Ayam Masak Merah Madu

Buat ayam ni untuk buka puasa pun sedap..lebih sedap kalau dapat makan dengan nasi minyak..oleh sebab akak malas nak buat nasi minyak…makan dengan nasi putih ajelah..resepi ni ambil dari rumah hana di jepun dan resepi asal dari lela…minta halal c & p aje ye..

Bahan-Bahan:

-Ayam 500gm (perap dgn garam & kunyit)
-3 sudu besar cili kisar
-6 ulas bawang merah – dikisar
-2 ulas bawang putih – dikisar
-2 sudu besar sos cili
-3 sudu besar madu
-1 sudu kecil serbuk lada hitam
-2 biji lada besar – potong serong
-Air
hana tmbh halia, serai ketuk serta bawang hiris.akak pulak tambah bunga lawang, bunga cengkih, pelaga dan kayu manis dan bawang besar potong bulat.

Cara-caranya:

1. Ayam digoreng dulu, kemudian alihkan.
2. Tumiskan bunga lawang, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis bersama hirisan bawang besar dan serai sehingga berbau wangi dan masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili kisar, tumis hingga garing.
3. Kemudian masukkan sos cili dan madu.
4. Masukkan sedikit air, tunggu hingga mendidih.
5. Masukkan ayam yg telah digoreng tadi bersama-sama lada besar dan lada hitam.
6. Sedia untuk dihidang dan hias bersama daun bawang dan daun sup.

4 thoughts on “Ayam Masak Merah Madu

  1. salam watie…terima kasihlah dtg mengintai tiap-tiap hari kat rumah akak..nasib baik mengintai makanan..klu mengintai akak mandi…aduhaiiiiisalam momguess…cubalah buat cuti nanti ye..salam ain…nanti masaklah sediri..ainkan pandai memasak…lagipun jauh bebeno nak hantar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s