Calun Anugerah Skrin TV3 2010-Cerekarama Taubat Nasuha

Baru habis melayan cerekarama Tv3 Taubat Nasuha untuk calun Anugerah Skrin TV3.  Kan akak dah kata kalaulah arahan dari Jinggo suami Shiela Rusly tu yang cerita tu memang best punya. Nak dekat habis cerita ini , air mata akak mengalir tanpa dapat di tahan lagi.
Macamanalah akak boleh tak tenguk cerekarama yang best ni.  Taubat Nasuha telah ditayangkan sempena Aidil Adha tahun lepas.Mungkin masa ni akak balik kampung kot.  Leka borak dengan ipar duai  dan masak memasak.
Bermula dengan kisah Mizi yang memohon taubat di sebabkan kesilapan beliau dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah dan suami yang baik.
Masa dalam cerekarama yang lalu, Sheila berlakon terjerit-jerit dan  bila akak baca komen dalam harian metro, wartawan tu   tak bersetuju sebab lakunan Sheila  yang di katakan terlalu over.

Dalam cerita ni, Sheila menjadi seorang isteri yang lemah lembut dan suka melayan kerenah anak-anak.  Paling akak suka bila dia rajin melayan makan minum suami dan anak-anak.

Mizi (Fauzi Nawawi) ayah yang mempunyai kisah silam selalu di pukul oleh ayah beliau sehingga menjadi ingauan sehingga beliau dewasa.  Sampaikan sehingga beliau telah berkawin pun beliau masih lagi bermimpi tentang hal beliau yang  selalu di rotan dan didera setiap masa oleh bapa beliau.
Cara didikan dari arwah ayah beliau yang merupakan seorang tentera telah membuatkan Mizi juga  terikut-ikut gaya ayah beliau  dalam cara menegur dan mendidik anak-anaknya dengan cara bengis dan garang.


 Aimin, Aiman dan Amirul terlalu takut dengan sikap panas baran Mizi kerana setiap kali berjumpa dengan ayah beliau , Mizi akan  merasa geram di sebabkan kelakuan anak-anak yang di katakan terlampau nakal dan tidak mendengar kata.  Tak boleh  anak-anak bergurau senda dan bising sikit, mulalah beliau akan menengking anak beliau.

Laila sudah puas mengingatkan dan menasihatkan suaminya, namun tidak diendahkan oleh Syamizi, malah ada kalanya Laila turut menjadi sasaran baran Syamizi. Bagi anak-anak pula setiap kali kemunculan ayahnya di rumah membuatkan mereka sedikit gementar, namun ia tidak menghalang mereka bergurau senda dan bermain bersama.

Di pejabat beliau telah di goda oleh boss beliau Maria yang telah mengambil kesempatan di atas sikap Mizi yang di katakan stress bila duduk di rumah.  Mizi telah tergoda sehingga selalu ajer keluar malam untuk enjoy dengan Maria dan salah seorang staff lelaki.
 Nasib baiklah Laila (Sheila) mempunyai sikap kasih sayang kepada anak beliau dan pandai memujuk panas baran Mizi.  Kesian tenguk bila anak-anak melakukan kesalahan sahaja beliau akan menarik telinga  dan mulut mula mengeluarkan bahasa yang tidak sesuai di dengari oleh kanak-kanak.  Mizi selalu menyebut perkataan..Ishhh ashik menyusahkan ajer.
Apabila telah tergoda dek Maria beliau mula memarahi isteri beliau dengan kata-kata yang boleh menguris perasaan lebih lagi Laila masa Laila mengandungkan anak ke 4.  Mulalah Laila mengeluarkan airmata dan merasa kecil hati di atas kelakuan Mizi yang mula lupa diri.
Akhirnya beliau betul-betul kehilangan insan-insan yang menyusahkan hidup beliau setelah Laila dan anak-anak telah di tikam oleh perompak yang merempuh masuk ke dalam pagar rumah dan terus mengheret semua mangsa ke dalam rumah.  Perompak telah membunuh isteri dan anak-anak beliau tanpa belas kasihan.
Apabila pulang dari berpoya-poya bersama-sama Mira dan J, beliau merasa terkejut bila melihat insan yang menyusahkan beliau telah pergi buat selamanya.  Akhirnya Mizi insaf dan  bertaubat dengan taubat nasuha walaupun insan-insan tersebut  tidak akan kembali lagi.

Kita akan menghargainya setelah kita kehilangannya.
Pelakon: Sheila Rusly, Fauzi Nawawi, Dato’ Jalaluddin Hassan, Sheila Mambo, Naim Daniel, Haikal Raihan, Aliff Ikqmal

Kita tenguklah nanti yer samadaa cerita ni boleh menang ataupun idak…banyak lagi drama lain yang akan bertanding nanti.  Tenguk ajer  pukul 9.00 malam di TV3  setiap Ahad dari pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam mulai dari 24 Oktober sehingga 19 Disember nanti yer.

p/s kalau cekikrama  (anak-anak akak yang kata ni )setiap Sabtu di tayangan dalam pukul 9.00 malam ni tentu best kan..taklah kena tidur siang semata-mata nak layan Cekikrama ni.

http://www.youtube.com/v/qTkRM_Wkfu4?fs=1&hl=en_GB
suka bila kanak-kanak dalam cerita ini berzikir..Hasbi Rabbi

30 thoughts on “Calun Anugerah Skrin TV3 2010-Cerekarama Taubat Nasuha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s