cara buat Durian Pancake (Kuih Dadar Durian) · Durian Pancake (Kuih Dadar Durian) · durian pancake recipes · kuih dadar durian · pancake durian resepi · resepi kuih dadar durian

Durian Pancake (Kuih Dadar Durian) Yang Umphhhh


Berzaman dah orang buat durian pancake, akak baru teringin nak buat.  Memang sedap paduan whipped cream  dan durian..kalau buat lagi kena tambah whipped cream lagi untuk bagi sedap lagi.

 
Akak ambil dari blog AlongRoz@HomeKreation.


BAHAN-BAHAN KULIT: 

  • 250ml Susu Cair
  • 100g Tepung Gandum
  • 1/4 st Garam
  • 3 biji Telur
  • 1 sudu besar  Mentega Cair
  • 1 sudu besar Pes Pandan 

INTI KRIM DURIAN:

200ml Whipping Cream
(whipped)
10 ulas Isi Durian -(whipping  cream kena tambah lagi nak bagi sedap lain kali)

CARA-CARA:
1. Masukkan kesemua bahan2 kulit ke dlm blender & kisar sehingga sebati.
Tapis. (Akak biarkan 20 minit baru dadar)
2. Ambil sesenduk adunan & ratakan ke dlm kuali menjadi dadar nipis.(akak gunakan non stick pan kecil..sekali sekali buh minyak sikit)
Biarkan sehingga masak sebelum di angkat.
Buat semua sehingga habis.
3. Letak satu senduk  (akak letak satu sudu kecil whipping cream dulu baru letak isi durian)inti krim durian ke atas sekeping kulit & lipat seperti bantal.
Pastikan bahagian kulit yg licin di sebelah luar.
Buat sehingga habis.
4. Hidangkan segera atau di sejukkan dahulu. (Akak sejukkan 2 jam dalam petisejuk)
Advertisements
bayaran passport malaysia · cara nak ambil passport malaysia · info pejabat imigresen wangsa maju · no telipon pejabat imigresen wangsa maju · Pejabat Imigresen Wangsa Maju

Jenuh Beratur

Gara-gara nak gi ke USS terpaksalah renew passport Ira yang telah tamat tempoh semasa cuti sekolah yang lepas.  Tak dan nak buat masa persekolahan sebab Ira duk asrama dan selalunya balik dah petang Jumaat.
 Masa renew passport akak dan Imran pada tahun lepas masa persekolahan (Imran bersekolah di Selangor, kalau cuti tak sama dengan WP)  sekejap ajer dah siap.  Tak sampai 2 jam dah balik ke rumah.

Oleh sebab dah tau situasi camni, akak dah ambil borang 2-3 hari sebelum pergi dan isi kesemuanya.  Nanti senang tak yah nak isi borang kat situ.

Bila sampai pukul 7.30 pagi orang dah ramai beratur kat luar.  Waduhh dekat 1 jam lebih gak nak ambil nombor giliran.  Lenguh kaki dibuatnya.

Bila dah dapat nombor giliran kami gi minum dulu kat restoran yang ada kat sini. Pastu tunggu pula nak ke ambil chop jari dan sebagainya.  Lepas buat bayaran, memang kena tunggu dalam 1 jam lagi.  

Nasib baiklah kat area ni macam-macam ada.  Bolehlah masuk kedai keluar kedai nak membuang masa.
Akak settle semuanya dekat pukul 12.00 lebih.  Fuhhh memang masak menunggu sampai pasport siap.

Bagi warga emas berumur 55 tahun ke atas dan jika mempunyai anak-anak berumur 2 tahun ke bawah boleh gi ke kaunter khas.  Tak yah tunggu lama cam kami ni.
fuh panjang sungguh orang beratur

Info camner nak ambil passport malaysia

Rujuk ke SINI

Alamat :  Pejabat Imigresen Wangsa Maju
                Aras 1, Wisma Rampai
                53300 Kuala Lumpur

No. Talipon : 03-4142 3449

 

Tak ada kena mengena…sajer nak letak muka anak buah akak yang buat akak selalu geram dan ketawa

Budget Akak Ke Universal Studios Singapore · info mengenai Universal Studios Singapore · tips camner nak gi ke USS

Budget Akak Ke Universal Studios Singapore

Ada pembaca tanya kos nak ke sana.  Akak kira dari KL ajer yer. 
Ikut program asal  Yana nak belanja Ira sebab berjaya dalam peperiksaan PMR yang lepas pastu mereka kononnya nak gi naik bus malam dari kl pastu sampai kat JB pagi.  Kemudian naik bus ke USS dari situ.


