Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Teratak Rahmat Perlukan Bantuan SEGERA

Assalamu’alaikum,

Sekadar berkongsi tulisan kak Azura yang cukup membuatkan hati aku tersentuh. Aku share di sini;-

Ah…ianya sekadar bantuan biasa yang kebanyakan rumah anak2 yatim perlukan. Saya hanya membaca sekilas pandang tagged note sahabat baik saya di UK, Puan Hazlina Md Yusof kepada saya di wall facebook.


“Ibu, awat ibu rumah anak2 yatim tu?”, tanya Irdina anak perempuan saya berusia 9tahun. Tersentap seketika saya. Tidak saya sangka Irdina memberi perhatian ke skrin notebook saya sambil menyiapkan homeworknya. Saya ceritakan kepada Irdina, Rumah Anak2 Yatim Teratak Rahmat perlukan sekitar 60ribu utk siapkan bangunan dan penuhi piawaian BOMBA. “Kalau tak cukup duit macammana depa nak buat ibu?”. 

Saya diam saja tanpa jawapan. “Kalau tak buat tak boleh ka. Duduk la macam la ni”, tanya Irdina lagi. Nampaknya bersungguh Irdina nak tau. “Kalau tak boleh buat semua tu, rumah anak2 yatim tu kena tutup sebab tak ikut undang2”. Saya cuba jelaskan dengan bahasa yg paling senang Irdina faham. “Anak yatim ni bukan ka ibu dan abah depa dah mati? Kalau tutup depa nak duduk mana?”. Belum sempat saya jawab, “Ibu, depa tak buleh sekolah kan ibu kalau tak dok situ. Depa nak duduk mana ibu? Ibu ambik depa buat anak angkat buleh dak?”, tanya Irdina dengan penuh ikhlas. 

Airmata kasih saya sudah mula bergenang. Saya peluk Irdina. “Ibu akan buat sesuatu kakak! Ibu janji!”. Saya tewas dengan permata hati saya. Saya juga malu dengan sikap saya yang begitu ignorance. Saya sibuk siapkan kerja tadi dan hanya pandang sebelah mata pintaan bantuan di facebook saya. “Ibu, depa kat situ mesti macam orang dengan Irfan, Irsyad, Isyraf kan. Main sama2. Makan sama2. Bergaduh sama2. Pi sekolah sama2. Kalau tak boleh dok situ depa tak buleh dok sama2 lagi lah kan ibu”. Aduh! Anakku…”Kalau orang, ibu abah dah mati pun orang takmau pisah dengan Irfan, Irsyad dengan adik. Orang nak dok sama2. 
Tapi orang takmau ibu abah mati. Anak yatim tu nanti jumpa ibu abah depa kat syurga kan?”…kau runtun hati ibu lagi anakku. “Esok ibu talipon rumah anak yatim tu. Ibu cuba carikan bantuan. Ibu janji. Nanti bila kita berjaya selesaikan hal ni kita pi melawat depa ok”. Irdina tersenyum puas. “Ok ibu. Orang nak tidoq dah. Orang sayang ibu.”, sambil mencium + peluk saya. Saya tewas lagi…air mata keibuan saya menitis tanpa saya sedar.


Sahabat sekalian, dengan merendah diri saya pohon dibukakan lah hati dan minda kita untuk selamatkan Teratak Rahmat. Selamatkan anak2 yatim ini. Jangan kita pisahkan mereka seperti kata Irdina. Marilah kita pastikan anak2 ini berpeluang teruskan persekolah mereka. Saya berpeluang berbicara melalui telefon dgn Encik Azwar, urusetia Teratak Rahmat. Jika segala usaha gagal Encik Azwar akan cuba dapatkan pinjaman peribadi utk membantu anak2 ini. Itu jalan terakhir si insan berhati mulia ini. Sahabat sekalian, marilah kita cuba elakkan insan berhati mulia ini daripada menuju ke option terakhir itu kerana sesungguhnya insan berhati mulia ini juga punya tanggungjawab wajib kepada keluarga sendiri. Apa yang beliau dan rakan2 lakukan sekarang adalah cukup mahahebat dipandangan mata saya. Warden tetap Teratak Rahmat hanya menerima elaun RM300 sebulan menabur bakti di Teratak Rahmat. Saya tidak nampak dimanakah relevannya jumlah RM300 di zaman ini, tetapi hati insan2 mulia ini merelevankannya. Kita masih boleh terukan perjuangan mencari wang ringgit dengan kerjaya kita, tetapi saya pinta sediakanlah sedikit bahagian yang kadang2 kita hanya bazirkan dengan membeli barang yg tidak kita perlukan untuk anak2 ini.



