kad, kenangan lalu

Selamat Hari Guru Buat Guru Se Malaysia

Guru Pembina Negara Bangsa
Selamat Hari Guru di ucapkan kepada guru-guru dan bakal-bakal guru di seluruh Malaysia terutama member-member cyber seperti Nurul dan isteri  eyriqazz. 
 
 Tak lupa jugak buat teman-teman yang masih lagi mengajar di Tabika Perpaduan di seluruh Malaysia terutama buat guru-guru Tabika Taman Ibukota A, B dan C (tempat akak pernah mengajar dulu) dan juga  buat kakak ipar akak di Teluk Panglima Garang.  
Bukan senang nak mengajar anak-anak Tabika ni…..Bermula di sinilah kami mula mengajar mereka bagaimana mereka mula mengenal huruf dan nombor…walau tak di nafikan ada yang memang dah pandai menulis dan mengira ..sebab ibubapa mereka ajar kat rumah.
Selamat Hari Guru buat Cikgu Bedah, Cikgu Pah, Cikgu Linda, Cikgu Zizah dan Cikgu Faridah..rakan-rakan yang  bersusah payah versana akak..dan pengalaman bersama kelian akan menjadi kenangan yang terindah dalam hidup akak..bertugaslah dengan penuh dedikasi dan dengan sepenuh hati.  
Jangan lupa tau rajin-rajinlah menulis Buku Ringkasan Pengajaran ek..benda yang paling di ambil berat oleh Pegawai kami..  Kalau datang ke kelas..tulah perkara pertama yang mereka check…buat ker tak buat.  Kalau buat selamat..tak buat..kenalah bersoal jawab.
 Juga buat Cikgu Sham. Cikgu Ila dan Cikgu Mahima…teman yang masih sudi berhubung dengan akak sehingga kini.
Tentu sekarang ni cabaran yang di galas memang terlalu berat disebabkan telatah anak-anak murid sekarang yang tidak sama seperti zaman akak dulu..yang memang menghargai, menghormati dan takutkan guru.  Bersabar yer..semuga budi baikmu guru akan diberi ganjaran oleh Allah swt.
Dan buat anak buah akak yang bakal menjadi guru..kalau Mimi di hantar ke tempat pendalaman di negeri yang jauh dari ibubapa..jangan merungut sebab tulah salah satu pengorbanan yang patut diberikan apabila telah memilih kerjaya sebagai seorang guru.
Buat guru-guru sekelian yang sudi hadir di blog akak ni..terimalah kad hari guru dari akak yer.
Budi baikmu takkan di lupa sepanjang hayat.  Tanpamu guru..kami tidak pandai membaca, menulis dan mengira.
Akmal:
Masih…jelas diminda…
Bisikan suaramu memanggil…
Di situ langkahku bermula…
Mengejari cita kau di sisi….
Lantas ku utuskan lagu untuk menyatakan
Terima kasih…
C/O:
Terima kasih guru…
Kerna hulur tanganmu…
Ku menghargai setulus jiwaku…
Bicaramu guru kan ku ingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya…
Hafiz:
Guru… ibarat pelita…
Sentiasa menyinar kamar hidupku…
Guru…kau pewaris ilmu…
Mendidik diriku…hingga ku berjaya.. ..
Lantas ku utuskan lagu untuk menyatakan
Terima kasih…
Terima kasih guru…
Kerna hulur tanganmu…
Ku menghargai setulus jiwaku…
Bicaramu guru kan ku ingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya…
Izzat:
Andai diberi peluang
Inginku terbang tinggi di awangan…
Kan ku petik bintang-bintang…
Ku jadikan hadiah untukmu…
Moga Tuhan merahmatimu…
Terima kasih…

Terima kasih guru…
Kerna hulur tanganmu…
Ku menghargai setulus jiwaku…
Bicaramu guru kan ku ingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya…

Yang best tu kan…bila akak jejalan …ada lagi yang masih panggil akak cikgu ….termasuk ibubapa dan keluarga mereka…terharu dibuatnya..

