laksa/mee

Bihun Goreng Sup

 Buat lagi bihun sup goreng pagi tadi…akak showlah gambar yang dulu yer…ada dulu member cyber tanya camner nak goreng bihun tu…kena basuh ke idak? tak yah basuh..terus ajer goreng dalam minyak panas….bila dah kembang…kena cepat-cepat angkat dan toskan. Ada 2 cara..satu pakai lempar ajer..satu lagi kalau nak cantik pakailah penapis stainless steel ekk..jangan guna penapis plastik pulak….hancur kena minyak panas nantik..kat atas ni pakai lempar…ehhh taklah letak elok-elok..kan terpercik minyak panaslah pulakkk…bahan-bahan adakala akak guna ayam..tapi pagi tadi guna sotong dan udang.
Bahan-bahan
  • 5 biji bawang putih
  • 4-5 biji bawang merah-hiris
  • 1/2 sudu teh lada hitam-kalau nak pedas..tambah lagi..
  • 1/2 sudu teh serbuk lada putih
  • 400gm bihun (kalau keluarga kecil kurangkan ke 200gm)-diceraikan dan digoreng dalam minyak panas.
  • 10-15 ekor udang basah-dibersihkan tinggalkan ekor
  • 3 ekor sotong-dipotong kecil
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • air secukupnya
  • sedikit tepung jagung yang di bubuh sedikit air
  • minyak dan garam secukupnya.
  • 1 biji telur-dipukul sedikit
  • 3 fish cake-dihiris tipis
  • 2000ml air -anggaran
  cara menggoreng bihun pakai penapis stainless steel..kena biarkan minyak betul-betul panas berasap baru masukkan bihun yer..
Sayur-sayuran
  • kobis di potong kecil
  • sawi-dipotong kecil
  • daun sup dan daun bawang-dihiris tipis
Bahan tambahan
  • 5 biji bawang kecil-dihiris tipis dan digoreng-kalau nak guna bawang goreng segera pun boleh.
Sambal kicap-style akak
  • 20-30 biji cili api-tak yah di buang tangkai-basuh bersih
  • 3 biji bawang putih
  • 1/2 botol  kecil kicap manis-akak guna chap kipas udang
  • 3 biji limau kasturi-ambil jus
  • sedikit minyak 
Cara-cara
1.  Panaskan minyak biarkan panas ..masukkan cili api dan bawang putih..cepat-cepat tutup dengan tudung periuk..(sebab meletup-letup) dan padamkan api.  Toskan.  Biarkan sejuk.
2.  Tumbuk atau blender (guna sikit air masak) dan tuangkan kicap.
3.  Masukkan ke dalam tupperware dan tuang jus limau.  Kacau rata.

4.  Siap di gunakan..sambal kicap boleh tahan sebulan dalam peti sejuk.-hb akak suker cicah dengan tempe, keledek, sukun, pisang, keladi

 Cara-cara

1. Tumbuk bawang putih bersama lada hitam.
2. Hiris bawang kecil/bawang putih dan goreng dalam periuk yang telah dimasukkan sedikit minyak. Apabila bawang telah berwarna keperangan..bolehlah masukkan bawang putih yang telah di tumbuk  dan kacau sebentar.
3. Masukkan air dan biarkan air menggelegak.
4. Bubuh kiub ayam, sos tiram, kicap manis, garam dan lada putih.
5. Bila menggelegak masukkan udang dan sotong.
6.  Biarkan mendidih sekali lagi dan masukkan sayur-sayuran bersama-sama  telur yang telah dipukul….. kacau dengan garpu cepat-cepat..kalau tidak nanti tak bertali telur tu….. Perisakan dengan garam…. baru di masukkan air tepung jagung dan biarkan mendidih sekejap dan segera  padam api.(kalau nak letak telur sebiji-sebiji pun boleh..ikut sukerlah yer)
7. Tuang keatas bihun yang telah digoreng dan tabur bawang goreng dan daun sup/bawang.
8. Sedap di makan panas-panas…bubuh pulak sambal kicap….perghhhhh
Advertisements
Ikan

Masak Lemak Sardin Dan Pucuk Ubi

Dah lama tak masak lemak ikan sardin dengan pucuk ubi..selalunya akak lebihkan kuah sebab boleh cicah dengan cucur tepung/cekodok/jemput-jemput ikan bilis…resepi ni dah tepek setahun yang lepas..akak tepek lagi sekali.
Bahan-bahan

