Pasar Malam Brinchang Cameron Highlands (Night Market)

Kalau pergi ke Cameron Highland kalau tak singgah ke pasar malam brincang orang kata  tak happening sebab meriah sungguh pasar malam ni.  Cuaca mendung masa akak gi sini..jadi pergerakkan agak terhad sebab ashik terlanggar payung pengunjung.

Kat mana-mana tempat kalau ada pasar malam dah tentulah jalan sesak..pasar malam ni terletak depan balai polis brincang.  Selalunya mereka berniaga hari sabtu malam minggu tapi cuti sekolah orang ramai mereka berniaga setiap hari.  

Nak cari parking pun payah gak macam akak yang tak pernah sampai puas gak nak cari. Parking agak jauh sikit..tak perlah kan..biar menyesal pergi dari menyesal tak pergi.

Jangan lepaskan peluang beli jagung mutiara..ada yang di rebus dan di bakar.  Baik makan panas-panas lagi sedap.  Jagung ni kalau makan mentah pun sedap..akak beli gak nak bawa balik ke rumah.  

Baik beli kat sini sebab murah..RM10.00 dapat dalam 7-8 tongkol.  Kalau beli kat ladang strawberi ataupun tepi jalan..cuma dapat dalam 6-5 tongkol ajer bergantung kepada besar kecik.

 Memang banyak di jual strawberi yang di celup coklat.  Pilih ajer mana yang berkenan.  Kalau nak beli strawberi pun ada.  Tapi sebaiknya beli bila nak balik sebab strawberi ni cepat rosak.

Yang patut di cuba ialah cendawan, kimcham dan brokoli goreng tepung.  Satu packs RM5.00..ada gak udang dan sotong goreng..harga dalam RM8.00 hingga RM10.00.

Kami makan strawberi celup coklat kat sini sebab strawberinya segar bugar..membuatkan kami tak sabar nak merasanya.  Satu cucuk RM2.00 ..3 cucuk RM5.00.

Ada buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar dari ladang.   Macam-macam ada..

Satu lagi yang patut di cuba di sini ialah madu lebah bersama sarangnya.  Hisap ajer sarang tu tau..jangan di telan.

Mana nak cari tempat duduk sini kan..terpaksalah makan ajer sambil berdiri.  Wah semua anak-anak termasuk suami suka makan madu lebah fresh ni.

Tak beli langsung bunga kat sini sebab kalau tak pandai jaga, tak sampai seminggu nanti kojol bunga ni.  Dulu pernah beli masa berkursus sebab geram tenguk bunga segar kat sini tapi bila sampai kat rumah cuaca panas..langsung mati.

Yang ni pun sedap..macam-macam cendawan goreng yang di jual termasuk keledek ball.  

Sayur ginseng kat belah kiri..macam ulat pun ada. Penjual kata goreng dengan udang sedap..teringin nak cuba tapi anak-anak kata tak yahlah..nanti tak makan sebab rasa pahit sikit.
 
Kalau nak cari cenderahati seperti key chain, fm, t shirt memang banyak di jual di sini.  Memang meriah dan harganya pun memang berpatutan.

18 thoughts on “Pasar Malam Brinchang Cameron Highlands (Night Market)

  1. jgong mutiara tu yg best tu, kalo stoberi plk lov xske sgt mkn ngn ceklat tu..ceklat dia xsdp..buat sndiri lg sdp.. :Ptp mmg xpena try sayo goren dai tu..nmpk lazat woo..madu lebah dia pun xmiss wjb kne try tu..sayo2 jgn dok lupe la wajib beli tok satu kampung..coz seme fresh2..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s