Dah tentulah akak tak kenal mereka..sebab fizikal mereka dah berubah..dah ada yang bekerja..tapi terharu sebab masih mengenali akak yang mereka panggil Cikgu Garang.  

kad

SELAMAT HARI IBU BUAT IBU-IBU SEMUA

Buat semua terimalah kad sempena Hari Ibu
 dan
 Selamat Hari Ibu Puan Asmah

 Sebelum tu nak ucap selamat Hari Ibu buat semua..Sebelum tu akak nak ucap Selamat Hari Ibu buat Puan Asmah binti Mohammad..yang telah melahirkan dan membesarkan akak sehingga akak juga telah menjadi seorang mak…  Semuga mak di kurniakan kesihatan yang baik sehingga ke akhir hayat.


Mat kata dia gambar original dari kebun dia..terima kasih yer Mat sebab sudi memberikan sekuntum bunga buat akak..dan Selamat Hari Ibu buat Ibu Mat juga.

Dan yang ini dari Aziemah di Johor Bharu.yang baru menjadi seorang ibu lagi…mungkin dalam pantang kot..terima kasih yer.

 yang ni dari sue terima kasih bebanyak.

sama pulak kad..tak perlah..orang dah bagi kita ambil..tq yer fara

 
 dari alongroz..alahai dapat bunga ros..akak suker
 
Dari ros yang tengah mengandung anak ke 3..semuga ros
selamat melahirkan semasa di perantauan.. 

 dan terakhir dari love 
terima kasih sebab ingatkan akak 

 dari azatie terima kasih 

 yang ni dari mida..
suker…love you allll…muahhhhh

kad

Happy birthday Russhdi dan Nurliyana

Buat Muhammad Russhdi dan Nurliyana…pada 11hb. Disember 2009 yang lalu…sorry lambat wish..mak gi jejalan
 Selamat Hari Ulangtahun  ke 23 tahun dan yang ke 20 buat ke dua-dua anak mak yang di sayangi..terasa sekejap ajer masa berlalu..

…semuga masing-masing dapat mencapai cita-cita yang di impikan… jangan luper dengan nasihat mak dan ayah…
jaga pergaulan masing-masing dan jaga solat…
 semuga berjaya pulang dengan kejayaan..mak dan ayah sayang dengan kamu berdua
tak sempat nak beli atau buat kek…tak yahlah yer..yana tak ada kat sini…tak bestlah…sorry ek Russhdi..
kad

Salam Aidil Adha Buat Semua

 Salam  aidil adha buat semua pengunjung blog akak…tentu ramai yang dah nak balik ataupun dah sampai ke kampung halaman tercinta untuk beraya bersama ibubapa dan keluarga tersayang.  Ada yang buat korban tak????
kalau ada baguslah…alhamdulliah suami akak pun korban tapi tahun ni dan tahun lepas dia dah tak buat korban kat sini ..sebab kat tempat akak dan tempat-tempat lain….  terlalu banyak lembu sampai tak termakan…jadi beliau melalui agen kirimkan korban (bayar RM ajer) ke kemboja…pernah tenguk dalam Majalah 3…orang kat sana nak makan daging susah sangat.  Jadi suami sekarang ni..insyallah..nak buat korban untuk penduduk islam disana.
Akak memohon ampun sepuluh jari jika ada terkasar bahasa dan perbuatan sepanjang perkenalan kita…semuga semuanya dapat memaafkan kesalahan yang telah akak lakukan samada di sedari ataupun tidak…
Ingatkan tak ada kad untuk hari raya aidil adha ni..rupernya ada yang sudi melayangkan kad cyber kat akak…
 kad dari abbot cabbot….terima kasih
kad dari azatie http://azatiesayang.blogspot.com/

dari emilia nun di jepun..terkebil-kebil mata lembut ni sebelum di korbankan.. 

dari yanmie…kelakarlah kad ni..

