cara masak daging sedap/best/lazat/blackpepper beef/daging lada hitam, daging, resepi blackpepper beef, resepi daging lada hitam

Resepi Daging Lada Hitam/Blackpepper beef (Versi Nor)


Resepi daging lada hitam aka black pepper beef ni ada macam-macam versi..kadang-kadang ikut stail akak..kadang-kadang akak ikut stail geng masak memasak.  Dulu memang dah pernah buat ikut stail  Nor Secubit Garam.

Kalau bolehlah gunalah daging batang pinang ataupun daging empuk..tak yah buang gas sebab nak rebus daging tu.  Kalau Ira ada kat umah dia ashik meratah ajer..tak yah makan dengan nasi.  Terima kasih Nor sebab sudi share resepi.
Bahan:-
  • 500gm daging batang pinang
  • 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar – lebihkan jika ingin lebih pedas
  • 1 biji lada benggala hijau (akak letak warna kuning)
  • 1 biji lada merah
  • 3 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
  • 1/2 sudu garam halus
  • 1/2 sb gula-tak letak
  • minyak utk menggoreng
    #akak tambah daun bawang di hiris sepanjang 1 1/2 inci dan 1 biji bawang holland dihiris bulat.
Cara-Cara:-
  1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua-dua lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir-butir lada.
  3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 – 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj.
  5. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah.
  6. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. (Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin – dari kicap dan sos tiram )
  7. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air.
  8. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. ( masa ni akak masukkan bawang holland)
  9. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api  (masa ni akak letak daun bawang)dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.## Kalau nak guna daging biasa pun boleh, hiris nipis2 dan rebus dgn sedikit air sehingga daging tu empuk. Pastu skip aje la step no 3.
cara masak asam pedas tetel, daging, resepi masak asam pedas daging tetel

Resepi Asam Pedas Tetel

Bila dah jemu makan bersantan raya-raya ni..teringinlah pulak nak makan lauk macam ni…tetel tu akak dah rebus dah..tapi ashik keluar masuk balik dalam peti sejuk sebab suami akak puasa jadi tak leh masak pedas-pedas.

Akak main campak-campak ajer..tapi nak senangkan sape yang teringin nak masak akak catat ikut resepi chef ah mat gebu yer.
Bahan-bahan
  • 1 kg daging tetel (daging tetel = daging yang ada lemak2)-akak rebus kejap-akak campur daging sedikit
  • 1 genggam daun kesom (dengan batang2nya sekali), cuci bersih dan toskan
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 1 cawan jus asam jawa
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa (tak letak gula)
  • 8 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 camca besar lada hitam*
  • 1/2 inci lengkuas*(*dikisar halus)
  • Air secukupnya

akak tambah : halba campur (sebelum tumis bahan kisar..masukkan dulu halba ni dan daun limau purut) dan 2  batang serai di titik (tumbuk sedikit) di hujungnya
CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. Daging tetel, dipotong (jika ketulannya besar), cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis  halba campuran, serai, bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan daging tetel dan daun kesom tadi, gaul rata dan masak hingga daging tetel kecut. Tuang air secukupnya dan masak dengan api besar hingga mendidih. Kecilkan api dan terus merenih hingga tetel empuk.
  3. Masukkan jus asam jawa, bunga kantan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih 10 minit lagi dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. (masukkan daun limau purut yang telah di siat.) Hidangkan panas.
daging, daging batang pinang, masak daging best, masak lemak

RESEPI NUE NAM TOK@GRILL DAGING PEDAS DAN MASAK LEMAK DAGING SALAI DAN JANTUNG PISANG..

Mula-mula nak ucap ribuan terima kasih buat Cikgu Naman yang telah bersusah payah buatkan harder untuk akak….akak memang fail tentang nak godek nak buat ni semua…terima kasih yer cikug..budimu akan ku kenang. Dia ada buat peraduan tau..nak tau check it out kat SINI. Cepat sebelum terlambat.
Nasib baik ada stok daging salai..Yana ada sebut nak makan grill daging pedas. Akak beli kat Pedas masa balik dari kerja kawin sepupu kat Melaka bulan lepas. Daging salai ni memang pure sebab dimasak secara tradisional. Nanti balik lagi ke Segamat kena beli lagi…simpan buat stok, sebab berbaloi kalau beli dari pada asap masuk mata bila salai sendiri.
Oleh sebab akak dah ada daging salai..akak tak yahlah bakar/grill lagi daging batang pinang. Hiris ajer tipis-tipis daging salai tu.

