Dah Lama Tak Makan Mee Kari@Kari Daging

Sejak suami doktor kata ada kolestrol tinggi (dah ok dah skrg ni)dia tak suka makan masakan bersantan.  Akak kenalah dengar apa yang doktor sarankan tak boleh makan itu dan ini.
Bila tekak teringin nak makan, akak pun buatlah semalam.  Tak per kan sekali-sekali.
Bahan-bahan
  • 1 paket mee kuning – dicelur
  • 2  fish ball-dihiris
  • 4 biji tauhu pok-potong 2
  •  daun sup-dihiris
  • 1 biji cili merah – dihiris serong
  • bawang merah goreng
  • 2 biji tauhu-di goreng pastu di hiris tipis
  • 1 biji limau nipis
  • taugeh-dicelur

  • Untuk kuah
  • 4 camca besar rempah kari daging-Babas
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 500gm/1/2 kg  daging lembu- dipotong kecil 
  • 1/2 kg@500gm santan pekat
  • 1-@1 1/2  cawan air -agak-agaklah nak pekat camner..akak suker pekat sikit.
  • garam  dan sedikit gula
  • minyak secukupnya
Bahan-bahan tumisan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih 
  • 2 biji pelaga
  • 2 bunga lawang
  • 3 tangkai daun kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih dan 
  • 2 biji bawang merah di hiris halus.
Bahan-bahan kisar/tumbuk
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar 
  • 1 camca teh udang kering
  • 1 inci halia
Cara-cara
1.  Panaskan minyak secukupnya.
2.  Masukkan bahan-bahan penumis, bawang yang telah di hiris sehingga layu.
3.  Kemudian masukkan bahan-bahan cili kisar, tumis sebentar dan barulah dimasukkan bahan-bahan kisar bersama daun kari.Kacau sehingga naik bau.
4.  Kemudian masukkan rempah kari  dan sedikit air dan kacau selama 2 minit sehingga terbit minyak dengan api kecil.
5.  Masukkan pula daging dan kacau rata sebentar.
6.  Tuangkan santan  bersama 1 cawan air dan  garam  secukupnya..kalau rasa kuah tu pekat..tambahkan lagi 1/2 cawan air.
7.  Kacau sekali sekala.
8.  Bila kuah menggelegak, perlahankan api dan renihkan sehingga naik minyak.  Masukkan fish ball, fish cake, taufok dan rasa dulu yer.
9.  Biar mendidih semula sebelum diangkat .

10.  Ambil mee dan  hiasanya di tuang kuah dan bolehlah di makan jam tu gak.

p/s dengar cerita Hattan bercerai lagi…aduhai artis..artis..macam-macam hal lah

12 thoughts on “Dah Lama Tak Makan Mee Kari@Kari Daging

  1. nampak gambar pun dah kecur air liur. nanti nak try resepi kak ina lah.p/s hattan hari tu kemain lagi marah bila ada wartawan tulis pasal kes dia nak bercerai. tup2 betul. artis…

  2. kak ina, kalo suami teringin nak makan kari, boleh masak guna susu cair. Mmg la rasa dan rupa tu lari skit, tpi tak byk beza sgt. Sedap jugak. Dan jgn risua, org yg tka suka susu pun takkan rasa susu dlm kari tu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s