 Terima kasih bebanyak buat mereka ni…
kad

Salam Aidil Adha Buat Semua

 Salam  aidil adha buat semua pengunjung blog akak…tentu ramai yang dah nak balik ataupun dah sampai ke kampung halaman tercinta untuk beraya bersama ibubapa dan keluarga tersayang.  Ada yang buat korban tak????
kalau ada baguslah…alhamdulliah suami akak pun korban tapi tahun ni dan tahun lepas dia dah tak buat korban kat sini ..sebab kat tempat akak dan tempat-tempat lain….  terlalu banyak lembu sampai tak termakan…jadi beliau melalui agen kirimkan korban (bayar RM ajer) ke kemboja…pernah tenguk dalam Majalah 3…orang kat sana nak makan daging susah sangat.  Jadi suami sekarang ni..insyallah..nak buat korban untuk penduduk islam disana.
Akak memohon ampun sepuluh jari jika ada terkasar bahasa dan perbuatan sepanjang perkenalan kita…semuga semuanya dapat memaafkan kesalahan yang telah akak lakukan samada di sedari ataupun tidak…
Ingatkan tak ada kad untuk hari raya aidil adha ni..rupernya ada yang sudi melayangkan kad cyber kat akak…
 kad dari abbot cabbot….terima kasih
kad dari azatie http://azatiesayang.blogspot.com/

dari emilia nun di jepun..terkebil-kebil mata lembut ni sebelum di korbankan.. 

dari yanmie…kelakarlah kad ni..

 Terima kasih bebanyak buat mereka ni…
kad

Terima kasih semua

Terimalah card cyber dari akak …..akak rasa terharu kerana walaupun baru setahun lebih berblog counter akak telah mencecah 100,000.….
Terima kasih teman-teman cyber, follower akak, silent reader dan adik-adik (termasuk yang pernah akak jumpa di alam realiti) dan anak-anak (sebab ada pengunjung yang sebaya dengan anak akak..kena panggil auntie/achik..wah terasa diri ni dah tua)  ..semuga anda semua tidak jemu-jemu singgah ke blog akak ni…
maaf  dipinta jika ada yang tersilap kata  dan bahasa juga perbuatan sepanjang perkenalan kita.

kad

Ulangtahun Pertama (Blog Akak)

 Selamat Ulangtahun Yang Pertama Untuk Blog  Tertunailahhasratdihati….
pada 4hb. November 2009

 Mengimbas kenangan lalu macammana akak boleh tercebur dalam dunia blog ni…
memang banyak kenangan manis dan kelakar…bila akak dah tak kerja..akak boring duduk rumah…dulu akak boleh buat kek…tapi kek biasa ajer…pastu tanya dengan adik ipar kat mana nak cari resepi kek yang sedap…dia kata masuklah dalam myresepi.com.…bila dah masuk kat situ..akak seronok sebab dapat tahu macam-macam resepi yang sedap-sedap…akak pun cuba buat roti..biskut dan kek…terluper pulak…masakan…
Bila dah masuk kat situ…termasuklah pulak dari forum myresepi…masa tu best….member-member kat situ memang ramah tamah..kalau kita tak tahu apa ke benda (terutama hal buat kek) ada ajer yang tolong bagi tau dan siap ambilkan gambar perkakas dan kelengkapan kek…sejak tulah akak tahu apa ke benda bahan baking dan peralatan memasak….terima kasih lily, ton, zie, kakyu, hana, izah, nor, kak chik, hunny, lg(maaflah jika ada yang tertinggal ye)kat situ jugak ada member yang perkenal blog member myresepi..masa tu yang fofolur blog mat gebu dan lg…akak selalu gi tenguk apa yang mereka masak.

Dari situ ..akak jalan-jalan kat blog orang lain….seronok pulak tenguk macam-macam cerita…gambar family..kisah di perantauan….gambar masakan…..dulu masa sekolah akak memang suker tulis diari…lelama terfikir..apa salahnya akak ceritakan tentang family dan apa yang akak masak…

atas dorongan .dari member dan anak-anak..akak pun bukak blog…tapi masa register tu akak buat sendiri….bolehlah faham bahasa english sikit-sikit….tapi tak pandai nak masukkan gambar….firdaus yang ajar…..macammana blurrrnya akak  sampai akak kena tulis step by step dalam buku…bila nak masuk gambar ajer kena panggil anak-anak tolong….sampai mereka naik malas……masa  nak masukkan  link kawan-kawan akak lagi fening…ashik terpadam ajer sebab tak save…….nak tahu sape yang tolong akak…beliau dari member Myresepi Puan Ton dari blog ….http://darirumahkakton.blogspot.com/