Nor yang terjemahkan resepi ni dari buku resepi masakan thai. Terimakasih bebanyak yer.Cuber yer jangan tak cuber…rugi sape yang tak nak cuber buat resepi ni.


Bahan-bahan
Bahan A
  • 250 g daging batang pinang
  • 1 camca besar kicap
  • 1/2 camca teh gula
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Bahan B
  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 1/2 cawan daun pudina, diracik
  • Hirisan daun saderi@daun ketumbar
  • Hirisan daun bawang
  • 2 camca besar gula (akak letak 1 sudu besar gula kabung/1 sb gula putih)
  • 2 camca besar sos ikan
  • 2 1/2 camca besar jus limau nipis (atau ikut selera masing2)
  • Hirisan halus cili padi secukupnya @ dried chili flakes
  • 1 biji tomato, dihiris kecil
  • akak tambah 1 biji bawang holland-racik halus
  • 1 batang cili merah-hiris serong
Cara-cara
  1. Gaul semua bahan-bahan A, dan perap 30 minit, kemudian grill hingga masak. Sejukkan dan hiris nipis, ketepikan.
  2. Satukan semua bahan-bahan B, masukkan daging tadi dan gaul rata, sesuaikan rasa.
  3. Taburkan kepingan cili (dried cili flakes).Akak suker masukkan ke dalam peti sejuk sebentar..lagi sedap rasanya.
  4. Hidangkan sebagai pembuka selera.
Akak beli 1/2kg RM15.00..boleh masak 2 jenis masakan..separuh masak lemak cili api dengan jantung pisang…pastu ada pulak cencaluk…wallllaaaaa berpeluh weii..
Beli cempedak kat Pasar Tani Jalan Tang Ling minggu lepas..isi tak berapa cun..pastu tipis ajer..nasib baik bila di goreng cepat habis.. tinggal yang ni ajer yang akak sempat ambil gambar.
    daging, daging batang pinang, masak daging best

    Resipi Kurma Daging Tomato

    Dah siap masak ker?  Ataupun tengah fikir nak masak apa yang special untuk hari cuti ni…sekali sekala..kenalah masak kan…resepi ni akak ambil dari rumah chef Ah Mat Gebu lagi..
    Sape yang tak kenal Ah Mat Gebu..rasanya yang suka masak ni memang suker ke blog beliau. Sebab beliau ni adalah salah satu kumbang di antara puluhan bunga di alam blog yang pandai memasak.  Akak buat kurma ni bersama-sama dengan nasi hujan panas..kalau tertarik bolehlah mencubanya.
    BAHAN-BAHANNYA 🙂
    • 500 g daging batang pinang, potong kiub besar2, cuci dan toskan
    • 3 biji kentang, kupas, potong 4 setiap satu dan rendam
    • 1 biji bawang besar, belah 4
    • 2 biji cili merah, dibelah dua
    • 1 keping asam gelugor
    • 2 1/2 camca besar rempah kurma
    • 1 camca besar kerisik
    • 1 camca besar gula melaka
    • 2 camca besar tomato paste
    • 1 liter air
    • 1 cawan susu sejat
    • 1 camca besar bawang goreng
    • Garam secukup rasa
    BAHAN KISAR HALUS 🙂
    • 1 biji bawang besar
    • 3 biji bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 1/2 inci kunyit hidup
    • 2 biji cili merah
    • 1 biji tomato
    • 2 camca teh lada hitam biji
    • 2 biji buah keras
    BAHAN TUMIS 🙂
    • 3 biji bawang merah, dihiris
    • 1 biji bawang putih, dihiris
    • 1 batang kayu manis
    • 1 kuntum bunga lawang
    • 2 biji buah pelaga
    • 4 kuntum bunga cengkih
    CARA MEMBUATNYA 🙂
    1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah tomato pes, bahan kisar dan rempah kurma, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
    2. Masukkan daging, gaul rata dan biar daging kecut sedikit. Tuang air dan masukkan bawang goreng, gaum rata. Bila mendidih, masukkan kentang dan bawang belah. Masak hingga daging lembut.
    3. Masukkan kerisik dan susu sejat tadi. Tambah gula melaka, garam, belahan cili merah dan asam gelugor. Masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala hingga kuah pekat dan kentang empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api..
     Untuk  resepi nasi hujan panas..sila jenguk kat SINI.
    kalau buat nasi ni memang habis selalu…nasi minyak..anak-anak kurenggg 
    dan papadum..bukan tak nak buat dalca ataupun jelatah ..
    semua tu kalau buat membazir..anak-anak tak sentuh pun..
    dulu buat jelatah…terkulat-kulat akak menghabiskannya
      daging, daging batang pinang, masak daging best, masak daging sedap

      Kormak Daging Kambing

       Ambil resepi ni dari blog Ah Mat Gebu.  Masakan ni orang Johor panggil “kormak”.  Macam kurma biasa tapi cara nak memasaknya memang lain betul.  Resepi ni Mat dapat dari blog Tulip Kasih yang Mat Gebu panggil Kak Zura.
      Akak beli daging kambing ni kat Segamat.  Sedap tau..nanti cuberlah buat yer.
        
