Selamat Ulang Tahun Chef Ah Mat Gebu@Dapur Tanpa Sempadan

Buat santapan kami sekeluarga
Puas hati dapat makanan yang terhidang
Hasil tangan dari Chef Mat Gebu yang glamour
 Sampai Ke Sedenak Mat Gebu ajak makan
Tak tunggu dah bila di suruh makan
Tak dan nak ambil gambar masakan
 Daging Halia  memang enak dimakan
apa punya pantun daaa
 Pergi ke Sedenak naik bas
Bas di bawa oleh Pak Tapah
Imran makan bertambah-tambah 
Udang Bersos Plum lazat sekali
Makan bertambah berkali-kali
Wahai Mat Gebu masakan kamu sedap sekali
 Anak-anak  akak ashiklah puji
 
 Terima kasih daun keladi
Kerana sudi menjemput kami
Kalau gi Johor Bharu kena singgah lagi
Itu pun kalau Mat Gebu sudi
Makan sekali nak lagi dan lagi
Perut kenyang tak larat nak makan lagi
Sampai sekarang teringat lagi
Selain itu Mat Gebu mempunyai banyak koleksi pinggan mangkuk lama.  Kalau tenguk memang boleh pitam dibuatnya.  Ada juga koleksi dari luar negara.

Bukan satu almari tau tapi ada dalam 4-5 lagi dan juga dalam kabinet kat dapur.  Kalau buat kenduri memang tak yah guna pinggan lain..guna ajer koleksi Mat Gebu ini.

Selain tu Mat kumpul gak barang lama seperti radio ini.

Boleh dikatakan kalau jual Mat Gebu boleh jadi kaya tau dan yang paling best sebab Mat Gebu dapat barang ni semua dengan harga yang berbaloi-baloi.  

Akak yang juga pengumpul pinggan mangkuk lama merasa jelezz dan terliur tenguk koleksi beliau ini.

N3 ni sempena ulangtahun kelahiran beliau
Dengan ucapan
Semuga lebih banyak share resepi dengan kami, dilimpahkan rezeki, dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dan semuga beliau bertemu jodoh pada tahun ini.  

Tahniah juga kepada bonda dan ayahanda beliau yang telah mendidik Mat Gebu sehingga  menjadi chef yang terkenal di dunia blog, suratkhabar  dan majallah.