Buat masa ini kita perlu focus untuk bantu Teratak Rahmat mendapat kelulusan pihak bomba dengan memastikan prasarana keselamatan tersedia dan ianya bakal menelan kos RM60,000. Teratak Rahmat mempunyai masa yang terhad sehingga May2012 untuk memastikan prasarana ini sedia atau menghadapi risiko penutupan. Berikut adalah maklumat Teratak Rahmat dan cara saluran bantuan.



> Encik Azwar Bin Rahmat, Setiausaha Kerja Teratak Rahmat – 0194776482

>
http://teratakrahmat.blogspot.com/
> No account Teratak Rahmat: 0901-0019362-72-9 Bank Muammalat



Saya pinta para para sahabat sekalian dapat copy saya secara offline (zurra_abdul@yahoo.com) jumlah derma sahabat sekalian untuk tracking. Juga mohon disebarkan maklumat ini.



Moga Allah swt murahkan rezeki sahabat sekalian. Dan moga kita berjumpa disyurga dengan anak2 kita sebagaimana kata Irdina.



Wassalam.



Azura

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Aku dengan rendah diri juga memohon kawan-kawan semua bantulah anak-anak yatim ini..Mohon sebar-sebarkan semoga ada insan yang berhati mulia akan tampil membantu..Insya Allah..

Ayam Panggang Dalam Oven

Tajuk tu memanglah ayam panggang dalam oven sebab akak bakar dalam oven..kalau panggang atas pemanggang letrik lain namanya.  Kalau panggang atas bara arang dah jadi lain gak nama dia bukan.  Bila akak malas masak..akak buat camni ajer..tak banyak kerja dan mudah di sediakan.
Bahan-bahan
1kg kepak ayam  bersihk dan tos.
5 biji bawang putih-tumbuk lumat
2 inci halia-tumbuk lumat
sos secukupnya-dalam 1/2 botol
2-3 sudu makan madu
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam
1 sudu kecil mixed herbs
sedikit mentega
2 biji kentang russet-potong lebar
1 biji bawang besar-hiris bulat
1 biji tomato

 
Cara-cara
1.  Lumurkan bawang putih, serbuk lada hitam, garam, mixed herbs dan halia ke seluruh kepak ayam.
2.  Campurkan  sos kraft dengan madu dan lumur pada ayam.  Masukkan ke dalam peti sejuk.
3.  Perap selama 3 jam-kalau tak sabar nak bakar dan makan 1 jam pun boleh.
4.  Panaskan oven 180-200C,(bergantung pada oven) masukkan mentega, hirisan  bawang, tomato  dan kentang di celah-celah ayam dan masukkan ayam ke dalam oven guna api atas bawah.
5.  Setelah 20-30  minit  gunakan api atas pula dalam 10 minit.
6.  Hidangkan panas-panas.

Bakar garlic bread..roti panjang beli kat giant…tapi tang sapuan tu akak buat sendiri..bukan susah pun…ambil butter dalam 6 sudu besar dan biarkan dalam suhu bilik.Tumbuk lumat 2 biji bawang putih dan campurkan dalam butter dan masukkan sekali daun pasli kering/daun ketumbar/mixed herbs (agak-agak.atau ikut suker).
 
jagung kukus, selepas di kukus masukkan merjerin, 
sedikit garam dan susu pekat (Rujuk kat SINI)
 
 kentang goreng 
 
dan sup campbell

Bestnya Massage Kat Jari Spa Wangsa Maju

 
Semalam lepas fisio terapi kat hospital akak pergi ke Jari Spa di Wangsa Maju.  Akak beli pun sebab spa ni dekat area sini sajer..kalau jauh tak berbaloi nak pegi kan.

