Ayam, ayam bbq, ayam panggang, cara buat ayam panggang sedap, resepi ayam panggang

Ayam Panggang Dalam Oven

Tajuk tu memanglah ayam panggang dalam oven sebab akak bakar dalam oven..kalau panggang atas pemanggang letrik lain namanya.  Kalau panggang atas bara arang dah jadi lain gak nama dia bukan.  Bila akak malas masak..akak buat camni ajer..tak banyak kerja dan mudah di sediakan.
Bahan-bahan
1kg kepak ayam  bersihk dan tos.
5 biji bawang putih-tumbuk lumat
2 inci halia-tumbuk lumat
sos secukupnya-dalam 1/2 botol
2-3 sudu makan madu
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam
1 sudu kecil mixed herbs
sedikit mentega
2 biji kentang russet-potong lebar
1 biji bawang besar-hiris bulat
1 biji tomato

 
Cara-cara
1.  Lumurkan bawang putih, serbuk lada hitam, garam, mixed herbs dan halia ke seluruh kepak ayam.
2.  Campurkan  sos kraft dengan madu dan lumur pada ayam.  Masukkan ke dalam peti sejuk.
3.  Perap selama 3 jam-kalau tak sabar nak bakar dan makan 1 jam pun boleh.
4.  Panaskan oven 180-200C,(bergantung pada oven) masukkan mentega, hirisan  bawang, tomato  dan kentang di celah-celah ayam dan masukkan ayam ke dalam oven guna api atas bawah.
5.  Setelah 20-30  minit  gunakan api atas pula dalam 10 minit.
6.  Hidangkan panas-panas.

Bakar garlic bread..roti panjang beli kat giant…tapi tang sapuan tu akak buat sendiri..bukan susah pun…ambil butter dalam 6 sudu besar dan biarkan dalam suhu bilik.Tumbuk lumat 2 biji bawang putih dan campurkan dalam butter dan masukkan sekali daun pasli kering/daun ketumbar/mixed herbs (agak-agak.atau ikut suker).
 
jagung kukus, selepas di kukus masukkan merjerin, 
sedikit garam dan susu pekat (Rujuk kat SINI)
 
 kentang goreng 
 
dan sup campbell
Ayam, ayam goreng berempah, ayam goreng berempah sedap, cara masak ayam goreng berempah sedap, resepi ayam goreng berempah

Resepi Ayam Goreng Berempah Hidangan Kenduri


Masa kenduri bulan lepas 31hb. Disember 2011 (Sabtu) kami menyediakan ayam goreng berempah.  Akak yang gi pasar beli 20 ekor ayam dan bersihkan sorang-sorang.  Fuhhh macam nak bukak kedai jual ayam goreng berempahlah pulak.  Terima kasih mak sebab tolong siapkan rempah ratus bahan perapan.

Resepi asal dari dayangjack tapi akak ada tukar bahan-bahan perapan.  Jangan marah yer Dayang.  Kami perap ayam ni semalaman  dan goreng pada pagi Sabtu dan dah tentulah bahan perapan kena berkali kali kali ganda banyaknya.  Alhamdulliah tetamu kata sedappppp. Cubalah yer
Bahan-bahan
  • 7-8 ketul ayam (dibersihkan)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar kasar)
  • 1 inci halia (dikisar kasar)
  • 3 batang serai (dikisar kasar)
  • 1 sudu besar ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sudu kecil jintan manis (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sudu besar  serbuk kari ayam (akak guna baba’s)
  • 1 biji telur-akak tukar letak 1 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu besar tepung jagung-akak tukar ke tepung beras
  • daun kari secukupnya
  • serbuk kunyit
  • minyak secukupnya
  • garam dan sedikit gula secukupnya

Cara-cara

  1. Perapkan ayam dgn semua bahan di atas selama 1 jam atau selama mana yg boleh. Akak perap semalaman dan sebelum goreng campurkan 1-2 sudu tepung beras dan gaul rata.
  2. Kemudian gorengkan dgn minyak yg banyak sehingga garing bersama daun kari.
  3. Gunakan api sederhana perlahan sahaja.
  4. Hidangkan panas-panas. 

