Memang minggu ni minggu dugaan bagi kami sekeluarga tapi kami redha dengan ketentuan darinya. Bersabar dengan apa yang terjadi dan alhamdulliah kami dapat menghadapinya dengan penuh rasa redha dan tawakal dengan qada dan qadar darinya.
Paling mudah nak buat dan nak makan ayam jika buat camni..cuma perap pastu bakar dalam oven. Kalau virus M banyak akak buat dinner untuk family. Goreng wedges, panaskan Campbell’s Soup (mushroom) dan buat garlic bread (beli roti kat GIANT) akak suruh anak-anak buat. Akak cuma buat salad ajer.
- 1 ekor ayam sederhana-potong 12
- 1 biji lemon-ambil jus sahaja
- 3 sudu makan rosemary kering
- 3 ulas bawang putih
- 3-4 sudu makan madu
- 3 sudu makan minyak zaitun (olive oil)
- sedikit garam
- sedikit serbuk lada hitam
Bahan lain untuk di bakar
- kentang, dipotong 6
- tomato dipotong ikut suka
- bawang, dipotong bulat
Bahan sampingan
- Salad
- garlic bread
- kentang wedge
- Campbell’s Soup (mushroom)
1. Bawang putih ditumbuk sehingga lumat. Kemudian masukkan rosemary bersama minyak zaitun, madu, garam, jus lemon dan serbuk lada hitam dan tumbuk-tumbuk sikit kasi sebati.
2. Lumurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk pada ayam dan biarkan selama 15 minit atau perap lebih lama pun bagus sebelum dibakar.(akak kelar-kelar kat bahagian isi..nak bagi serap segala rempah.
3. Sebelum di bakar masukkan kentang, tomato dan bawang besar.
4. Bakar ayam dalam oven selama 1 jam pada suhu 200-220 C atau sehingga ayam masak.
Sedapnya :)Nampak menyelerakan :)Teitiba perut lapar 🙂
Sedapnya … Kalau nak makan kena g ikea… Ni dah boleh buat di rumah
Assalamualaikum Kak Inasaya doakan agar bapa mertua kak cepat sembuh, supaya mudah beramal
aishhh, geram tengok ayam tuuu..
Nyam2….buat saya lapaarrrr…blom lunch lagi ni…
Ummi pun suka ayam panggang kak, nanti ummi nak cuba juga resepi kak ina ni, insyaAllah.
sedap la aym rosemary ni..pena tgok omputeh msk kt tb tp xphm benau resepinyer..akak boleh ke resepi yg sama ni kita ganti dgn dagen je ye? sesuai x kak?
kalau sedap bolehlah cuba buat miza..senang ajer nak buat tau
buat jangan tak buat eddy ipoh
mualaikumsalam atukamin amin amin..alhamdulliah sekarang ni dah beransur sembuh
geram jangan ohcikgu geram..buat ajer sendiri
lapo..gi ajer ke kl festival..macam-macam ada kat situ kan
cuba jangan tak cuba ummiross..garenti sedap
memang sedap..akak tak taulah lov..nanti akak nak try lah pulak
salam ni jamie oliver ina garten huat carra ni…resepi recycle…
Kalau macam nie pun okey jugak – main ratah je ayam tue….
hantar sikit ke banting, boleh?
memang resepi recycle tanpa nama..kenapa tak boleh ker?
la duk banting ker? auntie pernah gak singgah 2-3 kali kat situ sbb kakak ipar duk kat telok
betul tu hazman…baik untuk orang yang nak berdiet cam kita berdua kan