artis/pelakon · winter sonata

Park Yong Ha Mati Bunuh Diri ( Pelakun Drama Korea Winter Sonata)

Advertisements
blogging · cerita akak · Saje-saje nak cerita

Bila tangan kiri ashik gatal ajer

Orang tua-tua kata..kalau tangan kiri ashik gatai ajer..maknanya duit nak keluar..
Betullah tu….memang kena keluar duit sebab nak beli power supply yang di sambar petir.  Tak sangka ada petir..sebab petang semalam cuaca cuma mendung ajer..akak pulak tengah layan ceta korea….ingatkan bila habis satu part …nak stop..pasal nak ambil Imran kat sekolah.
Tiba-tiba..pang…dan bau hangit..kelam kabut tutup semua…tapi dah terlambat..dah memang nak kena…selalunya kalau petir yang pertama, insyallah tak apa-apa….redha ajerlah
Nasib baik cuma power supply yang tak sampai RM100.00…bila dah beli baru..wayar nak masuk pula tak sama saiz…bila nak tukar tak ada stok…kena tunggu lagi..ishhhh tension akak dibuatnya..nasib baik memang rancang nak gi ke Perpustakaan Negara..bolehlah lepak sambil jawab komen kat situ..foc…best kan..tapi tak leh buat N3…lepas ada janji dengan member dan pastu ada hal lain lagi sampailah masa ambil Imran kat sekolah..balik lepak tenguk orang minyak….goreng nasi ajer pasal dah penat…lepas maghrib Firdaus gi tukar power supply..alhamdulliah dah okey dah…dugaan kannnnn
 .tapi kan….kalau kena mother board lagi haru…beratus-ratus..habislah duit nuffnang bulan ni…kena beringat lepas ni…sebab ni dah 2 kali dah..
cerita akak/anak-anak · Saje-saje nak cerita

Beza memang berbeza

Beza betul lah zaman akak dulu dengan zaman anak-anak …bila di kenang balik memang berbeza sungguh.
Dulu lepas bangun sembahyang subuh, terus tolong mak basuh kain kat perigi. Selalunya akak basuh dengan kak long akak… Walaupun camtu..seronoklah sebab basuh ramai-ramai.  Gosip menggosip mestilah ada.
Kalau ada orang bujang handsome mandi..mesti malu-malu kucing. Tapi taklah berani nak bertegur sapa.  Sebab kalau basuh kain mesti ada makcik-makcik..kalau kita layan ..mesti hebuh satu kampung..

Kau tau mah, anak kau lina tu gatal…borak dengan jantan…
….dulu memang orang kampung suker ambil tau pasal hal camni….ala busy body……tu yang bagus..sebab ada tukang sampai ataupun tegur bila kita buat perkara yang tak elok.

…jadi taklah kita ni lupa diri..taklah macam sekarang ni..hal maksiat pun di diamkan…nak tegur anak orang pun takut..sebab selalunya family dia orang selalu kat…


ehh..jangan jaga rumah tangga orang…jaga rumah tangga sendiri sudah..


Lepas basuh,  kena pulak perah kuat-kuat terutama bila basuh selimut ataupun cadar.  Kena sidai kena  cepat-cepat takut nanti kain baju tak kering.

Bila dah bekerja pulak, mana boleh nak bangun tidur lambat  atas alasan penat bekerja.  Mesti mak  marah sebab kata mak…
Anak dara tak elok bangun meninggi hari, tak elok.  Nanti rezeki susah nak masuk.
Pastu kena tolong mak kemas rumah, tolong mak masak.  Potong bawang, cili ataupun siang ikan walaupun masa tu sekolah rendah lagi.  Bila sekolah menengah pulak kena  belajar giling cili.  Mana ada elektrik masa tu.
 Tertonggeklah punggung yang masih cun nak bagi cili tu lumat.  Tapi masa buat tu tak adalah fikirkan malas ker, penat ker..buat suka rela.  Dan tak berani nak lawan cakap mak sebab nanti selalunya mak cakap…
Jawab..jawab…nak kena cili mulut tu….
ishhhh memang dah pernah kena.
 .ampun …sampai menangis dibuatnya..tobat tak nak jawab lagi lepas tu.