  • 10-15 biji cili api-nak pedas..tambah lagi ye…
  • 1 tin besar sardin-akak suka guna cap ayam
  • 500gm santan pekat-1/2kg
  • 500gm air-agak-agak
  • 1 ikat pucuk ubi-selalunya akak beli RM1.00-rebus dan tos.
  • 1-2 keping asam keping
  • 2 batang serai-dititik
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 helai daun kunyit-disiat dan di ikat
  • garam secukupnya 

Cara-cara  
1. Tumbuk cili api bersama serbuk kunyit, halia, kunyit hidup dan sedikit garam.
2. Titikkan serai dan masukkan semua bahan ke dalam periuk.
3. Masukkan santan pekat bersama air (terpulang samada nak pekat lagi ataupun nak cair) dan biarkan ia mendidih dengan api perlahan dan kacau selalu ye…tinggalkan sedikit santan pekat.
4. Bila telah mendidih..masukkan sardin bersama sosnya dan biarkan ia masak dengan menggunakan api yang perlahan dalam 10 minit.
5. Kemudian masukkan pula pucuk ubi dan daun kunyit.
6. Biarkan sebentar , masukkan santan pekat, biarkan mendidih sekali lagi, rasa cukup asam garam dan bolehlah di tutup api. Sedap di makan dengan nasi panas-panas dan ikan sepat masin..

Ikan

Kari Ikan Sardin-sesuai dimakan dengan roti Naan

 
 Alahai penatnya … tidur lama sungguh lepas balik dari ambil ira..hujan pulak tu..memang sedap tidur sejuk-sejuk ni….masa pergi ke Rawang  dalam pukul 12.00 tengahari….taklah teruk sangat jem…tapi kat bulatan dekat Jalan Kuching menghala ke Kuala Lumpur jem teruk..sampai kat NSK Selayang.  Bila balik ingatkan nak ikut Jalan Laksamana, Selayang… boleh  tembus ke Jalan Sri Gombak..tapi bila tenguk jalan clear ajer kat Pasar Borong Selayang..akak pun cancellah nak ikut jalan tu…
akak tertipu…..bila sampai ajer kat bulatan Jalan Kuching..mak datuk…jem giler menghala ke kuil di Batu Caves…penat jugaklah kaki dibuatnya….Polis cuma bukak satu lorong ajer jalan nak menghala ke Gombak…Nak dekat 30 minit terperangkap dan berebut-rebut nak masuk ke satu lorong tu.
Tapikan sekarang pemandu lelaki tak hormat dengan pemandu wanita…tak kasi can langsung…menyampasss… dari Gombak menghala ke Bulatan Jalan Kuching pun jem sampai ke Giant Batu Caves…sekian siaran langsung dari Batu Caves sempena Thaipusam…One Malaysia kan…
Kari ni semua orang pandai buat…macam-macam stail ada…yang ni  stail akak ek..
Bahan-bahan
  • 1 tin sardin chap ayam
  • 1 biji bawang merah-dihiris
  • 4 biji bawang kecil*
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*-tumbuk bersama
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu makan rempah ikan babas
  • 1/2 sudu kecil rempah ikan-biji sawa, halba, jintan manis, jintan putih
  • 2 biji ubi kentang-dipotong dadu
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan minyak
Cara-cara
  • Ubi kentang yang di potong dadu tadi  di rebus kejap. Bila empuk..toskan. Tumis dulu bawang besar yang telah di hiris bersama rempah ikan, daun kari hingga naik bau.
  • Masukkan pula bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk bersama dan rempah kari ikan yang telah dicampur sedikit air.
  • Biarkan rempah naik minyak dengan menggunakan api kecil dan kacau selalu.
  • Bila telah terbit minyak, masukkan pula susu cair yang telah di campur dengan jus lemon (yogurt) dan
  • kacau lagi.
  • Masukkan sardin dalam tin dan biarkan masak dengan api perlahan.  Akak hancurkan sikit ikan sardin tu.Pastu masukkan ubi kentang.
  • Perasakan dengan garam dan tuang sikit jus asam jawa dan barulah ditutup api.
roti

Roti Naan-sesuai utk org berdiet

Sambil taip N3 sambil fikir nak ikut jalan manalah nak ambil ira hari..kat hari ni Thaipusam..dah tentu jalan menghala ke Rawang ikut MRR jem giler..kenalah cari jalan kampung ataupun ikut jalan jauh…kalau ikut jugak jalan tu…takut jalan jem giler…tak sanggup nak tersangkut dalam jem ni..penat kaki, mata dan mulut (mengomel pot pet…pot pet..)