Bila tenguk tambang dekat seratus lebih gi balik, baik akak ikut sekali, lagipun macam tak sedap hati ajer nak bagi 2 anak pempuan akak ke sana.  Hati seorang ibu mestilah risau takut apa-apa yang terjadi sepanjang perjalanan.


Akhirnya akak pun booked gak tiket ke USS bersama Imran (tapi tak bagitau dia..nak surprise..dah sampai JB baru akak bagitau) dan booked tune hotel danga bay.  Bawak Firdaus sebagai driver dan peneman sepanjang perjalanan sebab hb tak ikut.  

Firdaus tak nak gi ke USS tu jadi dia lepak kat rumah ipar di JB.  Saudara mara hb dan akak ramai gak kat JB tapi cam malas ajer nak susahkan mereka kalau tidur kat rumah dorang.  Kononnya lepas balik dari USS naik bus pukul 7.30 malam dari sana, boleh terus balik ke KL tapi tiket yang tinggal  pukul 9.30 dam 10.30 malam.


Bila dah kes camni, hb tak bagi balik sebab bahaya bawa kereta tengah malam dan akhirnya terpaksa tidur rumah kakak ipar malam tu gak.  Kita boleh merancang tapi dia yang menentukan.  Opsss sorry aaa pot pet pot pet lah pulak.


Ni kos pegi sehari ajer..kalau korang duit banyak berlebih bolehlah tidur kat hotel kat situ ek


Kami naik MPV jadi harga minyak dan tol lebih kurang   :     RM200.00..
Kalau naik bus ataupun kongsi lagi murah 

Tidur semalam di Tune Hotel (lagi bagus order 2-3 bulan  :   RM130.00 
sebelum sampai sebab lagi murah.akak ambil 2 bilik
kami ambil satu bilik ada wifi/tv dan satu lagi tak ada

Tiket Masuk Dewasa (SGD 74-sebab cuti sekolah/perayaan:  RM540.00
RM180.00 x 3 orang-baik ambil secara on9..takut habis)
Tiket Imran SGD54                                                             RM132.00                                                             

Naik bus dari Tune Hotel JB (klu tempah bilik Tune Hotel     : RM75.00
dpt  23.00 pergi balik..kalau idak RM25.00 x 3)                                                                           
Imran-RM10.00                                                                : RM10.00

Makan minum (termasuk beli air botol, nacho cheese
lebih kurang habis                                                             :  RM200.00

Cenderahati (akak tak beli banyak mana pun                       : RM100.00
sebab dekat kan..boleh gi lagi klu ada rezeki)

JUMLAH                                                                             RM1,387.00

Ini semua kiraan lebih kurang ajer.  Kalau korang lebih duit boleh beli macam-macam cenderahati kat dalam USS tu.

Budget ini tak termasuk makan tengahari masa nak gi JB, Mat Gebu taja, makan malam kawan Yana taja.  Akak cuma keluar duit sarapan pagi dan malam. 

 

Kalau nak gi musim perayaan ataupun cuti sekolah baiklah korang beli lagi tiket express..agak mahal lah klu hari biasa SGD30 dan kalau peak season SGD50..mungkin cam mahal tak korang leh naik banyak kali dan potong barisan tau..tak yah tunggu sampai 1 jam lebih naik satu-satu permainan  kalau ada tiket ni.  Kalau korang larat nak beratur tak perlah kan. Kat sini ada info harga tiket.

Bila sampai korang terus gi tempat yang best dulu cam naik benda-benda yang menakutkan tapi barang seperti hp dan dompet kenalah  simpan kat locker aa..kalau ramai korang kongsi ajer..kalau ada ibubapa yang tak berani nak naik korang suruh ajer mereka bawa/pegang. Bawa telekung pun cukup satu ajer sebab surau kecik memang kena solat gilir-gilir.


