artis/pelakon · sinopsis · video/lagu/pantun/terjah

Lagenda Budak Setan -The Movie dah nak tayang dah

Baru ajer selesai tenguk promo Lagenda Budak Setan 
di Astro Prima..wah memang menarik cerita ni..
Bila tenguk mula-mula ajer akak dah tertarik nak tenguk..
mungkinkah akak orang yang pertama beratur di pawagam pada 3hb. Jun (Khamis) ni?
akak tak baca lagi novel ni..dah lama dah keluar novel karya ahadiat akashah. nanti kalau gi library minggu ni  akak nak  cuber cari dan nak pinjamlah.  Nak jugak tenguk sama tak cerita kat dalam novel dan di pawagam.
Kisah budak kolej  bernama  Kasyah (Farid Kamil) yang nakal..sampai sanggup masukkan cicak ke dalam air tin Ayu(Lisa Suriyani)
Ayu selamba ajer minum air tu…dia tak tahu Kasyah dah dajalkan dia….tenguklah air muka si Nubhan yang geli geleman tenguk Ayu sedang minum air cicak. 
Apabila Ayu tercekik cicak..kelam kabut Kasyah dan geng dia ….Kasyah cuba nak menyelamatkan Ayu dengan menjolok tekak Ayu…sampai cicak tu dapat di keluarkan…geli geleman  tenguk cicak tu..kalaulah akak yang tertelan mau muntah hijau dibuatnya..
 member baik Ayu ..bagi nasihat supaya Ayu 
berhati-hati dengan Kasyah..suka pedajal orang
Kasyah meminta maaf dengan Ayu..Ayu boleh memaafkan Kasyah
jika dia boleh meminta maaf kepada semua orang yang dah kena dajal dek dia..
Cinta mula bersemai…masa tenguk tadi pun 
akak lak yang terasa feeling…kan akak ni berjiwa lomantik..
Rasanya sad endinglah gamaknya..rasanya Ayu meninggal dunia kot…mesti ramai yang mengalirkan air mata masa kat dalam panggung…jangan luper bawak tisu banyak-banyak ek
wah romantisnya..pasangan yang ideal
kalau kat luar filem cam ni pun akak sukerrr 

Barisan pelakon Lagenda Budak Setan

Filem bernilai RM1.6 juta, arahan Sharad Sharan terbitan Astro Shaw Sdn Bhd dengan kerjasama Tarantella Pictures ini dibarisi pelakon hebat seperti Farid Kamil yang menjadi tonggak utama (Kasyah), Lisa Surihani (Ayu), Nurashiqin (Emilia, Ayu), Que Haidar (Azmi), Leha (Shiela Mambo), Raja Farah (Suzana) dan Fazura (Katerina).
 LIRIK Hilangnya Cinta, oleh  Filianti Vlee
Penyanyi: Filianti Vlee
Tajuk : Hilangnya cinta
Bila cinta kini.
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan..

Sinopsis
 LBS berkisar Kasyah, serang pelajar universiti yang nakal dan sering membuli rakan sekuliah serta pelopor kepada kumpulan anti-perempuan, akhirnya terjerat dengan seorang pelajar perempuan yang baru mendaftar di kolejnya.


Bibit-bibit cinta pun bermula walaupun mungkin di anggap cinta monyet tetapi tidak bagi Kasyah.  Ayu, gadis yang yang berjaya mencuri hati Kasyah berbelah bahagi sedangkan dia m emasuki universiti berkenaan untuk mengubat hatinya yang luka akibat kecurangan bekas kekasihnya Azmi,


Ayu mencabar Kasyah berubah menjadi seorang yang lebih berdisiplin serta berusaha mendapatkan keputusan akademik yang cemerlang jika mahukan dia membalas cinta itu. Gurauan itu disabut serius oleh Kasyah dan keikhlasan jejaka itu membibitkan episod cinta mereka.


Kasyah mendapat dana universiti untuk melakukan kajian bagi menamatkan pengajiannya.  Biar pun berat namun atas desakan dan janji Ayu yang akan setia menantinya, Kasyah bersetuju.  Tanpa di sangka, Azmi muncul kembali.  Muslihat Azmi yang berpakat dengan ibu Ayu yang berpura-pura sakit tenat membuatkan gadis itu serba salah.  Mereka yang dipaksa ibunya supaya berkahwin membawa detik malang kepada Ayu apabila Azmi sering mendera Ayu.
Selepas kembalinya Kasyah, Ayu sudah bertukar wajah kerana terpaksa menjalani pembedahan plastik kerana cedera teruk di muka ketika berlaku perlanggaran kereta. Dia turut dikenali dengan nama baru iaitu Emilia. Dia turut diceraikan Azmi.

