Dugaannn

Dari hari Rabu minggu lepas dah sakit lutut, bila buh minyak urut rasa lega.  Hari Jumaat pula pergi beli barang dapur di Mydin Danau Kota dan beli bahan bakeri di kedai bakeri.  Pagi Sabtu akak dan suami pergi ke sekolah Ira di Rawang sebab nak tenguk Ira dapat hadiah cemerlang sempena peperiksaan PMR tahun lepas.

Bila dah ambil gambar Ira di atas pentas, akak nak jalan semula ke tempat duduk tiba-tiba kaki bertambah sakit. Akak kuatkan gak hati jalan sampai ke tempat duduk.  Nasib baiklah  tak terjatuh, terus duduk relaxkan diri.  Bila Ira datang ke tempat duduk ajak balik, bila nak bangun memang tak boleh jalan dah sebab kaki kanan tak boleh pijak lantai. Ira pun call hb akak suruh datang sebab masa tu hb akak ada di kantin.


Terpaksalah hb akak papah dengan pertolongan seorang budak perempuan pergi ke kereta.  Memang terasa malu bila jadi perhatian bila di papah sebegitu  depan ibubapa pelajar.  terutama bila anak-anak kecil bertanya..
mak kenapa acik tu?


 Akhirnya kami kena pergi hospital selepas hantar Ira balik ke rumah, doktor bagi pain killer dan lepas di x ray akak kena masuk wad. Tak jadi pergi kerja kawin kawan hb di Dewan Felda Jalan Semarak.
Bila doktor datang ke wad dan check dia bagitau apa sakit akak.  

Osteoartritis ditakrifkan sebagai kerosakan atau degenerasi pada permukaan rawan pada sendi – sendi yang mengalami proses penipisan rawan.

Permukaan rawan yang nipis ini lama-kelamaan akan merekah dan membentuk lurah-lurah dan pada waktu ini geseran permukaan sendi akan bertambah menghasilkan bunyi getaran atau krepitus (bunyi meretih) dari sendi tersebut.

Tanda-tanda yang dialami merupakan kesakitan terutamanya apabila bergerak atau berjalan, kebengkakan yang datang dan pergi, dan kekakuan atau kesukaran menggerakkan sendi lutut sepenuhnya seperti kesukaran melakukan solat secara sempurna (duduk di atas lantai).



Setelah tak tahan menanggung kesakitan, keputusan di ambil, kena tebuk juga lutut. Aduhai…akak sebenarnya memang dah takut bila dengar kena tebuk tu, tapi bila anak-anak dan hb nasihatkan baru akak buat keputusan tersebut.


Nantikan ceritanya lagi yer..seram sejuk masuk dewan bedah sebab pertama kali kannnn..dup dap dup dap rasanya..


p/s terima kasihlah  kepada yang sudi VOTE blog akak melalui Facebook dan bagi sokongan penuh..akhirnya alhamdulliah blog akak finalist bagi kategori
Malaysia International Fabulous Food 1Malaysia Blog

Sayang korang semua yang sudi sokong blog akak yang tak seberapa ini.

37 thoughts on “Dugaannn

  1. Salam Kak Ina,Sori baru tau kakina tak sihat, alahai seram plak baca kata kena tebuk tu, mudahan cepat sembuh ye kak, amin…banyakkan rehat tau!www.yanmieonline.com

  2. As'salam Kak Inasemoga kak ina cepat sembuh ya, seram pulak ct nak tunggu entri seterusnya. sebab ct pun sering kena sakit kat lutut kalau nak solat kak. kadang2 macam ada bunyi macam tulang tu bergesel2 aje.sabar banyak2 ya kak ada hikmah semuanya tu. take care kak.

  3. As salam kak Ina…Siannya kak Ina..byk rehat ye kak, Lin doakan moga kak ina diberikan kesihatan yg berpanjangan…byk2 rehat dan jaga makan minum ye kak…

  4. Rehat byk2 kak..buat senam2 rengan gerak2kn kaki tu..yey!!! akhir akak bjaya jgk kn..xsia2 kami dok vot ari2..hihinti2 akak cite la psl kt spital tu ye..mmg seram je dgor..ps : saket lg xkak kaki tu? -soklan bakal dpt pnampo laju2-

  5. cian akak,semuga cepat sembuh yer kak..jaga dirimmg ngeri kak masuk dewan bedah tu..kes akak tak ngeri..kalau idak mau minta ampun maaf dulu..hihihihipepun tahniah atas kejayaan blog akak..semuga berjaya..nnti boleh laa belanja makan2 ker

  6. Alaa akak, kesiannya, tak sangka serius juga, ummi pun lewat perasan status akak kat fb. Ummi doakan semuanya berjalan lancar dan akak pulih dengan cepat,take care ye..

  7. Jangan lupa makan ubat lepas ni. Supplement seperti Glucosamine Sulfate (Viartril-S) boleh membantu. Tapi kebiasaannya kena cucuk tambah cecair pada synovial fluid lutut akak tu. Semoga cepat sembuh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s