A Nuffnang/contest/duit/event/movie/best · darkbatman blog · darkbatman.com · my contest · tali barut

Darkbatman bukan Superman Bukan Spiderman

 Mula-mula sapa menyapa di blog saja.  Entah kenapa dia gelarkan diri dia Darkbatman pun akak tak tahu.  Kalau di translate jadi Lelaki Kelawar Hitam..ooo tu sebab dia suka pakai baju hitam.

 Dan akhirnya bertemu muka di Gatsby.  Darkbatman ni seorang yang pemalu tapi handsome.  Oh dah calun ker belum?  Bolehlah jadi calun menantu akak..ki..ki..ki..
 Malu nak tanya  sebab apa  kena panggil batman..tenguklah kat baju tu……akak malu sebab dia ni handsome tau..segan nak pandang muka dia..takut.ehemmmmm

Badan dia  hulamak..macak malik noor masa mudalah…badan dia tegap sebab dia selalu gi gym..sape yang  nak ambil dia jadi jurulatih..boleh sajer.  Dulu dia suka pakai baju hitam sekarang ni tak  lagi..dia dah suka juga pakai baju warna putih.
 Baca camner nak fit macam dia..tapi bukan senang kan nak jadi fit macamni..
selak ajerlah kat  camner nak jadi fit
 Dia ada juga ajar camner nak buat torilla versi beliau.  Memang bagus ni..akak suka kalau orang lelaki jenguk ke dapur..senang bakal isteri nanti.  Kalau tau camner dia buat jenguk kat sini
Apasal pulak dia ada tanduk…bila masanya tanduk tu tumbuh..
Yang terbaru ni beliau dapat gi konsert  Paramore sebab dia orang kuat Nuffnang…tapi hairan apa pasal dia orang tak kasi akak ek..ingat akak ni tak layan ker konsert camni.. 
Cuba teka keta sape ni…memang kelakar betul bila darkbatman buat gaya macam ni. 
Dah pernah dah dapat advertorial dari Nuffnang..kalau nak tenguk aksi beliau lagi sila ke ..http://darkbatman.com/honda-racing-ultimate-challenge/
Terakhir sekali jumpa di  Taylor’s University minggu lepas.   Masih lagi pakai baju hitam.  Masak kat event Vaseline dia pakai kemeja putih.

Bila dah jumpa personally, beliau ni memang pemalu ..tak suka ho ha..ho haa..macam tali barut akakyang lain.  Penuh dengan sopan santun gitewwww…
Pernah beli kukis coklat chip akak sebanyak 200 keping.  Terima kasih daun keladi , kalau sudi belilah lagi yer.
Kenapa akak puji-puji  darkbatman ni yer..sebab dia sponsor RM kat akak.  Bertuahkan akak dapat merasa RM dari beliau.  Tapi akak tak ambil yer…akak salurkan kepada pemenang contest akak.

Jadi jomlah melawat lelaki kelawar hitam ni..

Buat anak dara…jangan terjatuh cinta udahlah…akak dah booked untuk anak dara akak tau.  Buat mak dara, jangan terjatuh cinta dengan dia…ingat suami kita juga yang handsome tu  tau. Ahaks
Jom join contest akak .hari ni hari penghabisan.
Advertisements
A Nuffnang/contest/duit/event/movie/best · gambar nuffnang gliterati + open meeting · glitterati plus · Glitterati Plus Open Meeting · gplus · gplusmy · nuffnang glitterati plus

Nak tak join Nuffnang Glitterati Plus

Hari Sabtu semalam kami ahli geli-geli gi ke sini..meeting dan lepak-lepak..tapi kecianlah dengan sumijelly dan ciknorfa yang tak sampai-sampai sebab tersesat jalan.
gambar sebelum pulang…sawanila kat depan tu kelakarlah…tu pun ramai  yang dah balik sebab ada hal lain..yang tinggal ni sajer….ramai-ramai sebut ha.
gambar semua ni akak ambil dari facebook shahroll.hairie tuan punya blog shahrulhairy.com/ yang telah di lantik menjadi tukang ambil gambar dek Nuffnang..Tq shahrulhairy
Oleh sebab ramai yang  bawak kamera besar yang kualiti gambar pun bagus…akak pun malu nak mengeluarkan kamera buruk akak tu.  Sebelum mula apa lagi ..pot pet pot pet dengan sawanila..sebab bukan senang nak jumpa dia sekarang ni.
 
