cara masak sotong, masak sotong best, resepi sotong kari pekat, sotong

Resepi Sotong Kari Pekat

 Alhamdulliah ada lagi penaja baru untuk contest akak.  Terima kasih kepada http://www.cometcloth.com  & http://www.chearmster.com
 yang sudi menaja  sehelai t-shirt  pop art berharga RM50.00 untuk pemenang 1, 2 dan 3.  
Apalagi..cepatlah masuk yer.
 Kadang-kadang fening nak masak sotong ni..dah lama tak masak kari..sekali sekala bolehlah makan..
Bahan-bahan
  • 5 ekor sotong-bersihkan dan masukkan balik kepala  cucuk dengan pencungkil gigi dan toskan
  • 6 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang besar
  • 1 cawan santan pekat
  • 5 sudu makan kari ikan
  • 1 biji tomato
  • 1/2 sudu kecil jus pekat asam jawa adabi
  • 2 sudu makan sos tomato
  • garam, air dan minyak secukupnya

Bahan tumis

  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 labu bawang besar di hiris
  • 2 biji bawang merah di hiris
  • 1 biji tomato didadu
  • 1 biji bawang putih di hiris
  • 1 sudu teh halba campur
Cara-cara
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan bawang merah.
2. Panaskan minyak dan masukkan halba campur, bawang besar, bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris bersama daun kari. Kacau sebati sehingga layu.
3. Masukkan pula buah tomato yang telah didadu. Biarkan sebentar.
4. Masukkan serbuk kari ikan dan sedikit air…kacau selalu dan kecilkan api dan biarkan pes kari masak.
5. Biarkan pes masak dalam anggaran 5-10 minit dan kacau selalu.  Masukkan garam.
6. Setelah pes naik minyak baru masukkan santan.
7. Apabila santan mendidih masukkan pula sotong.  Selalunya tak payah masukkan air sebab nanti sotong akan berair.
8. Jangan masak sotong terlalu lama…bila mendidih masukkan pula jus asam jawa dan rasa dulu garam barulah di padamkan api.
cabe kerinting, cara masak sotong sedap/lazat/enak, cili merah kerinting, cumi, gulai cumi padang, sotong

Gulai Cumi aka Sotong Padang

Cumi di panggil sotong di indonesia.  Kalau nak masak gulai cara orang Padang masak seeloknya gunakan cabe merah kerinting..baru enak dong.

Waduh …suamiku suka masakan cumi begini.  Akak ambil resep dari SINI.
Kalau nak tiru cara yang asal pun boleh kot.

Bahan :
  • 1 kg cumi, buang tinta,(buang hitam) cuci bersih, lalu masukkan kepala cumi dan semat dengan lidi. (akak buang kulit luar sotong tu…lepas basuh akak perapkan dengan jus limau kasturi dan garam sekejap..baru bilas dan toskan)
  • 4 lembar daun jeruk-(daun limau purut)
  • 1 lembar daun kunyit (disiat dan disimpul)
  • 2 lembar daun salam (akak guna yang kering punyer)
  • 750 ml santan-(akak guna 1  cawan santan pekat campur 2 cawan air)
Bumbu halus : (bahan tumbuk/kisar)
  • 5 butir bawang putih*
  • 5 butir bawang merah*
  • 5 buah cabe merah keriting*
  • 1 sudu teh  ketumbar bubuk (serbuk ketumbar)*
  • 3 butir kemiri (tak letak)*-buah keras
  • ½ sdt kunyit halus (akak guna kunyit hidup)*
  • 1 batang serai-tumbuk hujung-nak kisar pun boleh
  • 1 sudu teh  lengkuas halus (akak buat hiris lengkuas tu dalam 3 hiris)
  • garam secukupnya
  • ¼ sdt jinten (serbuk jintan manis)
  • sedikit minyak
Cara Membuat :
1. Tumbuk atau kisar bahan bertanda *.  Masukkan sedikit minyak dan tumis bumbu halus hingga harum.
2.  Masukkan santan dan biarkan mendidih lalu masukkan daun jeruk, daun kunyit, daun salam, hirisan lengkuas dan cumi aduk  (kacau) lalu masak hingga matang. 
Sebelum diangkat rasa dulu.
 Kat   Pasar Pagi Greenwood baru jumpa cabe merah kerinting ni..kan kat sini ..ramai  orang seberang..cabe merah kerinting ni memang mahal dari cili merah biasa.  1 kilo RM20.00..kalau buat sambal ayam penyet pun enak pakai cabe merah kerinting ni.  Pedas dong.
goreng tepung, sotong, tepung gogi thailand, udang