 

     p/s kalau tak percaya cuba tanya geng tali baruts yang hadir 

    Ayam, ayam goreng best, ayam goreng sedap, ayam goreng tandoori, resepi ayam goreng tandoori, resepi ayam goreng tandoori maggi, video aizat dan raihan tv 9

    Tongkeng Ayam/Ayam Goreng Tandori

     Nak tau tak seumur hidup tak pernah nak makan b…t.t..ayam aka tongkeng ayam ni.  Entah macamana akak boleh  belilah pulak kat Pasar Pagi Greenwood minggu lepas.  Sebenarnya suami akak  memang suka makan tongkeng ayam, tapi akak selalu buang sebab geli.

    Bila akak perap ayam dan tongkeng  bersama rempah ayam tandoori maggi dan bila dah siap di goreng, wangi pulak baunya.  Akak memberanikan diri makan , mak datuk sedap kauuuuu..

    Firdaus pun makan banyak sebab dia tak tahu yang tu tongkeng ayam, bila akak bagitau  dia kata. 
     ala mak ingatkan ayam mak potong kecik-kecik.
    Nasib baik dia tak muntahkan balik.  Bila akak suruh Imran cuba dia boleh kata,
    Tak naklah, geli, ayam berak tak cebuk.
    Cisss, sabar ajerlah.
    Sekarang ni susah betul nak jumpa tandoori maggi ni.  Kalau jumpa akak selalu angkut 5 paket, senang bila nak guna dah ada stok kat umah.

    Bahan-bahan
    • 1 ekor ayam [potong kecil dan bersihkan]
    • 1 paket rempah tandoori MAGGI
    • 3 sudu besar cili mesin
    • 1 sudu besar serbuk kunyit
    • 5 s/b tepung goreng ayam (akak guna tepung kentucky yang pedas punya)
    • 3 ulas bawang merah ]
    • 2 ulas bawang putih ] mesin halus
    • 2 inci halia ]
    • garam 
    • akak tambah..3 tangkai daun kari 
    • 2 sudu makan tepung beras
    Cara
    1.  Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1/2 jam.(Lagi lama lagi sedap)

    2.  Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing dan masukkan setangkai daun kari setiap kali goreng.

    Memang suka lagu ni..
    http://www.youtube.com/v/PGvaXuLltwQ?fs=1&hl=en_GB

    Nyanyian Aizat   dan Raihan for GENG AIZAT TV Show for TV9.

    Ayam, cara masak rendang ayam sedap, majalah saji, resepi ayam rendang pedas onyang, resepi rendang ayam minang

    Resepi Ayam Rendang Pedas Onyang

    Mula-mula buka halaman majalah Saji ni akak rasa pelik gak tenguk nama rendang ni.  Onyang rasanya nenek kot.  Tak  perasan dari negeri mana.  Buat rendang stail ni agak sempoi. Hiris ajer tapi akak kisar semua kecuali daun kunyit dan serai.

    Sedap gak buat rendang orang lain ni.  Jomlah buat. 

    Bahan-bahan

    1 ekor ayam-potong 12
    12 tangkai cili kering-kisar
    4 batang serai-titik
    20 ulas bawang merah-kisar
    8 bii bawang putih-akak tambah
    1 inci kunyit hidup-kisar
    1 sudu teh serbuk kunyit
    5 helai daun kunyit-dihiris halus
    1 keping asam gelugur
    1/2 inci lengkuas-kisar
    1 kg  pati santan
    1/2 inci halia-kisar
    1/2 cawan kerisik
    garaam dan gsedikit gula


    Cara menyediakan

    1.  Ayam di bersih dan dimasukkan ke dalam kuali besar.
    2.  Masukkan bahan yang telah di kisar. Masukkan juga daun kunyit yang telah dihirs bersama asam gelugur dan pati santan.  Masukkan sedikit air.
    3.  Gaulkan semua ramuan tadi sehingga rata dan dimasak diatas api yang sederhana.
    4.  Setelah mendidih, masukkan kerisik, garam dan kecilkan api.  Kacau perlahan-lahan sekali sekala sehingga kuah pekat dan naik minyak
    5.  Akhir sekali, buangkan asam gelugur dan hidangkan.