Dah selalu buat roti nan ni…akak memang suker ikut resepi yang ni…insyallah memang gebus dan lembut…kalau ikut aduanan ni dapat  8-9 keping roti.  Sedap di  makan bersama-sama kari ..tak kiralah kari ikan ker..kari daging ker..tapi akak buat pakai kari ikan sardin.  Akak ambil dari blog Resepi Diana.

Bahan-bahan
  • 4 1/2 cawan tepung gandum 
  • 1 peket yis kering (akak suka guna mauripan)
  •  2 sudu teh gula
  •  1 cawan air suam
  •  1 biji telur (dipukul dulu)akak guna gred A
  •  1 1/2 sudu teh garam
  •  1 sudu teh baking powder
  •  2 sudu besar minyak zaiton/mentega cair/minyak sayur
  •  4 sudu besar tairu (tairu tak ada kat rumah) akak ganti dgn susu cair campur 2 biji limau kasturi…biarkan dalam 5 minit..jadilah tairu
Cara-cara
1. Masukkan gula kedalam air suam.Kacau baru masukkan yis.  Tunggu 5 minit hingga berbuih (kalau berbuih tanda yis tu masih elok lagi)
2. Masukkan tepung gandum, garam dan baking powder. Gaul sebati. 
3. Masukkan minyak zaiton, telur, tairu dan campuran yis tadi.  Kalau rasa kering..masukkan 1-2 sudu makan air yer.
4. Uli sehingga lembut dan licin.  Masukkan ke dalam mangkuk bersih.
5. Tutup dengan cling wrapper (plastik pembungkus makanan yang tipis tu) dan biarkan naik sekali ganda..kira-kira 1 jam.
6.  Setelah naik 2x ganda keluarkan dan tumbuk doh untuk buang angin.

7. Bahagikan adunan dalam 70gm setiap satu. Akak tak timbang pun..pakai agak-agak aje.

8. Canai dan bolehlah di bakar di atas non stick pan (tanpa minyak yer). Balikkan setelah masak. Kalau keluar gelembung kecil tu tandanya roti naan jadilah tu…

9. Sedap di makan bersama kari bila baru keluar dari kuali non stick. 
p/s kalau tak faham gi ke label roti…cari roti naan dan tenguk kat situ ada langkah demi langkah yer. kalau nak letak  bawang putih pun boleh…nak letak cheese kat atas roti naan tu pun boleh….kari sardin nanti yer..akak nak ambil ira kat asrama.

Jalan-Jalan

Jalan-jalan ke Kuala Selangor..jumpa binatang ni..saper tahu nama dia..

Ingat tak masa akak jumper LG kat umah dia dulu..dalam bulan Disember…sebenarnya akak bertolak pagi sebab nak gi jejalan dulu…..nak pergi ke Kuala Selangor…

mula-mula kami ke sini…Dah lama dah tak pergi tau…..dulu pernah datang ke sini  ikut rombongan sekolah masa akak tingkatan 5…tahun 1981..dah berapa tahun ek…..sajer ajer nak mengenang kembali kisah lalu..
Kami masuk kat sini dulu



