puding

Puding Roti

Puding roti ni akak buat pagi sebelum nak gi ke rumah Kak Intan..nak jumpa Fauziah aka G..lama dah tak buat puding ni…last buat tahun lepas..masa kenduri sebelum Liyana gi ke India.  Tu pun dia yang rajin buat 2 loyang.

Resepi asal dari Hana, member cyber yang tinggal kat Jepun.  Buat yer jangan tak buat.
Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula – bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)-akak guna coklat emulco

Cara-cara

  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me’marble’kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!
 ni tinggal umah kak intan..
Ayam, puding

Rendang Ayam Versi Kak Liza

 Jomlah merendang..lama betul tak merendang..sekarang ni dah senang kan..tak yah kukur kelapa, tak yah lagi menggiling cili dan segala bahan..masuk ajer dalam blender terus halus..akak ambil resepi ni dari umah Ummi dan Ummi ambil resepi dari
buku Senangnya Memasak AYAM Bersama Chef Hanieliza..Akak c & p yer Puan Ummi.
 
Bahan A:-
  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (disiat)
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):-
  • 3 labu bawang besar (akak guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering
  • 15 biji cili api
  • akak tambah 2 helai daun kunyit-disiat-siat dan di simpul 

Cara Memasak
  1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
  3. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
  4. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
  5. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.

    buat lagi puding sagu…dulu buat sikit tak cukup..
    sekarang buat banyak…baru puas hati dapat makan berulang kali..tapi pewarna hijau dah habis..guna jus daun pandan ajer..tu sebab warna tak cantik..nak resepi pergi kat sini…
puding

Agar-agar Nata de Coco

Tenguklah betapa banyaknya nata de coco dalam agar-agar ni…ala akak buat cam buat agar-agar merah tu..tapi tambah benda ni..memang anak-anak suka..terutamanya imran.

Puas jugak nak menghabiskan..sebab dapat banyaklah.
Bahan-bahan
  • 1 bungkus agar-agar segera (10gm) akak guna-chap swallow globe
  • 250gm gula
  • 1 liter air
  • 1.5 kg nata de coco perasa strawberry-toskan air
  • pewarna merah-tak sukat pun ..tenguklah nak merah pekat ker tambah lebih sikit
  • 2 helai daun pandan-disiat-siat dan di simpul
Cara-cara
1.  Masak 1 liter air  bersama-sama serbuk agar-agar, daun pandan  dan gula sehingga mendidih.
2.  Bila telah larut, padamkan api dan masukkan ke dalam loyang.
3.  Campurkan nata de coco ke dalam loyang dan kacau.
4.  Biarkan sejuk baru di masukkan ke dalam peti sejuk.
5.  Bolehlah di hidangkan.
puding

Agar-Agar Bunga Rumput

Fuhhh lotih dibuatny..dari pagi keluar…gi servis kereta…gi ambil anak dan gi lagi ke giant beli beras dan minyak masak.  Semalam dah pergi..habis dalam RM400.00 tapi tak cukup duit nak beli benda di atas tu..aduhai mahal betul barang sekarang ni.

Nak tau…akak sambar gula berapa peket?  10 peket tau..sebab dah sibuk keluar dalam berita kata nun di utara dah kehabisan gula..beringat sebelum tak dapat.

Bila ashik cuaca panas..makan agar-agar pun sodap kan…akak ambil resepi ni dari majalah saji juga.  Anak akak pelik dan hairan tenguk agar-agar ni..hai anak-anak..hairan kot tenguk mak dia ashik buat masakan pelik-pelik sekarang ni.  Apa nak buat..mak dia terlebih rajin.  Kalau tak rajin..rumah pun malas nak sapu tau..biasalah kadang-kadang datang mood pemalas.