    Hidangan ini boleh dimakan dengan nasi, lemang atau ketupat

    Ayam, cara masak asam pedas, cara masak asam pedas melaka, resepi asam pedas ayam, resepi ayam masak pedas

    Resepi Asam Pedas Ayam

     Memang agak jarang buat asam pedas ayam ni.  Selalunya ikan dan daging tetel.  Bila dah buat  hemm senyum hingga nampak gigi makan masak asam pedas ayam ni.  Ada orang boleh pakai belacan dan ada juga yang tak suka belacan.  Terpulanglah.
    Bahan-Bahan
    1 ekor ayam di potong 16
    2 batang serai-dititik hujungnya
    3 kuntum bunga kantan-belah 2
    1 ikat daun kesum-ambil daun
    3 helai daun limau purut-disiat
    1 1/3 cawan cili kisar
    1 cawan jus asam jawa
    Air secukupnya
    Garam
    Minyak dan sedikit gula
     Bahan kisar/tumbuk
    6 biji bawang merah
    10 ulas bawang putih
    1 biji bawang besar
    1/2 inci kunyit hidup
    2 inci halia
    1 inci lengkuas
    sedikit belacan-tak letak pun tak apa
    Cara-caranya
    1.  Bersihkan ayam dan toskan.
    2.  Panaskan minyak dant tumis serai yang telah dititik dan masukkan pula bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan cili kisar dengan menggunakan api sederhana.
    3.  Kacau sehingga cili masak dan barulah di masukkan ayam dan biarkan ayam kecut sedikit.
    4.  Setelah itu tuang air secukupnya dan biarkan mendidih lalu masukkan jus asam jawa.
    5.  Bila dah mendidih, masukkan garam dan gula dan masukkan bunga kantan, daun kesum dan juga daun limau purut.

    6.  Biarkan sebentar barulah di rasa cukup asam garam dan tutup api.

    Ayam, ayam bakar best, ayam panggang.ayam, cara bakar ayam panggang, resepi ayam panggang

    Ayam Panggang Honey BBQ

    Ada blogger panggil ayam mengangkang ataupun terkangkang ataupun terkengkang..suka hati nak panggil apa lah yer..janji boleh makan.  Akak bakar hari Jumaat lepas.
    Dah lama dah tak buat ayam bakar macam ni.  Akak pakai sos yang ni ajer.  Sonang cerita.

    Bahan-bahan
    1 ekor ayam-bersih dan di kelar-kelar keseluruhan badan pastu toskan.
    5 biji bawang putih-tumbuk lumat
    2 inci halia-tumbuk lumat
    sos secukupnya

    Cara-cara
    1.  Lumurkan bawang putih dan halia ke seluruhan badan.
    2.  Lepas tu lumurkan pulak sos.
    3.  Perap selama 3 jam-kalau tak sabar nak bakar dan makan 1 jam pun boleh.
    4.  Panaskan oven 200-220 C dan masukkan ayam guna api atas bawah.
    5.  Setelah 20-30  minit  balikkan ayam dan sapu lagi sos.
    6.  Bakar lagi dalam 20 minit dan sebelum keluarkan dari oven sapu sos lagi.
    7.  Hidangkan panas-panas..jangan lupa pisau tajam yer..kalau tak ada pisau tajam..gunakan ajerlah kreativiti macam mana nak makan ayam tu.

    Makanan sampingan- sup campbell dan ubi kentang goreng – tabur dengan serbuk cheese-macam kat mc d tu (waiter tu bagi lebih masa makan kat klia )

    Ayam, cara buat kung pao chicken, kung pao chicken yang lazat, resepi kung pao chicken, sedap dan best

    Resepi Kung Pao Chicken


    suka letak gajus bebanyak..sodap

    Dah lama rasanya tak buat Kung Pao Chicken ni..tu sebab kalau beli ayam akak suka simpan tang isi tu.  Kalau masak pun bukan nak anak-anak makan.  Jadi lebih baik simpan untu buat resepi ini.