    Memang tak leh ambil gambar..tapi akak ambil jugak secara sorok-sorok 


 dah nama pun ambil cara tak betul..gambar pun tak cantiklah...ala sebenarnya tak pandai ambil…akak ambil pakai camera hp….saper yang ada koleksi pinggan mangkuk lama camni memang beruntung.
sekejap ajer kat dalam muzium ni..pastu ambil gambar kat luarlah pulak..Ira ni memang suker bergambar..ikut mak dierlah tu..masa akak pergi dulu…kitaroang boleh naik lagi keatas  rumah api ni…
sekarang dah tutup/berkunci pagar dia…..tak tahulah sama ada di tutup terus ataupun masa akak datang ..tutup sekejap…
imran tak sukerlah pulak akak ambil gambar dia masa ni…..dia bad mood
kat atas pokok ada aper..ek
bila kasi makan..dia turun..nak panggil aper ek…lontong, monyet, siamang atau ungka…akak tak tahulah apa nak panggil..
banyak sungguh binatang ni…..bau dia…hemmm tak mandi kan..tentulah bau dia  busuk…puas akak tahan nafas tunggu camerawomen ambil gambar
imran berani camni ajer..bila binatang tu dekat ajer..dia lari..
 ira lagi penakut..budak baju kuning ni selamba badak ajer..bila binatang ni naik atas badan dia..
kalau nak binatang ni datang dekat…beli ajer makanan RM1.00…mesti dia ikut…kami semua  tak beranilah..takutttt..
 Posing lagi..ingat nak ke makam sultan selangor yang telah mangkat..tapi tutuplah pulak…
Kat perigi beracun..ada sejarah dia..saper nak tau cerita boleh datang ke sini…akak tak berapa ingatlah…kami pergi jugak ke Tempat Kelip-kelip kat Kampung Kuantan (kalau tak silaplah) .tapi bukak waktu malam ajer..tak kuasa nak tunggu malam..lepas tu tak tahu nak pergi mana?ingatkan nak cari kedai apeksss..tapi tak pandai nak cari..tentulah tak jumper…

 Perut dah lapar..kami makan tengahari  dulu sebelum ke rumah LG..seganlah nak makan rumah dia…  ….Akak bawakan LG tart nanas gulung…tak lawakan…sebab second time buat….nak buat gulung menggulung kena pandai teknik dia..
Rasanya tak sanggup akak nak buat lagi tat gulung ni…baik akak terap ajer…harap LG puas hati yer…padahal LG lagi terror buat tart dari akak…tapi bila dia kata nak akak jugak buat….tak sampai hatilah pulak…akak buat jugak pagi tu….takut LG kempunanlah pulak nanti..lagi satu takut kalau LG mengandung baby dalam perut air liur meleleh…sorrylah LG …akak gurau ajer..

daging

Bistik Daging

 Resepi yang ringkas dan mudah di buat…senang sesangat…akak ambil resepi ni dalam Majalah Keluarga..anak-anak kata memang sedap…kalau makan kat restoren mau kena puluh-puluh RM tau..tapi kan akak ubah suai sikit ikut selera akak..jomlah cuber buat ek.
Bahan-bahan
  • 500gm daging batang pinang bahagian dalam-hiris tipis
  • 3 sudu besar sos lada hitam jenama life-akak tambah sendiri..kalau tak nak buat pun tak apa yer.
Cara-cara
  • Potong daging dan toskan.
  • Perap bersama-sama sos lada hitam  selama 1/2 jam. Lagi lama lagi bagus...kalau tak ada sos lada hitam life tu tak yah ikut step ni yer.. 

Bahan-bahan

  • 5 biji bawang putih*-tumbuk atau hiris
  • 1 inci halia *
  • 2 labu bawang besar-dipotong bulat
  • 2 biji ubi kentang-dipotong 6 dan di goreng sekejap hingga kuning
  • 1/2 tin kecil kacang pis
  • 3 tangkai cili merah-belah 2 atau hiris serong
  • 3 tangkai cili hijau-belah 2 atau hiris serong
  • 2 biji tomato-potong 6
  • 3 sudu makan kicap pekat masin-akak guna kicap manis ajer
  • 2 sudu teh lada hitam-kisar atau tumbuk kasar
  • sedikit minyak dan garam secukupnya
  • Akak tambah 2 batang daun bawang-potong serong dalam 1 inci.
Cara-cara membuat
  • Panaskan minyak, kemudian masukkan bawang putih dan halia dan tumis hingga naik bau.
  • Masukkan daging dan kacau hingga separuh masak.  Kemudian masukkan kicap.
  • Kacau hingga daging menjadi lembut, kemudian masukkan kentang.
  • Masukkan lada hitam, bawang besar seterusnya diikuti cili merah dan  cili hijau.
  • Akhir sekali masukkan tomato dan kacang pis.
  • Masukkan garam dan kacau hingga rata dan rasa dulu ..taburkan daun bawang dan barulah di tutup api.
  • Sedap di makan panas-panas.
gift