Penderitaan Ayu/Emilia tidak terhenti disitu, Azmi sekali lagi datang mencederakannya sehingga mengakibatkannya lupa ingatan. Bagaimapun, Kasyah masih sanggup menerima Ayu/Emilia sebagai isterinya. Ayu meninggal dunia ketika dia melahirkan anak hasil perkongsian hidup dengan Kasyah.


p/s Jomlah tenguk ramai-ramai …sape lagi yang nak sokong cerita melayu kalau bukan kita.
Advertisements
A Nuffnang/contest/duit/event/movie/best

My Sweetheart Smells Like Adidas Action 3

Semua ada buah hati kan..tak kiralah suami ker..pak we ker..kalau tak ada pun tak per..insyallah nanti satu hari jumpa juga idaman hati.

Bila bercinta ..semuanya indah belaka..bau kentut pun kata wangi…bau ketiak pun kata wangi…..kiranya bila bercinta..semuanya memang indah belaka..betul tak?

Bila baru berkawin lagi best..sebab memang sentiasa sembur pewangi di sana dan di sini.  Tapi bila dah beranak pinak..nak sembur pun dah tak sempat.  Baru ajer nak wangi-wangi….anak-anak ada yang membeserlah..buang air besarlah..pastu nak makanlah..hendak-hendak yang baby tu..selalu muntah susu…mesti bau masam kan…

 
 Adidas Action sesuai untuk orang lelaki dan perempuan
Tapi suami akak memang pembersih orangnya.  Dulu beliau suka pakai jenama lain.  Sejak akak dah bergiat dengan Nuffnang dan dah dapat  pulak Adidas Action  3  untuk lelaki dan wanita free  masa  pelancaran Project Alpha ke 2 dulu..akak dah belikan Adidas Action 3 ni  dan  memang suruh suami akak pakai Adidas Action 3 ni setiap hari…sebab Adidas Action 3 boleh bertahan sehingga 24 jam.  Bila tenguk harga pun taklah mahal sangat pun..memang berbaloi dengan harganya dan boleh pakai untuk jangkamasa yang lama tau.

Sample Adidas Action 3 for women pulak,  akak suruh Ira pakai dan Ira memang bawak ke sekolah Adidas Action 3 ni…Akak pun suka dengan bau ni…lepas habis akak belikan lagi  untuk  Si Ira  dan dia pun  memang suka juga gunakan Adidas Action 3 for women ni.  

 Anak perempuankan..mestilah menjaga penampilan..nanti kalau bau busuk ketiak tu..tentu orang kata ishhhh pengotorlah perempuan ni..hendak-hendak  mulut laser budak lelaki kat sekolah ataupun bilik darjah..nanti kesian pulak anak akak kena kutuk sebab ketiak berbau.

Ibarat kata Si Azwan Ali pasal Adidas Action 3 ni… 

1..Sebaik anda sapu (????? spraylah cik Azwan) anda akan lebih yakin.

2.  Produk ini akan bertahan selama 24 jam atau lebih (????amboi sampai ke esokkan hari ker?  tak yah mandi..) dari pukul berapa pun anda pakai…sebelum anda tidur , anda akan tetap ahaaaa berbau deodorant sampai ke pagi.

Ingin tau lebih lanjut  mengenai Adidas Action 3 ni jomlah terjah ke http://www.adidas.com/my/action3.

Jomlah tenguk Azwan Ali yang lazzerrr dan amboi..amboiii..amboiiii tu..

Ep 40/49 – Project Alpha S2 

 

Ep 41/49 – Project Alpha S2 

 

Ep 42/49 – Project Alpha S2

Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Ayam · ayam bakar best · cara masak ayam bakar · cara masak ayam sedap

Charcoal Roasted Chicken

Akak ni bukan boleh tenguk ayam kat blog orang lain.  Mesti sibuk nak buat.  Ayam ni adik alongroz yang buat masa majlis kawin kat rumah dia..Adik dia chef..buat untuk hidangan pengantin.  
Sepatutnya di bakar menggunakan arang..tetapi oleh sebab akak malas nak hidupkan arang…akak bantai ajer guna oven..kena panggil Oven Roasted Chickenlah kan.

Resepi pakai agak-agak ajer.ikut pandai adjust sendiri.  cuber jangan tak cuber.
BAHAN2:
Ayam bulat – jgn di potong
Serai*
Bawang Besar*
Bwg Putih*
Halia* (* blender sehingga halus)
Kicap
Sos Tiram
Garam, Gula

CARA2:
1. Gaul kesemua nya dgn ayam bulat & perap semalaman dlm fridge.