Orang kuat di sebalik  President G Plus  Shah yang telah di pilih sebulat suara
 Ramai gak yang hadir..
Big Boss TIMOTHY dan Audrey turut hadir
Aiyoooo seriusnya chearmster dan Daydeck macam tengah dengar pensyarah tengah pot pet …memang bagus kalau kalau masuk belajar kat Taylor’s University ni…

Malas nak fikir akak cilok ajer dari blog  http://www.chearmster.com/

Ok, maybe ada antara korang yang terpikir, Nuffnang punya event banyak buat kat Kuala Lumpur/Klang Valley area, dekat la pulak aku nak pegi. Betul, itu memang fact, dan diorang aware pasal ni. Akan tetapi, untuk pengetahuan korang, ahli-ahli Glitterati Plus juga berpeluang untuk plan & organize event .

Jadi takde istilah Glitterati members dari negeri-negeri lain seluruh Malaysia untuk rasa terabai dalam kes ni sebab setiap ahli ada suara. Kalau planning betul tak mustahil korang pun dapat join event-event Nuffnang.

Apasallah si Daydeck ni…sabar ajerlah..sebenarnya  masa ni Shah dan TIMOTHY ada  tanya sape yang rajin gi event Nuffang..tu sebab Daydeck dan Sawanila tunjuk kat akak…kelakar tul  bila diingat balik

Syarat-syarat untuk menjadi ahli adalah seperti berikut (At least korang bole fulfill 2 daripada 3 syarat kat bawah ni dah kira layak dah):
  • Kena aktif blogging at least 5 entries sebulan
  • Menyertai at least 30% daripada events yang dianjurkan oleh Nuffnang
  • Menyertai at least 50% daripada contests Nuffnang
Sekarang ni website Glitterati Plus Malaysia still under construction sebab diorang nak buat sama standard macam Glitterati Plus Singapore so aku pun tak sure macam mana korang nak register.

Maybe korang boleh tanya Mr Presiden En Shah, Deputy dia Tian Chad ataupun committee members dia macam Atreyu etc.

 Ambil gambar dari http://www.teratakarmo.com/.
Nak tau lebih lanjut sila ke Glitterati Plus @facebook
Jejai yang tak sabar nak makan…orang lain isi borang keahlian dulu
Daydeck  yang macam orang frust..ciklilyputih ketawa riang entah kenapa tak tahulah..pegi kesini naik kereta ciklilyputih..masing-masing nak rasa jadi tuan..

Dah tentulah kami orang yang pertama isi borang ni…sebab kami kan orang kuat Nuffang.

Jangan risau kalau tak hadir..nanti boleh isi borang on9 yer.
tali barut yang tak habis nak bercerita…ada juga hamzah har..harAnak Perak(tengah sibuk layan  call dari sumijelly yang dah tersesat entah kemana) ada gak hazmanfadzil dan sharing info..tapi masa ni entah ke mana..ke tandas kot
geng blogger melayu..lilyputh, journeyred yang datang bersama ahems dia anak perak, darkbatman, bersama manager dia N, eyriqazz, Jejai, chearmster, Daydeck , arealcelebrity  dan  sawanila

suka tenguk gambar ni..kan dah kena sawan kamera


aksi statik..sanggup kau berpanas nak ambil gambar..pukul 12.00 lebih ni..berpeluh atas bawah.


aksi tak boleh blahhhhh…lepas tu acara menjelajah ke Universiti Taylor’ bermula di dalam cuaca yang panas terik..turut beraksi member baru kenal yang pakai topi ferrari  hazmanfadzil (pakai topi) dan arealcelebrity

kalau nak tenguk gambar lagi ke Facebook Shahroll dan Facebook Eyriqazz

kalau nak baca N3 yang berbeza  silalah pergi ke

A Nuffnang/contest/duit/event/movie/best

RM1,629.41 Nuffnang Kasi Dah -Tak sangka


Bukan nak berlagak yer..tapi nak share ajer..dengan berblog secara jujur insyallah kita boleh menjana pendapatan walaupun tak boleh jadi jutawan. Walaupun pada mula berblog niat di hati untuk berkongsi cerita dan pengalaman hidup tapi tak sangka pula boleh dapat duit. 
Bila check balik jumlah duit yang dah dapat dari Nuffnang memang tak sangka dah seribu lebih.  Semua dah cek cuma tunggu 1 lagi yang akan sampai pada bulan depan.  Alhamdulliah..walaupun tak sebanyak Redmummy dan Beautiful Nara dan juga Gto tapi puas hatilah.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit..don’t main geng klik-klik k…

Terima kasih Nuffnang

Terima kasih pada pengunjung blog akak.  Semalam bila tenguk ada juga orang Cina masuk..mungkin mereka baca N3 pasal Party Vaseline ataupun pasal movie You Again.