    Bahan-bahan  A
    • 600gm isi ayam-dipotong kecik
    • tepung jagung secukupnya
    • sedikit serbuk lada hitam
    • sos tiram-ikut keperluan
    • sedikit kicap pekat
    • sedikit kicap cair
    • sedikit garam
    Cara-caranya
    • Perap ayam dengan sos tiram, kicap pekat, kicap cair, garam  dan serbuk lada hitam. Biarkan 1/2 jam atau 1 jam.
    • Lumurkan dengan tepung jagung.
    • Panaskan minyak dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
    • Toskan selepas di angkat.
    Bahan-bahan B
    •  100gm  kacang gajus –
    •  30gram cili kering – pilih yang lebar dan potong 1-1.5 inci panjang
    •  2 biji bawang besar holland – potong dadu besar-besar(1 biji didadu dan satu biji lagi di potong empat
    • 4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
    • 2 inci halia – di tumbuk halus
    • 1 biji cili benggala – potong lebar-lebar
    • 3 sudu makan sos tiram
    • 2 sudu makan cili sos
    •  minyak untuk menumis
    •  garam jika perlu
    • minyak bijan
    • sedikit seasoning maggi
    Cara-caranya
    1. Panaskan minyak dan goreng badam…angkat dan toskan.  Goreng pula  cili kering hingga garing dan angkat..toskan.
    2. Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan pula bawang besar yang telah di dadu.
    3. Masukkan sos cili, sos tiram, seasoning maggi dan sedikit air.
    4. Biarkan kering sedikit dan masukkan pula ayam, bawang holland di belah 4, cili benggala, cili kering bersama  kacang gajus  yang telah digoreng. 
    5. Masukkan minyak bijan dan kacau sebati dan perisakan dengan garam jika perlu.
    6. Kacau sebentar dan terus padamkan api.
    7. Angkat dan hidangkan bersama nasi….

     Sekali-sekali pekena sardin sodap jugak kan…tak yah resepi yer..bukan susah nak masak pun.

    Ayam, bihun soto enak, cara masak soto lazat, enak, lazat, resepi bihun soto

    Resepi Bihun Soto

    Beli rempah soto ni kat Pasar Tani Taman Melawati pada bulan puasa lepas.  Macam-macam rempah ada di jual kat situ.  Akak pun beli sebab pes soto dah habis.
    Suka hati kalau nak guna nasi impit ker ataupun mee ker.  Nasib baik
     sedap.  Kalau sape nak beli ada no hp dia.


    Bahan-bahan
    1 ekor ayam, dipotong 8 

    50gm rempah soto
    Air secukupnya untuk merebus ayam dan buat sup
    10 biji bawang merah
    8 biji bawang putih
    3cm halia, dihiris halus 

    2 batang serai-titik hujung
    1inci lengkuas
    5 biji buah keras


    Bahan tumis
    1 batang kulit kayu manis
    5 kuntum bunga lawang
    5 biji buah pelaga
    10 biji lada hitam
    1 camca teh lada putih 


    4 biji bawang merah-di hiris


    Bahan tabur
    Taugeh, dicelur sedikit 
    bihun secukupnya
    Suhun, digoreng
    Kacang tanah, digoreng
    Daun sup & daun bawang, dihiris halus
    Bawang goreng
    Sambal kicap (* Goreng cili api bersama 1 biji bawang putih (20 biji). Tumbuk atau kisar cilipadi, tuangkan kicap manis secukupnya, perahkan jus limau kasturi) 


    Cara-cara
    1. Tumis bahan penumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau bersama serai.

    2.  Masukkan pula bahan kisar dan rempah soto dan biarkan sebentar sambil di kacau.
    3.  Masukkan ayam dan air secukupnya dan rebus sehingga 10-20 minit,
    4.  Perasakan dengan garam dan keluarkan ayam. Setelah ayam masak, keluarkan dan toskan.
    5.  Goreng ayam sekejap dan biarkan sejuk.  (kalau tak nak pun tak per)
    Siat-siat isi ayam dan ketepikan. 

    6. Tulang-tulang boleh dimasukkan semula ke dalam kuah sup kepada yg suka.
    7. Hidangkan bersama bihun, pergedil daging, taugeh, suhun goreng, kacang goreng, bawang goreng, hirisan daun sup & daun bawang dan sambal kicap.


