Resepi Paprik Udang

 Terima kasihlah pada yang sudi nak order kukis coklat chip tu.  Bagi yang jauh akak akak cuba check kat courier dulu macamana cara pembungkusannya dan harga yang di tawarkan.

Nak guna pejabat pos takutlah pulak, takut nanti jadi serbuk bila sampai kat tangan.  Yang area shah alam ataupun Putrajaya, kenalah ada pick up point.  Senang sikit.  Kalau betul nak order hantar email kat akak yer roslana_06@yahoo.com.my

Resepi ulangan ni..tapi tak apa kan..

Bahan:- (dipotong kecil)
  • 300 gm udang-tinggalkan ekor
  • 100 gm carrot-dipotong panjang
  • 100 gm brokoli-tak letak sebab tak ada
  • 100 gm bunga kobis
  • 50 gm capsicum -suka hatilah nak letak hijau ker..akak letak kuning
  • 1 labu bawang besar-dipotong bulat
  • sedikit daun ketumbar
Bahan Sos:-
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 5 helai daun limau purut-di siat-siat
  • 1 batang serai – di titik hujung dia (akak letak 2 batang)
  • 3 biji limau kasturi (perah jus)
  • 5 biji cili padi – ketuk-akak tambah lagi 5 biji..tak pedas tak sedap
  • 3 ulas bawang putih – akak tumbuk
  • 1/2 cawan air
  • garam secukup rasa
  • minyak

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan serai hingga wangi.
2. Masukkan udang dan kacau rata.
3. Masukkan carrot, kicap pekat, sos tomato, cili sos dan sos tiram. Masukkan air.
4. Biarkan mendidih dan kuah agak pekat. Kemudian masukkan sayuran lain.
5. Bila mendidih lagi, masukkan daun limau purut.
6. Masukkan sedikit garam, daun ketumbar dan padamkan api dan baru di masukkan jus limau dan kacau sebati..enak di makan panas-panas.

18 thoughts on “Resepi Paprik Udang

  1. Salam k.ina….sedapnyer..Hari tu gi mkn kat luar order paprik udang nie..sedap..nnti nak try wat sendirilah dah ada resepi nie…Yana ambik yer….nak cuba…TQ kak…

  2. Salam k.ina….sedapnyer..Hari tu gi mkn kat luar order paprik udang nie..sedap..nnti nak try wat sendirilah dah ada resepi nie…Yana ambik yer….nak cuba…TQ kak…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s