Mencari Madu Di Cameron Highland

Assalammualaikum 

Wah merudum trafik bulan Disember ni..semua sibuk bercuti dan sibuk gi kenduri kawin di sana sini.  Tapi tak apalah kan..janji ada gak yang sudi berkunjung ke blog akak dan baca N3.

Dek sebab suami dan anak-anak suka sangat makan madu di Pasar Malam Brinchang
suami akak nak cari madu untuk dibawa pulang sebab semua orang tau madu kan banyak khasiatnya.

Mula-mula kami ke Ee Feng Gu Honey Bee Farm di  Brinchang.

Kat sini senang parking tapi tak larat nak turun kat bawah.  Anak-anak akak ajer yang turun.

 Tapi mereka cuma turun separuh jalan…alasannya takut 
kena sengat dek lebah..sabar ajerlah

Kat sini ada gak di jual buah-buahan dan sayuran..harga akak tak taulah sebab akak tenguk dari atas sajer.  Tapi sayangnya sarang lebah dan madu yang di cari tak ada stok…kami cuma beli Crystalized Honey sajer.

Ee Feng Gu Honey Bee Farm  terletak di  75, Batu 43, Green Cow, 39100 Kea Farm, Brinchang, Cameron Highlands.

Pastu kami ke Tringkap Bee Farm pula

 Kat sini ada pameran tentang lebah
sarang lebah
lebah liar
lebah kelulut yang di katakan baik untuk pesakit kencing manis
 dan darah tinggi

Akhirnya kami jumpa gak madu dengan sarang lebah yang tutup biru tu..beza tau rasa madu dalam sarang dan madu yang kami beli mula-mula tu…harga pun jauh sangat bezanya.  Suami kata tak perlah sebab nak bagi Imran minum madu nak hilangkan batuk. Tertunai gak hasrat dihati nak cari madu yang ada sarang.

Terletak di Lot F121
Jalan Besar Tringkap
39010 Cameron Highland
Tel: 054961048