      BAHAN-BAHANNYA 🙂
      1 kg daging batang pinang -akak guna daging kambing
      1/2 cawan susu cair + perahan 1/2 biji limau nipis = jadikan tairu
      2 camca besar minyak sapi
      1 cawan susu cair
      1 biji bawang besar, dibelah empat
      5 biji kentang sederhana besar
      3 tangkai daun pudina
      3 pelepah daun sedari
      1 camca besar air mawar
      10 biji kacang badam
      2 camca besar ketumbar*
      1/2 camca besar jintan manis*
      1/2 camca teh jintan putih*
      1/2 camca teh sajira (jika ada….mat tak letak sebab tak de)*akak pun tak tahu apa benda ni..jadi tak letak
      1/2 camca besar lada putih biji*
      5 biji bawang merah*
      6 ulas bawang putih*
      2 inci halia*
      1/2 biji pala*(*dikisar halus)
      1 batang kayu manis
      3 biji buah pelaga
      5 kuntum bunga cengkih
      Garam dan gula secukuprasa
      akak tambah..3 biji cili merah, buah tomato di belah 4

      CARA MEMBUATNYA 🙂

      1. Daging dipotong kiub sederhana besar, cucuk dengan garfu, cuci dan toskan. Badam direndam dalam air panas, kemudian, kupas kulitnya dan tumbuk lumat. Kentang dikupas dan belah 2, rendam.
      2. Masukkan daging tadi dalam satu bekas, campur dengan bahan kisar halus dan badam tumbuk, gaul rata dan perap 10 minit (mat perap 30 minit). Tuang dalam periuk atau kuali dan masukkan susu cair, minyak sapi, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, garam, gula dan air secukupnya (anggaran 1 1/2 cawan). Biar mendidih.
      3. Bila daging 1/2 empuk, masukkan kentang dan tairu, belahan bawang besar, daun pudina dan daun saderi, masak dengan api sederhana hingga kentang lembut dan kuah pekat dan masukkan cili merah dan tomato.
      4. Akhir sekali masukkan air mawar, kacau rata dan matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, nasi minyak, nasi beriani atau pun sedap dimakan bersama roti benggali!!….
      daging, roti

      Roti Saj dan Kima Daging

      Mula-mula cam pelik dengar nama roti ni..tapi macam sodap ajer..Akak nampak roti ni kat rumah Ummi..Ummi ambil dari rumah Madihaa dan beliau pulak ambil dariblog Rusnah..dah puas dah jejalan resepi ni.  Akak c & p dari rumah Madihaa.
      Bahan-bahan
      1 sb yis mauripan
      1 sb gula (kak rus ganti ngan susu pekat kacau dalam air suam ~ MaDiHaA pun ikut sama)
      1 1/2 cwn air suam
      3 1/2 cwn tepung (MaDiHaA tambah lagi sebab adunan agak lembik.. tak taulah kot tersilap sukat bahan coz menguli subuh2 hari.. hehe)
      1/2 st garam
      sedikit minyak
       

      Cara membuatnya:
      1.  Campurkan yis, gula, air suam dan garam sebatikan lalu masukkan tepung dan diuli.
      2.  Selesai diuli, ketepikan 1 jam…tutup kejap dgn plastik.

      3. Uli lagi dan ketul-ketulkan kpd 7- 8 bahagian (MaDiHaA bahagikan kepada (9 – 10ketul)…dibulat-bulatkan dan disalut minyak/tepung. (Akak salut dengan minyak zaitun macam gambar kat atas)
      4.  Ambil seketul dan ditekan-tekan dlm pinggan bulat bagi elok bulatnya dan digoreng tohor mcm goreng capati…….bila masak angkat…. (MaDiHaA masak lebih kurang 3 ~ 4 minit bagi setiap belah roti saj & terbalikkan masak lagi) mmmm makan ngan kuah….sedap dan kenyang….

