Ayam Serai Hanieliza


Suka pergi ke rumah ummi di kuantan…bila buntu nak masak gi ajelah ke rumah dia..akak seronok bila jengah dari satu menu ke satu menu. Kali ni akak ambil resepi ayamlah pulak…original resepi sebenarnya dari Puan Hanieliza..tapi akak c & p dari rumah ummi.

Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
  • 6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan kunyit

Bahan untuk dikisar


  • 6 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih2
  • 0 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

Cara-caranya

  1. Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak. Angkat ayam dan toskan minyaknya.
  2. Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
  3. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering. Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan. (*tapi akak nak cepat, xdalah sampai serai tu pecah2 sangat pun..hehe)
  4. Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.

2 thoughts on “Ayam Serai Hanieliza

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s