Lepas tu mak ajar serba sikit camner nak masak ni ataupun masak tu…oleh sebab masa tu abah suker makan masak lemak cili api..akak dan kak long kenalah jaga santan jangan sampai naik minyak ataupun melimpah.

Anak dara sekarang ni pulak….boleh tidur balik lepas sembahyang subuh.  Bila kejut ada ajer alasan dia..

Ala mak, bagilah rehat sikit..penatlah..bla…bla… ada ajer alasan mereka.

Kalau nak harapkan sidai kain, entah pukul  berapa kain boleh kering walaupun guna mesin basuh.
Kalau suruh potong bawang.,  Ala mak tak naklah..pedih biji mata.  Bau busuk.

Kalau suruh potong cili…..Ala tak tahanlah, pijar tangan.

Kalau suruh siang ikan…Ala busuklah..tak pandailah…bla….bla…
Kalau suruh goreng ikan, Ala mak…meletuplah, kena tangan nanti (takut bebeno cacat sikit tangan tu)

Kalau suruh buat kerja…………..kejaplah…kejaplah…kejaplah…tak habis dengan sekejap..

Kalau nak suruh masak…ada ajer alasan dia..padahal dah senang dah sekarang ni…petik ajer suis..
nasi dah masak…tak adalah nasi hangit macam zaman dulu ..kena lapik dengan tudung periuk lepas nasi kering..kalau tak jaga-jaga boleh hangit.
petik suis ajer.. cili dah hancur..tu pun tak rajin jugak nak ke dapur…
ada ajer alasan tak nak memasak
Akak selalu kata…
Kalau tak nak belajar masak sekarang ni…mesti susah bila dah kawin.  Kalau belajar tinggi pun mesti ke dapur jugak. Kalau dapat suami yang tak nak makan luar lagi payah.  Macamana penat balik kerja pun mesti masak. Bla..bla..bla..

Yang paling tak tahan…bila masak, tenguk tv mesti tangan tu tak lepas dari handphone…geram betul lah.  Duit tu habis beli top up ajer..bila tenguk apa yang dia orang sms..

Dah makan...satu sms

Dah siap…satu sms

Tak boleh ker…tulis ajer panjang-panjang sekali..

.sayang dah makan..nak mandi dah minum….kan senang.  Tak membazir duit top up tu.


Bila pot pet…pot pet…dia boleh jawab..

Ala mak zaman dah berubah..sabar ajerlah..

A Nuffnang/contest/duit/event/movie/best · artis/pelakon · vaseline/lotion/daphne king

Cakap-cakap pasal vaseline dengan Daphne King di Villa Manja

 
Masa pergi ke pelancaran Vaseline di Villa Manja, Jalan Tun Razak,
kami semua di beri kesempatan melihat tempat spa ni.
 
Terpegun bila masuk ke dalam Villa Manja ni…cantiklah..
lepas di jamu makan dan minum
 kami di beri kesempatan untuk sessi urut…bestnya 
dapat massage kat leher dan bahu lega…
tukang urut cuma 3 orang..tetamu ramai…jadi kenalah ikut giliran
 
Masa sessi cakap-cakap mengenai vaseline, Daphne bercerita tentang saat beliau melahirkan anak dan ianya  merupakan perkara yang tidak dapat dilupakan seumur hidup sebagai seorang  wanita.  Walaupun beliau tidak melahirkan anak secara normal dan melalui pembedahan namun ia masih merupakan kenangan yang tidak akan di lupakan seumur hidup.

Walaupun parut kerana pembedahan meninggalkan  kenangan yang sedih, tetapi dengan parut itu ialah bukti  yang beliau pernah menjadi seorang ibu.  Sekarang beliau telah pun  menjadi ibu tunggal ,  tetapi beliau masih dapat merasai perasaan bahagia apabila di kurniakan seorang cahayamata.