Kalau nak lebih jimat naik bas dari Terminal Larkin, lagi murah tapi akak malas nak susah-susah.  Tidur kat Tune Hotel pagi esoknya terus naik bus ke USS
Akak tak pegi  ambik tiket, terus ajer scan kertas yang kami bawak.  Sebelum tu bersarapanlah makanan berat seperti nasi lemak, nanti sampai kat situ taklah cepat sangat kelaparan.   

Macam akak..dalam pukul 3.00 lebih baru lunch.  Bawa ajerlah jajan cam coklat, gula-gula, keropok dalam beg tangan besar, sebab dorang tak check langsung cam kat SL tapi tak taulah kalau bawa backpack tak taulah kena ker idak.

Masa akak pergi memang hujan turun tapi renyai-renyai ajer, tapi jangan risau sebab ada tempat berteduh.  Ada gak di jual payung dan plastik cover tapi korang taulah mestilah harga mahal kan.  Ada yang bawa sendiri payung dan baju hujan.

ambil risalah yang menunjukkan pukul berapa show yang ada kat sini

Nasib baiklah percutian ini cuma kami 4 orang dan Yana belanja tiket masuk Ira..akak cuma bayarkan Imran ajer.  Akak pula ada baucher minyak BHP  RM100.00 yang akak dapat masa masuk Blogger MasterChef dan gunakan duit Nuffnang yang akak cash out bulan Oktober yang lalu.  Jimatlah sikit kan


Ira pula guna duit sendiri beli souvenior dan Yana kongsi gak dengan akak bayar tol dan minyak.  Memang akak tak minta langsung duit suami percutian kali ini.  Bestkan kalau gi guna duit sendiri. Yang tak best sebab suami tak dapat ikut sebab tak leh ambil cuti sebab kami booking nak gi pun lagi 2 minggu sebelum pergi.

Oh yer kalau korang nak naik bus dari Tune Hotel JB, baiklah korang call booked pukul berapa nak pergi dan balik.  Sebab akak tak call bila check in dah dekat pukul 6.00 petang tiket yang di kehendaki dah habis kenalah ambil tiket bus yang mana ada.

Kami dapat tiket pergi pukul 8.30 pagi dan balik pukul 9.30 malam. Tapi bila fikir rasa berbaloi gak dapat masa cam ni sebab boleh main macam-macam bila dah malam sebab orang dah makin kurang.  Mereka sempat lagi naik satu round roller coster yang tunggang terbalik dan akak dapat masuk naik bot madgascar. Memanglah best sehari suntuk kat situ tapi badan penat aaaaa.

Tempat ambil tiket dan borang putih boleh ambil di sini.  Kaunter dia sebelah Tune Hotel Danga Bay ajer.   Korang call ataupun email sehari/2 hari sebelum ke nak ke situ yer.


Odyssey Luxury Liner
Tune Hotel Danga Bay
+6012 766 0172-Norkhaizan
 email : khai@odysseynow.com.my
Kalau nak detail lagi bolehlah ke SINI 

Semuga info yang akak berikan ini dapat membantu sape yang merancang nak gi ke USS ni yer.

jalan-jalan cari makan di johor bharu · kedai satay wak radol kempas · satay wak radol · satay warisan wak rado kempas · tempat makan best di johor bharu

Orang JB Pernah Ker Gi Sini?

Bertolak dari USS pukul 9.30 malam, selamat sampai kat JB dah nak dekat 11.00 malam.  Firdaus dan anak buah jemput kami kat situ.  Perut dah berkeroncong terus tanya anak buah akak kat ner tempat yang sedap nak makan.

Beliau syorkan kat sini.  Dulu masa akak duk Taman Cempaka kat Tampoi 24 tahun yang lepas, akak  pernah gak makan  satay kat sini. Terletaknya kat tepi lebuhraya Kempas-Pasir Gudang.
 Kami order satay…sekejapan ajer licin
 Imran order nasi goreng…pun cepat habis sebab kelaparan
 Akak dan akak order mee bandung….kira ada rasalah
Yana makan nasi ayam.  Satay 20 cucuk-RM19.00 siap air.  Makanan RM23.00..okeylah tu kan.  
Tempat makan kat tepi highway ni agak uzur sebab dah lama dah beroperasi. Ada lagi satu tempat makan yang sama  kat bawah dan kat situ baru sikit.