Bawang Besar Dan Udang Goreng Tepung Gogi

Akak terjatuh cintan bila goreng bawang holland dengan tepung jenama ni. Bila suami kata sedap lagilah kembang hati akak.

Bawang holland/bawang merah tu cuma hiris bulat..pastu lerai-leraikan dan celupkan dengan tepung gogi yang telah di bancuh dengan air berais…tak yah campur telur lagi..cuma tambah garam dan serbuk lada hitam/lada sulah dan goreng dalam minyak yang banyak dan panas. Sedap di makan panas-panas bersama cili sos.

Akak goreng jugak udang..sebab Yana kata udang kat India mahal giler.
kesian anakku itewwww..badan makin kurus…
sotong, world cup

World Cup 2010-Keputusan German vs Spain (Menci Paul Sotong Kurita)

Salam semua….akak ni penyokong  kuat German dan Belanda…seronok sebab ashik menang ajer..tapi akak taklah nak berjaga pagi semata-mata nak tenguk bola…tak kuasa tau..

Bila bangun ajer dari tidur pagi tadi..tanya dengan hb sape yang menang..

Spain da…

Down pulak bila dengan German kalah kat Spain…sedihnyaaa…dapat telur..0-1 kat Spain..
Keputusan separuh masa pertama dua-dua 0-0.  Dalam pusingan kedua.. pemain Spain nama dia…
Spain's Carles Puyol, left, scores during the World Cup semifinal between Germany and Spain in Durban, South Africa, on Wednesday. Puyol's header gave Spain the victory and its first appearance in a World Cup final.

 Carles Puyol  ( kalau salah sebut bunyi cam carles poyo) dapat shoot pulak ke gawang German pada minit 37.
Gambar  dari sini...http://thehindu.co/spor/article504812.ece?homepage=true

Mestilah pasukan Spain gembira bagai nak rak….sape yang tak suker masuk final kannn..mesti pemain German rasa hampa..

Ni semua pasal ramalan dari sotong kurita si Paul nilah….

Nanti kau…..akak nak tangkap masak…
 sotong masam manis ker ataupun 
 ataupun akak goreng tepung…..

 takpun kita buat takoyaki..sedap oooo…

menciiiiiiinya dengan sotong ni ..dengar cerita harga sotong ni mahal ek..
sotong

Sambal Sotong Malbari

Dulu pernah masak sambal malbari ni..tapi guna udang..sajer pulak pakai sotong…nasib baiklah anak-anak kata sedap.

Bahan-Bahan
  • 1/2kg sotong dibersihkan dan tos.
  • 3 sudu makan serbuk kari ikan (akak guna babas)
  • 2 sudu teh biji sawi(akak gunakan tumisan ikan…ala..yang ada campuran halba, jintan putih & biji sawi tu)
  • 1 biji bawang besar-potong bulat
  • 1 biji bawang besar-hiris halus
  • 2 senduk besar cili giling (akak masukkan 4 sudu makan aje)
  • 1 sudu makan tomato puri
    2 biji tomato-belah 4
  • 2 tangkai daun kari
  • garam secukupnya
    1 sudu teh serbuk kunyit
  • minyak untuk menumis
  • sedikit air asam jawa
Bahan kisar/tumbuk
  • 4 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih 
  • 1 inci halia
Cara-caranya
1. Gaul sotong dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng sebentar..