Bahan-bahan
  • 1 bungkus paket agar-agar
  • 4 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 biji telur
  • 2 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • sedikit pewarna hijau
  • secubit garam
Cara menyediakan
1.  Rendam agar-agar seketika dan toskan airnya.
2.  Kemudian masak agar-agar bersama air sehingga agar-agar hancur.
3.  Masukkan gula, pewarna hijau, garam dan biarkan hingga gula larut.
4.  Tapiskan adunan agar-agar tadi ke dalam loyang.
5.  Kemudian, jerang bancuhan santan dan telur (dipukul dulu)
6.  Masak hingga mendidih.
7.  Tuang adunan bancuhan santan di atas adunan hijau.
8.  Sejukkan sebelum di potong.
puding

Puding Sagu Gula Melaka

 N3 auto publish tau…akak buat N3 sampai hari Jumaat kat cc…

Selalu akak buat ikut campak-campak ajer…tapi nak bagi orang senang nak buat akak ambil resepi dari blog Mat Gebu ajer..senang ajer nak membuatnya..jom layan resepi ni..
Bahan:-
  • 300 gm biji sagu (warna putih)
  • 2 liter air
  • 1/2 camca teh pewarna hijau (*ummi guna 2 sudu kecil pes pandan je)
  • 2 helai daun pandan – kisar dan tapis jusnya
Untuk sirap gula:-
  • 1 ketul gula melaka, potong kecil
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan air
  • 1 helai daun pandan-di siat-siat
(masak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan)
  • 1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam (*boleh ganti dengan susu sejat)
Cara Menyedia:-
1.  Didihkan air, masukkan daun pandan dan pewarna hijau.
2.  Kemudian cuci sagu sekejap dan masukkan dalam air mendidih.
3.  Masak sagu berubah jadi jernih. Tutup api dan biarkan sagu tadi selama 2 – 3 minit. 
4.  Angkat sagu tadi dan toskan serta cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya. 
5.  Toskan dan isi dalam acuan/mangkuk pilihan. 
6.  Simpan dulu dalam peti sejuk 1 – 1 1/2 jam.
 Cara Hidangan:-
Keluarkan sagu dari acuan, masukkan dalam mangkuk2 kecil, tuang sedikit air gula melaka dan sedikit santan atau susu sejat tadi.
puding

Jom makan puding laici dangdut

Aduss lambat sikit update..sebab bawak anak-anak gi mandi manda …walaupun penat update tetap update….
.yg besar utk akak..yang ke 2 utk suami..ke 3 ..athirah dan ke 4 anak bongsu aka anak bu*t*t…

Bila baca nama puding ni akak teringat kenangan masa tinggal di jakarta dulu..kan irama dangdut dah sinonim dengan penduduk kat sana.yang paling fofolur mestilah rhoma irama..sampai anak dia pun jadi penyanyi dangdut…itulah hiburan yang mereka selalu ada….tiap-tiap malam minggu ada siaran langsung irama dangdut..sampaikan bibik member akak yang dia bawak dari kl pun bila malam minggu dia akan tercongok depan tv..tak di hiraukan majikan dia yang nak tenguk cerita lain…dia pulak jadi tuan…tuan kena beralah masuk dalam bilik…sabo ajerlah bila akak dengar cerita dari member akak ni….kalau gi umah orang kawin selalunya ada jugak kugiran yang mainkan lagu dangdut….kalau cerita sinetoren pun ada jugak lagu dangdut…kat sana irama dangdut tu dah macam lagu wajib…

