RESIPI SPAGHETI BEEF MUSHROOM CARBONARA

Assalammualaikum semua

Aduhai kena bermalam sehari di hospital sebab Imran patah pulak tangan di bahagian siku petang hari rabu lepas.  Kelam kabut akak dibuatnya bila dia balik dari taman permainan kata tangan kiri sakit selepas terhentak kat simen.  

Terus bawa ke hospital..bila x ray patah kat bahagian siku.  Kenalah di simen..bila dah di simen..masalah pulak bila rasa gatal tak boleh garu..tentu sape yang pernah di simen tau macam mana deritanya bila jadi camtu.  Akak pening bila dia bising kata gatalllll…tak tahannnnnnnn..sape boleh bagi petua ek.
 


Teringin pula nakbuat spagheti beef carbonara ni bila tenguk gambar dalam blog geng masak masak inahar.  Nasib baik semua ada kat rumah..vitamin R pun banyak..terus akak buat.

Bahan-bahan

  • 1/2 biji bawang besar-potong dadu
  • 2 biji bawang putih-cincang halus @ parut
  • 250ml susu segar (boleh juga guna cream utk lebih creamy)
  • 750ml air atau lebih.
  • 1/2 mangkuk daging cincang @ secukupnye-kita guna jenama ramly
  • 1-2 ketul kiub pati beef
  • 1 tin kecil cendawan butang – hiris nipis@cincang
  • 2 sudu besar butter
  • 1-2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk lada itam
  • 1 sudu teh daun parsley kering
  • sedikit oregano & 1-2 helai daun bay (guna yg kering jer)
  • garam sedikit
  • perisa
  • parmesan cheese atau sliced cheese-optional
  • pasta secukupnye

Cara-cara
Panaskan butter kemudian tumis bawang besar dan bawang putih bagi layu sikit kemudian taruh cendawan serta isi daging cincang. 

Tumis sekejap pastu masukkan tepung dan kacau cepat. 
Masukkan susu dan air serta kacau supaya tidak bergentel. 
Akhir sekali masukkan bahan2 lain .. kacau tanpa henti hingga cheese mencair dan sup menggelegak. siap dan boleh la dihidangkan bersama pasta,garlic bread atau lain-lain pilihan.

13 thoughts on “RESIPI SPAGHETI BEEF MUSHROOM CARBONARA

  1. Salaam Kak Ina.. harap Imran cepat sembuh. Dah nak buka sekolah dah ni. Shian dia nak kena gi sekolah dengan tangan bersimen lak…Kak, bila kita baca resepi akak, ada kena letak kiub pati beef tu kan, terus kita teringat entry akak yang cerita pasal ustaz si Imran kata, siapa yang masak guna cube, maknanya dia tak pandai masak. Sampai sekarang benda tu lekat dalam kepala otak kita ni… ahaha… everytime kita guna kiub, kita cakap sendiri… tak pandai masak betullah aku ni… ahahahahahaha….

  2. alahai cmna boleh jatuh tu kak, xpela byk2kan rehatnya..budak2 lg insyaallah cepat baik tu..aduhhh tgok pic mskn ni xbole thn..da ngidam da..esok cuti bole la try buat.. ^^

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s