Langsung tak teringat ada beli kupon groupon bulan Mac lepas. Akak suka beli kupon yang akak rasakan berbaloi membelinya.  Nasib baiklah dorang hantar email minggu lepas  bagitau nak expire hari Jumaat ini.  Akak terus buat temu janji minggu lepas.
Cantik Spa ini..tema Bali.  Lagu pun lagu stail bali dan di penuhi dengan bau bauan rempah ratus yang melegakan segala-galanya.
 
Kena tunggu sini dahulu sebelum di panggil masuk kedalam bilik
Cuba tenguk tungku tu..cam tungku orang bersalin kan.  Akak ingatkan tungku tapi bila kat dalam akak tanya dengan tukang urut tu dia kata lat ni di panggil thai herbal ball dan di gunakan selepas selesai di urut dengan tangan yang di panggil Balinese Massage.   Bestnya.
Selepas menukar pakaian kaki akak di rendam dalam air panas selama lebih kurang 10-20 minit.  Boring aa duk dalam bilik sorang-sorang. 
Selepas itu bermula sessi mengurut menggunakan minyak serai secara Bali.  First time akak rasa urutan sebegini..memang terasa excited nak tau apakah yang akan di lakukan oleh tukang urut yang berasal dari Jakarta.
Fuhhyooo sakit juga tapi tahankan juga tak mengerang sebab nak bagi lembut urat-urat yang dah tegang terutama kat kaki..tapi akak tak bagi urut kat lutut belah kanan..kang pengsan kang.
 
Keseluruhan badan di urut dengan herbal ball..kat dalam herbal ball ni di letak rempah ratus yang terpilih dan dipanaskan dengan pengukus ini.  Mula-mula tungku di letak cepat di atas badan, kemudian selepas suam barulah di urut keseluruhan badan.

..lama kelamaan rasa terasa sedap pula…leganya sampai akak nak terlena.   Memang puas hati hati bermassage kat sini.  Memang nak datang lagi tapi kann

 
Tapi yang tak best bila beli kupon ni sebab bila selesai dorang  mesti  paksa beli package.  Itulah yang paling akak menyampah..macam paksaan pulak.  Kena bayar sekaligus pulak tu bayaran RM225 tu dan tak boleh buat ansuran..terencat akak nak massage lagi kat sini.
Walaupun  akak rasa  mampu nak membayarnya tapi takkan akak nak bagi sekali rap duit sebanyak itu.  Akak bagi tau akak tak ada kad kredit dan tak ada duit masa tu. Titik .

Tolonglah jangan buat begini kepada pelanggan nanti orang tak minat nak datang lagi.

p/s korang pernah terkena ker bila beli kupon camni..apakah yang korang buat untuk menepisnya..ceritalah nanti akak boleh gunakan trick yang sama.

 

Untung Liyana Mak Tak Sampai Lagi Kat Sini

Anak akak bukan Fatin Liyana yang heboh di perkatakan oleh jejaka-jejaka terhangat tu .tu orang lain

Liyana dan geng  ke Dubai dan Abu Dhabi masa cuti panjang..pastu baru balik ke sini
Di padang pasir..sejuk gamaknya sampai pakai jaket
 
 akak pun tak tau nak cerita kat mana tempat yang dorang pergi
Tempat main ski / snow tiruan.  Pernah tenguk dalam amazing race
 
Kumbang tu kena jaga 4 bunga..
Di perkarangan Grand Mosque kat Abu Dhabi ..cam minah arab pun ada gak ek. Terima kasih buat member fb ..akak ambil gambar kat situ
p/s Sebenarnya akak rindu dengan anak akak nilah..lama tak jumpa