Dalam pada itu, Vaseline yang baru sahaja melancarkan losen kekal lama dengan memastikan kulit lembap dan sihat sudah pun berada di pasaran.
“Parut di perut saya selepas pembedahan melahirkan anak adalah kenangan yang tidak dapat saya lupakan. Ia tidak meninggalkan kenangan buruk tetapi ia menjadi satu memori yang sangat indah sebagai ibu. Namun, sebagai seorang wanita, saya juga mahu memiliki kulit yang lembut dan halus,” ujarnya lagi
Setiap kali  Daphne melihat anak perempuannya, dia teringin memiliki kulit licin dan lembut seperti itu.
Daphne  berpendapat, dia perlu menjaga kulitnya seperti mana dia memelihara kesihatan diri pada usia 30-an.
Baginya, ia merupakan pakej lengkap bagi seorang wanita berasa yakin walaupun ditimpa pelbagai masalah.Berkongsi rahsia memiliki kulit sihat dan cantik, sejak dari dulu lagi dia menggunakan produk semula jadi.
Selain memastikan kulit wajah dan badan sihat, ia memastikan Daphne tidak berhadapan dengan keadaan sensitif dan gatal-gatal.

Mungkin tidak ramai tahu, Daphne sering ditemani ubat alergi ke mana sahaja. Baginya, dia sering berhati-hati tentang pemakanan dan penggunaan produk kerana punca alergi pada kulitnya tidak dapat dipastikan doktor.

Ditanya tentang keadaan parut pada perutnya selepas pembedahan, ia beransur hilang dan lembut. Katanya, dengan penggunaan losen yang kerap seperti Vaseline, keadaan parut tersebut semakin pulih.
 “Seorang wanita perlu memastikan keadaan kulit sentiasa lembap kerana kita tidak boleh mengembalikan masa dulu. Jika 20 tahun dahulu, kulit saya masih cantik dan baik tetapi sekarang terdapat perubahan warna dan keadaan. Jika daripada awal lagi kita boleh menjaga kulit, ia akan kekal muda sepanjang masa,” jelasnya.
Kat Villa Manja ni ada macam-macam pakej yang di sediakan.
tempat merehatkan minda..
akak tak tahu berapa harga setiap pakej..
tapi boleh rujuk ke laman web Villa Manja
nanti bila akak pergi kesana sebab dapat voucher percuma..
akak ceritakanlah kat sini yer..tapi entah bila nak pergi tak tahulah.
cara masak kue tiaw ladna sedap dan best · cara masak mee sedap dan best · laksa/mee

Kue tiaw Ladna


 suami akak punyer
 Kalau pergi ke pasar…bila balik akak beli nasi lemak…tak kuasa nak buat breakfast..penat…selalunya kak beli nasi lemak berlauk..orang lelaki kalau kat umah ni bangun tidur lambat…makan nasi lemak tu macam kira makan tengaharilah gamaknya.

Bila perut dah kenyang..akak cuma buat minum petang.  Russhdi dan Firdaus lepas makan hilang…ada ajer agenda dia orang berdua.  Tinggallah kami bertiga.  Malas nak masak memasak susah-susah akak masak ajer kue tiaw ladna untuk makan malam.  Sayur tu ikut sukalah nak letak apa-apa.  Sotong, udang dan ayam pun ikut suka hatilah.
Untuk 4 orang makan
  • 5 biji bawang putih-tumbuk halus
  • 4 biji bawang merah-hiris halus
  • 1 paket kuehtiaw
  • ayam-hiris tipis
  • 8 ekor udang
  • 3 ekor sotong
  • 1 kiub ayam
  • 5 cawan air
  •  2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 4-5 titik minyak bijan
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 biji telur-pukul sedikit
  • lobak merah-potong kecil
  • sawi-potong kecil
  • cendawan-siat kecil
  • 1 putik jagung
  • sedikit minyak
  • garam secukupnya
  • 1/2 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air
  • daun sup/daun bawang-hiris halus
  • sedikit bawang goreng
  • sambal kicap-jika suker
akak punyer..semestinya mesti ada sambal kicap
Cara-caranya
  1. Panaskan sedikit minyak.  Masukkan bawang putih kacau dan masukkan d ayam.  Kacau sekejap, baru  masuk sotong dan udang.
  2. Masukkan 5 cawan  air bersama kiub ayam.  Biar mendidih. Masukkan kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan garam. 
  3. Bila mendidih, masukkan putik jagung dan lobak merah dan selepas itu  masukkan sawi dan cendawan.
  4. Kemudian  cepat-cepat masukkan telur yang telah dipukul kedalam kuali dan kacau telur menggunakan garpu dalam kuali..putar banyak kali sehingga jadi bertali dan titiskan minyak bijan
  5. Masukkan tepung jagung yang telah di campur air, biarkan mendidih dan masukkan kuehtiaw.  Rasa dan padam api. (kalau tak nak campur pun boleh..tuang kuah atas kue tiaw dalam pinggan)
  6. Hidangkan bersama daun sup/daun bawang, bawang goreng dan sambal kicap (jika suka)
Akasia/TV3 · keputusan mentor 4