Sebab penaja  bermurah hati nak bagi lagi RM50.00 dan sponsor baru dari Ayu.
A Nuffnang/contest/duit/event/movie/best · movie you again

“You Again?”

poster 

Di waktu persekolahan,  kita tentu ada banyak rakan sebaya. Rakan itu mungkin yang boleh membuatkan kita gembira, ketawa ria dan boleh berkongsi masalah sama ada susah ataupun senang.
Tapi ada juga kawan yang suka buat kita  selalu bersedih. Merasa benci bila ajer melihat wajah dia sebab dia suka membuli kita.  Kalau boleh nampak ajer kelibat dia ajer…terus lariiiiii…
tq google
Saya akan menyatakan sebab apa saya membenci dia, sebab apa saya tak suka dia dan sebab apa membuatkan dia di benci oleh bukan oleh saya sahaja tetapi  kebanyakan pelajar  terutama pelajar junior di sekolah saya.
 Dulu saya bersekolah di salah sebuah sekolah berasrama  di Perak. Biarlah saya menggelarkan dia sebagai A.
A adalah seorang pelajar yang aktif di sekolah malah begitu baik terhadap guru tetapi apabila bersama pelajar, dia dianggap sebagai seorang pembuli lebih-lebih lagi kepada pelajar yang lebih  muda atau satu kelas dengan beliau. 

Bila di asrama, beliau suka membuli  saya untuk melakukan kerja-kerja yang patut di buat oleh beliau sendiri seperti membasuh baju, menyidai baju dan mengambil makanan di kantin.  Paling tak suka dia suka paksa saya menggosok baju dia.  Geram betul..
 Sampaikan katil beliau pun beliau paksa  saya ataupun junior mengemaskannya setiap hari.  Punyalah pemalas kan.
Boleh dikatakan beliau adalah raja di dalam asrama kerana kesemua kerjanya dilakukan oleh orang lain terutamanya oleh  Junior tetapi hanya yang tak disuruh adalah mandi dan buang air besar/kecil….hahahaha

Kami dah puas menasihatinya tetapi hanya ibarat “melepaskan air di daun keladi”. Makin lama perangai beliau bertambah teruk bila kami berada di tingkatan 5.
Apabila sesiapa yang tidak membuat kerja yang disuruh, mereka akan dipukul dan beliau suka menggugut.  Malah beliau makin berani mengambil harta orang lain tanpa meminta izin. Teruk kan..
Akhirnya beliau telah dipukul oleh rakan-rakannya sendiri kerana  beliau ingat mengambil wang yang  didalam almari seorang Junior tetapi sebenarnya beliau telah tersalah ambil  kerana wang tersebut adalah milik rakannya sendiri.

Apabila sudah tamat peperiksaan SPM, beliau menyatakan yang beliau tidak mahu ada berkawan lagi  dengan kami. Pada mulanya kami menganggap beliau bergurau tapi selepas 1 minggu beliau telah menukar nombor  talipon dan langsung tidak menghubungi kami sehingga kini.

Bagi saya dia adalah kawan yang  paling saya tidak ingin saya jumpa lagi sepanjang hayat saya di sebabkan oleh kelakuan beliau yang tidak elok dan suka membuli orang lain.

Semuga sekarang ini beliau telah insaf dan sedar yang membuli itu tidak elok untuk di praktikkan.  Janganlah pulak dia jadi pembuli kat kolej ataupun kat tempat kerja dia.  Nanti dia bertemu buku dengan ruas..baru dia tau.

Kalaulah terjumpa dia lagi…agaknya boleh tak saya memaafkan segala perbuatan dia yang lalu.  Entahlah..

