Nasi Lemak Halba

Terima kasih buat teman-teman yang sudi mengomen pasal pertunangan anak lelaki akak hari Sabtu lepas.  Insyallah jika ada umur dan rezeki akak jemput pembaca blog akak yang sudi nak hadir  tapi lama lagi tau sebab ikat 1 tahun.  Tapi sekarang ni pejam celik..pejam celik dah setahun sebab terasa masa cepat sangat berlalu 

Akak pilih tarikh bulan disember tahun depan sebab Ira ambil periksa SPM 2013 dan Yana pula kena habiskan peperiksaan akhirnya dulu sebelum boleh bercuti lama di sini.  Tak bestlah kalau buat majlis perkawinan pertama kali kalau semua anak tak leh berkumpul.  Anak perempuan akak kata dah settle semua mereka bolehlah berjimba-jimba.

Pertamakali buat nasi lemak halba.  Selalunya akak guna halba bila masak kari ikan.  Nasi dagang pun guna halba gak kan. 


Bahan-bahan (Anggaran-7 orang makan)
4 cawan beras basmathi (beras biasa pun boleh)
4 cawan air
2 cawan santan
1 biji bawang besar-hiris
1 biji bawang putih-hiris
1 inci halia-hiris halus
1 sudu makan halba 
1 batang serai-ketuk hujung
3 helai daun pandan-disiat dan di simpul
1/2 sudu teh garam
 
Bahan lain
telur
timun
kacang tanah goreng
ikan bilis goreng


Cara-caranya

Rendam beras basmathi 20 minit.  
Masukkan semua bahan ke dalam periuk elektrik dan onkan suis.
Biarkan mendidih baru masukkan beras bamathi..kacau  dan masak seperti biasa.

Bila dah kering, kareh/kacau nasi dengan chopstick nak mengelakkan dari beras dari patah.  

Bolehlah di hidangkan bersama ikan bilis goreng, kacang tanah, telur rebus dan timun

Bahan-bahan

  • 500 gm udang – buang kulit
  • 6-8 sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang merah *
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 biji bawang putih*
  • sedikit belacan*
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • garam secukupnya
  • air asam jawa secukupnya
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak
1.  Kisar/tumbuk  bahan-bahan bertanda *. 
2.  Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah di kisar sampai naik bau.
3.  Masukkan cili kisar dan kacau sehingga naik minyak/cili masak.
4.  Masukkan air asam jawa lebih kurang 1/2 cawan bersama garam.
5.  Masukkan udang dan hirisan bawang besar  dan perlahan api dan biarkan dalam 10-15 minit.

6.  Sebelum di tutup api rasa cukup asam garam dan barulah di padam api.
 

11 thoughts on “Nasi Lemak Halba

  1. nak ucap tahniah lagi kak akak, btmbh la lagi ank akak nti ye..btol tu dah alang2 abgnya nk ada mjls besar mjls ptama elok n molek lg semua dpt bkumpul bersama..akak nasik lmk halba? sodap ke?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s