Spicy Chicken In Dark Soy Sauce

 

Suker masuk dapur ummi kat kuantan tu…sebab kebanyakkan resepi dia simple dimple..senang ajer nak membuatnya…resepi kali ummi ambil dapur Gert ..ummi nampak kat dapur Jun..resepi asal dari Gert gunakan daging..akak tiru ummi guna ayam..lain kali boleh try guna daginglah pulak..terima kasih pada Gert…dan Ummi ..akak c &p ajerlah ye..

Bahan-bahan
  • 1/2 pound daging – dihiris nipis (akak guna 6 ketul ayam)-ikut ajer ummi
  • 2 sudu teh serbuk kunyit 
  • 3 sudu besar tepung gandum 
  • 1 cili merah – hiris
  • 1 cili hijau – hiris (akak guna 1/2 green capsicum)
  • 1 labu bawang besar – potong dadu
  • 2 ulas bawang putih – dicincang
  • 1 batang serai – hiris halus (bahagian lembut sj)
  • 2 sudu besar sambal olek/cili boh (ummi letak cili kisar campur sedikit cuka)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu teh gula
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada hitam
    Cara Memasak:- 
  • 1.  Gaul daging/ayam dengan serbuk kunyit, garam dan lada hitam.

    2. Kemudian taburkan tepung dan ratakan.   
    3.  Panaskan minyak dalam kuali, goreng daging/ayam hingga masak/kekuningan. Angkat.  
    4. Tinggalkan 2 sudu besar minyak tadi dan tumiskan bawang putih, bawang besar dan serai hingga wangi. 5. Masukkan sambal/cili dan kicap. Masak sekejap.  
    6. Masukkan daging/ayam tadi dan cili yang telah dihiris. Kacau rata. 
    7.(Tambah sedikit air jika terlalu kering)Seimbangkan rasa dan gaul sebati.Angkat.

    Gulai Umbut Kelapa

    Dulu dah pernah dah tepek resepi ni..tapi lama dah…akak tepek lagi sekali…sekarang ni umbut dah mahallah…yelah benda susah nak jumpa…tentulah harga berdentum…suami akak yang suker makan macam ni..kena pulak dengan sambal tumis dan ikan sepat goreng…aduhai…tak tahu nak katalah…
     Bahan-bahan
    • 500 gm umbut kelapa-dipotong tipis
    • 10 ekor udang
      1 cawan santan pekat
    • 1 1/2 cawan santan cair
    • 3 biji bawang besar
    • 1 biji bawang kecil
      sedikit serbuk kunyit
    • garam secukupnya

    Cara-cara
    1. Bersihkan umbut dan rendam dengan air garam sekejap.Udang juga dibersihkan.
    2. Tumbuk bawang merah dan bawang putih.
    3. Masukkan bahan di tumbuk bersama santan  cair dan udang.
    4. Masak dengan menggunakan api perlahan hingga mendidih.
    5. Kemudian masukkan pulak santan pekat dan kacau lagi dan biarkan mendidih lagi dalam 5-10 minit.
    6. Masukkan garam dan rasalah dulu sebelum di tutup api.
    7. Bolehlah di hidangkan.

    Tak makan nasi..makan western lagi

    Akak buat lagi masakan ala-ala western hari jumaat lepas..tapi kali ni gunakan ikan dorylah pulak…beli ikan ni kat giant…salad ni nak panggil apa ekkkk

    Bahan-bahan
    •  200gm sayur campur (yang ada jagung, karot dan kacang hijau tu)
    • 1 cawan mayonis (akak guna Lady’s Choice Real Mayonnaise)
    • 2 sudu besar air sejuk
    • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
    • 1 sudu besar  jus limau kasturi/lemon
    Cara-Cara:-

     1.  Rebuskan sayur campur ikut arah kat plastik dia..akak rebus dalam 10 minit.
    2.  Toskan dan biarkan sejuk sebentar.
    3.  Gaul semua bahan hingga rata dan sebati. 
    4.Sejukkan di dalam fridge 2 – 3 jam.

     SUP KIMBALL

    Pastu panaskan ajer sos kimball….mula-mula ingatkan nak buat sendiri..dah ada dah resepi..tapi bila tenguk dalam peti sejuk stok ayam tak adalah pulak…beli ajer kat giant.