    PEGEDIL
    Bahan-bahan
    4 biji kentang-digoreng
    200gm daging cincang
    1 camca besar serbuk lada hitam/lada putih
    1 camca teh garam
    8 biji bawang merah-hiris


    Bahan celup
    2 biji putih telur-pukul sedikit

    minyak secukupnya

    Cara-cara
    1. Goreng bawang kecil.  Kemudian goreng kentang yang di hiris.  Toskan.

    2.  Daging cincang digoreng dengan lada hitam dengan sedikit minyak.  Toskan.
    2. Tumbuk ubi kentang, masukkan daging dan garam .  Ratakan adunan dan kepal adunan menjadi bulat dan leperkan.
    3. Celup ke dalam adunan putih telur dan goreng hingga masak. 


    Nilah rempah soto tu..bila beli dia akan kasi resepi..akak tiru tang bahan dan tambah sikit..sape yang tak pandai boleh tenguk resepi cam akak ni yer
    Ayam, nasi ayam sedap dan lazat, resepi ayam goreng berempah, resepi nasi ayam ipoh, resepi nasi ayam sedap/lazat/enak

    Resepi Nasi Ayam Ipoh/Resepi Ayam Berempah


    Kalau buat nasi ayam akak suka betul guna resepi nasi ayam ipoh..memang menjadi kesukaan anak-anak..kali ni akak makan dengan ayam berempah.  Jom layannnn
    Bahan untuk nasi
    3 cawan beras basmati (rendam dulu 20 minit pastu toskan)
    4 1/2 cawan air rebusan air (sop)
    2 inci halia*
    3 biji bawang putih*
    3 helai daun bawang (ambil bahagian bawah dia..yang ada buah tu sekali yer)
    1 sudu besar minyak bijan
    2 sudu besar sos tiram
    2 helai daun pandan-siat dan simpul
    4 sudu makan mentega (minyak pun boleh)
    Bahan tumis(akak tambah yer)
    1 batang kayu  manis
    2 biji pelaga
    2 biji cengkih
    2 biji bunga lawang
    1 biji bawang besar-hiris
    3 biji bawang merah-hiris
    2 biji bawang putih-hiris
    Method Untuk Nasi
    1.  Masukkan mentega/marjerin kedalam kuali dan biarkan cair baru masukkan rempah tumis dan bahan hiris.
    2.  Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah di kisar dan kacau sehingga naik bau.
    3.  Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan dan bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan.
    4.  Kacau sekejap dan masukkan air rebusan ayam dan masukkan ke dalam periuk elektrik dan tambahkan sedikit garam.
    5.  Bila nasi dah masak boleh di kareh/kacau dan dihidangkan.
    Bahan sup ayam: ambil dari rumah ah mat gebu

    3 ketul ayam potong kecil-akak ambil bahagian tulang
    1 kiub pati ayam maggi
    1 sup bunjut adabi
    1 pokok daun sup, potong kasar
    1 1/2 inci halia, dititik
    4 ulas bawang putih di ketuk
    Rempah tumis
    1 batang kayu manis
    2 kuntum bunga lawang
    3 biji buah pelaga
    1 camca teh serbuk lada hitam
    air secukupnya (anggaran 3.5 liter)
    garam secukup rasa
    sedikit minyak
    akak tambah

    1 biji bawang besar,2 biji bawang kecil,2 biji bawang putih (semua di hiris halus)

    untuk hiasan

    daun sup dan bawang secukupnya-hiris  halus
    bawang goreng
    Cara membuatnya
    1.  Dalam periuk, masukkan sedikit minyak dan tumis bahan tumis bersama bahan hiris.
    2.  Bila dah naik bau baru masukkan bahan kisar dan sup bunjut..kacau lagi dan masukkan air bersama bahan-bahan lain dan juga serbuk lada hitam.
    3.  Masak dengan api besar sehingga mendidih, kemudian kecilkan api, renih dalam 15  minit.  
    4.  Sebelum tutup api masukkan garam dan  serbuk lada hitam dan sesuaikan rasa. 

