puding

Jom makan puding laici dangdut

Aduss lambat sikit update..sebab bawak anak-anak gi mandi manda …walaupun penat update tetap update….
.yg besar utk akak..yang ke 2 utk suami..ke 3 ..athirah dan ke 4 anak bongsu aka anak bu*t*t…

Bila baca nama puding ni akak teringat kenangan masa tinggal di jakarta dulu..kan irama dangdut dah sinonim dengan penduduk kat sana.yang paling fofolur mestilah rhoma irama..sampai anak dia pun jadi penyanyi dangdut…itulah hiburan yang mereka selalu ada….tiap-tiap malam minggu ada siaran langsung irama dangdut..sampaikan bibik member akak yang dia bawak dari kl pun bila malam minggu dia akan tercongok depan tv..tak di hiraukan majikan dia yang nak tenguk cerita lain…dia pulak jadi tuan…tuan kena beralah masuk dalam bilik…sabo ajerlah bila akak dengar cerita dari member akak ni….kalau gi umah orang kawin selalunya ada jugak kugiran yang mainkan lagu dangdut….kalau cerita sinetoren pun ada jugak lagu dangdut…kat sana irama dangdut tu dah macam lagu wajib…

tapikan kalau orang atasan….nyonya-nyonya, tante, orang kaya tak layan tau lagu dangdut sebab tak ada classs….kata mereka tu untuk orang bawahan ataupun orang miskin….mereka layan lagu omputih walaupun ada mereka yang tak faham bahasa inggeris…tenguklah biggest loser asia…masa kat interview kat sana..boleh dikatakan ramai yang tak boleh berbahasa inggeris..
yang buat kelakar tu…bila penyanyi  dangdut nak menyanyi selalunya mereka….ya bapak-bapak ..ibu-ibu…tangan di atassss…goyang siiiiii...alamak terlebih sudah…
sedap ooooo puding ni…sape buat garenti tak menyesal…rasa cam tauhufa pun ada…suami akak yang tak suker makan puding pun boleh suker…tapi akak kurangkan gula…sebab dia ada penyakit kencing manis..
silalah buat…rugi kalau tak mencuba…
Resepi asal dari Puan Hanieliza tapi akak c & p dari rumah Puan ummi di kuantan…akak pun buat separuh dulu…lain kali boleh buat lagi..
Bahan:- 
  • 10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa (28 gm)
  • 2 liter air
  • 2 cawan gula-akak kurangkan ..guna dlm 1/2 cawan ajer
  • 2 tin laici (asingkan airnya)
  • 1 tin susu cair
Cara-Cara:-
  1. Masak agar-agar hingga mendidih.Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
    Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
  2. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  3. Kemudian sejukkan dalam fridge.
    Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.
    (*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk
  4. bila nak makan.)
  5. akak masukkan separuh isi laici dalam  bekas tu…

Lepas makan ni ….kita menari dangdut…yaaa tangan di atas ……

Advertisements

14 thoughts on “Jom makan puding laici dangdut

  1. salam ina..tima kasih..akak akan cuba buat..puding memang kegemaan seisi rumah..tapi biase buat puding jagung dan nangke aje

  2. Hello Kak Ina, sayasuka tu itek holders, beautiful. I think boleh put an egg too.Very nice, and creative.You keep well and have a nice day, Lee.

  3. salam azian..cute ekk..akak tak cute ker?salam Pnut..oker insyallah yer..salam ummi..dgn bekas-bekas..tak leh lah..tulah satu ajer yang ada…salam erna..cuba jangan tak cuber..hai uncle..good idea..but in my house they don't like 1/2 boiled egglah..tq for dorp by..salam blogresepi..yer lah..lepas ni suruh itik tu berdangdut..ahakss

  4. salam kak ina…sedapnya tengok puding laici dangdut tu…ima dah beli semua bahan2nya,tapi sampai sekarang tak terbuat2 lagi…huhuhucantiklah bekas2 puding tu!!!!

  5. Waaaa…Sukeeee idea akak letak pudding kat dalam bekas penyukat itewwww…Hari tu ada tengok punyukat angsa ni offer lambak kat Shah Alam, tak terfikir nak membelinya pasal cup penyukat dah ada…Bila nengok idea akak ni…Terasa macam sekarang gak nak berlari ke sana, borong 2 3 set…Wah kah kah kah…nafsu nafsu…Ya Allah ya tuhanku..Kuatkanlah iman ku dengan godaan-godaan duniawi ini….Aminnn..Kih kih kih…Kak Ina jgn mareee yaaaa…kite gurau jeeee

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s