2. Angkat dan gunakan minyak yang baru..tumiskan tumisan ikan, hirisan bawang besar dan daun kari…. lepas tu masukkan juga bahan kisar.  Kacau sebentar.
3. Masukkan cili giling dan rempah ikan sambil di kacau dan kecilkan api..masukkan air sedikit.. kacau  selalu sampai terbit minyak. Masukkan juga  sedikit garam.
4. Setelah tumisan naik minyak, masukkan tomato puri dan biarkan pekat sedikit baru masukkan sotong , bawang besar dan tomato.
5. Masukkan  sedikit jus asam jawa, rasa  dan terus padam api. Sedia dihidangkan..

sotong

Sotong Paprik

Kalau boleh Yana nak makan sotong dan udang ..tak nak sangat ayam dan daging…sebab kat Davangere…sotong dan udang dahlah kecik…pastu mahal …jadi akak ashik beli sotong dan udang …nak bagi dia makan puas-puas…ni resepi ulangan…..suka hati kitalah nak pelbagaikan resepi kan…resepi asal dari rumah Puan Hanieliza 
Bahan:- (dipotong kecil)
  • 500gm sotong (dibersihkan dan di perap dengan jus limau kasturi sebentar)
  • 100 gm carrot
  • 100 gm brokoli-tak letak sebab tak ada
  • 100 gm bunga kobis
  • 50 gm capsicum merah
  • 1 labu bawang besar-dihiris bulat
  • 4 batang jagung muda-dihiris serong
  • 1 biji tomato-dipotong 4
  • sedikit daun ketumbar

Bahan Sos:-

  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 batang serai – di titik
  • 3 biji limau kasturi (ambil jus)
  • 5 biji cili padi – ketuk-akak tambah lagi 5 biji..tak pedas tak sedap
  • 3 ulas bawang putih – akak tumbuk
  • sedikit air
  • 3 helai daun purut-disiat-siat
  • garam secukup rasa
  • minyak
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan serai hingga wangi.
 2. Masukkan carrot, kicap pekat, sos tomato, cili sos dan sos tiram. Masukkan air.
3. Biarkan mendidih dan kuah agak pekat. Kemudian masukkan sayuran lain.
4. Bila mendidih lagi, masukkan daun limau purut dan sedikit garam dan juga sotong.
5. Rasa dulu barulah dipadamkan api dan tuangkan jus limau kasturi setelah api dipadamkan dan kacau sebati.
6. Barulah dihidangkan panas-panas dan taburkan sedikit daun ketumbar.


sotong

Sotong Goreng Cili Kering


Resepi asal ketam goreng cili kering…tapi tak ada stok ketam…akak gunakan sotong ajer…akak masak 1/2 dari resepi asal..resepi akak ambil dari majalah saji.
Bahan-bahan
  • 1/2 kg sotong
  • 7-8 tangkai cili kering-potong serong 1 inci
  • 1 1/2 biji bawang besar-potong 4 setiap satu
  • 3 ulas bawang putih-hiris nipis
  • 1cm halia-hiris nipis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1/2 sudu besar kicap pekat
  • 1/2sudu besar minyak bijan
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • sedikit serbuk kunyit
  • minyak masak untuk menggoreng 

 Cara menyediakan

1.  Bersihkan sotong, potong kecil dan perap sekejap dengan jus limau dan garam.
2.  Bilas bersih dan toskan dan gaulkan dengan kunyit dan garam.
3.  Goreng kekuningan dan angkat lalu ketepikan.
4.  Bubuh minyak dalam kuali dan tumiskan cili kering sekejap (jgn lama nanti hangus)
cepat-cepat masukkan halia, bawang putih dan bawang besar.  Kacau sehingga sebati dan wangi.
5.  Masukkan pula sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap pekat dan minyak bijan.
6.  Kacau rata dan biarkan mendidih.