Gelagat Blogger Di Malam Malaysia International Tourism Blogger Awards


 Bro framestone sibuk dengan kamera
Eriqazz jadi bujang sementara
Abangencem’s sentiasa ceria
Jejai sibuk dengan handphonenya
 Zarul Umbrella  penyanyi ramah tamah
Jadi kegilaan anak dara dahulu
Sumijelly tak ingat anak kat rumah
Ashik suruh ambik gambar selalu
 Jejai tersenyum terasa bangga
Fasha Sandha dalam genggaman
Abangencem tengah suka
Dapat jumpa ramai Nurul yang cun
 Makan nasi terasa mentah
Lauk pauk pula macam biasa
Kami semua blogger ramah tamah
Ashik tergelak sepanjang masa
Chef Anis Nabila cantik jelita
Pandai memasak di usia muda
Bangganya rasa hati tak terkata
Bila Chef Anis kata..Anis selalu jenguk blog kita
 Abangensem ajak bergambar sama
Wah perasan pula rasa fofolur
Muda-muda dah banyak kumpul harta
Untung sape berguru dengannya
 Akak baru seminggu keluar wad
Pertama kali keluar di malam hari
Tahniah Zarul menang award
semuga berjaya di kemudian hari
Bila blogger berjumpa selalu
masing-masing nak bergambar sama
 Blogger hendaklah bersatu padu
Semuga tiada hasad dengki diantara kita
 Jejaka hangat meriuhkan suasana
Tapi sayang ada yang dah berpunya
Ariff Shah handsome orangnya
Bro Framestone dah ada calunnya

Gambar Pemenang Malaysia International Tourism Blogger Awards

Antara pemenang award yang akak dapat ambil yang telah diadakan di Saloma Theatre Restaurant,Kuala Lumpur malam tadi.  Semua pemenang di pilih menerusi vote yang terbanyak melalui Facebook.        

 
 Malaysia International Celebrity Blog  http://zarulumbrella.com/

Malaysia International Fabulous Food 1Malaysia Bloghttp://www.koleksi1001resepi.com/
Malaysia International Tourism Lifestyle Blog- http://emilayusof.com/
Malaysia International Tourism Blog of the Year-http://www.enveeus.com/
Malaysia International Tourism Travel Blog- http://ignorantbrat.blogspot.com/

Review Alat Kemutan Vibrance Kegel Device

Bagi yang nak tau pasal alat kemutan Kegel ini korang boleh baca kat N3 Mengemut Dengan Alat Vibrance Kegel  dulu yer .
Dr. Kegel telah memperkenalkan sejenis senaman khas untuk wanita untuk menguatkan otot lantai pelvis pada tahun 1948 yang di panggil Kegel.
Setelah menggunakan  Bioinfinity Vibrance Kegel Device, akak nak buat review mengenai alat kemutan ini.

Vibrance Kegel Device ini mempunyai sarung tahan lasak dan antibakteria yang membolehkan pengguna meningkatkan tahap senaman secara selamat dan berkesan. Sarungnya diperbuat daripada getah silikon bermutu tinggi..jadi jangan takut untuk menggunakannya.
Alat Vibrance Kegel Device ini juga  mempunyai 3 level pelarasan, mulakan dahulu dengan A, kemudian barulah beralih kepada B,C,D mengikut kesesuaian yang anda inginkan.  
Rujuk cara penggunaan  lebih lanjut kat  SINI
Setelah sebulan menggunakan  Bioinfinity Vibrance Kegel Device, inilah hasilnya.
yesssszaaaaaaaaaaaaa …i likeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
 terbukti berkesan
muka  berseri-seri selalu
erhmmmmmmmmmmm…wink* wink*..
 Kami semua gembira menggunakannya..anda bila lagi?
Memang terbukti berkesan kerana  yanmie telah mengandung semula selepas sebulan menggunakannya…wah  hebat penangannya bukan.

Apalagi adik adik sekelian jom dapatkan Alat Vibrance Kegel Device secara online melalui  laman web MyBioinfinity dan ianya juga  boleh di dapati di pusat kecantikan terpilih atau di hospital pada harga RM 498.00 sahaja.  

Kalau tak cukup duit, cuba belai-belai dan pujuk suami suruh  belikan.


Wahai suami-suami sekelian, jangan kedekut tau..laburkan duit anda untuk kehidupan yang lebih berkualiti #wink…#wink#

kredit pic : yanmie

Dirimu begitu berharga bila 
kecantikan luaran dan dalaman terjaga.


Cantik Tapi Tak Boleh Di Makan Daaaaaaa

Seperti yang anda tau setiap tahun  Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia menganjurkan Hari Kraf Kebangsaan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.  Bermacam-macam kraftangan yang di pamerkan untuk pengunjung kali ini
Antara yang menarik perhatian akak ialah Faux Cake yang cantik.  Terliur tenguk cupcake hasil kreativiti pengusaha ini
Begitu teliti pengusaha menghasilkan
kek cawan yang memikat hati..mungkin anak-anak akan mengambilnya 
untuk di makan disebabkan bentuknya yang macam sebenar
 
 fm yang menawan hati..