     Kalau malas nak guna yang berbiji segala rempah tu..beli ajer yang dah siap kisar ..lagi sonang

    Bahan-bahan

    1 ekor ayam potong 16
    3 batang serai*
    6 biji bawang putih*
    4 bawang merah*
    1 sudu serbuk kunyit*
    1-1 1/2 inci halia*
    1-1 1/2  sudu makan ketumbar*
    1-1 1/2 sudu makan jintan manis*
    1/2 sudu makan jintan putih*
    2 sudu makan rempah kari babas
    2 sudu makan tepung beras
     garam secukupnya
    4-6 tangkai daun kari

      Cara-caranya

        1.  Basuh ayam dan toskan.
        2.  Kisar bahan-bahan bertanda * dengan sedikit air.
        3.  Masukkan ke dalam bekas berisi ayam dan gaul rata semua bahan kisar.
        4.  Masukkan serbuk rempah kari dan tepung beras dan garam.
        5.  Peraplah selama mana yang boleh tapi sekurang-kurangnya 1 jam.

        6.  Goreng dalam minyak yang banyak secara deep fry dan masukkan bersama se tangkai daun kari.   Sedap di makan panas-panas.

        Ayam, cara masak rendang, cara masak rendang minang, resepi rendang ayam minang

        Resepi Rendang Ayam Ala Minang

         Masa tengah lepak selepas masak rendang di kampung suami..akak lepak sambil layan cerita kat TV3.  Ada pulak panggilan dari Kelantan..kawan Yana nak tau resepi buat rendang  sebab nenek dia nak makan.  

        Selalunya kat pantai timur apalah mereka masak untuk raya.  Boleh tolong bagitau tak?

        Alahai macamlah akak ni terror sangat.  Akak suruh kawan Yana buka blog akak..senang nak refer kat situ.  Dia kata…
        Ala auntie kat kampung mana ada line...tergelak akak dibuatnya.
        Akak pun bagitau bahan-bahan macam kat bawah ni.  Alhamdulliah jadi dan akak gembira bila family dia kata sedap.

        Rendang ni akak masak untuk Yana bawa ke sana..bukan semua tapi separuh ajer. 


        Bahan-bahan:
        • 1 ekor ayam-potong 12-16 (akak guna ayam kampung..kalau ayam pencen aka ayam tua pun sodap ni..kalau daging-potong kiub yer..jangan besar..jgn kecik sgt.)
        • 20 batang cili kering – ikut kepedasan masing-masing*
        • 2 sudu besar jintan manis*
        • 2 sudu besar biji ketumbar*
        • 1/2 sudu besar jintan putih*
        • 1 sudu besar lada hitam*
        • 15 biji bawang merah#
        • 8 biji bawang putih#+
        • 1 inci lengkuas#
        • 2 inci  kunyit hidup#
        • 6 batang serai#
        • 3 batang serai-tumbuk hujung
        • 3 helai daun kunyit-siat dan simpul
        • 1kg santan kelapa
        • 2 cawan air
        • 4 sudu makan kerisik
        • sedikit minyak
        • garam dan sedikit air asam jawa
        • nota..kalau guna ayam bandar masukkan ayam selepas masukkan santan..takut ayam hancurlah pulak..potong 12 yer
        Cara menyediakannya
        1.  Sangai bahan-bahan bertanda * dan sejukkan sebelum di kisar hingga halus. Ketepikan.
        2.  Kisar pula bahan bertanda #.  Ketepikan
        3.  Bersihkan ayam dan toskan.
        4.  Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan bila minyak panas, tumis bahan-bahan bertanda #.
        5.  Setelah naik bau baru masukkan pula bahan-bahan bertanda # yang telah di kisar.
        6.  Bila dah naik bau, masukkan ayam , gaul rata dan biarkan kecut sekejap.
        7.  Masukkan pula santan pekat dan 2 cawan air.  Biarkan santan merenih dan masukkan serai yang telah ditumbuk hujung dan daun kunyit.
        8.  Bila sudah agak pekat masukkan kerisik, garam dan sedikit air asam jawa.  Rasa dan kacau sebati sehingga kering sedikit.

        9.  Bolehlah di hidangkan bersama nasi impit, lemang ataupun ketupat.