puding

Agar-Agar Bunga Rumput

 
Fuhhh lotih dibuatny..dari pagi keluar…gi servis kereta…gi ambil anak dan gi lagi ke giant beli beras dan minyak masak.  Semalam dah pergi..habis dalam RM400.00 tapi tak cukup duit nak beli benda di atas tu..aduhai mahal betul barang sekarang ni.


Nak tau…akak sambar gula berapa peket?  10 peket tau..sebab dah sibuk keluar dalam berita kata nun di utara dah kehabisan gula..beringat sebelum tak dapat.

Bila ashik cuaca panas..makan agar-agar pun sodap kan…akak ambil resepi ni dari majalah saji juga.  Anak akak pelik dan hairan tenguk agar-agar ni..hai anak-anak..hairan kot tenguk mak dia ashik buat masakan pelik-pelik sekarang ni.  Apa nak buat..mak dia terlebih rajin.  Kalau tak rajin..rumah pun malas nak sapu tau..biasalah kadang-kadang datang mood pemalas.

Bahan-bahan
  • 1 bungkus paket agar-agar
  • 4 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 biji telur
  • 2 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • sedikit pewarna hijau
  • secubit garam
Cara menyediakan
1.  Rendam agar-agar seketika dan toskan airnya.
2.  Kemudian masak agar-agar bersama air sehingga agar-agar hancur.
3.  Masukkan gula, pewarna hijau, garam dan biarkan hingga gula larut.
4.  Tapiskan adunan agar-agar tadi ke dalam loyang.
5.  Kemudian, jerang bancuhan santan dan telur (dipukul dulu)
6.  Masak hingga mendidih.
7.  Tuang adunan bancuhan santan di atas adunan hijau.
8.  Sejukkan sebelum di potong.
Advertisements
cerita akak/anak-anak

Nak Parrot???

Tengah lepak-lepak lepas maghrib….akak kat dalam bilik layan novel..


Imran baru balik mengaji..ayah dia cam biasa lepak sambil tenguk bola sepak…

  • Ayah…Im nak benda boleh tak?
  • Nak apa?
  • Im nak suruh ayah beli parrots?
  • Parrots???apa ke benda tu?
  • Ala burung yang boleh cakap tu!
  • OOOO burung kakak tua.  Kenapa?
  • Im boringlah..sebab tak orang nak cakap dengan Im..(kesiankan..apa nak buat…dah nasib dia)
  • Kalau ada parrot …Im boleh cakap dengan dia.  Im tak ada kawan lah.

Tergelak besar suami akak..akak kat dalam bilik pun gelak (sebab dengar)

  •  Ayah dah ada parrot dah.
  • Kat mana?
  • Ala dalam bilik tu…kepala hitam..ayah beli RM2.,000.00 tau.  Mahal tau.
  • Ala..mak …nak buat apa..

Akak keluar dari bilik…
OOOO banyak cantik cakap ina cam tu ek.. ni parrot besar dah datang.

Akak berlakonlah jadi parrot..mereka berdua gelak…haiii macam-macamlah si Imran ni.

artis/pelakon · Pelakon AdaMaya

Kesian Adam..Menci Tenguk Maya (Adamaya punya cer)

 
Kesiannya bila  tengok  air muka adam  yang muram bila  dia ternampak si Maya berpegang tangan si Dani yang gila bayang.  Mesti hancur perasaan dia… bila tenguk isteri dia berkelakuan begitu.  Dah kira berdosa kan camtu.

Ishhh..janganlah perkara seperti ini berlaku di dalam keluarga kita kan.  Kesian tenguk muka anak dia si Amani tu…kecik lagi budak tu dah mak buat pasal. 

lelaki tak sedar diri..anak dan isteri di ceraikan sebab nak menggatal dengan isteri orang..(ishh macam kisah betul diakan..dia pun bercerai..tapi dia kawin dengan anak dara)
Walau pun hanya cerita..tapi cerita tu  seakan-akan benar-benar terjadi kerana pelakon-pelakon dia pandai menghayati watak yang di beri kepada mereka.

