Ayam Lemon Honey · Ayam Panggang Lemon Rosemary · cara buat ayam panggang lemon rosemary · Lemon Rosemary Grilled Chicken

Ayam Panggang Lemon Rosemary/Lemon Rosemary Grilled Chicken

Assalammualaikum semua

Memang minggu ni minggu dugaan bagi kami sekeluarga tapi kami redha dengan ketentuan darinya.  Bersabar dengan apa yang terjadi dan alhamdulliah kami dapat menghadapinya dengan penuh rasa redha dan tawakal dengan qada dan qadar darinya.

Paling mudah nak buat dan nak makan ayam jika buat camni..cuma perap pastu bakar dalam oven.  Kalau virus M banyak akak buat dinner untuk family.  Goreng wedges, panaskan Campbell’s Soup  (mushroom) dan buat garlic bread (beli roti kat GIANT) akak suruh anak-anak buat.  Akak cuma buat salad ajer.

Bahan-bahannya
  • 1 ekor ayam sederhana-potong 12
  • 1 biji lemon-ambil jus sahaja
  • 3 sudu makan rosemary kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 3-4 sudu makan madu
  • 3 sudu makan minyak zaitun (olive oil)
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam

Bahan lain untuk di bakar

  • kentang, dipotong 6
  • tomato dipotong ikut suka
  • bawang, dipotong bulat

Bahan sampingan

  • Salad
  • garlic bread
  • kentang wedge
  • Campbell’s Soup  (mushroom)
 Cara-caranya


1. Bawang putih ditumbuk sehingga lumat. Kemudian masukkan rosemary bersama minyak zaitun, madu, garam, jus lemon dan serbuk lada hitam dan tumbuk-tumbuk sikit kasi sebati.
2. Lumurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk pada ayam dan biarkan selama 15 minit atau perap lebih lama pun bagus sebelum dibakar.(akak kelar-kelar kat bahagian isi..nak bagi serap segala rempah.

3.  Sebelum di bakar masukkan kentang, tomato dan bawang besar.
4. Bakar ayam dalam oven selama 1 jam pada suhu 200-220 C atau sehingga ayam masak.

Advertisements