      Nota MaDiHaA
      : Semasa menggoreng gunakan api yang perlahan. Minyak hanya gunakan beberapa titis jer (akak gunakan minyak zaitun) semasa menggoreng. Tutup kuali dengan penutup pengukus supaya wap panas tak keluar & roti saj cepat masak.
       Kalau buat roti nan..takkan nak makan mcm tu aje kan..kenalah ada benda yang nak di cicah…dulu akak selalu buat kari sardin…oleh sebab anak-anak ada kat rumah…jadi virus M terhapus..sebab seronok bila masak semua juadah habis…berbaloilah masak macam tu kan…resepi ni ambil dari rumah chef ah mat gebu…resepi yang boleh di percayai…oleh sebab malas…akak c & p aje dari rumah dia..


      BAHAN-BAHANNYA 🙂
      2 biji kentang, kupas, potong dadu sederhana besar, dan rendam
      200 g daging kisar
      1/2 batang lobak merah, kupas dan potong dadu sederhana besar-akak tak letak
      2 biji tomato (sederhana besar), didadu kasar
      2 biji bawang besar, didadu
      1 batang kulit kayu manis
      1 kuntum bunga lawang
      2 camca besar rempah kari
      1 biji cili merah, potong kasar2
      1 biji cili hijau, potong kasar2
      2 camca besar tomato puree
      Garam dan gula secukup rasa
      2 camca besar minyak sapi
      2 camca besar minyak masak
      500 ml air (atau secukupnya)
      2 biji cili hijau*
      3 ulas bawang putih*
      3 cm halia*
      1 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)

       

      CARA MEMBUATNYA 🙂

      1. Panaskan minyak dan minyak sapi, tumis bawang besar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan bahan kisar, tomato puree bersama rempah kari. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak (gunakan api kecil).
      2. Masukkan daging, kentang dan lobak merah, kacau rata dan tuang air. Masak hingga mendidih dan kecilkan api. Terus memasak hingga kentang/lobak merah lembut (tambah sedikit air panas, jika masih belum empuk). Masukkan sekali kacang hijau dalam tin ek..
      3. Tambah tomato, cili merah, cili hijau dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau rata dan masak hingga sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama roti arab, atau roti putih biasa….
          
        Imran tak suka cicah..dia nak letak cheese kat atas roti saj ni..
        pastu bakar dalam oven guna api atas ajer..

        daging

        Sambal Daging


        Akak ambil resepi dari blog Puan Haneliza.  Snang ajer nak membuatnya.  Cuberlah buat yer.
        Bahan

        • 500 g daging [hiriskan nipis dan kecil] -akak guna daging batang pinang
        • 1 labu bawang besar [potong gelang]
        • 3 s/b sos tomato
        • 2 batang serai [ketuk]
        • minyak
        • garam
        • gula

        Bahan Mesin

        • 20 tangkai cili kering
        • 2 labu bawang besar
        • 2 ulas bawang putih

        Cara
        1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan  bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
        2. Masukkan daging yg telah dibasuh dan  toskan.
        3. Masakkan sehingga daging lembut .
        4. Masukkan sos tomato, garam dan secubit gula. Kacau rata.
        5. Masukkan bawang besar dan kacau rata.
        6. Rasakan garam dan boleh hidangkan.

         
        daging

        Daging Masak Merah

        Sedap tau..jangan lupa buat yer..tak yah beli kat kedai lagi.
        Bahan:-
        300 gm daging lembu-akak gunakan daging batang pinang..jadi rebus kejap aje dgn pewarna merah
        2 biji bawang besar (dihiris bulat)
        3 ulas bawang putih (dititik)
        125 gm sos tomato
        2 sudu besar sos cili (*ni ummi tambah)
        4 sudu besar cili kering (dikisar)
        sedikit kicap cair
        garam secukup rasa
        sedikit gula (*ummi tambah ni)
        sedikit air
        minyak untuk menumis
        akak tambah 1 biji bawang merah di potong bulat

        Cara Memasak:-
        Hiris daging lebih kurang 5cm. Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos tomato dan daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. (*ummi tambah sos cili sikit). Tambahkan sedikit garam dan kicap air. Masak hingga kuah agak pekat barulah dimasukkan hirisan bawang besar. 
        Ayam, daging

        KOROKKE (MEAT CROQUETTE)

         Nuffnang ni ikut suka hati dia ajer nak bagi contest..hari ni punya contest keluar belah petanglah pulak..dari hari isnin akak ashik bukak …tapi tak ada…

        Bila akak nak ambil imran balik dari sekolah baru akak perasan dah keluar dah tajuk baru…haru biru dibuatnya..kenalah buat cepat-cepat.nasib baik faham tajuk dan tau macammana nak masukkan embed youtube tu..kalau idak mesti tak dapat..sebab sekarang ni ramai giler yang masuk contest ni..kalau lambat memang gigit jari lah jawabnya..dahlah pemenang yang dia hendak cuma 50 orang..