MENTOR 4-SAPE LAYAK KE FINAL (KEPUTUSAN YANG MENGEJUTKAN)

Memang keputusan yang tak di jangka.  Ila Damia yang menjadi favourite di kalangan protege telah terkeluar di pertandingan separuh akhir peringkat ke 2 yang baru berakhir.
Keputusan rasmi setelah di campur markah keseluruhan (juri awam, juri pro dan sms)

 Azmeer/ Nani mendapat 55 markah. Beliau menyanyi lagu  Shima dan 2 lagu Inggeris.  Juri awam memberi markah 14.

 Dayang/Adi mendapat 44 markah.  Adi menyanyi lagu Inilah Cinta (Akim) dan lagu dari Krispatih.  Juri awam memberi markah sebanyak 12.

Joe/Ila pula mendapat 42 markah.  Walaupun Ila mendapat pujian kerana dapat menjiwai lagu Cinta di akhir garisan dan Asmaradana.  Bila Ila menyanyi lagu Asmaradana beliau telah di tegur oleh juri pro kerana suara bergetar ataupun tidak fit.

Ila telah di beri markah oleh juri awam sebanyak 12.

Manakala Ziana Zain/Mohd mendapat markah tertinggi sebanyak 59 markah.

Mohd mendapat pujian bila beliau menyanyi lagi Kau Ilhamku/Sri Kandi/Ibu Kota Cinta.  Adnan Abu Hasan memberi ucapan tahniah kerana Ziana pandai memilih lagu yang bersesuaian dengan suara Mohd dan beliau mempunyai gaya tersendiri menyanyikan lagu tersebut.

Juri awam memberi markah sebanyak 15.

Kesemua mereka menyanyikan lagu tribute buat Dato’ Sheila Majid .  Antara lagu yang di nyanyikan ialah lagu Melodi dan Antara Anyer dan Jakarta.

Juri pro pada malam ini ialah Dato’ Sheila Majid dan Adnan Abu Hassan.  

Kredit  gambar semasa  raptai Semifinal : Facebook Mentor 4

cerita akak/anak-anak · Saje-saje nak cerita

Sport’s Day Vs World Cup (mana yang best?)

Sukan ni selalunya di adakan pada setiap 2 tahun sekali…akak suka tenguk walaupun hb jarang ambil bahagian..saje nak meramaikan stadium ni.
Boss besar kena menari stail Michael Jackson..sekali sekali kenalah buli
Acara pembukaannn
arobik stail joget bangra..satu malaysia kannn
Cobra yang pemalu
Persembahan dari ular cobra (maroon)
Tempat melepak dan menjerit
apa ke nama kumpulan purple ni..dah luper lah
Purple (luper lak apa ker nama )
Rhino
Grey (kelabu-badak sumbu)
 sebagai pemerhati dan tukang sorak dan tukang meramaikan…
tulang dah reput dah leh join..nanti tercedera (alasan)
pasukan yang paling best..
Orange (Rimau…) 
Kira ok lah sebab semuanya kakitangan dia orang cari 
idea camner nak buat persembahan
aisey blurrlah …Imran tak pandai ambil
Perlawanan bolasepak…kumpulan maroon dapat tempat terakhir
hebat sungguh mereka ni..
wanita terhebat..
Imran dan geng main bola..boring punya pasal
bakal pengganti pemain bola sepak Piala Dunia tahun ??????????
balik sebelum habis…tak tahu kumpulan sape yang menang
cerita akak · Saje-saje nak cerita

Diploma Kejururawatan di bekukan

 Kursus diploma kejururawatan di ipts akan di bekukan bermula pada Julai 2010.  Dan akan di naik taraf ke ijazah.
Wah..tentu jadi berita gembira bagi anak-anak muda yang berminat menjadi jururawat…sebab dah berijazah..dah tentulah gaji naik.
Bila gaji naik tentu beban kerja bertambah..dan anak lelaki pun bertambah minat nak jadi jururawat lelaki…sebab memang perlu pun.  Taklah jururawat wanita kena kerja di wad lelaki…rasa cam tak best pulak bila jururawat kena bersihkan pesakit lelaki.