    IKAN DORY BREADCRUMBS
     Ikan dory ni akak goreng pakai breadcrumbs..tapi tak guna oat macam  resepi chef ah mat gebu..akak minta halal c &p yer mat..
    Bahan-bahan
    • 1 ekor ikan sebelah atau ikan pilihan sendiri
    • 1 biji telur, dikacau sedikit
    • 1 camca teh serbuk lada hitam
    • Sedikit garam
    • 3/4 cawan tepung beras*
    • 1/4 cawan tepung jagung*(*disatukan)
    • 1 1/2 cawan quaker oat-tukar ke breadcrumbs yang warna kuning/oren
    • Minyak utk goreng trendam
    PENYEDIAAN IKAN:Ikan sebelah, dibuang sisik, siang (kalau besar potong dua) dan cuci bersih, perap dengan jus limau dan sedikit garam selama 10 minit. Cuci kembali dan toskan.(yang ni akak tak buat..sebab ikan dory tu dah siap untuk di gunakan.)
    Lap kering ikan dengan paper towel. Lumur ikan dengan garam dan serbuk lada hitam rata. Golekkan kan tadi dalam telur, kemudian golekkan dengan tepung hingga rasa. Golekkan kembali dalam telur dan akhir sekali golekkan keseluruhan ikan dengan quaker oats hingga semua permukaan ikan bersalut kemas. Goreng dalam minyak panas, kemudian perlahankan api dan terus menggoreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel.


     SOS CENDAWAN/SOS LADA HITAM/GRAVY
    Buat sos ni untuk di makan bersama ayam…akak c & p dari rumah Hana di Jepun.tapi kali ni tak letak cendawan sebab dalam sup kimball dah ada cendawan.
    Bahan-bahan
    • 2 cawan stok ayam@daging – akak gune stok ayam (air+kiub ayam)
    • 1/2 cawan susu segar
    • serbuk lada hitam-agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
    • 2cm batang salery – cincang
    • 1/2 biji bawang besar – cincang
    • 2 sudu besar kicap manis – bergantung kehitaman yg dkehendaki
    • 1 sudu sos tiram
    • 1 sudu mentega/ marjerin
    • 1/2 tin cendawan butang – dihiris-tak letak
    • 2 sudu besar tpg gandum – bancuh dengan air
    • garam dan gula – jika perlu
    Cara-cara
    1.  Panaskan stok ayam, susu segar, bawang  dan  juga batang  salery. Didihkan.
    2.  Kemudian  tapis. (kali ni akak tinggalkan bawang tu cuma buang daun salery ajer)didihkan semula..
    3.  Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
    4.  Akhir sekali masukkan bancuhan tepung  gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
    5.  Boleh lah  dicurahkan ke atas ayam atau mashed potato.
         ROTI BAWANG PUTIH

    Kemudian buat roti garlic…beli ajer roti perancis kat giant..potong-potong pastu bubuh 3 sudu makan mentega yang telah di letak 3 biji bawang putih di tumbuk dan sedikit  parsley kering.

    Crispy Fish With Apricot Sauce

    Tentu boring agaknya bila akak ashik masak masam manis atau ikan tiga rasa..kalau camtu..apa kata kita cuba pulak kali ni cuba pulak resepi ikan masak macamni…akak ambil resepi dari umah chef ah mat gebu....resepi ni chef dan novelis Nor Zailina Nordin yang bagi idea kat encik mat tu…bila ah mat dah kata sedap..maknanya memang sedaplah….tapi betullah kata cik mat..kena makan panas-panas..barulah terasa kesedapannya..terima kasih Norz dan Ah Mat Gebu sebab sudi share resepi yang best ni…macam biasa yer mat…akak c & p ajer…minta halal erk..