Memang betullah…..cinta pertama memang susah nak lupa. Tapi entahlah…jika akak lah dapat suami cam Adam tu..baik dan bertanggungjawab walaupun tak romantik…mesti dah lama terjatuh cinta.    

Maya…maya….Sampai  kamu sanggup menipu suami pasal nak jumpa kekasih hati.  Hai Maya..tak ingat dosa ker?  Pasal kawin paksa …dia sanggup kata dia lebih sayangkan Dani yang tak handsome  dari sayangkan si Adam.


Nanti kalaulah anak akak nak kawin akak tak naklah paksa mereka..biarlah mereka pilih sendiri…tapi dengan syarat biarlah pilihan hati mereka tu memenuhi 4 ciri-ciri penting yang telah di gariskan dalam agama islam.  

Takut nanti bila akak paksa mereka kawin dengan pilihan akak…bila terjadi macam tu..saper yang akan di salahkan nanti..akak jugak kan..

p/s rasa-rasanya ada tak berlaku perkara cam ni dalam masyarakat kita sekarang ek?

Ayam

Ayam Panggang Blackpepper Bermadu

 Miss nak tenguk jangan tidur lagi semalam..padahal tak tidur lagi..ashik borak dengan hb yang tenguk bola..nanti cari kat portal TV3lah..


Buat hari minggu lepas..resepi yang senang sesangat..jomlah try yer
Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam
  • 4-5 sudu makan sos lada hitam life
  • 4 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 sudu makan madu
  • 1 sudu makan lada hitam
  • sedikit garam
  • 1-2 sudu minyak zaitun/minyak masak

Cara

1.  Basuh ayam yang di potong 2 dan kelar-kelar bahagian isi dan toskan.
2.  Tumbuk bawang putih dan halia dan masukkan ke dalam mangkuk
bersama-sama sos lada hitam,  madu, garam dan minyak zaitun.
3.  Lumur ke semua bahagian ayam dan perap dalam peti sejuk selama 1-2 jam.
Lagi lama lagi sedap.
4.  Panaskan oven 200-220 C ..dan bakar ayam selama 45-1 jam bergantung kepada besar ayam.Kalau rajin balik-balikkan yer.  Akak suker bila dah masak ayam buka api atas ajer bagi gelap sikit ayam tu..sekejap ajer tau..kang rentung kan..
makan bersama nasi ayam
Untuk resepi nasi dan sup kat sini yer nasi ayam
Saje-saje nak cerita

Cerita orang perempuan

Jangan pulak kata akak ni nak mengumpat yer..akak bercerita dari pengalaman akak sendiri.  Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.
Bila lepak-lepak dengan seorang adik di kolam renang di Jakarta dulu…dia ceritakan masalah dia dengan suami dia.  Akak panggil dia N ajerlah.

Beliau seorang guru berijazah dan bercuti tanpa gaji sebab nak ikut suami dia yang bekerja satu office dengan suami akak..tapi dia datang lambat sikit..setahun selepas akak sampai.  Orang perempuan bila berkumpul mesti bercerita dan bergossip ..betul tak?

Oleh sebab akak ni yang tua masa tinggal kat situ..N anggap akak macam kakak dia…apa masalah rumah tangga dia akan ceritakan kat akak…dah tak ada tempat nak mengadu..mana ada saudara mara kat situ.  Mula-mula dia tanya..
Macamana akak dengan suami akak ..oker ker?  Akak ada simpanan tak?   Isshhh memanglah ok..setakat ni alhamdulliah ..tak ada masalah..tapi tipulah bila kata tak bergaduh langsung..setakat merajuk dan bergaduh sayang tu adalah.  Adatlah kan ada hujan dan ada panas.  Simpanan adalah sedikit sedikit.

 Pastu dia tak ada simpanan langsung walaupun gaji dia agak lumayan..katanya duit habis untuk perbelanjaan anak-anak..
ehhh…
suami tak  bagi duit ker?
Ada…tapi tak cukup? Tapi habis beli susu anak, pampers, bayar orang gaji dan bla…bla….bla…
Mana boleh..kamu kena simpan sikit…nanti kalau terjadi
apa-apa payah nanti.

