Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Teratak Rahmat Perlukan Bantuan SEGERA

Assalamu’alaikum,

Sekadar berkongsi tulisan kak Azura yang cukup membuatkan hati aku tersentuh. Aku share di sini;-

Ah…ianya sekadar bantuan biasa yang kebanyakan rumah anak2 yatim perlukan. Saya hanya membaca sekilas pandang tagged note sahabat baik saya di UK, Puan Hazlina Md Yusof kepada saya di wall facebook.


“Ibu, awat ibu rumah anak2 yatim tu?”, tanya Irdina anak perempuan saya berusia 9tahun. Tersentap seketika saya. Tidak saya sangka Irdina memberi perhatian ke skrin notebook saya sambil menyiapkan homeworknya. Saya ceritakan kepada Irdina, Rumah Anak2 Yatim Teratak Rahmat perlukan sekitar 60ribu utk siapkan bangunan dan penuhi piawaian BOMBA. “Kalau tak cukup duit macammana depa nak buat ibu?”. 

Saya diam saja tanpa jawapan. “Kalau tak buat tak boleh ka. Duduk la macam la ni”, tanya Irdina lagi. Nampaknya bersungguh Irdina nak tau. “Kalau tak boleh buat semua tu, rumah anak2 yatim tu kena tutup sebab tak ikut undang2”. Saya cuba jelaskan dengan bahasa yg paling senang Irdina faham. “Anak yatim ni bukan ka ibu dan abah depa dah mati? Kalau tutup depa nak duduk mana?”. Belum sempat saya jawab, “Ibu, depa tak buleh sekolah kan ibu kalau tak dok situ. Depa nak duduk mana ibu? Ibu ambik depa buat anak angkat buleh dak?”, tanya Irdina dengan penuh ikhlas. 

Airmata kasih saya sudah mula bergenang. Saya peluk Irdina. “Ibu akan buat sesuatu kakak! Ibu janji!”. Saya tewas dengan permata hati saya. Saya juga malu dengan sikap saya yang begitu ignorance. Saya sibuk siapkan kerja tadi dan hanya pandang sebelah mata pintaan bantuan di facebook saya. “Ibu, depa kat situ mesti macam orang dengan Irfan, Irsyad, Isyraf kan. Main sama2. Makan sama2. Bergaduh sama2. Pi sekolah sama2. Kalau tak boleh dok situ depa tak buleh dok sama2 lagi lah kan ibu”. Aduh! Anakku…”Kalau orang, ibu abah dah mati pun orang takmau pisah dengan Irfan, Irsyad dengan adik. Orang nak dok sama2. 
Tapi orang takmau ibu abah mati. Anak yatim tu nanti jumpa ibu abah depa kat syurga kan?”…kau runtun hati ibu lagi anakku. “Esok ibu talipon rumah anak yatim tu. Ibu cuba carikan bantuan. Ibu janji. Nanti bila kita berjaya selesaikan hal ni kita pi melawat depa ok”. Irdina tersenyum puas. “Ok ibu. Orang nak tidoq dah. Orang sayang ibu.”, sambil mencium + peluk saya. Saya tewas lagi…air mata keibuan saya menitis tanpa saya sedar.


Sahabat sekalian, dengan merendah diri saya pohon dibukakan lah hati dan minda kita untuk selamatkan Teratak Rahmat. Selamatkan anak2 yatim ini. Jangan kita pisahkan mereka seperti kata Irdina. Marilah kita pastikan anak2 ini berpeluang teruskan persekolah mereka. Saya berpeluang berbicara melalui telefon dgn Encik Azwar, urusetia Teratak Rahmat. Jika segala usaha gagal Encik Azwar akan cuba dapatkan pinjaman peribadi utk membantu anak2 ini. Itu jalan terakhir si insan berhati mulia ini. Sahabat sekalian, marilah kita cuba elakkan insan berhati mulia ini daripada menuju ke option terakhir itu kerana sesungguhnya insan berhati mulia ini juga punya tanggungjawab wajib kepada keluarga sendiri. Apa yang beliau dan rakan2 lakukan sekarang adalah cukup mahahebat dipandangan mata saya. Warden tetap Teratak Rahmat hanya menerima elaun RM300 sebulan menabur bakti di Teratak Rahmat. Saya tidak nampak dimanakah relevannya jumlah RM300 di zaman ini, tetapi hati insan2 mulia ini merelevankannya. Kita masih boleh terukan perjuangan mencari wang ringgit dengan kerjaya kita, tetapi saya pinta sediakanlah sedikit bahagian yang kadang2 kita hanya bazirkan dengan membeli barang yg tidak kita perlukan untuk anak2 ini.



Buat masa ini kita perlu focus untuk bantu Teratak Rahmat mendapat kelulusan pihak bomba dengan memastikan prasarana keselamatan tersedia dan ianya bakal menelan kos RM60,000. Teratak Rahmat mempunyai masa yang terhad sehingga May2012 untuk memastikan prasarana ini sedia atau menghadapi risiko penutupan. Berikut adalah maklumat Teratak Rahmat dan cara saluran bantuan.



> Encik Azwar Bin Rahmat, Setiausaha Kerja Teratak Rahmat – 0194776482

>
http://teratakrahmat.blogspot.com/
> No account Teratak Rahmat: 0901-0019362-72-9 Bank Muammalat



Saya pinta para para sahabat sekalian dapat copy saya secara offline (zurra_abdul@yahoo.com) jumlah derma sahabat sekalian untuk tracking. Juga mohon disebarkan maklumat ini.



Moga Allah swt murahkan rezeki sahabat sekalian. Dan moga kita berjumpa disyurga dengan anak2 kita sebagaimana kata Irdina.



Wassalam.



Azura

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Aku dengan rendah diri juga memohon kawan-kawan semua bantulah anak-anak yatim ini..Mohon sebar-sebarkan semoga ada insan yang berhati mulia akan tampil membantu..Insya Allah..

7 thoughts on “Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Teratak Rahmat Perlukan Bantuan SEGERA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s