Selalunya sape yang suka hias rumah stail english
 memang suka hiasan deco deco camni.  Korang minat tak?

Kos Perubatan Operation Knee Arthroscopic Di Hospital Swasta

Oleh sebab ada yang bertanya berapa kos yang di keluarkan untuk membuat pembedahan lutut akak, akak buat N3 ini. 
Pembaca blog akak  ekinashikin  nak tau mungkin sebagai panduan dia nanti ataupun orang lain jika melakukannya di hospital swasta.
Terpaksa ambil bilik yang berharga dekat RM300 sebab bilik penuh, yang tinggal bilik itu sahaja.  Kalau nak diikutkan tak puas hati sebab bilik ni cuma besar ajer tapi bilik cam biasa ajer.  Tapi akak bersyukur sebab tinggal seorang dalam bilik walapun boring bila kesorangan.
Jumlah ini tak termasuk akak datang ke fisio terapy seminggu 3 kali dan follow up dengan doktor nanti. 

Syukur..Alhamdulliah akak di lindungi insuran, jadi tak terasalah beban nak membayarnya.  Jika tidak akak terpaksa ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan.


Terima kasih juga buat  monologhero yang sudi menerangkan secara lebih lanjut tentang hal ni.  Betul tu sekarang ni akak kena kurangkan berat badan untuk kesihatan yang lebih baik.  Tapi akak cuba tak nak makan ubat kurus ..nak cuba diet sendiri.

Bila berbual bersama pesakit lain yang ada masalah macam akak, sorang kakak telah membelanjakan wang sehingga boleh membeli keta myvi kerana pergi ke pusat slim kan badan..aduhai tak mampu akak nak gi kalau camtu.

Pelancaran Album Norish Karman “Terus Melangkah”

Pada bulan April yang lepas Norish Karman telah mengadakan  majlis pelancaran album pertama beliau yang bertajuk   “Terus Melangkah”.  
Album ini  yang telah menampilkan 6 buah lagu dan antara lagunya ialah ‘Terus Melangkah (feat Filsuf)’ ciptaan Damien dan juga ‘Rahsia Hati’ ciptaan Julfekar.  Dengan terhasilnya sebuah album singlenya yang pertama dimana memuatkan 6 buah lagu, Norish Karman mengakui kewujudan album ini adalah sebagai satu usaha untuk mencuba sesuatu yang baru selepas kejayaanya di ‘World Championship of Performing Arts’ di Los Angeles. Disana, dia telah berjaya merangkul pingat emas dalam kategori Vokal (R&B).
 
Norish Karman ataupun lebih di kenali NK  turut menampilkan beberapa lagu yang pastinya akan membuatkan anda terhibur seperti “Pencinta” dan “Kasihku selamanya”.  NK bernasib baik kerana ibubapa beliau sentiasa menyokongnya bila beliau sentiasa di landa gossip yang tidak menyenangkan.
Walaupun di landa dengan berbagai-bagai kontrovesi, NK bersikap professional dengan tidak membuat sebarang kenyataan balas.

 
Menurut NK lirik yang ditulis adalah merupakan luahan hati sepanjang perjalanan hidup beliau sepanjang berada dalam bidang seni yang diceburi semasa beliau masih berumur belasan tahun lagi termasuk juga kehidupan realiti beliau yang menempuh pelbagai rintangan dalam perkawinan beliau.
NK telah memotong kek sempena pelancaran album beliau bersama kedua ibubapa dan 3 orang anak kesayangan beliau yang hardy amieran, hanyz amanda dan haqiem armany.
 Suka tenguk telatah anak perempuan NK..teruskan melangkah dan teruskan melangkah kehadapan dan hadapilah dugaan hidup dengan penuh sabar demi anak-anak tercinta. 

Jika anda peminat setia NK, anda boleh dapatkan album terbaru beliau yang telah berada di pasaran.  Anda boleh  ke Official FB Norish Karman untuk maklumat lebih lanjut lagi.