Macamana Mazuin terjumpa dengan Pengiran Sufri Bolkiah..
Episod cinta penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Aku Ingin Dekat Kepadamu dan Cinta Palsu itu bermula pada 10 Julai 1987.
Pertemuan pertama di Villa Cinta Bersemi (kediaman Sufri di Jalan Ampang, Kuala Lumpur) itu memberi kesempatan kepada pasangan itu untuk bertentang mata antara satu sama lain.
Bagaimanapun, itu bukanlah pertemuan rasmi dengan Mazuin, sebaliknya, rombongan artis Malaysia yang menyertai Mekar Sejambak dipelawa untuk bermesra dengan Sufri sebelum rombongan itu dijemput ke Bandar Seri Begawan untuk meraikan baginda sempena majlis ulang tahun kelahirannya pada penghujung Julai 1987.
Rombongan artis Malaysia mendapat layanan yang cukup hebat dan Mazuin pula sudah tentu mendapat perhatian Sufri yang memastikan sambutan dan layanan kepada kekasihnya itu bertaraf lima bintang.
Sebelum Mazuin dan rombongan artis pulang ke Malaysia, Sufri memberanikan diri mengadakan pertemuan dengan artis wanita berkenaan yang ditemani ibunya, Maimon.
Di ruang pejabat di Istana Nurul Hana, Sufri secara gentleman menyuarakan hasrat hatinya untuk meminang Mazuin.
Berdasarkan laporan dalam majalah URTV, sebelum menyunting si genit itu, Sufri terlebih dahulu bertanyakan Mazuin apakah dia sudah mempunyai pilihan hati.
Tergamam dengan pertanyaan itu, Mazuin menggelengkan kepala. Maimon yang setia menemani puterinya itu juga ditanya oleh Sufri apakah beliau sudi untuk menerima kehadiran putera diraja itu sebagai menantunya.
Maimon lebih senang membiarkan keputusan itu dibuat oleh Mazuin sendiri kerana pada usia 23 tahun, wanita itu berpendapat, lebih baik anaknya sahaja yang menentukan masa depannya.
Kata sepakat dicapai, selang seminggu selepas pertemuan di Bandar Seri Begawan, Sufri berlepas ke Kuala Lumpur dengan jet peribadinya untuk melamar Mazuin.
Sekali lagi berita itu mendapat perhatian akhbar Utusan Malaysia yang berjaya mendapat pengakuan eksklusif Sufri yang mengesahkan baginda sudah melamar Mazuin.
Bibit cinta antara Mazuin dan Sufri mula berputik selepas detik itu sebagaimana bergulingnya musim-musim, hidup manusia direncahkan dengan peristiwa yang pelbagai.
Berbulan-bulan persiapan dilakukan sehinggalah majlis pernikahan dan persandingan berlangsung secara gilang-gemilang.
(Sumber)
Mereka mula bertemu pada tahun 1987 dan kisah percintaan mereka memang di tunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia. Kalau keluar cerita mereka berdua memang kedebumlah surat khabar tu..taklah macam sekarang ni…dah ada alternatif selain dari paper…
Kisah beliau ni macam cerita dongeng Cinderella yang di lamar oleh seorang putra raja dari negara yang kaya raya dan menjadi isu hangat pada tahun tersebut. Majlis gilang gemilang perkawinan beliau dengan hantaran yang termahal sebanyak RM1juta (nilai pada tahun 80..an boleh beli kapal terbang kot)
Selepas berkahwin, Mazuin diberi gelaran Pengiran Bini Mazuin dan tinggal di istana.
Namun selepas 17 tahun bersama, pasangan ini bercerai dan Mazuin hanya membawa gelaran Hajah Mazuin binti Hamzah sahaja. Alahai….
Tak tahulah samada Mazuin telah menamatkan zaman jandanya ataupun tidak…Pengiran Sufri Bolkiah telah pun berkawin lain…katanya dengan makcik Fazura…tapi silap nama dia Faizah.
Sapelah boleh tunjuk gambar beliau sekarang ni…rindu betullah nak tenguk beliau..akakkan peminat dia dari zaman remaja lagi.
diorg ni kaya raya, bnyk duit, bnyk harta tp xdapat kebahagian dalam rumah tangga…
saya kecik lagi mase tu hehe,tapi kenal rupe dia..cantik
hanya tuhan yg mengetahui,,, itu pandangan aku….
apa yang penting sama-sama kita jadikan tauladan
maser mazuin sy masih kecik tapi sy tau diyer sgt chantek..salam kenal kak..rasernyer pestime sy singgah sini
ina ..samalah kita..saya juga tertanya2..kemanalah dia..kalaulah dapat melihat wajah terbarunya..saya tunggu..mana tau kalau ina dapat..jangan lupa papar diblog ye..
eerrrkkboleh ke dikatakan begini; habis madu sepah dibuang.kalau tgk dr gambar, isteri terbaru pengiran sufri, bkn main lawa lagi…
agaknya depa ni suka yg muda kot…bila dh capai umur 30 an jer…dah tak best lagi agaknya.emmm…hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yg tahu kisah luar dalam mereka.kita kan luar ni sapalah….
agaknya depa ni suka yg muda kot…bila dh capai umur 30 an jer…dah tak best lagi agaknya.emmm…hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yg tahu kisah luar dalam mereka.kita kan luar ni sapalah….
agaknya depa ni suka yg muda kot…bila dh capai umur 30 an jer…dah tak best lagi agaknya.emmm…hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yg tahu kisah luar dalam mereka.kita kan luar ni sapalah….