Cabutan Bertuah di Yanmieonline.com

Ada lagi cabutan bertuah …apasal  semua nak bagi hadiah ek…dapat bonus kot…kali ni dari Yanmie dari Kelang..syarat  yang dia bagi pun senang…

Yanmieonline.com adalah sebuah laman blog peribadi Yanmie dan Keluarga. Tiada sebarang kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. Sekiranya ada, kemungkinan ianya hanyalah kebetulah sahaja. Yanmieonline.com dengan ini ingin mengadakan cabutan bertuah sempena Tahun baru 2010.
Pemenang untuk pertandingan ini akan menerima 1 set Minyak Wangi Pure dan Barangan Mutiara Asli dari Sabah. Opss!! lagi ada hadiah khas untuk referrer tertinggi akan menerima hadiah yang sama seperti pemenang utama
untuk keterangan lanjut tentang Pertandingan ini, baca di
2. Entry korang mestilah menggunakan tajuk Cabutan Bertuah di Yanmieonline.com.
3. Untuk referrer pulak jagan lupa nyatakan darimana korang tau tentang pertandingan nie. Contohnye ” Saya tahu pertandingan ini dari blog si A”..
akak kebetulan terjah blog beliau..nampak pulak lucky draw ni…cuber ajerlah..mana tau ada rezeki..
4. Sekiranya anda sudah menyiapkan Entry tersebut, sila tinggalkan komen di ruangan ini, agar mudah untuk Yan spotcek ok!
5. Pertandingan ini tamat pada 31/01/10 pukul 11.59pm

6. Cabutan akan dibuat oleh Putera kesayangan kami Aiman, bukti cabutan akan dikemukakan pada hari cabutan nama pemenang.

Senang bangat ek dia punyer syarat..jomlah kita terjah reramai.

Saje-saje nak cerita

Tukar suker sama suker (Blackberry ke Nokia)

Ingat tak lagi…dulukan akak …. pernah menang peraduan Xpax….hadiah dia memang best giler… akak dapat Blackberry Curve.(menang blackberrycurve .boleh baca kat sini)..sekarang ni hp Blackberry dah pun berpindah tangan.  Dah dibawak  Yana berhijrah ke Davangere, India.  
Masa mula-mula akak menang hp ni..akak bagitau Yana..dia tak percaya.(apa dia ingat mak dia ni tak pandai ek) …bila akak buat N3 dalam blog..barulah  dia percaya…lepas tu dia pulak yang tertarik.
Yana bagitau dia nak beli Blackberry tu…siap pesan…jangan bagi orang lain guna termasuklah abang-abang dia..takut rosak.  Akak pun jagalah dengan elok.
 Yana tengah guna blackberry curve lah tu

Bila balik..Yana tuntut janji..akak deal dengan dia…kalau nak tukar…..kena belikan mak hp baru yang syarat paling utama mestilah ada kamera (tu yang paling penting…nak ambil gambarkan..) dan boleh surf internet bila dah masuk kawasan yang ada wifi.
Minggu pertama dia balik tu…akak ajak dia pergi bersama-sama  Firdaus gi ke KLCC pergi beli hp yang baru..Firdaus yang tahu tentang hp ni..akak apa tau..tau masak ajer... ..lepas pusing-pusing beberapa kedai dan survey harga…terkenanlah dengan hp nokia yang ni…harga bolehlah tahan.(tak semahal blackberry)..tak kisahlah kan..akak dapat free.

