RESEPI KEK CHEESE BERSALJI/ SNOW CHEESECAKE

Assalammualaikum semua

Akak pernah beli kek ni..harga boleh tahan.  Masa dulu resepi kek ni tak boleh di publish di blog sebab ramai yang menjual kek ni..ala macam juga durian crepe yang menjadi fenomena sekarang ni.  
Sape nak resepi rahsia kena gi kelas dan keluar wang dulu baru boleh jual. Akak pun dapat gak resepi rahsia kek  ini dan durian crepe ..demi menghormati permintaan empunya resepi akak tak publish kat blog.

Tapi sekarang ni resepi kek ni dah boleh jumpa kat banyak blog dah tak jadi secret recipe lagi dah.  Akak ambil resepi ni dari blog MamaFami


Bahan-bahan
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) – akak guna shelf raising flour
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dari peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)

  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis – bergantung pada kemanisan yang di ingini
  • (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul).

  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 
        Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. (akak keluarkan dari loyang sebab kek ni mengecut).
Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.(akak guna benang)
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dalam peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
 
 Akak parut cheddar cheese terus atas kek..maaflah 
terlupa nak snap gambar bila siap di potong
Semua anak-anak sukanya..berbaloi membuatnya

32 thoughts on “RESEPI KEK CHEESE BERSALJI/ SNOW CHEESECAKE

  1. wah kek mahal ni kak, nk try..akak ovelet tu hape? dok g carik kat psrya xketemu pung…T_T ingt nk buat apam mekar akak tu tp xjumpe2 lg ovelet ni..uwaaaaaxtry tu cmne nk try yg ni plak..xbleyh jadik ni kak..tulon..

  2. Salam Kak Ina…Bahagian kita tak ada ke? Kek ni sangaaatlah sedap kan kak… dan untuk pengetahuan akak… inilah kali kedua kita buat kek ala ala sponge dan menjadi. Kalau tak, madang bantat je… sampai sifu nak suruh mandi bawah jambatan dah… nak bagi hilang badi bantat… ahahahaha…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s