Dia senyum ajer..


Barulah N berani nak bercerita tentang hal suami dia. Suami dia pernah tersangkut dengan  Miss J masa satu office kat Kl.  Nasib baik lah N dapat tau..N call J tu dan tanya apa yang buat dia tersangkut kat suami dia.  J kata macam ni….macam ni…terpaksalah N berterus terang dengan J ..janganlah ganggu suami dia lagi..sebab mereka dah ada 2 anak.  Nasib baik J faham sebab dia pun ibu tunggal..dan punya anak seorang. Nasib baik lepas tu suami dia di tukarkan ke Jakarta.

 Berpisahlah mereka berdua..seorang di Kuala Lumpur dan seorang di Jakarta.  Suami dia balik setiap 3 bulan..bila dah tak tahan agaknya suami dia ajak N tinggal sekali dengan dia di Jakarta.  N bawak bibik dia sekali bersama 2 orang anak.

N minta pendapat akak..camner nak mengambil hati suami dia…akak ni bukannya pandai sangat pun…akak ajarlah dia…kamu kena macam ni…kamu kena macam tu…masaklah lain-lain..jangan masak yang sama ajer…akak ajarlah dia masak cara akak.  Bila suami balik kerja layanlah dia..buatkan air ker..buat kuih ker..almaklumlah dulu N bekerja jadi masa nak layan suami tak ada masa sangat.  Lagipun dia mengajar belah petang..sampai rumah..suami dah sampai dulu.

Alhamdulliah…sepanjang dia di sana ..perhubungan mereka semakin erat dan khabarnya dia dah tinggal di Miri lah pulak.. dan sekarang ni dah mengajar di sana.  Langsung lost contact…sebab akak balik dulu dari dia..

Orang lelaki ni memang nak kan perhatian..kalau boleh nak cuci tangan dia sekali masa makan dan dah habis makan..tapi tenguk jugak ..bukan  semua lelaki camtu.  Yang buat akak angin sebab ada orang lelaki kata orang perempuan Indonesia (daydeck suruh bubuh full)  punya layanan  memang super….ala super powerrr.sebab mereka rajin makan jamu kot….kalau idak tak kan ramai yang kawin dengan perempuan indonesia.

Orang lelaki ni tak tahu yang sebenarnya perempuan indonesia ni gunakan mereka sebab nak kikis duit mereka (bukan semua)..pastu dia tinggalkan..sanggup mengaku dah janda..padahal suami masih ada di sana..jadi hati-hatilah dengan perempuan indonesia..akak berani cakap sebab ada bapa saudara yang kawin dengan orang indonesia…dia dan anak-anak  termasuk makcik ashik puji perempuan indonesia tu baik…iiiii menyampasnnnyaaaaa..padahal bapa saudara tu ada bini orang sini.

Akak dan suami cuma kata kat anak-anak dia..berhati-hatilah..jangan nanti menyesal..tapi mereka macam marah ajer dengan kami berdua…Lantaklah..kami bagi nasihat ajer..mereka nak terima ker idak..suka hatilah.

Ayam · daging

KOROKKE (MEAT CROQUETTE)

 Nuffnang ni ikut suka hati dia ajer nak bagi contest..hari ni punya contest keluar belah petanglah pulak..dari hari isnin akak ashik bukak …tapi tak ada…

Bila akak nak ambil imran balik dari sekolah baru akak perasan dah keluar dah tajuk baru…haru biru dibuatnya..kenalah buat cepat-cepat.nasib baik faham tajuk dan tau macammana nak masukkan embed youtube tu..kalau idak mesti tak dapat..sebab sekarang ni ramai giler yang masuk contest ni..kalau lambat memang gigit jari lah jawabnya..dahlah pemenang yang dia hendak cuma 50 orang..

