Kek Lapis Dwi Berry

Amboi..amboi..amboiiii…tali barut akak sajer ajer nak menjelouskan akak ek…mentang-mentanglah akak tak pergi ke LG Cookies Monster Party yer…ala akak malas nak join kali ni sebab kami ada hal keluarga..tu sebab akak tak pergi pun.  Bukan merajuk tau..dah tua-tua merajuk..buruk lah..
Dan yang paling best 3 member yang akak kenal menang cabutan bertuah Lilyputih dan  Eriqazz (ashik onglah dia ni )lagi seorang tu akak tak sure (betul ker dia) yang menang aka talibarut akak…..tu sebab akak tak pergi sebab akak nak bagi ong akak kat diaoranglah…ahaks..
Kelakar sungguhlah…berkobar-kobar nak buat kek lapis dwi berry ni.sebab nak bagi Yana makan puas-puas kek lapis kat umah dan sepatutnya design kek ni macam kat bawah ni.
 ambil gambar dari blog mawarmerah
 oleh sebab botol plastik tak ada…(memang kalau gi giant nak beli..ashik terluper ajer).akak lapislah macam biasa..resepi asal dari Bro Rozzan tapi akak ambil dari rumah Ima.  Apa-apa pun kek lapis memang sodap.
 Lapisan pun senget benget…Tak kisahlah kan…ikut ajerlah kata hati..janji tertunailah hasrat dihati Yana udahlah kan.
Bahan-Bahan
  • 450 gm mentega
  • 160 gm gula
  • ½ sudu besar ovellette
  • 10 biji telur (saiz besar)
  • 200 gm (½ tin) susu pekat manis
  • 300 gm tepong Hong Kong
  • 100 gm horlicks
  • 80 gm jem strawberry + pewarna merah
  • 80 gm jem blueberry + pewarna biru
  • 50 gm keju parut

Cara-caranya

1) Pukul mentega, gula dan ovalette sehingga kembang.
2) Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul.
3) Perlahankan speed mixer, bubuh susu pekat manis dan terus pukul.
4) Seterusnya, kurangkan kelajuan mixer hingga ke paras paling perlahan (rendah) lalu masukkan tepung HK dan horlicks sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati dan rata.
5) Ambil 12 senduk adunan dan biarkan plain (utk 3 lapis bawah & 3 lapis atas; 1 lapis 2 senduk adunan). Lebihan adunan dibahagi dua. Satu warnakan biru dan yg satu lagi merah lalu masukkan ke dalam botol plastik.
6) Bakarlah 3 lapis plain. Taburkan sedikit keju parut pd setiap lapisan. Utk lapisan ke empat hingga 13, picitkanlah adunan merah/biru berselang seli, menyerong (diagonally). Setelah selesai, bakarlah 3 lagi lapisan plain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s