7.  Kemudian masukkan sotong, garam dan gula. Gaul rata dan hidangkan.

sotong

Sotong Goreng Cili Kering

Resepi asal ketam goreng cili kering…tapi tak ada stok ketam…akak gunakan sotong ajer…akak masak 1/2 dari resepi asal..resepi akak ambil dari majalah saji.
Bahan-bahan
  • 1/2 kg sotong
  • 7-8 tangkai cili kering-potong serong 1 inci
  • 1 1/2 biji bawang besar-potong 4 setiap satu
  • 3 ulas bawang putih-hiris nipis
  • 1cm halia-hiris nipis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1/2 sudu besar kicap pekat
  • 1/2sudu besar minyak bijan
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • sedikit serbuk kunyit
  • minyak masak untuk menggoreng 

 Cara menyediakan

1.  Bersihkan sotong, potong kecil dan perap sekejap dengan jus limau dan garam.
2.  Bilas bersih dan toskan dan gaulkan dengan kunyit dan garam.
3.  Goreng kekuningan dan angkat lalu ketepikan.
4.  Bubuh minyak dalam kuali dan tumiskan cili kering sekejap (jgn lama nanti hangus)
cepat-cepat masukkan halia, bawang putih dan bawang besar.  Kacau sehingga sebati dan wangi.
5.  Masukkan pula sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap pekat dan minyak bijan.
6.  Kacau rata dan biarkan mendidih.

7.  Kemudian masukkan sotong, garam dan gula. Gaul rata dan hidangkan.

Goreng lagi ikan talapia berempah…sedap di makan panas-panas..
sotong

Nyonya Sambal Sotong

 Bila Mat Gebu kata masak ni tak pedas…walaupun merah sangat mak ngah..akak buatlah…emmmm..boleh tahan…resepi ambil dari umah dialah…terima kasih mat..akak c & p aje ye..

BAHAN-BAHANNYA 🙂
  • 500 g sotong, siang, cuci bersih dan toskan-akak tak potong..
  • 5 biji limau kasturi, ambil jusnya
  • 1 batang serai, dititik
  • 3 helai daun limau purut
  • 10 biji cili merah, ditumbuk halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 8 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 cm lengkuas*
  • 1 inci belacan, dibakar*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 2 biji buah keras*(*ditumbuk halus)
  • Sedikit air jika perlu

CARA MEMBUATNYA 🙂
  1. Dalan kuali, panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus, serai dan daun limau purut hingga harum, masukkan cili tumbuk dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
  2. Masukkan sotong, gaul rata dan tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sotong kecut dan kuah pekat. Tuang jus limau kasturi, gaul rata dan rasa. Jika perlu tambah sedikit gula untuk mengimbangkan rasa masam.
  3. Masak dengan api perlahan selama 2 – 3 minit lagi. Angkat dan boleh hidangkan. Jangan masak lama2 nanti sotong liat macam selipar jepunn!!!….
 Selalunya buat bihun sup ni hari cuti….buat sarapan..kalau sape nak resepi…rujuk kat label mee ye..
sotong

Sambal tumis pekat sotong

 
  Dah masak dah lamaer dah..tapi tak jumpa gambar….ambil dari umah Ummi di Kuantan jugak…tak leh cerita panjang..ada hal yang nak di uruskan…nak gi ke ijn kejap..akak c & p dari umah ummi..terima kasih ummi..
 Bahan:-
7 ekor sotong sederhana besar – potong bulat
3 sudu besar cili kisar
8 ulas bawang merah – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
1 sudu kecil serbuk kari daging
1/4 cawan gula melaka
2 sudu besar air asam jawa pekat
4 sudu besar gula pasir/ secukup rasa
garam secukup rasa
sedikit air
1 labu bawang besar – potong bulat

Cara Memasak:-
Sotong dibersihkan dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng sebentar, angkat dan toskan. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar dan masukkan serbuk kari. Perlahankan api dan masak hingga naik minyak. Masukkan air, gula, air asam jawa dan garam. Biarkan mereneh lagi dan kuah agak kering. Masukkan sotong yang telah digoreng tadi. Masukkan juga bawang yang dipotong bulat. Balik-balikkan hingga rata dan tutup api.

 buat ni jugak ….hari ahad..ira bawak balik separuh….