Oleh sebab nak kejar RM20.00 terlambatlah akak ambil si Imran…dia dah membebel..sebab kehausan..pastu duit poket dah habis beli air…ala sekali …sekali lambat apa salahnya kan.
Tenguk tang nama pun macam best ek….kalau salah sebut jadi karokae…bila bua tni bolehlah kita berkarakoe di dapur…oleh sebab mamafami ni suka makan keju dia tulis resepi dalam bahasa omputih..puaslah akak nak memahamkan resepi ni..padahal senang ajer..al maklum sekolah tak tinggi..

Mencecehlah pulak..sape yang makan sambal belacan tak tahu nak terjemah dalam bahasa melayu bolehlah gunakan google translate…cik google pun bukan betul terjemahannya..tapi bolehlah ..asal faham dahlah kan..akak c & p ajer dari blog
Ingredients :
  • 500g potatoes ~ peeled,boiled and mashed
  • 1/2 large onion ~ peeled and diced
  • 1 stalk spring onion ~ washed and cut small
  • salt to taste
  • ground white pepper to taste
  • 200g minced meat
  • 5 pieces canned button mushroom ~ diced small
  • 1 cup panko(Japanese bread crumb) ~ I used normal bread crumbs
  • 1 egg ~ lightly beaten
  • 1/2 cup rice flour
  • enough oil for frying
Method :
1. Saute minced meat and onion in skillet for 5 minutes.
2. Place mashed potatoes in a large bowl.Combine salt, ground pepper,cooked minced meat, diced button mushrooms and spring onions together, mix well.
2. Shape potatoes mixture into small balls, slightly press the potatoe balls into a cylinder or disk shape. If the potatoes are too soft, place the shaped potatoes into fridge for 30 minutes or longer.
3. Roll shaped potato balls onto rice flour, then dip into egg mixture before coating with breadcrumbs.
4. Prepare fryer or deep skillet at medium heat with oil. Place the coated croquettes into the hot oil. Fry croquette both side until golden brown.
5. Remove the fried croquettes from fryer and place on kitchen towel to drain off the excess oil.
6. Serve warm as snack or with meal.
A Nuffnang/contest/duit/event/movie/best

Road Trip with My Broadband

Sekarang ni kalau tak ada internet memang payah..dah jadi kebiasaan dah kalau sehari tak melayari internet boleh meroyan dibuatnya.


Dulu-dulu kalau melayari internet guna broadband TM dial up..kalau gi jejalan memang payah sebab tak ada broadband yang boleh di bawa ke mana-mana.  Sekarang ni dah macam-macam broadband yang ada di pasaran.

Pilihlah ajer yang mana satu…nak maxis ker..nak celcom ker..macam sekarang akak guna tm streamix..memang susah nak bawak gi ke mana-mana.  Kalau balik kampung ker ataupun gi jejalan luar dari Kuala Lumpur memang tak merasalah nak melayari internet.

Kena cari juga satu broadband..senang nanti nak update blog.  Kalau ada broadband kita nak tenguk e mail ker..nak baca blog member ker…atau pun nak cari tempat makan, hotel pun senang.

Kalau nak guna internet kita boleh guna broadband wiggy P1 wimax ni..sebab dia ringan dan mudah hendak di bawa. Tak ada wayar pulak…boleh masuk dalam poket seluar ataupun poket baju sebab dia kecik betul…bayaran pun taklah mahal sangat.  Jomlah kita bertukar ke P1 wimax ni.

Ep 8/49 – Project Alpha S2

Ep 9/49 – Project Alpha S2

Ep 10/49 – Project Alpha S2

 

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS
kenangan lalu · luahan hati

Barulah merasa

Dulu nak beli pinggan mangkuk mahal …jangan haraplah..sebab masa baru kawin suami akak kerja di Jay Bee..akak pulak bekerja di Kuala Lumpur.

Gaji masing-masing tak tinggi…gaji akak masa tu tak sampai  pun RM500 dan suami pulak tak sampai RM1,000.00.
Mana nak bagi mak lagi..tambang nak ke jay bee…kami bergilir ikut giliran ..kalau minggu ni akak ke jay bee..minggu depan hb  akak pulak turun ke kay ell.  Duit habis kat tengah jalan.

