bercuti ke cameron highland, cuti cuti malaysia, cuti di cameron highland, Ee Feng Gu Honey Bee Farm Cameron Highland, tempat menarik di cameron highland, tringkap bee farm cameron highland

Mencari Madu Di Cameron Highland

Assalammualaikum 

Wah merudum trafik bulan Disember ni..semua sibuk bercuti dan sibuk gi kenduri kawin di sana sini.  Tapi tak apalah kan..janji ada gak yang sudi berkunjung ke blog akak dan baca N3.

Dek sebab suami dan anak-anak suka sangat makan madu di Pasar Malam Brinchang
suami akak nak cari madu untuk dibawa pulang sebab semua orang tau madu kan banyak khasiatnya.

Mula-mula kami ke Ee Feng Gu Honey Bee Farm di  Brinchang.

Kat sini senang parking tapi tak larat nak turun kat bawah.  Anak-anak akak ajer yang turun.

 Tapi mereka cuma turun separuh jalan…alasannya takut 
kena sengat dek lebah..sabar ajerlah

Kat sini ada gak di jual buah-buahan dan sayuran..harga akak tak taulah sebab akak tenguk dari atas sajer.  Tapi sayangnya sarang lebah dan madu yang di cari tak ada stok…kami cuma beli Crystalized Honey sajer.

Ee Feng Gu Honey Bee Farm  terletak di  75, Batu 43, Green Cow, 39100 Kea Farm, Brinchang, Cameron Highlands.

Pastu kami ke Tringkap Bee Farm pula

 Kat sini ada pameran tentang lebah
sarang lebah
lebah liar
lebah kelulut yang di katakan baik untuk pesakit kencing manis
 dan darah tinggi

Akhirnya kami jumpa gak madu dengan sarang lebah yang tutup biru tu..beza tau rasa madu dalam sarang dan madu yang kami beli mula-mula tu…harga pun jauh sangat bezanya.  Suami kata tak perlah sebab nak bagi Imran minum madu nak hilangkan batuk. Tertunai gak hasrat dihati nak cari madu yang ada sarang.

Terletak di Lot F121
Jalan Besar Tringkap
39010 Cameron Highland
Tel: 054961048

cuti cuti malaysia, cuti-cuti ke cameron highland, Hotel Heritage Cameron Highland, menu di hotel heritage cameron highland

Makan Makan Di Hotel Heritage Cameron Highland

Assalammualaikum semua.

Imran memang batuk dari rumah lagi…makan pun tak ada selera.  Kami bertolak dari rumah ke CH dalam pukul 9 lebih.  Sebelum singgah dulu pekena roti canai tapi imran makan sikit dan minum air milo saja.  Yana bagi minum ubat batuk sebelum memulakan perjalanan.  Bila dah pekena ubat batuk tentulah lalok kan.

Sepanjang perjalanan ke CH, Imran tidur..kalau jaga pun tanya..jauh lagi ker?
Masa naik ikut jalan cam ular di palu dari Tapah..air muka Imran dah lain macam..akak siapkan plastik dan minyak chap kapak.

Bila sampai di Ladang Tea Bharat Cameron Highland sempatlah Imran minum teh dan berposing bersama kakak dia di situ.  Tapi dalam perjalanan naik balik ke atas, dia terasa pening..tak larat nak jalan.  Terpaksalah berehat sebentar kat sini.

Kami cadang nak gi lunch kat Pekan Tanah Rata, tapi jalan jemlah pulak..Imran dah pucat..mungkin kelaparan sebab tak makan apa-apa ..lagipun dah dekat pukul 2.00 petang.

Nasib baiklah ternampak Hotel Heritage..tempat kami menginap di Cameron Highland..lega tak payah tempuh jalan yang sesak.  Nasib baik boleh check in..letak beg dan suami ajak gi makan kat sini ajer.  Tak berbaloi nak tempuh jalan sesak semata-mata nak makan kat Tanah Rata.

Nasib baiklah ada bubur nasi dalam menu..terus order untuk Imran..sedap pula bubur ayam ni..mangkuk pun besar.

Semua gelak bila akak order nasi goreng kampung..sekali tiba 
akak rasa happy sebab macam-macam ada

Ira order pizza..sedap gak pizza ni dan besar gak saiznya..tak habis makan kami selamba tapau

Puas hati fish and chip ni..ada 2 ketui..besar pulak tu…yang paling best sebab isi ikannya fresh..

Yana teringin nak makan steak..menu yang paling mahai …amboi sekali sekali Yana pau ayah dia.  Puas hati makan kat hotel ni..harga pun idaklah mahai sangat pun.   Insyallah jika ada rezeki dan umur leh makan kat sini lagi.