 Beliaulah ajar akak camner nak linkkan blog orang lain..yang geli hati tu…akak tak pandai nak c & p link member cyber…akak taiplah satu persatu..jadi lambatlah nak siap…kesian ton kena tunggu masa ym dengan akak…sampai berpeluhlah di buatnya…terima kasih ton ye

Dengan berblog jugak akak dapat kenal member cyber..baik yang tinggal jauh di perantauan dan di sini..seronok dapat kenal mereka ni… dan kebetulan semua member yang akak jumpa..peramah macam akak …kalau bersembang macam dah kenal lama…

Mula-mula dulu yang masuk kat blog akak tak ramai..tak ada pun orang komen…sedih tau masa tu…tapi tak apa ..akak sabar dan masukkan N3 masakan dan gambar family akak..akhirnya pada 12hb. November..barulah ada yang  tinggal komen…terima kasih pada Jie dari  http://www.kujie2.com/...pastu tu akak cari artikel camner nak bagi orang rajin datang ke blog akak..akak baca tip-tip  yang mereka bagi dan akak cuba ikut panduan tersebut. 

Alhamdulliah tak lama …pengunjung akak makin bertambah…follower akak pun ramai..tu yang membuatkan akak seronok….bila dah ada yang masuk…ada member  bagi tau …akak letaklah nuffnang…dapat duit sikit…..akak blur tentang nuffnang ni…nak register pun tak berapa pandai..yang tolong…anak akak…sape lagi ..Firdauslah…dialah yang ajar akak camner nak buat semua ni...akhirnya pada 09hb. November 2008...akak letak nuffnang kat blog akak..

terima kasih anak ku dan terima kasih pada pengunjung blog yang sudi mengklik kat iklan nuffnang tu…tanpa kalian tak bermaknalah iklan tu…
 
Macam akak cerita dulu…masa mula-mula masukkan nuffnang..taklah banyak sangat akak dapat…seminggu…dapatlah RM0.25sen..tak aper..sabo….lama kelama-maan…makin banyak…sape tak suker….tulah yang jadikan akak bertambah rajin update blog…tak update rasa macam meroyan..hendak-hendak kalau pc/cpu/internet buat hal..
Semuga Blog Ni Terus Aktif…Terima Kasih SEkali laGi KepAda PengUNjung Setia dan FoLLowers akak...
Dan BlaCkbRRry CurVe 8520 (semalam luper nak bagi tau…pilihan blog tu x pax yang pilih bukan nuffnang)
  tu …kiranya hadiah ulangtahun pertama akak …hati berbunga-bunga bila dapat hadiah mahal camni…..dan tentu lepas ni semangat nak berblog makin membara…

Jangan luper datang selalu..
kad

Dapat Kad Rayer Lagi

Amy Nujaimy Abu Dhabi, United Arab Emirates
dari Fa tokey jual pinggan mangkuk port yang jauh di rantau

dari ummi di kuantan…maaf ye sebab selalu selongkar dapur rumah kamu sebab kamu masak best-best.

 
yang ni dari nannie..yang pandai menjahit dan buat smocking..terima kasih bebanyak.
dari fikriah di uk..tentu sedih beraya di perantuan.dah 3 tahun beraya kat sana..tentu sedih bila dengar takbir raya….cutenya anak dara dia pakai sedondon…
dari ..madiha di uk..
yang ni dari aya….terima kasih
dari leyazakwan  di jay bee
dari leen di melaka
dari eiyna’s kitchen di temerloh
dari zie di puchong
dari ana wahid di batu pahat
dari masz…bakal besan..mak yang perasan..anak-anak tak tahulah lagi..

dar ijan.yang baru bersalin..tentu seronok beraya bertiga .amboi kecik-kecik dah pandai pegang duit
dari nasir penjual pinggan lama

yang terakhir dari daydeck 86
Rasanya dah habis dah kutip kad rayer..kalau ada yang tertinggal tolong bagi tau ye…terima kasih sekali lagi..rayer kali ni paling banyak dapat kad…walaupun e card…anak kata..mak printlah …leh gantung …

post signature