nama burger bakar di rawang burger bakar · rawang burger bakar · tentang rawang burger bakar

Rawang Burger Bakar Free Sempena Harijadi Akak

Assalammualaikum

Internet pulih petang hari jadi akak pada 12 Disember yang lepas.  Bila buka fb ramai teman-teman yang wish..terima kasih buat semua.

Ada kawan fb Asfieda bagi tau Rawang Burger Bakar  nak bagi dinner free sape yang lahir pada tarikh 12.12..masa akak baca status ni hujan lebat sungguh..

 
Terasa rugi lak tak pi sana..dahlah tak pernah rasa lagi BBR ni.  Akak pun pi gak terjah di RBB Wangsa Maju dalam pukul 10.00 malam..gerak dari rumah
 
Akak angkut 4 orang anak sebab hb masih 
di tempat kerja lagi…
 
Nasib baiklah orang tak ramai..jadi tak yah ambik no..sebelum tu akak tanya dulu betul ker apa yang RBB tulis kat FB dorang tu. Nasib baik betul..akak ada bawa gak duit lebih..takut kena bayar pulak nanti.  Oleh sebab hujan masih turun lagi kami tapau ajer bawa pulang.
 
Burger bakar yang di perbuat dari bahan-bahan yang segar dan terjamin mutunya.  Dibakar menggunakan arang dan bukannya bukan di goreng tau. 
 
Mempunyai aromanya yang tersendiri kerana di buat secara homemade dan bila di bakar burgernya dapat mengekalkan jus daging bertahan lama.

Ada macam-macam burger yang boleh di pilih ..chicken pop, hot chic, hot shot, valentine’s, burgembira

ombak rindu, double riang, klcc, madu tiga dan isabella.  Harganya boleh tenguk kat SINI
Seronok kan dapat buger free sempena hari jadi

Seronok gak dengan layanan dari mereka semua…muda-muda pandai habiskan masa cari duit..tak lepak buang masa.  Semuga bisnes Rawang Burger Bakar bertambah sukses dan berkembang. 

Alamat
Rawang Burger Bakar
Pusat Bandar Wangsa Maju Seksyen 5,
53300 Setapak, Kuala Lumpur

Advertisements