Percutian Ke Genting Highland

 Genting Highland terletak di negeri Pahang Malaysia
 Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting (2000m di atas paras laut 3°24′6.51″U, 101°46′2.62″T) ialah puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia dan merupakan tempat peranginan yang terkenal di Malaysia
 Merentasi sempadan negeri Pahang and Selangor, perjalanan ke Genting Highlands mengambil masa kira-kira sejam dengan kereta dari Kuala Lumpur ataupun melalui kereta kabel bergerak yang terpantas di dunia.
Kota Keriangan yang terletak di puncak Genting Highlands yang sejuk dan berangin ini menawarkan keriangan dan keseronokan tanpa henti.
Terdapat 2 taman tema di sediakan iaitu taman tema outdoor dan taman tema indoor.  Terdapat juga  kompleks membeli-belah First World Plaza menyediakan pelbagai jenis permainan serta enam kawasan bertema yang berasaskan ibukota dan tempat terkenal di seluruh dunia – Perancis (Champs Elysees), England (London), Itali (Venice), Amerika (Times Square dan Universal Walk), Switzerland (Banjaran Swiss) dan Malaysia (Genting Walk). 
Di sini juga terdapat hotel  yang dimiliki anak syarikat Genting termasuk Genting hotel, Highland hotel, Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awana Genting dan First World Hotel. First World Hotel mempunyai sejumlah 6118 bilik, menjadikannya hotel terbesar di dunia pada masa kini, mengatasi MGM Grand Las Vegas Hotel bekas pemegang gelaran hotel terbesar di dunia dengan 6118 bilik.
Salah satu tarikan utama di Genting Highlands ialah cuacanya yang sejuk dan nyaman dan ianya sesuai untuk hasil tanaman.
Selain itu di sini ada juga ladang sayur-sayuran yang 
menawarkan sayur-sayuran yang segar
Di Genting Strawberry Leisure Farms menawarkan sayur-sayuran yang segar seperti salad yang di tanam secara hidroponik.
 
Sayuran yang di tanam secara ini tidak menggunakan tanah..geram tenguk sayur yang segar bugar ini.
 
Selain dari itu di sini juga terdapat ladang strawberi
 
 Jika anda ingin memetik sendiri buah strawberi yang segar sedikit bayaran akan di kenakan.
Akak tak melepaskan peluang membeli 
buah-buahan  dan gula-gula strawberi.
Tak lupa juga membeli sayur-sayuran

PENGANGKUTAN (Jalan Darat)
Anda boleh sampai di Genting Highlands di dalam masa lebih-kurang 45 minit sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur menerusi Lebuhraya Karak.



Jalan Darat (Bas atau Teksi)
Perkhidmatan teksi ke Genting Highlands boleh didapati di Stesen Bas Puduraya di Kuala Lumpur. Perkhidmatan bas ekspres terus Kuala Lumpur-Genting boleh didapati di Stesen KL Sentral, Stesen Bas Ekspress Jalan Duta, Puduraya dan Stesen LRT Gombak.


Jika inginkan info tentang tempat menarik di Malaysia boleh ke laman web http://www.tourism.gov.my/

32 thoughts on “Percutian Ke Genting Highland

  1. saya paling takut pergi genting. tak tahu nak buat apa kat situ.. mati kutu. nak main pun takut gayat, indoor pun saya takut habis duit hehe.. tapi kalau dah ada tapak semaian kat san, rasa nak gagahkan diri jugak la tgok mcm mana diorang tanam salad gebu cam tu..🙂

  2. Hi Kak Ina…first time jejak kat sini..menarik mcm2 entri makan2, jalan2, sembang2. Bolih terjah lagi sini hehe. Nanti Kak Ina jenguk blog saya ok topik pasal tempat2 makan menarik yg saya singgah ngan famili terutama area JB (maklum la orang JB!) kat http://www.blogmakanbest.blogspot.com dan jangan lupa follow ok TQ TQ bebanyak. jumpa lagi Kak!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s