Sape yang punya kelulusan yang agak baik dan tidak terpilih masuk ke ipta ..bolehlah merebut peluang menjadi jururawat…..tak jadi doktor pun tak apa..janji dapat pegang jarum…
Kalau budak lelaki janganlah pulak jadi jururawat cucuk jarum kat badan sendiri..(penagih). Kesian ibubapa dan keluarga..di jauhkanlah anak-anak kita semua dari pengaruh dadah.

p/s dulu nak jadi jururawat…tapi tak tertunailah hasrat dihati oleh sebab-sebab tertentu.

karipap sedap/best · kuih

Mari Makan Karipap Panas

  Nak lama tak mengentel dan mengklim karipap…bila cuti sekolah Ira request nak makan..tak sampai hati buatlah jugak..takut dia kempunan nak makan..
 
 Kulit Karipap
  • 1/2 kg tepung gandum
  • 2 sudu besar mentega/marjerin
  • 2  sudu besar minyak masak
  • Air masak bercampur garam (agak-agaklah sampai jadi doh)
Cara-cara
1.  Panaskan minyak masak bersama mentega/margerin.  Biarkan mendidih.
2.  Masukkan tepung dalam mangkuk tahan panas dan buat lubang kat tengah.
3.  Tuang campuran minyak dan kacau dengan sudip kayu dan kacau cepat-cepat sampai minyak bercampur dengan tepung gandum.
4.  Tuangkan air masak yang bercampur garam dan ulilah doh seperti biasa.
5.  Jangan lembek sangat dan jangan pulak keras sangat.  Agak-agaklah dan perap sekejap.(tutup dengan kain basah)
6. Siap untuk di gunakan.


 Inti Karipap
  • 1kg ubi kentang-dadu
  • 1 biji bawang besar-dadu
  • 3 sudu besar kari daging
  • 400gm daging kisar(nak guna daging kisar pun boleh)
  • 1 stok ayam
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 biji bawang kecil*
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 tangkai daun kari
  • air secukupny
  • garam dan sedikit minyak
Cara-cara
  1. Basuh dan potong dadu ubi kentang dan bawang besar.
  2. Toskan.
  3. Tumbuk/kisar bawang besar,bawang kecil, bawang putih dan halia.
  4. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk /kisar bersama daun kari.
  5. Setelah naik bau masukkan pulak bawang besar yang telah didadu bersama  serbuk kari dan kacau sehingga naik minyak.
  6. Masukkan ayam kisar dan masukkan sedikit air dan biarkan sebentar.
  7. Masukkan pulak ubi kentang, stok ayam, garam  dan air (agak-agak yer)
  8. Biarkan ubi empuk dengan menggunakan api perlahan dan kacau sekali sekala.
  9. Bila ubi telah empuk , rasa dulu baru di tutup api.
cerita akak · Saje-saje nak cerita

Suka

suka Hello Kitty
suka Ben10
Suka Hello Kitty lagi
suka warna merah
kat enjin keta pun….dia orang  suka hias camni
 suka tenguk kambing
suka dapat makan nasi beriani kambing percuma
 suka tenguk mesin buat kueh goyang ni
suka biler akak  ambil gambar dia
suka pot pet macam isteri dia
suka menghabiskan duit membeli belah
suka dengan P.Ramlee
 suka tenguk orang rajin berniaga
suka tenguk nanas besar giler
suka pegi sini
suker kejar anak ayam
 
yang paling suka sebab Nuffnang tweet tweet blog akak pasal vaseline hari tu…ha..ha..ha..ha…gelak bak nak rakkkk
Apasal akak suka letak gambar banyak–banyak niii…ehhhh akak punya sukerlah..jangan marah yer..nanti akak tak suker..