.losyen vaseline · A Nuffnang/contest/duit/event/movie/best · Celebration of Amazing Skin with Vaseline Party · Luna Bar · Vaseline Event

Celebration of Amazing Skin with Vaseline Party-Luna Bar

Agenda hari Sabtu memanglah padat..dari acara menghadiri 
open house ke 3 rumah  (nasib baik dapat hadir)terus berlarutan ke acara vaseline party ini.
Oleh sebab perkara yang tak dapat di elakkan, pendaftaran bermula pada pukul 5.30 petang dan akak pun lepak di lobby hotel sementara menunggu tali barut akak sampai.
 Setiap yang hadir di beri beg yang berisi losyen vaseline…bayangkan dapat 2 beg..boleh buat mandi losyenlah ek..

 sebelum tu ambil gambar dengan gadis nuffies Rynna dan Michelle 
kredit gambar :ciklilyputih
Gaya wanita-wanita melayu yang anggun dan bersopan santun….takkanlah gi party kami nak pakai seksi meksi…duduk pun ala-ala  gadis melayu terakhir. Tifa yang anggun..ciklilyputih berbaju merah dan cun melecun  dan viruspadu yang ayu.
maka selepas tu bermulalah sessi pot pet pot pet ..Jaz..tengah mendengar dengan penuh perhatian bila  ciklilyputih tengah cerita gosip  panas.
kredit gambar :darkbatman
sape yang lebih cun????satu hotmama dan satu lagi mamacun
lepastu sessi klik mengklik..ataupun ada yang panggil terkena sawan kamera. first time jumpa viruspadu kerabat ceeramoon..waduh terpegun tenguk dia
jejaka kacak, maskulin…masih single and available..darkbatman
sape nak berkenalan kena tanya akak dulu sebab dia tali barut akak tau

 Rina sibuk menerangkan kebaikan losyen Vaselineakak  bersama mazlina.
candid pic cilok dari blog darkbatman

bermulalah acara lucky draw.tapi  tak ada rezeki….mc malam tu si jelita jojo
gadis dari Nuffnang Michelle dan Fresh tergelak….darkbatman tesenyum
gelak..gelak dan ketawa riang..nak tau kenapa..
sebab dengar Jen Han ni buat lawak jenaka
bila time makan…akan cuma makan ni dan sedikit kerabu mangga.
tak makan nasi tau…tak percaya…tanya tali barut akak

Mr big suami  ciklilyputih bersama mamat sengal
penaja utama Vaseline
macam-macam gaya ada..chearmster,Shahrul…(apasal dia tutup muka ek.malu ker), Firdaus dan  darkbatman duduk pun ada gaya
 memang bestlah Yuna malam tadi..tak dak miming okkk

 peminat Yuna yang kecoh (tq ciklilyputih)

sebelum 4 orang yang hadir telah dipilih untuk  memenangi beg tangan choach
selepas tu diadakan undian untuk 4 orang peserta
kredit Facebook Gareth Davies aka shaolin

 dah tentulah kami pilih peserta melayu tapi tak ada rezeki Siti Farah.
 Shahrul, Fridaus,   darkbatman dan   hamzah poyo..chewah datang dgn girlfriendlah

 

yang perempuan pun vote Siti Sarah ..cuba cari mana satu makwe 
hamzah poyo

 Mula-mula buat tak hairan bila Jojo minta sape nak naik atas pentas nak buat games….bila tenguk kumpulan pertama buat senang sangat aksi raba meraba ni..akak dan Lily pun cepat-cepat naik atas pentas.

Lily  yang kena tutup mata pastu cari tangan akak yang lembut ni di antara 5 orang gadis cantik.

 akhirnya Lily berjaya meneka tangan akak no berapa.
yang menang dan dapat undi terbanyak..untung gadis ni dapat beg mahal
pemenang pertama Jaz. Tahniah babe
pemenang-pemenang  di atas pentas

 jadilah dari tak dapat apa-apa..kalau nak tau macamana Lily tangan akak yang mana..kenalah tanya dia..

sebelum berangkat pulang (tq ciklilyputih)
hasil dari sessi raba meraba
 rasa-rasanya nak tenguk cerita apa yer..nak berduaan dengan suami akaklah 
gi tenguk wayang kat tempat duduk mahal..ala-ala gi dating gitewwww 



Nak tenguk lebih banyak gambar pergi ke  Facebook Gareth Davies aka shaolin


Terima kasih nuffnang dan Vaseline.
A Nuffnang/contest/duit/event/movie/best · Jangan klik mengklik iklan nuffnang · klik mengklik · nuffnang bagi amaran · say no to click Fraud

Say NO to click Fraud-Nuffnang Bagi Amaran

 Amaran dari Nuffnang

Kami telah memperhatikan bahawa kumpulan tertentu telah terlibat penipuan klik, yang ditakrifkan sebagai mengklik iklan BPK sengaja hanya untuk menghasilkan pendapatan bagi pemilik blog. Kami memahami bahawa sebahagian daripada anda mungkin hanya cemas tentang pendapatan beberapa pendapatan sampingan dari memaparkan iklan banner, namun tidak diketahui bahawa ini sebenarnya melanggar Terma & Syarat dalam Seksyen 6.
 