Kalau tak tau jalan rujuk kat sini yer

cara kari daging lembu · cara masak gulai daging · kari daging sedap · mee kari · mee kari daging · Resepi Kari Daging Biri-Biri · resepi masak kari daging

Dah Lama Tak Makan Mee Kari@Kari Daging

Sejak suami doktor kata ada kolestrol tinggi (dah ok dah skrg ni)dia tak suka makan masakan bersantan.  Akak kenalah dengar apa yang doktor sarankan tak boleh makan itu dan ini.
Bila tekak teringin nak makan, akak pun buatlah semalam.  Tak per kan sekali-sekali.
Bahan-bahan
  • 1 paket mee kuning – dicelur
  • 2  fish ball-dihiris
  • 4 biji tauhu pok-potong 2
  •  daun sup-dihiris
  • 1 biji cili merah – dihiris serong
  • bawang merah goreng
  • 2 biji tauhu-di goreng pastu di hiris tipis
  • 1 biji limau nipis
  • taugeh-dicelur

  • Untuk kuah
  • 4 camca besar rempah kari daging-Babas
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 500gm/1/2 kg  daging lembu- dipotong kecil 
  • 1/2 kg@500gm santan pekat
  • 1-@1 1/2  cawan air -agak-agaklah nak pekat camner..akak suker pekat sikit.
  • garam  dan sedikit gula
  • minyak secukupnya
Bahan-bahan tumisan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih 
  • 2 biji pelaga
  • 2 bunga lawang
  • 3 tangkai daun kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih dan 
  • 2 biji bawang merah di hiris halus.
Bahan-bahan kisar/tumbuk
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar 
  • 1 camca teh udang kering
  • 1 inci halia
Cara-cara
1.  Panaskan minyak secukupnya.
2.  Masukkan bahan-bahan penumis, bawang yang telah di hiris sehingga layu.
3.  Kemudian masukkan bahan-bahan cili kisar, tumis sebentar dan barulah dimasukkan bahan-bahan kisar bersama daun kari.Kacau sehingga naik bau.
4.  Kemudian masukkan rempah kari  dan sedikit air dan kacau selama 2 minit sehingga terbit minyak dengan api kecil.
5.  Masukkan pula daging dan kacau rata sebentar.
6.  Tuangkan santan  bersama 1 cawan air dan  garam  secukupnya..kalau rasa kuah tu pekat..tambahkan lagi 1/2 cawan air.
7.  Kacau sekali sekala.
8.  Bila kuah menggelegak, perlahankan api dan renihkan sehingga naik minyak.  Masukkan fish ball, fish cake, taufok dan rasa dulu yer.
9.  Biar mendidih semula sebelum diangkat .

10.  Ambil mee dan  hiasanya di tuang kuah dan bolehlah di makan jam tu gak.

p/s dengar cerita Hattan bercerai lagi…aduhai artis..artis..macam-macam hal lah

blogger curi gambar dari blogger lain · cilok gambar blogger lain · isu blogger menipu · isu blogger suka curi gambar masakan

Isu Blogger Suka Curi Gambar Masakan

Dari dulu lagi akak selalu dengar dari blog yang punya gambar lawa, ada ajer blogger baru cilok gambar dan buat N3 seolah-olah dorang yang masak.


Kalau ambil resepi no hal tapi kalau dah ambil gambar mesti geram gak kan.  Tadi akak baca kat FB Ah Mat Gebu pasal ada blogger yang ambil gambar kat blog dia pastu mengaku dia yang masak kat SINI...  kat blog tu lagi teruk..banyak tul dia ambil gambar resepi geng masak memasak yang..siap buang watermark lagi tu..ishhh tak patut sungguh perbuatan tak beretika ini.