ta kenallah si mazuin tu sebab mase diorg kawen belom lahir lagi.. tapi hantaran 1 juta tuh beshlah 😛 oh mama saya mahu kawen!
sapa tu kak ina? tak igt lak pasal adik ipar S.B tu..heheh
ingat lg kumpulan quinary M ni..femes sungguh.masa tu saya sekolah rendah..hafal semua lagu depa..la ni tak ingat dah…umur dah banyak..hihimoga mereka bahagia dgn hidup baru..
kesiannye diorg ni dah diceraikan ye? memang kesian.. si azrina, anak kecik2 lg plak tu.
cik pah rase dia masih tinggal di brunei lagi.. tapi bukan dalm kawasan istana..
kak ina angah pun nak gak tahu kisah kehidupan mereka selepas berceraii
jodoh pertemuan di tangan ALLAH…
kak ina…moral of the story…mana-mana org Malaysia nak kawen kerabat Brunei…fikirlah banyak kali…kawen cerai…kawen cerai…wallahuallam…
kak..dengar2 cite dia masih kat brunei kan? bukan anak2 dia masih sekolah kat brunei n duduk dgn pengiran sufri ke?
kak, gigi mazuin ada kt dlm molot ai!(^_^)
kak ina..ada cerita mengatakan Mazuin duduk kat Spore skrg sbb anak-anaknya sekolah kat sana..
mazuin ni cantek, makcik fazura pun cantik….taste kerabat brunei sumer cantik2 belaka..
ingat lagi muka mazuin yg cantik dulu2…:)
sy pon memang minat dengan mazuin ni..suka tgk dia senyum..manissssss jerk…lepas ida bercerai ari tu..ader gak dapat email mengatakan yg dia still menetap di brunei…dok banglo tepi laut lagik…cantik umah dia…tp orang nyer tak der plak ditunjuk kan…tp dedulu..ader gak dengar gosip kata..dia da kena cam bekas somi dia tu…bintil2 tu…tu yg lama da dia tak kluar suatkabo…gamaknyerr…
kazen amy mastura kan mazuin ni?mase tu sy kecik lagi…ingt2 lupa…huhuuh
lame x dgr ceta psal mazuin neh kak
salam kak ina…saya pun minat gak dgn mazuin ni…suaranya yang merdu dan mukanya yang cantik…tak puas tengok muka dia yang cute itu…
Mmg rindu dgn dia ni. dh lama x dgr citer ttg dia….
Mmg rindu dgn dia ni. dh lama x dgr citer ttg dia….
Nak sqt tahu kat mana & macam mana dia skrg
Semua org sayang Mazuin Hamzah ni..chomel and so sweeet. Rasanya sekarang kehidupan dia lebih bahagia dari dahulu. Cuma ada syarat2 yg buat dia tidak boleh sesuka hati dedahkan kehidupan peribadi lalu. Biarkanlah dia terus bahagia. Suami hanya pinjaman sementara di dunia ini. Cinta Allah swt kan lebih hebat dan abadi.
dlu stiap hjg mngu lov n fmly akn balik kmpung n singgah kt sg. congkak tmpt mndi2 tu..then tiap2 mngu tu bkesempatan ngintai2 rumah rehat raja mazuin dgn suaminya itu, kdg2 time btuah tu nmpk la rja mazuin dok jln2 kt tmn bdekatan sungai tu.. mmg putih cantek orgnyer..ramai jgk jurugmbr2 ambk ksempatan bdiri n brebot2 nk tgkp gmbr beliau n suaminya..tp kat luar pgr ajela..sedeh bile dgr dia da bcerai..walopn wktu tu lov dak2 kecik lg..hehehe
dlu stiap hjg mngu lov n fmly akn balik kmpung n singgah kt sg. congkak tmpt mndi2 tu..then tiap2 mngu tu bkesempatan ngintai2 rumah rehat raja mazuin dgn suaminya itu, kdg2 time btuah tu nmpk la rja mazuin dok jln2 kt tmn bdekatan sungai tu.. mmg putih cantek orgnyer..ramai jgk jurugmbr2 ambk ksempatan bdiri n brebot2 nk tgkp gmbr beliau n suaminya..tp kat luar pgr ajela..sedeh bile dgr dia da bcerai..walopn wktu tu lov dak2 kecik lg..hehehe
jodohnya tak panjang. mesti ada syarat yg perlu dipatuhinya tu..
Teringin juga nak tengok gambar terbaru Hajah Mazuin.
Last year saya ade gi melawat makcik yang dah jadi orang brunei,..kata mereka,..sebab mazuin diceraikan kata mereka, mazuin panjang tangan, mengambil barangan larangan istana… Dan kata mereka,.azrinaz mazhar hakim , wartawan tv3 tu pun diceraikan atas sebab yang sama… saya bengang jugak bile dengar criter cam tu,…ape? ingat orang malaysia ni semua sengkek sampai sume nak panjang tangan nak ambil barang istana ke? saya sakit hati jugak dengar tapi diamkan saja sebab taknak berselisih faham dgn sepupu dan orang2 brunei…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
salam kak ina. kita pun rindu nak tenguk gambar mazuin sekarang. rasanya dia masih cantik dan manis lagi
Saya tak percayalah mazuin panjang tangan di istana tu..mazuin dah cukup kaya apa lagi nak ambi2..! semua tu fitnah dan memburuk-burukkn mazuin kerna dah mula tengok sufri dah mula tengok ppuan lain dan ingin tukar bini…dah tak suka memanglh nak buruk2n…