Diantara beberapa tindakan yang merupakan penipuan klik adalah;
– Mengklik iklan blogger lain dan meninggalkan komen di belakang meminta / mengisyaratkan kepada pemilik untuk mengklik iklan mereka kembali
– Meminta bantuan pengunjung blog ‘untuk mengklik iklan
– Mendaftarkan sejumlah besar blog dan klik iklan di masing-masing
– Berulang kali beralih ke IP yang berbeza untuk mengklik iklan sendiri

Iklan Banner ruangan yang dibeli oleh pemasang iklan untuk mempromosikan kempen iklan mereka. Iklan hanya seharusnya diklik jika penonton tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen iklan, bukan untuk maksud mendapatkan wang tambahan. Hanya klik iklan banner untuk tujuan mendapatkan wang tambahan akan membahayakan keberkesanan kempen. 

 Ini mungkin kelihatan tidak berbahaya, tetapi manfaat penipuan klik tidak ada dalam jangka panjang kerana perlu situasi ini memburuk, frekuensi kempen iklan mungkin dikurangkan secara signifikan sebagai pemasang iklan akan selektif untuk hanya beriklan di blog tanpa nota penipuan klik, mengurangkan jumlah ruangan iklan yang tersedia untuk pengiklan.


Sistem kami mampu menjejaki tindakan yang disebutkan di atas, yang didokumentasikan dan jika perlu, akan digunakan sebagai bukti untuk tujuan undang-undang. Di masa lalu, Nuffnang telah diskors dan melarang pelbagai individu dan kumpulan untuk terlibat dengan kesalahan ini.  

Namun, kerana jumlah blogger yang terlibat dalam penipuan klik telah berkembang dalam tahap yang membimbangkan dalam komuniti kami, kami terpaksa harus lebih waspada untuk membawa ini berakhir. Kami akan mengambil tindakan yang diperlukan untuk menjaga high blog dan ruangan iklan yang tersedia untuk pengiklan sehingga anggota masyarakat yang lain tidak terpengaruh oleh mereka yang terlibat dalam penipuan klik.


Kami menyedari bahawa banyak Nuffnangers mungkin tidak menyedari bahawa mereka tidak sengaja mungkin terlibat dengan penipuan klik, oleh kerana itu kami meminta anda membantu kami menyebarkan berita. Jika anda mengetahui adanya teman-teman anda atau Nuffnangers lain yang telah terlibat dalam tindakan semacam itu, kami sangat menghargai jika anda baik boleh mendidik mereka di bahaya terlibat dalam aktiviti penipuan klik.

Untuk tau lebih lanjut sila ke nuffnang

p/s akak translate kat google ajer..nak tenguk dalam bahasa inggeris gi ajer ke situ.

Ingatlah pesanan dari nuffnang ni.  Tiada jalan pintas nak senang.  Tu sebab ada blogger yang dah dapat email dari nuffang.

A Nuffnang/contest/duit/event/movie/best · digi iPhone 4

DiGi iPhone 4 Life

iPhone 4…

memang berbaloi-baloi kalau dapat menggunakannya sebab didalam iPhone 4  ni..terdapat banyak applikasi-aplikasi yang berguna seperti untuk perniagaan, hiburan ataupun  sesuai untuk seorang suri rumah macam akak ni.


Bagi akak iPhone 4 ini bukan hanya sekadar telefon bimbit sahaja tetapi dikategorikan sebagai tempat untuk menyimpan temu janji atau untuk menghilangkan kebosanan kerana terdapat juga iTunes untuk mendengar lagu-lagu.  


Kalau masak sambil dengar lagu mesti bestkan..

Ishh…kalau dapat la iPhone 4 nie memang takkan  bagi kat orang lain. Sebab bentuknya yang elegan dan cantik dan fungsi yang amat best sangat-sangat…


Harap la dapat..Kesian akak tengok manager akak merayu-rayu nak iPhone 4 ni..Berdoa ajerlah.

A Nuffnang/contest/duit/event/movie/best

DiGi iPhone 4 Real

Anda teringin sangat nak pakai iPhone 4 tapi tak tahu plan yang mana bersesuaian dengan kehendak anda?
Senang saja, Digi mempunyai segala jawapan kepada masalah anda.
Dengan “iDiGi Postpaid Plans” terbaharu anda boleh memilih salah satu dari tiga pelan yang bersesuaian dengan kehendak anda.
Hanya harga dari RM58.00,  anda akan dapat masa berbual PERCUMA untuk 200 Minit, 200 SMS, 20 MMS dan IGB Internet. 