Bila akak google cari gambar resepi lama kat blog akak ..akak perasan ada jugak  yang ambil gambar dari blog akak yang gambarnya taklah  secantik mana.  Sebelum tu memang akak dah pernah terjumpa  2-3 blog yang lain yang ambil gambar masakan tapi akak malas nak bising-bising nak bising.  Tapi kali ni akak nak tulis gak N3.  Sabar ajerlah kan.
Yang ni gambar dan N3 akak buat pada tahun 2010  http://www.kakinakl.com/2010/11/resepi-masak-lemak-cili-padi-daging.html

Cuba korang bandingkan dengan N3 kat blog ini..N3 di buat pada 12 Januari 2012 hari ni bebb.  http://dairidihatiku.blogspot.com/2011/02/resepi-masak-lemak-cili-padi-daging.html

Sebiji kan memang ambil bulat-bulat..geram aaaa..ambil resepi ajer udahlah jangan ambil gambar boleh tak?

Apa hal dorang nak buat camni..nak cepat fofolur ker?  Tapi seronok ker klu buat kerja camni. 

Ramai lagi geng masak-memasak yang pernah jadi perkara camni.  Tapi nak buat camnerkan….

p/s ibarat kata member fb korang tak leh sorok apa perbuatan korang sebab di zaman teknologi ni segala perbuatan buruk akhirnya akan terbongkar gak…
tak perlah kasi can aa bagi trafik dia tinggi hari..


alamat dan no telipon restoran enakkl starhill · Bestnya Berbuka Puasa Di Restoran Enak KL (Nuffnang dan Samsung) · menu di EnakKL Starhill Gallery · restoran enakkl kuala lumpur

Enak Kuala Lumpur Starhill-Restoran 5 Bintang

Restoran Enak KL terletak di Starhill Gallery, Kuala Lumpur menyajikan juadah masakan Melayu Asli yang di hidang dengan gaya mewah setaraf hotel 5 bintang demi untuk memertabatkan masakan melayu ke peringkat antarabangsa.
 kredit pic : Hazman.Com (pakai baju kuning)
Menurut Sherena Razaly, restoran ini mula beroperasi sejak pertengahan 2005 dimiliki oleh keluarga usahawan dan arkitek, Datuk Razaly Wahi (bapa beliau) dan semua resepi adalah hasil resipi warisan turun temurun keluarga mereka. 


Barangan tembaga juga boleh di temui di sini yang menurut Sherena adalah koleki ibu beliau Datin Fawzia Abd. Ghani yang amat gemar mengumpul barangan hiasan tembaga.
Dengan menampilan hiasan warisan ini, secara tidak langsung dapat memperkenalkan budaya masyarakat Melayu kepada lebih 60 peratus pelanggannya yang terdiri daripada pelancong asing.
Mensajikan hidangan Melayu dengan resipi warisan keluarga, Enak KL adalah untuk memartabatkan masakan tempatan di peringkat antarabangsa.  Restoran ini juga di hiasi dengan dekorasi eksklusif hasil gabungn tradisional dan kontemporari.
 Ayam Lemak Cili Padi
Ada juga Ayam Goreng Lengkuas, Ayam Kalio, Ayam Masak Bunga Kantan, Ayam Percik dan Gulai Kari Ayam
Yang paling sedap ikan asam pedas butterfish.  Menang enak sungguh sampai akak dan geng tambah berkali-kali. (tengah fikir mana nak cari butterfish ni kat sini ek…nak cuba buat gak aaa)
Terdapat juga hidangan Botok-Botok, Kari Ikan Bendi, Ikan Terutup dan Kukusan Gunung Ledang
  Daging Kurma, Daging Hitam dan Rendang Padang
Selain itu terdapat juga Daging Bakar Asam Jawa (grilled NZ striploin), Kambing Masak Merah.
Akak tambah berkali-kali Pucuk Paku Cendawan Sisik. 
Pemanis mulut yang di panggil Manisan Kelapa Muda Enak di buat daripada kelapa muda  dan diatasnya di hiasi dengan meringue hasil air tangan ibu beliau.
Dan akhir sekali Ketayap Mangga..boleh telan airliur bila tenguk gambar ni meleleh ai bila tenguk gambar ni..yummmm yummm
Dulu akak pernah buat N3 pasal Restoran Enak ni.  Kalau nak baca boleh ke SINI

Memang menarik sungguh kan hiasan makanan kat sini…bila tenguk makanan dihias macam ni memang rasa tak sabar nak menikmatinya…memang terbaik aaaa..