2. Bakar atas bara dapur arang/kayu sehingga masak.
Golek2kan supaya masak rata.

3. Hidangkan dgn sambal cicah kesukaan anda.
(Hari khenduri tu tak sempat pun nak buat)

Nota:

– Bahan2 tu takda sukatan, agak2 je. Along pun terlupa tadi nak tanya sukatan.
– Masak cara kampung atas bara ni memang ada kelainan – ayam lembut & wangi.

Akasia/TV3 · Mentor 4

Mentor 4-Minggu Ke 2-Kumpulan B

Malam ni..giliran Kumpulan B pula menunjukkan skill masing-masing.

Peserta pertama..Mohd.  protege Ziana Zain menyanyi solo menyanyikan lagu Madu Tiga  Best jugak..

Kedua.  Ayim portege Mus meyanyi lagu Teman bersama Shaq.memang best lagu rock yang mereka nayanyikan tadi.

Ketiga..Adi portage Dayang pun hebat jugak persembahan beliau.

Yang menarik bila ada persembahan jemputan yang di panggil Merah menyanyikan lagu Pawana oleh Search.

Untuk peringkat ke 2 pulak Mohd menyanyi pula bersama-sama Nani lagu – Jangan Pisahkan.

Kemudian Ayim menyanyi lagu solo sambil bermain gitar lagu Sebenarnya dan Memburu Impian.

Yang menarik bila Adi dan Ila yang merupakan adik beradik menyanyi berduet lagu Kini Bebas.

Ketiga-tiga protege kali ni berkongsi markah yang sama dari juri awam sebanyak 12 Markah.

Selepas tu mereka bertiga menyanyi bersama-sama Noraniza Idris.

Kali ini giliran protege Dayang-Adi pula menjuarai minggu ke 2 dengan markah 37.
Protege Mus-Ayim  pula di tempat ke 2 sebanyak 32 markah dan tempat ke 3 protege Ziana-Mohd dengan markah 31.
A Nuffnang/contest/duit/event/movie/best

Celebrities Who Stink

 Sekarang ni yang sibuk orang nak tenguk ialah Piala Dunia 2010..kalau lepas main bola mesti bau busuk kan…ni…

 
Sape tak kenal dengan Diego Armando Maradona, yang lahir pada 30hb. Oktober 1960  bekas pemain bola Argentina dan jurulatih untuk pasukan Argentina untuk tahun sebab Argentia terpilih memasuki Piala Dunia 2010.

Beliau pernah beraksi dalam empat kejohanan Piala Dunia dan berkongsi anugerah FIFA Player of the Century bersama Pele setelah di undi ke tempat teratas dalam satu pantauan Internet di laman web FIFA untuk  memungut pendapat mengenai pemain paling cemerlang sepanjang abad ke 20 tahun 2000.

Dulu memang dia kurus dan handsome dan skill main bola memang power giler.  Masa tu dia jadi pujaan hati setiap wanita termasuklah akak. Agaknya kalaulah dia ni datang ke Malaysia pada masa akak muda dulu…sanggup gamaknya akak beratur beli tiket mahal sebab nak tenguk dia ni. Beliau juga seorang pemain bola yang  pertamakali  menjaringkan bola menggunakan tangan.

Beliau juga dianggap sebagai salah seorang pemain paling kontroversi dalam sukan berkenaan. Maradona digantung selama 15 bulan pada tahun 1991 setelah gagal dalam ujian dadah  di Itali dan  selepas itu didapati mengandungi efedrina pada Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat.


 
 Setelah tidak bermain bola lagi pada harijadi beliau ke 37 tahun pada tahun 1997, mulalah beliau mengalami masalah dari segi kesihatan dan berat badan.  Beliau juga suka menyalahguna kokain secara berterusan.
gambar sekarang…see dah berubah 100% kan..dah selekeh..bentuk badan pun dah berubah…dah pandai lagi nak jaga body macam dulu..

 Jadi memang patutlah dia kena pakai Adidas Action ni…sekarang ni dah tak handsome dan selekah ajer..kala lepas melatih anak buah dia mestilah dia berpeluh kan…kalau tak pakai ketiak bau busuk.