Pelan ini telah bermula pada 24 September 2010 tapi hanya untuk pendaftaran baru sahaja yang boleh menikmati pelan ini.

Kalau anda tidak tahu pelan yang mana bersesuaian dengan anda, jangan risau DIGI memberi kemudahan kepada anda untuk menukar pelan yang lebih bersesuaian dengan kehendak anda.

Apa tunggu lagi, marilah kita serbu DIGI center ramai-ramai bagi mendapatkan pakej ini.Untuk maklumat lanjut, klik iDigi (klik here k)

A Nuffnang/contest/duit/event/movie/best

DiGi iPhone 4 Play

Dalam part 2 ni  kenalah cerita apa yang bagus  tentang Applikasi yang ada kat iPhone nie…walaupun tak pernah pakai iPhone nie tapi bila pegang iPhone, mestilah member-member memang tengok Applikasi yang paling best dan gempak. Applikasi itu ialah:

                                                   Rock Band 
Kenapa Rock Band ini menjadi pilihan saya?

Anda pernah tak mengidam nak main gitar atau drum dengan lagu kegemaran anda?  Kalau ya,  inilah applikasi yang memang sesuai untuk korang. Korang akan rasa yang korang tengah main gitar atau drum dengan bunyi yang real.

Korang boleh main sorang-sorang atau main bersama member-member korang yang ada iPhone melalui Bluetooth. 

Korang boleh main lagu yang memang dah ada seperti dari kumpulan 30 Seconds to Mars dan Foo Fighters atau boleh memuat turun lagu yang ada di Electronic Arts dengan harga yang amat murah.

 Jadi kepada peminat-peminat lagu rock applikasi nie memang sesuai dengan minat anda. Kalau nak tau lagi, sila ke Rock Band (klik sini yer)

A Nuffnang/contest/duit/event/movie/best · gambar gathering geng blogger di putrajaya · i love nuffnang · kisah nuffnang

Setialah pada yang satu ( 1 love Nuffnang)

Akak nak pot pet..pot pet ni…
Bila akak gi blogwalking ….akak selalu terbaca dan tertenguk tentang penulis blog yang selalu berpaling tadah dengan pengiklan.
Sekejap ke situ..sekejap ke sini….tak nak setia pada yang satu.  Mungkin kat sini dia rasa dia tak dapat income banyak.  Jadi dia pun tukarlah kepada yang lain.  Bila ada hal terjadi ..dia akan balik semula pada yang asal.
Akak akui akak dulu pun macam tu..frust sebab jarang dapat RM (ala bukan boleh kaya pun cam Redmummy dan Kennysia)..pernah gak terlintas nak gi ke hijau.
Nasib baiklah tali barut akak memujuk akak dengan kata-kata semangat sehingga akak terjaga dari mimpi setelah tidur di siang hari.
Dan sekarang ni dah berpijak di  bumi nyata yang berblog ni susah nak kaya raya.  Kalau berjaya pun mungkin ambil masa bertahun.  Macam Redmummy..dulu cuma dapat RM90 masa mula-mula berkecimpung dalam dunia blog..sekarang ni setelah lebih dari 5 tahun (lama kan) barulah beliau menjana pendapatan sebanyak tu.
Macam akak juga…dulu tahun pertama baru RM200 lebih..sekarang alhamdulliah..lepaslah nak buat pelaburan sedikit.

Akak kena ambil masa juga nak berjaya macam tu, ibarat bertatih dulu, baru merangkak dan terus berlari.

Oleh sebab terlalu setia ada yang kata akak orang kuat Nuffnang (masa gi ke event Gengblogger)

 wah best tu…semuga masinlah mulut mereka yang berkata begitu…

 Ingat tau..setialah pada yang satu..(gambar dari facebook syahirul)

 bila jumpa blogger ashik gelak ketawa ajer 

makan minum mesti ada..

orang kuat Nuffnang gak ni..Darkbatman
pojiepooh dan adik manis..luperlah pulak nama.

Sedihlah gambar masa kat sini dah hilang sebab cpu dah rosak..terpaksa cilok dari orang lain.  Jadi akak abadikan gambar gath kat sini..

p/s yang best sebab join Nuffnang ni dapt gi events ni dan jumpa orang fololur..akak?? Lambat lagi kot