 Akak datang bersama ciklilyputih dan Hazman
 Terima kasih kepada blogger azmanisma , Restoran EnakKL Puan  Sherena (Pengurus Restoran) Encik Hamidon  Ramli dan  Jejai yang sudi menjemput kami ke ini
LG2, Feast Floor
Starhill Gallery
181, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel : 603-21418973/21489549

7 zones at universal studios singapore · apa ada di universal studios singapore · info di Universal Studios Singapore · lawatan ke universal studios singapore

Universal Studios Singapore ( Part 3)

Kalau nak baca Part 1 dan Part 2 boleh ke SINI  dan kat  SINI
Memang kelakar tenguk telatah klon Charlie Chaplin ni kat Zone New York..macam real ajer tenguk gaya dia.
tapi kan dia ni pakai tarik ajer orang pempuan, lepas ajak menari pastu dia cium kat pipi..sebelum apa-apa terjadi  baik akak bai akak gi dari situ lepas ambil gambar.  Manalah tau dia cium akak pulak nanti..jadi isulah pulak..(perasan)
Ada pembaca blog tanya nak tenguk layout kawasan USS ni.  Nasib baiklah akak simpan lagi benda ni. Kalau korang sampai kat 2 persimpangan tu korang boleh pilih nak ke kanan ataupun ke kiri dulu.

Kalau nak naik roller coaster dan permainan yang best-best baik korang ke kiri dulu.  Sebab belah kanan kebanyakkannya sesuai untuk kanak-kanak.

Kawasan ni berbentuk bulatan jadi kita takkan sesat.  Akak round dekat 3-4 kali…ada gak jalan potong ikut restoran fast food nak gi ke zone sci fi city.

Kalau korang rancang nak gi masa cuti sekolah ataupun cuti perayaan/umum baik korang beli tiket express walaupun mahal sikit tapi korang puas hati sebab tak payah beratur lama.  Tak buang masa tau.

Kalau tenguk map yang real leh ke USS Map
Oleh sebab anak-anak gi naik transformer tu akak masuk ke sini sebab tak payah menunggu lama nak masuk ke dalam.  Kat Zone New York ni salah satu tarikannya ialah Lights, Camera, Action! yang di hosted by Steven Spielberg (video ajer)
Tapi kan kalau ada anak kecil baik tak yah sebab sound effect dia memang menakjubkan dan boleh buat budak kecik terkezut..time akak ada yang anak mat salleh bila masuk ajer meraung..apa lagi kenalah keluar balik.

Ada 3 barisan kat dalam ni …akak berdiri di barisan ke 3 taklah rasa sangat..kalau duk depan akak tenguk cam best ajer sebab dekat kan.
Bila keluar akak nampak klon ini..sape tau nama dia ek..kena cepat beratur baru dapat ambil gambar dengan dia.  Nasib baik sempat ambik gambar.  Ira ada beli gak souvenior alat tulis bentuk camni..tapi akak tak ingat apa nama klon nilah.
Lepas tu akak pusing balik ke sini.
Sempat gak bergambar….oh yer staff kat sini ada gak ambil gambar tapi harga gambar tu mahal giler weiii
Bila tenguk barisan dah tak panjang akak pun tanya kat staff tu..dia kata kena beratur dalam 40 minit untuk single rider (maksudnya duk ajer kat tempat kosong) akak pun beratur nak naik TRANSFORMERS The Ride walaupun hati akak berdebar-debar.

Wow memang best giler..macam real aaa jumpa robot tu..akak duk paling depan pulak tu.  Bila muncul robot tu bergaduh  macam betullah.  Bila kereta tu bergerak laju akak tutup mata sambil menjerit kuat-kuat (bukan akak ajer orang lain pun sama)

Kalau korang nak video camner naik benda tu korang leh jengah kat SINI
Nak hilangkan rasa gemuruh akak lepak jap kat sini sambil beli air ..air botol Sprite/Coke di jual SD3 dan air mineral pulak SG2..oklah tu kan.