tapikan kalau orang atasan….nyonya-nyonya, tante, orang kaya tak layan tau lagu dangdut sebab tak ada classs….kata mereka tu untuk orang bawahan ataupun orang miskin….mereka layan lagu omputih walaupun ada mereka yang tak faham bahasa inggeris…tenguklah biggest loser asia…masa kat interview kat sana..boleh dikatakan ramai yang tak boleh berbahasa inggeris..
yang buat kelakar tu…bila penyanyi  dangdut nak menyanyi selalunya mereka….ya bapak-bapak ..ibu-ibu…tangan di atassss…goyang siiiiii...alamak terlebih sudah…
sedap ooooo puding ni…sape buat garenti tak menyesal…rasa cam tauhufa pun ada…suami akak yang tak suker makan puding pun boleh suker…tapi akak kurangkan gula…sebab dia ada penyakit kencing manis..
silalah buat…rugi kalau tak mencuba…
Resepi asal dari Puan Hanieliza tapi akak c & p dari rumah Puan ummi di kuantan…akak pun buat separuh dulu…lain kali boleh buat lagi..
Bahan:- 
  • 10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa (28 gm)
  • 2 liter air
  • 2 cawan gula-akak kurangkan ..guna dlm 1/2 cawan ajer
  • 2 tin laici (asingkan airnya)
  • 1 tin susu cair
Cara-Cara:-
  1. Masak agar-agar hingga mendidih.Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
    Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
  2. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  3. Kemudian sejukkan dalam fridge.
    Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.
    (*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk
  4. bila nak makan.)
  5. akak masukkan separuh isi laici dalam  bekas tu…

Lepas makan ni ….kita menari dangdut…yaaa tangan di atas ……

puding

Jelly Kelapa

 Dari hari ke hari nak buat jelly kelapa ni..tapi tak terbuat…kebetulan suami akak beli 2 biji air kelapa muda minggu lepas…akak dapat 1/2 dari resepi ni..akak tak campur air pun..memang sedap di tekak…terima kasih buat Nor di Kuala Terengganu kerna sudi tepek resepi…akak c & ajer..
Bahan-bahan
1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan
Cara-cara
Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
Padamkan api.
Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.

# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.
puding

Puding Roti Marble

Buat puding roti marble masa majlis tahlil dan doa selamat kat rumah akak hari Sabtu yang lalu..sebelum tu dah suruh yana cuba buat hari Khamis..saje nak rasa dulu sebelum dihidangkan pada hari tersebut…alhamdulliah semua tetamu suka dan habis hari yang sama.

Terima kasih buat hana http://hanamemories.blogspot.com di Jepun yang sudi berkongsi resepi yang enak banget ni….akak c & p ye…

Bahan-bahan

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula – bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara

  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me’marble’kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!
Buat hari Khamis yang lepas

Masa ni gunakan serbuk koko

Masa majlis tahlil dan kenduri doa selamat hari Sabtu…buat 2 loyang..satu di campurkan dengan coklat elmulco dan satu loyang lagi di buat guna esen pandan….tetamu lagi suka yang bubuh esen pandan tu…tu yang cepat habis.

Tak muat nak letak atas tray 2 tingkat….akak buat 2 set sebenarnya…1 lagi set luper nak ambil gambar…kelam kabut….letak dalam pinggan dulu…dah habis kat tray baru letak yang ni…

Dadih

Memang dah pernah dah buat dadih ni…yang kali ke 2 rasanya…ambil resepi dari rumah mamasya tapi resepi asal dari FP Haniss..terima kasih Hannis kerna sudi berkongsi resepi.

Bahan-bahan

  • 10gm agar² strip – *rendam agar dulu biar lembut (akak guna serbuk agar-agar 11gm)
  • 1 liter susu (fresh milk atau full cream)-guna susu perisa coklat & strawberry
  • 5 cawan air
  • 3/4 cawan gula
  • 2-3 helai daun pandan

Caranya pula:

1. Masak agar² dengan air dan daun pandan sehingga mendidih, masukkan gula ..kacau dan kemudian masukkan susu tadi.
2. Biar hingga mendidih sekali lagi, buang daun pandan dan tuang kedalam bekas kecil.(akak suruh yana buat dua lapisan..satu tambah serbuk koko dibancuh dengan sedikit air..tuang yang putih dulu baru tuang yang koko..kalau nak tuang koko dulu pun boleh)
3. Suamkan dulu pastu baru sejukkan dalam peti ais.
4. Siap dimakan.

Nota: boleh tambah apa² perasa jika suka.
Boleh jugak guna susu perasa strawberry atau coklat jika nak dadih perasa² tersebut.