    Bahan Utama:-
    • 1 ekor ikan sebelah atau ikan pilihan sendiri-akak guna ikan dory-akak potong 2
    • 1 biji telur, dikacau sedikit
    • 1 camca teh serbuk lada hitam
    • Sedikit garam
    • 3/4 cawan tepung beras*
    • 1/4 cawan tepung jagung*(*disatukan)
    • 1 1/2 cawan quaker oat-luper nak letak…tak perasan..
    • Minyak utk goreng terendam

    Bahan Sos:-
    • 2 camca besar jem apricot
    • 2 camca besar cili kisar
    • 1/2 cawan sos cili
    • 1 camca teh cuka
    • 1 inci halia, dititik
    • 3 ulas bawang putih, cincang halus
    • 1/2 cawan air
    • 2 camca besar kicap cair
    • 3 helai daun limau purut
    • Sedikit garam dan gula (jika perlu)

    Bahan Lain:-
    • 1 biji bawang besar, potong bulat
    • 1 batang leek, dihiris serong-tak letak sebab tak ada stok..akak tukar ke putik jagung
    • 1/2 biji green capsicum, didadu

     Cara membuatnya:-
    1.  PENYEDIAAN IKAN:-Ikan sebelah, dibuang sisik, siang (kalau besar potong dua) dan cuci bersih, perap dengan jus limau dan sedikit garam selama 10 minit. Cuci kembali dan toskan. Lap kering ikan dengan paper towel. Lumur ikan dengan garam dan serbuk lada hitam rata. Golekkan ikan tadi dalam telur, kemudian golekkan dengan tepung hingga melekat. Golekkan kembali dalam telur dan akhir sekali golekkan keseluruhan ikan dengan quaker oats hingga semua permukaan ikan bersalut kemas. Goreng dalam minyak panas, kemudian perlahankan api dan terus menggoreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel.
    2.  UNTUK SOS:- Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia dan cili kisar hingga terbit minyak. Masukkan sos cili, jem apricot dan kicap cair. Gaul rata dan masak sebentar. Tuang air dan masukkan cuka, bila mendidih masukkan semua sayur2an, masak hingga sos menjadi pekat sedikit. Rasa dan jika perlu boleh tambah garam dan gula. Matikan api. 
    3.  UNTUK CRISPY FISH AND APRICOT SAUCE:- Alih ikan tadi ke dalam pinggan hidang yang sesuai, boleh dialas dgn daun salad jika suka. Kemudian ceduk sos apricot tadi atas ikan bersama sayur2an. Ratakan dan hias ikut suka. Hidangkan segera bersama nasi hangat dan lauk2 yang lain….

    Sosej Roll Cheese-sesuai untuk makanan pagi/minum petang

     

    Baru ajer beli ayam dengan penjual ikan kat umah akak ni…kesian dia….dia ambil bekalan kat pasar borong selayang..jual pakai motor ajer…pastu letak barang dan cari barang lain…bila balik ..ikan, udang galah kena curi dengan mat bangla…kecian dia..kerugian dalam RM285.00..sebab tu mat bangla yang sorong kereta dapat jual murah…mungkin (mungkin yer) dia orang curi pastu dia jual….

    Orang lain dah ramai dah buat sarapan pagi ataupun minum petang……akak baru nak mencuba…masa gi bbb hari tu beli breadcrumbs warna ni..dah bukak kena lah perabiskan…mula-mula pepandai ajer namakan roti hotdog berkeju..rupernya mek azie namakan pulak sosej roll cheese..ala sama ajerkan bunyi dia…akak ambil resepi ni dari umah hana..hana ambil dari myresepi..dah puas jalan kat jepun..balik semula ke malaysia..akak c & p ajer dari umah hana..

     Bahan-bahan
    • 8 keping roti tawar (gardenia @ apa saja) – dibuang tepinya
    • 8 sosej ayam @ daging
    • 1 biji telur – dipukul sedikit
    • secubit garam – tak letak  sebab sosej tuh dah masin!
    • sedikit serbuk lada sulah- tak letak
    • breadcrumbs (serbuk roti) – secukupnya-akak gunakan warna oren
    • minyak untuk menggoreng
    • akak tambah .. slice cheese 
    • sedikit  tepung gandum di campur dengan sedikit air untuk gam tepi roti takut terbukaklah pulak masa menggoreng. 
    Cara-cara
    1. Gelek roti hingga nipis/leper.
    2. Balut sosej dengan roti yg leper tadi.. pastukan masukkan slice cheese-(akak gunakan 1/2 kepingan ajer)..pastu gulungkan  kemas-kemas dan letakkan campuran tepung gandum tadi di penghabisan roti tadi.
    3. Potong lebihan sosej yg lebih ditepi roti supaya nampak  kemas
    4. Masukan garam, serbuk lada sulah dalam telur. Celup gulungan roti tadi ke dalam telur.
    5. Salut @ golek-golekkan roti yang dah  dicelup dengan telur kedalam breadcrumb.
    6. Goreng gulungan roti td ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan
    7. Dah siap..enak dimakan  bercicah cili sos campur mayonis ataupun makan camtu ajer..
     