        Oleh sebab nak kejar RM20.00 terlambatlah akak ambil si Imran…dia dah membebel..sebab kehausan..pastu duit poket dah habis beli air…ala sekali …sekali lambat apa salahnya kan.
        Tenguk tang nama pun macam best ek….kalau salah sebut jadi karokae…bila bua tni bolehlah kita berkarakoe di dapur…oleh sebab mamafami ni suka makan keju dia tulis resepi dalam bahasa omputih..puaslah akak nak memahamkan resepi ni..padahal senang ajer..al maklum sekolah tak tinggi..

        Mencecehlah pulak..sape yang makan sambal belacan tak tahu nak terjemah dalam bahasa melayu bolehlah gunakan google translate…cik google pun bukan betul terjemahannya..tapi bolehlah ..asal faham dahlah kan..akak c & p ajer dari blog
        Ingredients :
        • 500g potatoes ~ peeled,boiled and mashed
        • 1/2 large onion ~ peeled and diced
        • 1 stalk spring onion ~ washed and cut small
        • salt to taste
        • ground white pepper to taste
        • 200g minced meat
        • 5 pieces canned button mushroom ~ diced small
        • 1 cup panko(Japanese bread crumb) ~ I used normal bread crumbs
        • 1 egg ~ lightly beaten
        • 1/2 cup rice flour
        • enough oil for frying
        Method :
        1. Saute minced meat and onion in skillet for 5 minutes.
        2. Place mashed potatoes in a large bowl.Combine salt, ground pepper,cooked minced meat, diced button mushrooms and spring onions together, mix well.
        2. Shape potatoes mixture into small balls, slightly press the potatoe balls into a cylinder or disk shape. If the potatoes are too soft, place the shaped potatoes into fridge for 30 minutes or longer.
        3. Roll shaped potato balls onto rice flour, then dip into egg mixture before coating with breadcrumbs.
        4. Prepare fryer or deep skillet at medium heat with oil. Place the coated croquettes into the hot oil. Fry croquette both side until golden brown.
        5. Remove the fried croquettes from fryer and place on kitchen towel to drain off the excess oil.
        6. Serve warm as snack or with meal.
        daging, Nasi

        Resepi Daging Masak Bamia

         
         Masak lauk ni hari Jumaat lepas..masak sebelum ambil Ira di asrama..kelam kabut punya pasal sampai purse tak bawak…ambil resepi dari umah dayangjack. Terima kasih yer dayang…akak c & p tau..

        Bahan-bahan :
        • 400 g daging (dihiris nipis2 dan dibersihkan)
        • 100 ml susu cair (kalau tak ada, boleh guna santan) – boleh adjust sendiri sukatannya
        • air secukupnya
        • 1 sudu makan rata serbuk ketumbar
        • 1 sudu makan rata serbuk jintan putih
        • 1/2 sudu makan rata serbuk jintan manis
        • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
        • 2 sudu makan serbuk kari daging
        • 2-3 sudu besar cili kisar
        • 1 batang kulit kayu manis
        • 2 biji buah pelaga
        • 2 kuntum bunga cengkih
        • 1 labu bawang besar (dipotong 4)
        • 2 biji tomato (dibelah 4)
        • bendi secukupnya 
        • 4 sudu besar sos tomato
        • garam dan sedikit gula

        Bahan-bahan kisar:

        • 1 labu bawang besar
        • 4 biji bawang merah
        • 3 ulas bawang putih
        • 1 cm halia

        Cara-cara :

        1. Gaulkan daging dgn bahan2 kisar dan perapkan selama 30 minit. Kesemua serbuk rempah dan cili kisar disatukan di dlm satu bekas dan dibancuh dgn sedikit air utk dijadikan pes.
        2. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali/periuk. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih hingga wangi. Kemudian tumiskan bawang besar hingga sedikit layu. Barulah dimasukkan pes rempah tadi dan juga sos tomato. Kacau dan biarkan ia pecah minyak.
        3. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga daging empuk. Kemudian masukkan, susu cair, garam dan sedikit gula. Masak lagi hingga kuah kelihatan pekat. Akhir sekali, barulah dimasukkan bendi dan tomato. Setelah bendi masak, tutupkan api dan renihkan sebentar sebelum dihidangkan.
           Makan pulak dengan nasi hujan panas dan papadom