Pendapatan suami kena bagi pulak  arwah mak dia sebab adik beradik dia  ramai dan ada 7 mulut yang perlu di beri makan. Pastu kena bagi kat akak lagi..dah tanggungjawab dia kan kena bagi nafkah kat isteri dia. Ibubapa hb cuma kerja menoreh getah ajer..pastu ada  pulak adik beradik dia yang bersekolah.  Memang susah kami berdua masa tu.
Bila dah bersalinkan Russhdi lagi banyak pakai duit…akak kena bagi emak upah sebab jaga Russhdi..duit susu lagi..minyak kereta (sebab akak tumpang member naik kereta..tak kan nak  free..)memang tak menyimpan langsunglah..masa tu akak beli teasets arcopal dari kakak yang akak tumpang naik kereta..bayar 3 kali.
 bekas dari pyrex..lama dah ni.. baru di pecah 
dek kucingnasib baik dah puas pakai..
Bila Russhdi dah 6 bulan..mak suruh akak berhenti kerja ..dia risau tenguk kami…seorang kat sana…seorang kat sini….abah marah sebab bukan senang dapat kerja kat kerajaan.  Puas jugak akak fikir..setelah di bahagi..di darab dan di campur..akak ambil keputusan berhenti.  Fikirkan mungkin ada rezeki  lain selepas ni.
 tinggal lah tutup dia..nak buat apa ek..nak buang sayanglah pulak…elok jugak pecah..boleh guna yang lain
Bila dah berhenti kerja..lagi terasa susah.  Nasib baik mak bagi pinggan mangkuk, bantal dan serba sedikit kelengkapan rumah tangga masa nak  pindah ke Jay Bee.  Kami pindah naik van bapa saudara suami ajer.  Tak tahu berapa RM  yang suami akak bagi kat dia.

Alahamdulliah walaupun gaji kecil suami akak beli juga kelengkapan tempat tidur, dapur dan peti sejuk kecik.


Suami bagi banyak ni..(luperlah berapa)..akak terpaksa terima..pandai-pandailah budget…jarang nak merasa udang besar ker..kalau ayam pun beli sebelah ajer..tak lama 2 orang adik hb tumpang kat rumah akak…lagi bertambah perbelanjaan lagi 2 kepala.  Lagi akak pening nak budget duit.  Nak buat camna…hb akak kesian tgk adik beradik dia gaji kecik..mereka tolong bayar bil api dan air.

Bila abah datang ke Jay Bee…dia buka peti ais kecik kami…dia menangis bila tenguk peti ais kosong. (Akak tak cerita pun kat suami akak..hal ni)..macamana tak kosong …akak memang beli ikan hari-hari kat orang yang datang bawak lori…abah dah salah sangka….dia ingat akak susah sesangat (memang susah pun) bila balik ajer kat rumah abah ..dia bagi makan sedap-sedap.  Masa tu jugak tak ada washing machine..sental ajerlah kain baju hari-hari.

Masa kat Jay Bee jugak akak mengandungkan Firdaus…masa nak bersalin..abah ajak akak bersalin di Kuala Lumpur.  Kesiankan akak duk jauh..tak ada orang nak jaga nanti..lagipun Russhdi kan cucu sulung..tentu atuk dia suka bila cucu dia tinggal sama-sama.  Akak dan Russhdi balik naik keretapi ke Kay Ell bila lagi 1 bulan nak bersalinkan Firdaus.

Alhamdulliah..tak lama kemudian suami dapat kerja di Kuala Lumpur …masa nak angkat barang dari Jay Bee ..akak tak pergi..suami akak ajer yang pergi…barang taklah banyak sangat..cuma pakai 1 lori kecik.  Sepupu akak yang duduk kat Sekudai tolong kami pindah..