    Lebihan roti dan sosej jangan di buang..potong dadu roti dan hiris tipis sosej ..pastukan pukul telur sebiji, masukkan bawang besar yang didadu(kalau sukerlah), sedikit garam dan serbuk lada hitam/putih dan goreng dalam minyak yang sedikit dan sambil goreng pecah-pecahkan roti dan hotdog sampai masak..boleh jugak jadikan sarapan.

    Ayam Goreng Halia

    Akak ternampak resepi ni kat blog Jun Yummyyilicious yang terror masak tu…. Resepi asal dari majalah Saji dan gunakan burung puyuh….tapi Jun guna ayam…..bila dah siap sedap pulak tu..yang buat lain sebab ada kacang panjang..Jun akak c & p ajer dari blog kamu yer..malaslah nak taip satu persatu….love u jun….muahhhhhhh..nanti jumper burung puyuh lehlah buat lagi….

    Bahan-bahan
    • 4 ekor puyuh-potong empat (ku tukar  ayam kampung)
    • 2cm halia-tumbuk
    • 1/2 ulas bawang putih-tumbuk
    • 2 biji bawang merah-tumbuk
    • 5 cili padi} dikisar-akak tambah dalam 10 biji-berdesing telinga
    • 1 sudu makan sos tiram
    • 1 sudu makan sos cili
    • 1/2 sudu makan kicap masin
    • 1 sudu makan gula
    • 10 tangkai kacang panjang-potong kecil
    • 30ml air
    • garam
    • minyak
    • akak tambah-1 biji bawang merah di hiris bulat
    • sebatang karot di potong memanjang, 1 biji cili hidup di potong serong 
    Cara-cara
    1. Lumur puyuh ngan garam n goreng hingga garing, ketepikan.
    2. Tumis bahan-bahan  kisar hingga garing. 
    3. Masukkan air bersama sos cili, sos tiram, kicap masin, gula dan  garam secukup rasa.
    4. Masak hingga kuah pekat, masukkan puyuh (ayam), karot, kacang panjang, cili dan bawang besar  tadi. gaul sebati dan angkat.

    Sape yang botak (kacang botaklah)

    Salam buat semua…ishhhhh minggu ni minggu yang tak baik kot….macam-macam hal…mula-mula cpu buat hal…meroyanlah kejap…pastu streamix pulak buat kacau…gggggggggggggggggg…..geram sungguh…
    Yelah ..langit pun bukan selalu cerah…..ingatkan kalau tak elok jugak nak gi ke cybercafe petang ni…semata-mata nak tenguk blog….alhamdulliah lepas firdaus pot pet pot pet dengan tm barulah okerrrrr…..

    Okeylah…buat kacang botak dah lama dah…akak dah pernah buat tahun lepas…suami akak ashik ulang aje makan…oleh sebab tahun ni tak buat lagi…akak merajinkan diri buat kacang ni minggu lepas….

    nak cepat punya pasal adalah yang terhangus sikit..api jangan besar sangat yer..
    Akak ambil resepi ni member myresepi che iza nun jauh di utara…dah dapat baby ni dia takleh merempit sangat dah…almaklumlah ada budak kecik…bukan boleh nak melepak lama-lama kat pc…betul tak che iza…akak minta izin c & p yer..