Akak cari gak anak akak tapi tak jumpa..walaupun masing-masing ada hp tapi kami guna 2 kali ajer sebab charge mahal aaa
Bila dah ok akak pergi pula ke Zone Hollywood nak tenguk  live rock musical kat pentas.  Kita cam tenguk dalam panggung wayang persembahan real ini,  jadi tak usah risau tempat tak cukup sebab ada 1,500 tempat duduk.  Kalau nak duk depan kenalah beratur 20-30 minit lebih awal.
Persembahan mengambil masa dalam 20-30 minit.
Dah janji dengan anak-anak yang akak duk lepak kat sini persimpangan ini yang juga berdekatan dengan panggung tadi.  Lama gak aa tunggu dorang muncul.  

eyriqazz.com. · kisah isteri eyriqazz.com · novel ombak rindu · tentang ombak rindu

Betul Ker Isteri Eyriqazz Nak Berblog?


Sebelum tu, akak nak ucapkan ribuan terima kasih     kerana sudi menghadiahkan akak novel Ombak Rindu ini.  Akak dah pernah baca tapi masa tu pinjam kat Perpustakaan Negara, sekarang ni bestlah dapat simpan sendiri
Wah tentu dalam hati eyriqazz tengah berdebar tu bila Ayr Malik peluk dia ketat-ketat..takut wife dia suruh tidur luar walaupun muka happy…ni semua gara-gara N3 Ary Malik Hampir Nak Kena Lempang

Tak taulah camner hati wife Eyriqazz bila suami tersayang di peluk depan mata..kalau akak memang terasa tau sebab ikut pengalaman akak kalau tengah mengandung memang hati cepat terasa al maklumlah fizikal dah berubah…kadang-kadang rasa cam suami dah tak sayang kita.


Jadi kepada suami-suami bersabarlah dengan kerenah isteri anda yang sedang mengandung tau.

Tapi mungkin wife Eyriqazz tak jelezz kot…tapi bila baca status kat FB dia..hermmmm..macam jelezz ajer..
Dah lebih 10 ORANG bertanyakan pada SAYA, knp Azwa@Akak x buat BLOG gak???
PUJUKAN suami saya,….”Mama x yah lah berBLOG2….byk cabarannya, nanti KESIAN lak kat anak2 Papa x der org tengokkan…..lgpn, Mama dah PENAT mengajar kat sekolah, kdg2 pun bawa balik kerja ke rumah….biar Papa jer, yg carikan EXTRA MONEY utk Sayang dan anak2…”…….

*Padahal, saya dapat RASAkan…..SUAMI saya, Eyriqazz tu sebenarnya RISAU……kalau saya pun ada BLOG gak,….mesti BLOG saya lagi FAMOUS dr blognya…..hihihihiii*

Mungkinkah isteri Eyriqazz lebih fofolur dari beliau kalau dia buat blog?  Atau pun mungkin dia nak balas dendam?

p/s Akak setuju ajer sebab wife Eyriqazz cantikkan dah tentu cepat fofolur..nanti akak ajar kamu yer..jangan marah aaaa Eyriqazz
baju orang kawin · gambar orang kawin · gambar pelamin cantik · Jemputan kawin/ jalan-jalan/Makan-makan/Aktiviti Hujung Minggu · pelamin dan pengantin cantik · rumah orang kawin

Berewang Kat Kenduri Kawin Di Melaka

Majlis kawin kat Melaka pada 25hb. Disember tahun lepas.  Banyak sangat nak di buat N3 langsung terlupa nak buat.  Maafkan Mak Uda yer pengantin.  
Dia ni bukan pengantin tapi adik pengantin.  Kesian tenguk dorang ni sebab mak dorang dah meninggal tahun lepas.  Nasib baik duk di sekelilingi dek sanak saudara, jadi taklah terasa sangat.
suka tenguk hiasan botol camni
Imran yang belum berapa baik bersunat kena kerah jadi kendarat..tapi sekerat jalan ajer..pastu hilang..ala budak-budak kan
Ipar dan biras pun rajin menolong basuh gelas
Kami yang tukang jaga duit sumbangan orang ramai..macam mak guardlah pulak..al maklumlah sekarang ni banyak kes kehilangan duit sumbang kat rumah orang kawin.  Berhati-hati sebelum terkena
Rajinnya manager@pa@anak akak ni kannnnn..walaupun penat tapi happy dapat merewang camni.  Sekarang ni orang dah tak rajin nak merewang kan
Selamat Pengantin Baru Jai dan isteri ..Mak Uda doakan agar kamu berbahagia selamanya yer..