Oleh sebab adik hb masih duduk kat rumah tu..terpaksalah tinggalkan katil, almari solek, sofa dan serba sedikit barang untuk mereka.  Tapi mereka tinggal kat situ tak lama..sebab lepas tu mereka pindah pulak ke rumah yang akak dah beli di Taman Universiti, Skudai..sekarang rumah tu akak dah suruh suami jual kat adik dia…sebab adik dia dah kawin….mana boleh ashik duduk free ajer kan.  Akak tak merasa tau duduk kat situ..mereka yang merasa dulu.

Masa kat KL,  akak tinggal di Taman Melati..kat tingkat 1.  Rumah akak ruang tamu menghadap bukit..tinggal kat sini pun rumah akak masih kosong..yang ada cuma katil (mestilah ada kan..kalau idak sakit pinggang), peti sejuk dan tv(bawak dari rumah di jb), kerusi makan, …memang sedihkan masa tu.  Duduk pun atas lantai..tak ada sofa..masa tu dah 3 orang anak dah.  Suami akak bertungkus lumus kerja overtime..tu sebab dia kurus kering masa tu. Tak jugak akak berpeluang nak beli pinggan mangkuk berjenama.  Pakai apa yang ada ajer..

Tak lama  pindah pulak ke Flat Gombak Setia..sebab dekat sikit dengan rumah mak..tak payah nak naik bas lagi..masa ni akak duduk jugak kat tingkat satu…akak mula beli hutang pinggan mangkuk..tapi tak mahal..sebulan cuma bayar RM15.00 …tu pun yang tak berjenama.  

Oleh sebab ada problem dgn tuan rumah..akak pindah lagi ke Flat Sri Langkawi ..blok 08..nasib baik rumah bawah sekali.
 mengajar kat dalam kabin..kesian kan

Tak lama akak dapat kerja jadi guru tabika.   Dah ada duit di tangan baru akak berani nak beli pinggan arcopal…tu pun beli kat rantau panjang kat kelantan.  Dah pun habis dah kena pecah dek anak-anak..termasuk lah akak yang memecahkan.  Masa ni jugak akak  baru berani beli periuk arcopal dan vision..nak merasa..bayar ikut sistem kutu.

 bagi hadiah kat anak sendiri..hari  jadi kat mcd
Bila abah dah beli tanah kat padang balang..dia ajak akak duduk sama..buat rumah 2 tingkat..macam town house..akak duduk atas..abah duduk bawah…..sebab dia bosan tinggal dengan mak..tak ada cucu dekat dengan dia..  

Masa ni akak dah lega dah..gaji dah makin naik…akak beli jugak lagi pinggan mangkuk arcopal..dari member hb..masa tu time offer..beli sampai 2 set..tu pun tinggal 1 set ajer..banyak yang dah pecah.

..
Yang terakhir sekali akak beli vantage..nak beli cash tak mampu…bayar ikut sistem kutu..nasib baik suami adik ipar kerja tudm..dapatlah beli kat pernama..merasalah akak pakai pinggan mangkuk berbunga-bunga…

sekarang ni dah senang sikit…sebab gaji suami dah okeylah jugak..tapi tak boleh bersenang lenang sebab kat Kay Ell ni..bila dengar tang gaji macam hebat..tapi bila dah di tolak hutang..tinggallah se ciput. Anak-anak semua masih belajar lagi.


Oleh sebab akak dah tak kerja lagi..akak beli semua ni pakai lebihan duit dapur yang suami akak bagi..pandai-pandailah nak budget .  Segan nak minta dengan dia…


Suami dah kata dah..
bila beli mesti pakai…kalau idak nanti dia bagi isteri kedua dia pakai bila akak mati nanti..
sabar ajerlah..sekarang ni kalau datang rumah akak boleh merasa makan dengan pinggan mangkuk vantage ni..

p/s nafsu nafsi tak habis lagi nak collect koleksi pinggan mangkuk lama…bila boleh berhenti ek?

