti pahit)
  • 130 ml air
  • 3 – 5 ketul ais (jangan terlalu banyak takut adunan cair)

Cara-caranya

1. Satukan bahan kering didalam mangkuk. Buatkan lubang di tengahnya, tuangkan air sambil gaul hingga sebati. Akak bancuh dengan whisk lagi senang rasanya.
2. Bila pekat dan boleh menyalut belakang sudu, biarkan bancuhan selama 10-15 minit. Pastikan minyak untuk menggoreng banyak dan cukup panas supaya pisang digoreng menjadi keemasan dan tidak menyerap minyak.
3. Selepas bancuhan di perap untuk 10 – 15 minit dan minyak cukup panas, masukkan anggaran 3 – 5 ketul ais dalam adunan dan celup pisang dalam bancuhan dan terus goreng. Insyallah pisang akan menjadi ranggup walaupun telah sejuk.

Akak buat cendawan goreng pun guna adunan ni…

Spageti Bebola Daging

Ikut resepi asal naz rinn chan gunakan makaroni…kat rumah ni memang tak minat makaroni jadi akak tukarkan spageti..kadang-kadang jemu makan rasa yang sama..jadi kena tukar selera..buat hari minggu yang lalu…baru nak show kat sini..

Bahan-bahan

300gm spageti direbus dan ditoskan.
Gaul dgn sedikit minyak zaitun or butter.

Utk Bebola Daging

  • 400gm daging lembu cincang
  • 2 biji bawang besar, dicincang
  • 3ulas bawang putih, dicincang
  • 1 biji telur
  • 3/4 cwn serbuk roti
  • 1besar susu segar
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh parsley

* Campurkan kesemua bahan dan bentukkan menjadi bebola-bebola kecil.
Goreng dengan sedikit mentega.
Boleh juga dibakar dlm oven pada suhu 170 darj celsius selama 30min atau hingga masak.

Nota : Serbuk roti boleh dibuat sendiri dgn membakar roti keping hingga garing kemudian hancurkan.

Utk sos:

  • 1 biji bawang besar, dicincang
  • 5 ulas bawang putih, dicincang
  • 3 biji buah tomato, didadu
  • 2 sudu mkn gula merah-tak letak
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • Sedikit air
  • 1 sudu teh oregano-optional
  • 150gm (any) keju-optional-akak guna kepingan keju aje..hiris tipis..
  • akak tambah cendawan butang yang telah di hiris tipis.

Cara-cara:

1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan lada hitam dan kacau seketika.
2. Masukkan buah tomato, sos, gula merah, garam dan kiub ayam. Kacau dan tambahkan air. Biarkan mendidih. Apabila masak, perlahankan api.
3. Jika suka boleh masukkan keju, cendawan butang yang telah di hiris dan oregano. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan bebola daging. Kacau hingga rata. Boleh curah atas macaroni yg telah siap direbus tadi.

Emas ataupun duit (lama-lama jadi bukit)

Alahai sekarang ni banyak betullah orang putih ke orang hitam bagi email nak bagi akak duit…boleh percaya ke? dia ingat akak ni bodoh kot..sesuka hati nak bagi butir-butir diri akak kat dia orang..pastu dia ingat akak ni orang kaya ke ..banyak simpanan dalam bank…

arwah mak long limah no. 2 dari kiri (alfatihah untuk beliau)

best jugak kalau dapat wang selepuk…. tu ….ceh..ceh ….beranganlah pulak akak ni…dulu masa kecil bila akak tolong arwah mak long limah buat dan jual kueh kat kilang papan kat batu 4 gombak …mesti dapat upah bila balik dari berjualan..

mula-mula abah akak belikan tabung dari tanah liat macamni..tapi tabung ni senang nak korek isi dia dan kalau nak sangat duit pecahkan aje kat bawah tu…biasalah budak-budak…dah isi nak korek balik….

Lelama abah buatkan tabung dari buluh….Setiap sen yang akak dapat akak masukkan dalam tabung buluh…yang ni payah sikit nak keluarkan duit…nak korek pun susah…

lepas tu masa kat sekolah rendah akak jual aiskrim malaysia kat sekolah…mak yang buat aiskrim ni..dapat upah jugak..jual nasi lemak arwah mak long limah punya…dapatlah komisyen…tapi kena jual sorok-sorok..takut dengan orang kantin…dulu nak bawak aiskrim malaysia ni kena balut dengan kertas suratkhabar banyak-banyak..takut cair…lepas sape yang order je yang boleh beli..takut nak bawak banyak-banyak..nanti cepat cair..

Buku simpanan akak yang pertama sekali…akak masih simpan lagi tau..jadi jadi barang lama/antik..kalau jual laku ke idak ye? Bila baca balik buku simpanan punya cogankata…untuk menolong diri sendiri dan negara…kelakarlah…

Mula-mula abah ke mak (dah lupalah pulak) bawak ke pejabat pos di pekan setapak dan bukak buku ……masa tu dalam RM15.00 aje…lupa pulak dari mana akak dapat duit nak bukak buku ni…masa ni akak dah darjah 2…RM15.00 masa tu dah banyak tau…masa tu 0.1 sen masih boleh guna buat beli gula-gula dan macam-macam benda….

Bila tabung buluh dah separuh penuh akak pecahkan tabung buluh dan masukkan duit dalam buku simpanan..sedikit demi sedikit duit akan bertambah …….dekat RM150.00..kenapa akak kumpul duit..akak berangan nak jalan-jalan ke singapura…dulu adik abah duduk kat singapore…pernah sekali abah bawak kami ke sana….

