Promosi Lunch Di Restoran Istana Bambu

Pernah gak terbaca di blog blogger feed back tentang Restoran Istana Bambu ini yang dikatakan harga makanan di sini mahal tapi sedap, tapi belum berpeluang nak datang makan kat sini bersama keluarga tercinta sebab lokasi agak jauh dari rumah kami.
Bila keluar dari hospital dah masuk makan tengahari, perut dah berkeroncong dah ni..erhmmm nak makan kat cafe di hospital dan restoran berhampiran kat situ dah muak dah rasanya.  Bila nampak restoran ni akak ajak Firdaus singgah makan. 

Sukanya tenguk pemandangan di sekitar restoren ni, damai dan tenang rasanya.  Di surau untuk lelaki dan wanita ni terdapat sawah padi yang sedang berbuah.  Teruja gak orang bandar tenguk padi di tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Semua dekorasi di perbuat dari buluh ..unik bukan….dan ini merupakan salah satu tarikan di restoren ini. Bila ke sini kita boleh pilih nak duduk cam biasa ataupun duduk bersila itu pun bergantung kepada kekosongan tempat..pat pat sape cepat dia dapat.
 
Sambil menikmati makanan sambil melayan perasaan se olah olah kita berada di satu perkampungan sambil mendengar desiran air mengalir dan memerhatikan ikan-ikan berenang di dalam air.
Sekarang ini restoran ini ada buat promotion untuk makan tengahari secara buffet dengan harga RM9.90 seorang tanpa tax tau.. harga sebenar RM29.90.

Bila lihat daging salai masak lemak, hati merasa gembira kerana 5 hari tinggal di wad makanan yang di sediakan tidak memuaskan hati  sebab ada ikan yang di sediakan akak tak makan, pastu hari-hari ashik lauk ayam..ayam..ayammm sampai naik bosan dibuatnya.
Masak asam ikan pari ni tak berapa sedap kat tekak akak sebab ikan pari tak fresh dan ada bau sikit.  Kuahnya okey..akak ambil bendi dan bunga kantan..salah satu sayuran kesukaan akak.
 
Ikan kembung yang di bakar menggunakan daun pisang dan di cicah bersama kicap yang di letak cili api, hirisan bawang memang mengecurkan air liur.  Akak tambah dengan cencaluk,pegaga dan ulam raja..kalau nak budu pun ada juga.
 
 Tomyam fish ball dan cendawan..kurang sedap kat tekak akak
Selain dari itu ada juga ayam goreng, taufa lembut, telur dadar dan sayur goreng termasuk buah tembikai dan air sirap.  Puas hati makan sebab murah dan banyak pilihan.

Semua ini cuma RM9.90 seorang tanpa cukai untuk promosi..harga sebenar RM29.90.  Berbaloi bukan..kalau gi restoran lain rasanya mau kena puluhan ringgit terutama masak lemak daging salai tu.

p/s nanti duit ada lebih sikit nak gi ke sini belah malam pulalah pulak..
Istana Bambu Restaurant
Lot 841-842, Jalan Hulu Kelang – Ampang,
68000 Ampang, Selangor

Tel: 603-4251 4717 / 012 3714204
email: info@istanabambu.com.my

9 thoughts on “Promosi Lunch Di Restoran Istana Bambu

  1. Sy prnah makan situ waktu mlm. view cantik. masa amek order tgk harga alamak aiii.. terjojol mata. tapi ambil utk portion kecil pun dah berbaloi. banyak. so 6 org makan kena dlm rm150 jer.. ok la kan? so so. rasa pun so so. tp ketam ketam cili dia terbaik loh. komen so-so :))

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s