    Bahan-bahan
    • 1/2 kg kacang tanah-akak gunakan kacang yang telah di buang kulit
    • 2 1/2 cawan  tepung beras (lebih kuranglah)
    • 1/2 cawan  santan
    • 1 1/2 sudu besar  serbuk kari
    • 1 sudu besarserbuk cili
    • sedikit lada sulah
    • sebiji telur gred c jer
    • 1 1/2 sudu besar  gula
    • 1 sudu kecil  garam
    • 2 sudu kecil  serbuk pati ikan bilis / udang
    • 1/2 cawan  air (bergantung)
    • akak tambah : daun kari
    Cara-cara..
    1. Basuh kacang bersih. Tapi ala kadarlah eh jgn over lak…. kang kembang. Toskan kacang.
    2. Bancuh 2 cwn tepung ( tinggalkan dulu 1/2 cwn) dgn semua bahan kecuali air… Gaul semua bahan hingga sebati.
    3. Perlahan2 masukkan air sikit2 hingga jadi aduan yg likat..
    4. Masukkan kacang yg telah ditoskan tadi kedlm bancuhan tepung. gaul rata.
    5. Tabur lebihan tepung beras atas bancuhan kacang tadi… Gaul sikit…. bertujuan utk bg kering sikit bancuhan kulit tepung tu dan tuk memisahkan kacang2 tu.
    6. Goreng dlm minyak yg panas… deep fry…

    Dating dengan member blog lagi

    Anak sapelah ni kan…cutekan…al maklumlah ayah dia orang putih..akak ambil gambar dia..dia pun konon kononnya ambil gambar akak…
    Nilah anak manis.. Aisha nama dia……member blog yang akak jumpa pada hari Sabtu lepas….rugi tak bawak imran..kalau idak boleh imran mengurat dia..ahaksss (boleh ke manis)…akak jumpa manis dengan se orang lagi member blog yang cuma sapa menyapa di shoutbox ataupun ruangan komen …amysinsei (maksudnya cikgu amy-ni amy yang bagitau…
    ambik gambar kat kedai mamak ajer..peduli apa.akak bukannya orang yang jaga standard ..nak jumpa kat warung pun boleh
    Amy baru balik dari belajar di jepun….mula-mula segan jugak nak jumpa org yang belajar jauh-jauh ni..al maklumlah..nasib baiklah amy ni peramah orangnya..mulut pun pot pet pot pet macam akak jugak…kami jumpa di phileo damansara..akak memang tak pernah pergi ke tempat ni…daripada akak sesat baik ajer akak ikut amy dari belakang…amy tunggu akak di jalan kat pusat perubatan universiti malaya.
     Kami lepak kat kedai mamak..taklama kemudian manis pun sampai dengan anak dara dia….tinggi lampai orangnya…..nasib baiklah manis pun ramah tamah..seronok jumpa dengan mereka berdua ni..kami lepak sampai pukul 3.00 petang..akak kena balik sebab adik ipar nak datang…dia nak datang dari masa raya lagi..tapi akak ashik berjalan ajer…manis pun ada hal lain..

    Untuk amy    http://amysensei.blogspot.com/ dan manis  http://wangi74.blogspot.com..terima kasih sudi jumpa dengan akak..akak minta maaf ye jika ada tersilap kata masa kita lepak ..nanti kita jumpa lagi yer...
    Saje nak tunjuk lauk daging grill pedas ni..akak dah byk kali tepek resepi..kali ni akak campurkan dengan buah mangga yang ct delima bagi…adusss sedapnya..

    Shepard Pies

     Aduhhhh..geram sungguh dengan cpu ni … dah keluar duit beratus pun masih buat hal lagi…kesian firdaus kena gi hantar balik ke kedai komputer..akak pulak bingung tak leh update….bukan teruk pun problem cpu ni ..cuma power supply yang buat hal…
    Bila jejalan kat umah suzi kat australia tu akak tertarik nak cuba resepi shepard pie ni..memang tak pernah buat lagi..tekak orang melayu nak cubalah pulak jadi tekak omputih..akak masukkan dalam ramekin..senang sikit nak makan….kalau nak senang gunakan beg aising dan picitkan ke dalam ramekin…tapi kalau nak gunakan sudu pun boleh jugak..
    Suzi ambil  resepi dr Tirana….Tq Tirana berkongsi resepi…