Memang tertunailah hasrat dihati akak nak gi singapura akhirnya…akak dan abah pergi ke johor bharu dulu ….pasal adik abah dah pindah duduk kat skudai johor..suami dia dah pencen …dulu dia kerja sebagai polis di sana…bapa saudara akaklah yang bawak akak jalan-jalan…pergi satu hari aje..pastu belilah mainan monopoly kat sana buat kenangan…

Bila dah kerja buka pulak buku bank simpanan nasional…senang nak masuk gaji…

Ni pulak buku simpanan suami akak…dia bukak kat tangkak..

yang best tu kami buat buku simpanan ni tahun yang sama…kebetulanlah pulak..yang ni buku akak

yang ni pulak buku suami akak…dia mula-mula simpan satu ringgit aje….dia kata kalau kat kampung dah mewah dah RM1.00 masa tu..

Pas tu sibuklah pulak dengan skim amanah saham nasional..bukannya banyak duit pun..tapi adalah sikit…yang best tu asn bagi duit bonus…skrg ni asn dah murah sgt bagi dividen..akak beralihlah pulak ke asb…

lepas kerja jadi guru tabika kena buka pulak akaun kat maybank…sampailah akak berhenti kerja…dulu kalau dah gaji kenalah beratur kat kaunter nak ambil gaji…bila tahu gaji dah keluar berduyun-duyunlah orang ke kaunter….pasal bank buka waktu pejabat…sekarang dah senang..tengah malam pun boleh ambil duit…tapi bahayalah ambil duit malam-malam ni…kat bandaraya kl ni banyak penyamun…

Lepas tu dah tua baru teringat nak masuk duit dalam ni..sape yang tak nak pergi haji..sekarang ni susah nak gi haji…ramai sangat orang berduit…kena ikut giliran…walaupun duit dalam tabung haji berlebihan…

Ni bukan barang kemas akak tau…kang ada pulak perompak datang kat umah akak…

Tapi sekarang ni pulak orang kata tak guna simpan duit banyak-banyak dalam bank..takut nanti nilai duit jatuh..jadi baik buat pelaburan dengan barang kemas/emas…kalau nilai duit jatuh macam zaman jepun ….emas masih lagi tinggi harga dia dan boleh buat untung…

entahlah……apa pendapat kamu semua? antara wang dan emas…mana satu yang boleh pilihan hati…………

Udang Gulai Rempah

Bila belek-belek kat majalah saji..tertariklah pulak nak mencuba resepi udang ni..memang tak pernah buat lagi resepi macam ni….memang ada kelainnannya..cubalah…

Bahan-bahan

  • 1/2 kg udang besar
  • 3 keping asam gelugur/asam keping
  • 2 cawan santan pekat
  • gula dan garam secukupnya

Bahan kisar

  • 17 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu kecil jintan manis
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 1/2 sudu ketumbar
  • 3 hiris lengkuas
  • 3 cm kunyit hidup

Cara menyediakannya

1. Masukkan bahan kisar kedalam periuk dan tuangkan santan.
2. Biarkan ia merenih.
3. Kemudian masukkan garam dan gula serta asam gelugur/asam keping.
4. Setelah mereneh lebih kurang 20 minit masukkan udang dan biarkan udang masak.
5. Bolehlah dihidangkan.

Onde-onde/buah melaka

Bila jalan-jalan kat rumah bro rozzan di http://rozzan.blogspot.com/ …chef fofolur dari singapore akak tertarik nak cuba buat onde-onde/buah melaka berasaskan ubi kayu..mula-mula hairan jugak kenapa beliau gunakan tepung ubi…selalunya akak buat pakai tepung pulut..tapi akak ikut jugak cara beliau….jadi pergi ke pasar tani cari ubi kayu..nasib baik jumpa…akan tak warnakan onde/buah melaka…warna original dari ubi kayu..akak c & p dari blog beliau…

Bahan-bahan

  • 500gm ubi kayu (di kupas kulit dan di cuci bersih lalu di rebus dengan sedikit garam sehingga empuk)
  • 240gm tepung ubi/sagu kanji (tapioca flour)
  • secukup gula melaka (kira-kira 200gm)- dipotong kecil-kecil
  • 250gm kelapa parut putih (dikukus sebentar dan di bubuh sedikit garam)
  • pewarna hijau/kuning atau apa-apa warna yang anda suka..akak tak letak pun
  • 50 gm air (sehingga menjadi doh)

Cara-cara

1) Ubi yg telah empuk dilecek hingga halus. Masukkan tepung sagu sedikit-sedikit sambil diuli hingga lembut dan sebati. Bubuh sedikit air jika perlu.

2) Ambil adunan dan buatlah bebola-bebola mengikut saiz yg anda suka.

3) Kemudian ambil satu bebola dan leperkan. Isikan dgn sedikit potongan gula melaka lalu tutuplah semula sehingga menjadi bulat semula. Buat sehingga semua adunan selesai.

4) Didihkan air dalam periuk. Kemudian, masukkan bebola-bebola ini ke dalamnya dan biarkan sebentar sehingga ia ‘timbul’ ke permukaan air. Ini tandanya onde-onde ni dah masak. Angkat dan toskan lalu disalut/gaul dgn kelapa parut.