A Nuffnang/contest/duit/event/movie/best

Love World Love Sloggi

Akak suka laut

hutan rimba

air terjun

 
sungai

burung
 

dan binatang

Tetapi akak
Benci
Benci
 
Benci




 
Benci

 
Berdamailah

Bila sampah sarap yang tidak di selenggarakan 
dengan baik..beginilah jadinya…kita mestilah
kitar semula botol
dah kertas…
agar bumi tidak akan tercemar

tapi bila anda ada ini
anda mesti menggunakan ini
dan ini..jika anda  memakai sloggi..anda akan merasa selesa, tidak berpeluh dan tidak berbau disebabkan sloggi telah

memperkenalkan rangkaian lingerie which is made out of recycled material. With the wonders of technology, now we won’t have to compromise comfort and a perfect fit while saving the environment! Untuk keterangan lanjut mengenai sloggi boleh klik SINI

sayangi bumi ini..dan sayangi sloggi

luahan hati

Adik dia bukan penjenayah

Bila baca dalam surat khabar Harian Metro tadi..kesian ek budak umur 15 tahun kena tembak dek polis.  Tak tahu salah sape…cuma Allah s.w.t. yang mengetahui cerita sebenarnya. 


Kata kakak sulung mangsa, dia tak tahu bila adik tahu bawa kereta.
Kejadian berlaku kira-kira 100 meter dari rumah ibunya, malah tidak menolak kemungkinan adiknya memecut laju kereta untuk pulang ke rumah.

1.  Macamana budak tingkatan 3 boleh pandai bawa kereta?
Mungkin dia dah pernah bawa kereta sebelum ni.  Tu sebab dia berani bawa pada malam kejadian.  Mungkin kawan yang cabut lari tu yang ajak dia gi tenguk perlawanan bola kat luar dan polis mesti menahan sahabat dia ni untuk mengetahui cerita yang sebenar.

Sepatutnya arwah duduk di rumah.  Mengulangkaji pelajaran sebab dia nak ambil peperiksaan PMR tahun ni.  Tapi dia berani keluar  rumah melalui pintu belakang kira-kira pukul 12.00 tengah malam tanpa di sedari sesiapa sebelum memandu kereta Proton Iswara milik adik dia.


Macam anak akak jugak..suka keluar memalam..akak kat rumah risau bila mereka lambat balik. 

2.  Kakak dia tak puas hati? 
Memanglah kalau  akak pun tak puas hati..tau-tau adik hilang…pastu pagi masa nak hantar anak ke rumah mak dia…dia  nampak  seakan kereta  adik dia di tarik ..

Tapi polis tak bagi dekat dengan tempat kejadian.  Lepas buat report kehilangan adik dia…mereka   gi ke hospital , tenguk-tenguk adik bongsu dia dah meninggal.  Adik dia bukannya penjenayah dan mungkin arwah panik bila di tahan polis dan tak tahu nak buat apa.


Menurut kata polis pula remaja lelaki tu memandu sebuah kenderaan  dan cuba melarikan diri  pada pukul 2.00 pagi.  Pastu enggan memberhentikan kenderaan walaupun di arah oleh peronda polis, sebalikmya memecut laju dan melanggar beberapa lampu isyarat merah.

Sejurus terbabas rakan suspek melarikan diri sebelum di kejar dua anggota polis peronda.  Tengah nak periksa keadaan suspek, tiba-tiba dia mengundur kenderaannya dan merempuh anggota berkenaan.  Terkejut dengan tindakan mangsa, anggota polis melepaskan tembakan ke arah suspek yang berada dalam kereta.
Sumber Harian Metro
Polis tak perasan ker muka budak tu .muka budak sekolah lagi.  Tembaklah kat tempat lain…Kalau pendatang asing tu bolehlah tembak…sebab mungkin masa tu dia orang nak merompak harta orang malaysia. 


Entahlah..remaja sekarang ni memang terlampau berani membuat perkara bukan-bukan..nak bunuh dirilah..suka hisap rokoklah…hidu gam…budak sekarang memang bangga sangat bila melakukan perkara begini..nak tunjuk terror konon.

Semuga anak-anak kita tidak terlibat dalam perkara begini. Al fatihah buat arwah.