    Bahan-bahan A
    • 400 gm minced meat
    • 1 batang carrot (big size) – diparut kasar
    • 1 labu bawang besar (medium size) – dipotong dadu
    • 2 sudu besar sos tomato
    • 2 sudu besar kicap
    • 1 sudu besar sos worchestershire
    • 2 sudu besar tepung gandum
    • sedikit minyak

    Bahan-bahan B

    • 4 biji ubi kentang(medium size) – direbus sampai empuk
    • 2 sudu besar butter
    • 150ml susu
    • sedikit lada sulah
    • 1 biji kuning telur – dipukul sedikit-akak tukar guna slice cheese di potong kecil

    Cara membuatnya (Bahan A)

    1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar.
    2. Bila bawang telah layu, masukkan minced meat. Kacau sebentar hingga daging masak.
    3. Masukkan carrot. Kacau lagi.
    4. Masukkan sos tomato, kicap dan sos worcestershire. Kacau rata.
    5. Rasa garam. Kalau kurang masin, tambah sedikit garam.
    6. Taburkan tepung gandum dan kacau rata-rata. Tutup api dan ketepikan.
     Cara Membuatnya (Bahan B)
    1. Panaskan susu dan mentega dalam satu bekas. Jangan sampai mendidih, cukup setakat mentega cair saja.
    2. Ubi kentang yang telah direbus, buang kulit dan dilenyekkan. Kalau nak mudah guna hand mixer.
    3. Masukkan campuran susu dan mentega ke dalam mashed potato tadi dan guna mixer untuk sebatikan semua bahan.
    4. Masukkan sedikit lada sulah dan sedikit garam. Kalau lagi.
    5. Masukkan campuran daging yang telah dimasak tadi ke dalam bekas kaca yang leper(lebihkurang 6” x 6”) dan tahan panas (oven proof). Ratakan dan mampatkan sedikit.
    6. Kemudian tuangkan campuran ubi kentang ke atas lapisan daging tadi dan ratakan. Sekarang kita ada dua lapisan iaitu lapisan daging di bahagian bawah dan lapisan kentang di bahagian atas.
    7. Sapukan kuning telur di atas lapisan kentang.
    8. Bakarkan dalam oven dengan kepanasan 170 darjah celcius selama 30 – 40 minutes.
    9. Bila masak, bahagian lapisan atas kelihatan kekuningan.
     Memang sedap…suami akak pun suker…lain kali boleh buat lagi..akak pun suker jugak..

    Ikan Siakap Masak Masam Manis

     Aduhai meroyan sungguh dibuatnya sejak hari jumaat lagi…geramlah sebab cpu tak nak hidup…kenalah keluarkan duit dulu baru boleh hidup balik pc ni…dahlah gaji lambat lagi kecuali orang kerja gomen…..apa nak buat orang pun selalu gak kena sakit..sekali-kali pc pun nak sakit jugak…akak rindu nak berblog…ada ke yang rindu dengan akak (perasan)…
    Kali ni buat ikan masak stail jun http://yummylicious-jun.blogspot.com/
    …cubalah ek..
    Bahan-bahan
    • 1 ekor ikan bawal-dilumur garam n kunyit atau dilumur garam dan sedikit tepung jagung.(akak gunakan ikan siakap-dikepakkan)
    • 3 biji bawang merah-ditumbuk
    • 1 ulas bawang putih-ditumbuk
    • 1 in halia-dihiris panjang2
    • 1 biji tomato-dipotong dadu
    • 1/2 biji cili capsicum-dipotong dadu
    • 1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
    • 2 sudu besar sos tomato
    • 2 sudu besar sos cili
    • 1/2 lobak merah-dipotong dadu
    • 1/3 timun-dipotong dadu-tak letak tapi tukar ke putik jagung, bawang besar potong bulat dan cili merah
    • sedikit bunga kobis
    • sedikit nenas-dipotong dadu
    • sedikit garam dan gula secukup rasa

    Cara-cara
    1. Ikan yg dilumur tadi digoreng hingga garing sedikit. Ketepikan.
    2. Tumis bawang yg ditumbuk, halia dan bawang besar.
    3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau. Masukkan tomato, cili capsicum dan sayuran lain. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
    4. Biar mendidih, masukkan garam dan gula.
    5. Curahkan atas ikan yang telah di goreng tadi.