Ep 36/49 – Project Alpha S2 


Ep 37/49 – Project Alpha S2 

Ep 38/49 – Project Alpha S2 

 

Ep 39/49 – Project Alpha S2

 
Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.
A Nuffnang/contest/duit/event/movie/best

‘Big Fish Moment with Pizza Hut’


Di satu hari…entah bila…di negara Malaysia..
ada sebuah kapal berlayar di tengah lautan ……

  Seorang chief  aka Kapten sedang mengemudikan kapal 
yang besar itu…

tiba-tiba dia terdengar  bunyi suara riuh rendah di dalam laut.
.lalu dia menjenguk ke lautan…

rupernya anak-anak kapal sedang berenang  sambil cuba mencari ikan Alaskan Pollock.   Anak kapal nak suruh Kapten buat Fish King Pizza..sebab Kapten tu terror bebeno buat pizza. baking dan masak memasak..

 sebab bila mereka tenguk bahan-bahannya kat dalam resepi
macam senang ajer nak buat King Fish Pizza ni..

Mereka cuba mencari ikan  Alaskan Pollock 
tapi….tak jumpa-jumpa .

 Ikan Alaskan Pollock  memang tak ada di perairan Malaysialah..
ikan tu hidup kat tempat lain…

Punyalah lama mencari ikan Alaskan Pollock dilaut sampai berhari-hari..tapi tak jumpa-jumpa ….tenguklah janggut dan misai pun dah tumbuh lebat. Ishhhhhh kesiannya…

 oleh kerana  bersimpati , Kapten   pun suruh anak-anak 

kapal aka tali barut  naik  semula ke atas kapal
 Anak-anak kapal semua suka dengan anak perempuan kapten…mereka lebih suka mendengar arahan dari dia dari Kapten sendiri.mereka segera naik dan terus belayar menuju ke daratan semata-mata nak makan Pizza Ikan di Pizza Hut
Anak lelaki Kapten yang tak sabar-sabar…issshhhh
Akhirnya tertunailah hasrat dihati dia ni..

 Menu yang di cari-cari…yesss Fish King Pizza.
boleh pilih mana budget yang di kehendaki

 selepas tu bolehlah  picit bell..nanti ada pelayan datang dengan senyuman manis……tak payahlah  nak jerit-jerit macam kat kedai mamak..picit  ajer butang call yer..
Mula-mula  di hidangkan dengansoup
mushroom, air  sprite dan garlic breadsticks

 Yang di tunggu-tunggu telah tiba..terbeliak mata melihat King Fish Pizza ni..memang membuka selera..menawan hati dan memikat hati untuk memakannya..ishhhh mengancam sungguhlah

amboi..tak tahan betul bila tenguk 

Fish King Pizza ni.. mengujakan tekak…

 perah..jangan tak perah..

bila di angkat  ajer Fish King Pizza ..ahhhhhh….seeeee 
the mozzarella cheese ituuuuuuuuuuu..awesommeee

yummmmmyyyyyyyy ..I likeeee

  ummmmmmmmm..meleleh air liur dibuatnya…

banyak betul mozzarella cheese diatas Fish King Pizza ni..

tangan saperlah tu yang tak sabar-sabar 
nak makan tu….akaklah tuuuuuu


nak sedap lagiiiiiiii..buat cam akak buat ni….rugi kalau tak tiru..


memang  rugi kalau tak buat  macam ni tauuu

 makan dengan sopan santun yer…

Imran cicah Alaskan Pollock Fish Fingers ke dalam 
mushroom soup…….Enak dong..

Ni gaya kami 

Cuberlah kalau tak percaya…

sampai pejam mata nak menikmati kesedapannya

  tenguk lagi bahan-bahannya
 
Pizza kedua nak masuk dalam mulut..

aksi terlampau Imran

 ngapppppp…

lagi aksi terlampau di Pizza Hut

 Jelingan maut dari pencinta Pizza Hut..

 sekejap aje dah habis sebab sedapppppp

Terima  kasih bapak..kami mau pulang…
nanti kami datang lagi yer…


 kalau malas nak keluar makan ataupun virus M (malas) banyak ..silalah call ajer no di atas yer..penghantaran yang cekap dan pantas

Aksi kat  rumahlah pulak

Wah ..Firdaus tak sabar nak makan…

so awesome.eeeee.

isshhhhh tak senonoh tul kan

 aksi terlampau terakhir 

 Berbaloi dengan rasa dan keenakkan Fish King Pizza ni..Nilai yang berbaloi…..nikmat yang berganda… 

Jangan tunggu  dan buang masa lagi….cepat-cepatlah dan .Jomlah Terjah ke Pizza Hut.. 

For more information, kindly logon to www.pizzahut.com.my.