Bila balik  umah …terus ajer tukar dengan Yana.  Mula-mula ambil masa jugak nak pakai norkiah  ni..al maklum lah orang dah berusia..puas akak godek sana..godek sini..lama jugak ambil masa nak mengodek…sekarang ni dah ok.  Masa akak pergi event Astro B.yond ada jugak blogger nak tenguk blackberry curve akak…akak kata dah tak ada..akak pakai nokia. (akak tunjukkanlah kat dia).boleh dia kata...ala kak …..nokia ni murah dari blackberry…sabor ajerlah..akak tak kisah apa orangk kata….janji Yana happy..
Bila tau TM buat offer nak lajukan (upgrade..tapi tambah duit…yang bagus tak yah bayar sewa talian RM25.00 lagi..akak dah kira dah…untung RM1.00..wah dah kira promosi TM ni) lagi internet…akak pun gilah pulak buat permohonan kat Kedai TM kat Jalan Kuantan..tapi  sampai kat sana…staff TM kata…modem dah habis.(dahlah  tunggu giliran nak dekat 2 jam)…kena isi form dulu..nanti kalau ada stok baru mereka call atau sms…yang menyampah tu  staff  tu boleh kata…kalau tak tahu pasang  dan install modem ni…kena panggil orang dia..kena bayar lagi RM80.00...oooooo…mahalnya…
nasib baiklah Firdaus dan Russdi pandai nak pasang dan install..akak kata tak payahlah…….terima kasih yer anak-anakku…kalau idak melayang duit nak dekat RM100 tu..saper yang nak pasang boleh panggil anak-anak akak yer….alhamdulliah minggu lepas dah dapat modem…mereka terus install.  Senang ajer …sekejap ajer siap..(chewah mentang-mentanglah akak yang tak pasang..)
Sekarang ni boleh surf kat ruang tamu atau dapur..memanglah kecik  skrin hp ni…tapi kalau nak baca N3 pepanjang bolehlah baca.(akak belum rabun lagi).cuma nak komen kena gi kat pc jugak.(payah nak taip).tak kisahlah tu kan..janji hati senang…nak tenguk resepi pun boleh ….dan kalau malas nak salin kat kertas..boleh bawak ajer hp ke dapur… sebab kat umah akak tak ada printer.

Boleh tenguk fb pun…boleh check e mail……boleh komen kat fb…terima kasih yer Yana..kira cam tukar suker sama sukerlah ni..nasib baiklah  akak puas hati dan rasa gembira.

Nasi

Nasi Beraini (Versi Puan Eliza)

Dahlah tak boleh upload gambar kat blog…tadi cadang nak show makanan lain..muat turun ok…tapi time nak sunting tak ada pulak gambar yang telah siap di muat turun..kenapa ek..hairan bin ajaib…ada yang terkena tak..tadi kat fb seorang member cyber dak jiya pengembala kambing pun bagi tau dia pun kena cam akak..nantilah akak jamu taukeh fb dengan nasi beraini ni dulu..mungkin lepas di tersandar kekenyangan ..baru dia betulkan balik.

Memang cadang nak masak nasi ni hari Ahad lepas…sebelum tu lepak depan pc…blogwalking kat umah Puan Ummi Kuantan …dia dah siap masak dah nasi ni…akak pun c & p ajer dari umah dia..tak apa kan Ummi…sayang Ummi….Resepi  asal dari buku  Puan Hanieliza. ..makan dengan Ayam Madras dan papadum ajer…

 Bahan A:– ni nak makan ramai tau…akak buat 1/2 adunan ajer..tu pun dapat banyak.
  • 1 kg. beras basmathi (dibasuh dan ditoskan)
  • 2 sb. rempah beriani (dibancuh dgn sedikit air)
  • 4 biji buah tomato (dipotong dadu)
  • 3 biji cili merah (dibelah dua)
  • 3 biji cili hijau (dibelah dua)
  • 100 gm daun pudina (dipotong kasar)
  • 100 gm daun ketumbar
  • 1 liter air
  • 1 cawan susu cair
  • 4 sb. minyak sapi
  • 1/2 cawan kismis-memang tak letak
  • 1/2 cawan kacang gajus – dibakar/digoreng tanpa minyak
  • garam secukup rasa
  • 1 sb. pewarna kuning (dibancuh dgn sedikit air)
Bahan B:- (untuk tumis)
  • 5 ulas bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 cm halia (dihiris halus)
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 bj. buah pelaga
  • daun kari
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumiskan bahan tumis dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan rempah yang telah dibancuh dan kacau rata. Masakkan hingga naik minyak.
  3. Masukkan tomato dadu, cili merah dan cili hijau.
  4. Masukkan air dan susu cair. Biarkan mendidih sebentar.
  5. Masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi yang tersedia beras dan masakkan seperti biasa.
  6. Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna kuning dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
  7. Gemburkan nasi perlahan2 supaya beras tidak patah.
  8. Hidangkan nasi dengan taburan gajus dan makan bersama daging prun dan acar.