MASA ANAK BELANJA

kami sekeluarga memang suka pizza hut

makan pizza boleh mengeratkan hubungan keluarga

dan ketawa riang bersama-sama family

We Love Pizza Hut

asam pedas best · cara masak asam pedas · Ikan

Masak Asam Ikan Tenggiri


Bahan-bahan
  • 3 keping ikan tenggiri
  • 5 batang daun kesum-diambil dau
  • 2 batang bunga kantan-di potong 2
  • 1 biji tomato belah 4
  • 4 biji bendi
  • 2-3  cawan air asam jawa
  • 2 batang serai di titik
  • minyak masak secukupnya
  • garam secukupnya
Bahan yang di kisar/tumbuk
  • 5 sudu makan cili kisar
  • 4 biji cili merah
  • 5 ulas bawang kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • sedikit belacan
Bahan tumis
  • 2 biji bawang kecil di hiris
  • 1 biji bawang putih di hiris
  • 1 sudu teh halba campur
Cara-cara
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumisan hingga naik bau.
2. Masukkan pula bahan kisar bersama serai dan kacau selalu.  Biarkan cili naik minyak dengan menggunakan api sederhana. Masukkan garam.
3. Masukkan pula air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masukkan air terpulang kepada tuan punya diri samada nak cair atau pun pekat.
4. Bila kuah mendidih baru masukkan ikan dan perasakan garam dan biarkan kuah pekat sedikit.
5. Kemudian masukkan daun kesum, bendi, bunga kantan dan tomato.
Biarkan sebentar dan rasa garam dan asam barulah dipadamkan api.
6. Siap untuk di makan.
dari e mail/doa/meninggal

Al fatihah

 Seorang lagi member blog meninggal dunia padal 9.18 mlm (waktu saudi) 24 mei 2010…
cik munger @ Nur Fazura Azzaty telah di jemput Allah.  Bila baca N3 yang ni…
dari cara beliau menulis beliau seakan-akan meninggalkan pesanan terakhir…lagu yang di letak di N3 pulak lagu Misha Omar-Yang Abadi dan Fizal Tahir-Semuga Abadi.
Beliau juga meminta maaf kepada semua…
 
 Sama-samalah kita sedekahkan al fatihah buat arwah dan semuga beliau di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.
A Nuffnang/contest/duit/event/movie/best

Tentang Alexia, Buffered Earnings dan PA2

 Apakah Alexa



 1. Alexa ini membantu dengan memberikan informasi tentang kualitas dan popularitas dari sebuah website.

2. Berguna bagi website yang anda memiliki untuk diterima dalam program make money online.
3. Membantu anda dalam mengetahui posisi jika terdapat kompetisi dan anda bisa mengetahui volume traffic dari website yang anda miliki.
Baca lagi kat blog yang ini yer..kalau masih tak faham.
 
Dulu tak ambil pot pun pasal alexia ni..hairan jugak apasal banyak member cyber letak ranking kat blog mereka..setelah akak baca pasal alexia ni barulah akak faham fungsinya.  

Dulu masa akak pakai blogspot ranking alexia dah dah turun ke bawah satu juta ….tapi bila kak tukar ke dot com..ranking terus jatuh ke no 5 juta lebih pada 14hb. April 2010. Alhamdulliah..dah jatuh ke no ini dan ranking kat malaysia pun dah tinggal 2,000 lebih.

Bangga jugak kan..walaupun tak se fofolur orang lain tapi akak puas hati dengan pencapaian blog akak ini..biarlah orang nak kata akak syok sendiri pun..janji akak  happy.

Lepas tu bila check earning pun akak happy…alhamdulliah bulan ni lebat sikit duit dari PA2..walaupun ada yang akak kalah..mungkin sebab tak cukup syarat ataupun terlambat hantar..tapi kalau dah mencecah lebih dari RM100 dah okerlah tu ..



First time jugak akak dapat jumlah tertinggi  dalam satu-satu kempen..dulu cuma dapat bawah RM10.00…mesti ada yang kata..ala akak ni dapat banyak ni pun dah kepoh…mestilah akak kepoh sebab bukan senang nak dapat duit tau sekarang ni..kalau mintak dengan suami akak pun belum tentu dia nak bagi banyak ni..

Terima kasih juga diatas sokongan pembaca blog akak yang budiman yang sudi menjenguk blog akak ini yer..tanpa kamu semua..mungkin semangat nak update blog tak ada dalam diri akak.  Jadikan motivasi buat diri masing-masing yer.

p/s Tq Nuffnang….nasib baik tak bertukar  ke iklan hijau tu..